Selasa, 5 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


Yasin diugut bunuh, video 'Reformasi' undang kontroversi

Posted: 05 Mar 2013 02:00 PM PST

GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk "Reformasi" yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.

Komen yang berbunyi, "Yassin ni patut dibunuh jer.. " dan "Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat" didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

"Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

"Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

"Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

"Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain," katanya kesal dengan perkara itu.

SH


Sultan Sulu : Berita Yang Di Sorokkan Oleh Utusan, RTM Dan TV3

Posted: 05 Mar 2013 04:55 AM PST



Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.


"Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka," kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada 'dalang' membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu melaporkan berita fitnah dengan tajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad Datu.

Anwar kemudian memfailkan saman RM200 juta kepada kedua-dua media kawalan rejim Umno itu untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil 'KKB' – singkatan pada 'kaniya-kaniyang bayad' yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.

Berita penuh ABN News, Filipina di bawah..

Sulu Sultanate denies links with Malaysian Opposition


04 MAR 2013 09:00PM

MANILA, Philippines — The Sulu Sultanate denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis.

"We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them," Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III said, www.interaksyon.com reported.

She also brushed off President Benigno Aquino III's allegations "conspirators" funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory.

The voyage was "KKB," short for "kaniya-kaniyang bayad," meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon,

The sultanate's briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino.

She slammed Aquino's briefing, calling it full of "hypothetical analogy" and "speculative statements" to which they could not respond and dared Aquino to "name the conspirators" he claimed had abetted their follower's voyage to Sabah.

addin77



BERITA PANAS PUNGKOQ TELAH DIPADAM

Posted: 04 Mar 2013 11:00 PM PST


Siapa arah akhbar Filipina padam berita Najib?



Akhbar Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyebut tentang nama PM Malaysia, Najib Razak dalam berita bertajuk "Don't Harm Sultan's Men,Nur Warns Malaysia" pada 21 Febuari lalu.






Berita panas tersebut menyebut tentang janji Najib Razak. Ia disebut oleh Nur Misuari yang beliau mendengar adik kepada Sultan Jamalul Kiram III,
Agbimuddin Kiram dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah sehingga beliau
merentas lautan menuntut janji. [Rujuk HD


Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar
terhadap tuntutan mereka dan beliau meminta perkara ini diselesaikan
dengan lebih tenang.

Berita panas Najib tersebut telah dipadam oleh mb.com.ph dan apabila kita
mengakses berita tersebut hanya ini yang dipaparkan. Namun ada yang telah 'copy screen' berita tersebut seperti di atas.


AkhbarFilipina
Tak pasal-pasal Anwar telah diburukkan Utusan Malaysia, TV3 dan macai UMno akibat pencerobohan tersebut. Namun begitu Najib juga tak terlepas. Jadi kini, siapa yang telah mengarahkan atau meminta akhbar Filipina memadam berita tersebut?

Najib_Kiram
Najib bersama anak-beranak Kiram, Esmail Kiram 11


Adakah ianya arahan juga dari Malaysia? - LAGI.MY

wargamarhaen





'SEMUANYA SALAH ANWAR'

Posted: 04 Mar 2013 08:00 PM PST



Seperti sudah menjadi tradisi bagi Umno BN apabila berlaku sahaja sesuatu perkara buruk, maka yang dituding mereka sebagai dalang atau penyebab adalah seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja sebelum ini, bermacam-macam tuduhan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah mencetuskan reformasi ketika dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tuduhan "Anwar agen yahudi", "Anwar pro-Israel", "Anwar petualang bangsa", "Anwar......" bukan baru setahun dua di dengar, malah sejak beliau dipecat dari kerajaan dan dianggap musuh utama oleh Umno BN.

Dan terbaru dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, sekali lagi Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Kali ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.

Dikatakan kumpulan penceroboh yang juga pengikut Sultan Sulu itu datang kononnya 'atas ajakan' Anwar Ibrahim.

Kumpulan yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa datang kerana menuntut janji dari sekutu Anwar ke atas tanah Sabah.

Malah dituduh bahawa Anwar juga rapat dengan pemimpin MNLF Nur Misuari, kumpulan yang dikaitkan dengan pencerobohan di Sabah pada waktu ini.

Seperti biasa, fitnah terancang dari blog-blog Umno ini dijaja pula oleh media Umno, Utusan Malaysia dan TV3 yang dianggap sebagai penyebar maklumat mereka.

Lalu di kampung-kampung khususnya, bertebaranlah fitnah ini dengan Anwar dijadikan sasaran kebencian dan melupakan kelemahan dua menteri yang menjaga soal keselamatan negara bertindak tegas dalam menangani isu ini.

Difahamkan juga, ada beberapa tempat di Kelantan sehingga membuat majlis penjelasan khas oleh penceramah Umno kepada masyarakat dengan menuduh Anwar dalang disebalik semua yang berlaku.

Ianya tidak lain, bagi menanam kebencian rakyat kepada Anwar demi keuntungan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagi Anwar, segala tohmahan yang dilemparkan hanya cubaan menutup kelemahan kerajaan menangani soal keselamatan negara sehingga menyebabkan beberapa anggota polis menjadi mangsa korban.

(Kilik untuk menonton penjelasan Anwar)
"Agak aneh menteri dalam negeri dan menteri pertahanan lambat sekali memberi reaksi. Seolah-olah Lahad Datu, Sabah boleh dikepong kelompok asing dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa kecuali berunding. Ini menunjukkan kelemahan kita.

"Untuk mengalih pandangan (dari kelemahan kerajaan), blog-blog Umno mengatakan ini satu lagi kerja Anwar.

"Dengan kelompok extrimis Islam pun Anwar, dengan Israel pun Anwar, dengan Amerika pun Anwar, dengan India pun Anwar dengan Cina pun Anwar.

"Ini hanya momok politik. Ini isu keselematan negara. Mereka gagal mengawal keamaan gagal selesai isu ini dengan baik, lalu menyindir saya," kata Anwar dalam satu rakaman video menjelaskan perkara itu.

Selain menafikan tuduhan karut itu, Anwar melalui peguamnya hari ini telah menghantar notis tuntutan maaf kepada Utusan dan TV3, memohon kedua-dua media pro Umno itu menarik balik tuduhan dan menyiarkan permohonan maaf kepadanya dalam masa 24 jam.

Gagal bebuat demikian dalam tempoh ditetapkan, TV3 dan Utusan masing-masing berdepan saman RM100 juta.

Di tengah-tengah kekecohan tuduhan kepada Anwar itu, tersebar laporan dari media Filipina bahawa kedatangan tentera Sulu ke Lahad Datu adalah untuk menuntut janji Najib kepada mereka.

Gambar hubungan rapat antara pemimpin mereka dengan Najib juga disebarkan.

Inilah akibatnya kalau mulut kita terlalu deras untuk mencari kambing hitam ke atas segala kelemahan kita.

Akibatnya badan binasa, krebiliti kita tercalar.

HD


PERGHHHH!!!! Anwar saman Utusan, TV3 RM200 juta

Posted: 04 Mar 2013 05:00 PM PST




PETALING JAYA 4 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu saman Utusan Malaysia dan TV3 RM200 juta jika media kawalan Umno itu enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dalam isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Tempoh 24 jam diberikan untuk kedua-dua pihak itu menarik balik dan membuat permohonan maaf secara terbuka bermula hari ini.
Ia dinyatakan dalam notis tuntutan yang dihantar firma Daim & Gamany, mewakili Anwar hari ini.

Laporan Utusan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?'. Satu lagi laporan di muka 10 akhbar itu bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang.
TV3 juga menggunakan istilah dalang mengaitkan Anwar dalam insiden tersebut.

Anwar menuntut kedua-dua media itu menarik balik tuduhan tersebut, memohon maaf secara terbuka dan ganti rugi, masing-masing sebanyak RM100 juta.

"Pagi tadi kami menghantar surat tuntutan terhadap Utusan dan TV3 ekoran fitnah mereka menyatakan Anwar adalah dalang insiden Lahad Datu. Ini kenyataan jahat dan tidak berasas dan oleh itu kita mulakan proses saman terhadap mereka," kata peguam Anwar, N Surendran kepada Keadilan Daily.

Seorang lagi peguam, Latheefa Koya pula berkata, Utusan membela diri mengatakan berita itu adalah sumber dari berita Filipina, Philippines Daily Inquirer, tetapi jelas media dari negara seberang itu tidak ada menyebut Anwar sebagai dalang pencerobohan.

"Utusan tanya kenapa kita tak saman media Filipina dan Reuters (yang turut melaporkan berita itu), sebabnya kita dah tengok dua-dua artikel dari media itu, tidak menyebut Anwar sebagai dalang pencerobohan. Utusan yang 'spin' sebab itu kita saman dia," katanya.

"Kita beri mereka tempoh 24 jam dalam notis itu untuk beri jawapan, jika tidak esok kami akan failkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," jelas Latheefa.

Pada 21 Januari lalu, Anwar menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham turut menyifatkan Utusan tidak mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggungjawab.

Oleh Aisha Geoffrey KD


Tiada ulasan: