Biaqpila |
- Soli lah cannot do anything. In the same boat, so forget about it lah. close eyes lah
- KHABAR ANGIN YANG MERBAHAYA BUAT BE END
- SENDIRI MAU INGAT LA MUHYIDDIN...
- PENGGANAS SULU GUNA ILMU HITAM?
- Pengakuan Rosmah berbelit-belit, tapi jelas cincin RM24 juta wujud
Soli lah cannot do anything. In the same boat, so forget about it lah. close eyes lah Posted: 21 Mar 2013 03:00 PM PDT "Shocking" expose by International NGO, Global Witness which implicates Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud and his relatives in how they have siphoned the wealth of the state. The question is will the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak do anything about it? He signed the Integrity Pledge. He boasted about his anti-corruption efforts. But he will not lift a finger on the Sarawak "royalty". Today, international NGO, Global Witness released a shocking video involving a nexus of prominent figures all of whom connected to Taib Mahmud. These individuals included Norlia and Fatima Abdul Rahman, daughters of former Sarawak Chief Minister, Abdul Rahman Ya'akub and cousins of Taib Mahmud. Fatima was caught on camera admitting that she could 'speak to the CM very easily' in order to obtain the necessary approvals for a land sale to a Global Witness representative, land which Fatima said was given to them by Taib. This land sale would involve a company, Ample Agro Sdn Bhd, whose first six shareholders are all daughters of former Sarawak CM, Rahman Ya'akub which includes not only Norlia and Fatima but also Tanjong Manis MP Nora Abdul Rahman as well as Najib's sister in law Khadijah Abdul Rahman. Norlia is also caught on tape asking the potential 'buyer' from Global Witness to undergo an illegal transaction whereby only 10% of the sale price of the land would be booked in Malaysia while the rest would be booked in Singapore in order to avoid Reals Property Gains Tax (RPGT). Norlia also said that these sorts of deals 'have been done before' in order to assurance the buyer that this is a standard operating procedure. With the release of this video, we call upon Prime Minister Najib to: (i) Instruct the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to conduct an immediate investigation into the individuals who appeared in the Global Witness video including Ample Agro's Norlia and Fatima Abdul Rahman and lawyers Alvin Chong and Hii Yi Peng (ii) Instruct the Internal Revenue Service (IRS) or Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) to conduct an immediate investigation into previous deals carried out by companies owned by Norlia and Fatima and their sisters in order to ascertain if other such previous deals had been carried out with the intention of evading Real Property Gains Tax (RPGT) (iii) Ask the Singapore government for their cooperation in any commercial activities or transactions involving the named individuals in the Global Witness video to ascertain if these deals were done in order to evade tax and / or to circumvent the 49% foreign shareholding limit. sumber | ||
KHABAR ANGIN YANG MERBAHAYA BUAT BE END Posted: 21 Mar 2013 08:48 AM PDT DEY MACHA!!! INILAH MALAYSIA YANG DIPERINTAH BN DULU KINI DAN SELAMANYA BANGANG KHABAR ANGIN BUBAR PILIHANRAYA LEBIH MERBAHAYA DARI FITNAH SEKS KAH! KAH! KAH! TERBUKTI BAHAYANYA UNTUK BE END TAK BOLEH DENGAQ PERKATAAN BUBAR PARLIMEN CEPAT-CEPAT DEPA BERTINDAK KALAU BLOGGER BUAT FITNAH SEKS DEPA DIAM-DIAM SAJA KAH! KAH! KAH! Kenapakah mereka bertindak pantas dalam hal ni? Adakah terlalu takut dengar ayat bubar parlimen? Kah! kah! kah! CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahaya penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam. "Kami memandang serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi. Katanya, di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. "Orang ramai diperingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita yang palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian jika diangkat di dalam blog, contohnya, boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," kata beliau lagi. Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali. Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam. SH | ||
SENDIRI MAU INGAT LA MUHYIDDIN... Posted: 21 Mar 2013 12:00 AM PDT Muhyiddin Yassin "seperti meludah ke langit" menjelang PRU-13 Media Umno kalah saman fitnah by WB "Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa 'kilang' Pakatan Rakyat bekerja 25 jam sehari untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU-13. Menurutnya, Pakatan Rakyat membuka 'kilang' mereka setiap hari untuk melemparkan fitnah dan mengaitkan setiap kejadian buruk yang berlaku berpunca daripada UMNO/BN. Beliau berkata, tuduhan-tuduhan yang dibuat Pakatan Rakyat "tidak benar" dan hanya untuk "memburukkan" UMNO/BN. Pakatan Rakyat ini buka kilang 25 jam sehari, dalam sehari kita hanya ada 24 jam tapi Pakatan Rakyat 25 jam," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia dan Gelombang Biru Wilayah Persekutuan di sini " www.sinarharian.com.my/
Satu perkara dari Statement Muhyiddin yang admin tidak bersetuju adalah soal Fitnah dan perkara tidak benar.,sebagai bukti berlandaskan Fakta rujukan untuk kita selami,sejak PRU 12 yang lalu berapa kali Media UMNO berdepan dengan Saman Fitnah? berapa jumlahnya wang yang terpaksa di belanjakan utk membayar saman? Jadi siapakah yang menjadi Juara Fitnah dan membawa cerita yang tidak benar? Umno cuba berbohong dan menipu walaupun jelas Umno sebenarnya Penipu dan memfitnah terbaik. Sila rujuk photo wallybandits | ||
PENGGANAS SULU GUNA ILMU HITAM? Posted: 20 Mar 2013 09:00 PM PDT KAGAT BANTU TANGANI KEJADIAN MISTERI DI LAHAD DATU LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Op Daulat'. Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak. Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang. Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan. Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu. "Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya. Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh. Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka. "Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya. Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal. Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu. Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu. Sumber: VAT 69 - Perjuangan Semalam shalehudin | ||
Pengakuan Rosmah berbelit-belit, tapi jelas cincin RM24 juta wujud Posted: 20 Mar 2013 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR 20 MAC: Penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM24 juta dalam buku biografinya mengesahkan pendedahan KEADILAN mengenai barang kemas mewah itu memang wujud. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, pengakuan isteri Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya, tetapi mengakui ada melihat apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer 'kepada orang yang ada duit.' Terbaru, dalam terbitan biografi bertajuk 'Rosmah Mansor' yang dilancar semalam, beliau menafikan kewujudan cincin itu dan mendakwa ia hanya fitnah dan khabar angin semata-mata. Rosmah sebaliknya berkata, perhiasan mewah yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya. "Sekarang jelaslah cincin itu memang wujud dan kenyataan itu sekaligus menunjukkan Rosmah memang seorang yang gemar bermegah-megah dengan perhiasan mewah," kata Fariz ketika dihubungi. Dalam buku tersebut, Rosmah juga menjelaskan, cincin dari New York itu dibawa masuk ke Malaysia pada April 2011 untuk dilihat bakal besannya sebelum dikembalikan kepada syarikat barangan kemas itu pada 13 Mei 2012. Ini sama sekali bertentangan dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen pada Oktober 2011. "Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak itu mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. "Setelah beberapa hari (masuk ke Malaysia), cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," kata Nazri Aziz. Mengulas lanjut, Fariz mempertikai status Rosmah yang diberi barangan mewah sedangkan beliau hanyalah isteri Perdana Menteri dan tidak memiliki sebarang kuasa politik. "Apa kelebihan Rosmah sehingga dihadiahkan barangan kemas yang harganya mencecah jutaan ringgit? "Ini satu kemusykilan yang sepatutnya disiasat badan berkuasa seperti SPRM," kata Fariz. Beliau berkata, penerimaan Rosmah ke atas hadiah mewah tersebut boleh dianggap sebagai pemberian rasuah. "Rosmah patut malu menerima hadiah mewah ketika masih ramai rakyat menderita akibat kos sara hidup yang semakin tinggi. "Beliau sepatutnya buktikan keperibadian sebagai isteri pemimpin yang berjiwa rakyat dengan hidup serba sederhana dan bukannya hanya pandai beretorik," kata Fariz. – NS KD |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan