Khamis, 21 Mac 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ketua Menteri Sarawak beretika : Timbalan Speaker

Posted: 20 Mar 2013 06:00 PM PDT

Norlia Abdul Rahman, anak Rahman Yakub masih 
boleh menghilai ketawa kerana sepupunya 
itu adalah Ketua Penyangak Sarawak!

Timbalan Speaker Wan Junaidi anggap Taib Mahmud yang songlap wang negara Sarawak berjuta-juta itu lebih beretika dari perbuatan Global Witness yang mendedahkan kelakuan Ketua Menteri itu. Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bekas MP Santubung, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan cuba nak mempertahankan presiden partinya, Taib Mahmud di sini 

Taib Mahmud menggelabah lintang pukang jadinya apabila video yg mendedahkan kelaku buroknya itu mula tersebar dan cuba menyembunyikan marahnya dengan berpura-pura nampak ok, tapi napak sangat poyonyanya  bila ada pemberita menerjahnya bertanyakan tentang video tersebut.Kah! Kah! Kah! Cer tengok kelakunya berikut: 


Si tukang ampu ini pula bukan main lagi mengampu dan menggosok! Dia menyifatkan kumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness yang berpengkalan di London itu sebagai tidak beretika kerana mendedahkan perilaku buruk Taib Mahmud menyonglap wang negara Sabah untuk kepentingan dirinya itu . Kah! Kah! Kah! 

Nampaknya Taib Mahmud yang songlap duit dan perasuah yang licik itu dianggap sangat beretika pada pandangan Wan Junaidi si kaki ampu ini! 

Tukang ampu dan gosok telor Taib Mahmud ini menyifatkan ianya sebagai satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.Kah! Kah! Kah! 

Pengampu ni kata, umum juga sudah mengetahui sejarah Taib dengan keluarga Norlia Abdul Rahman, bahkan kerajaan pernah menarik balik konsesi balak yang diberi kepada Norlia pada tahun 1987 atau 1988. 

Kah! Kah! Kah! Apasal tak bagi tahu bahawa Rahman Ya'kub turut dedahkan satu senarai konsesi balak melibatkan 1.6 million hectares yang di kuasai Taib dan keluarganya? (itu pada masa dulu-dulu...sekarang lebih-lebihlah lagi!)

Rakamann video tersebut mendedahkan bagaimana liciknya Malaon Kepala putih ini dalam sindikit menyonglap hasil mahsul Sarawak.Sila tengok rakaman itu di sini

Tiada ulasan: