Khamis, 21 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lagi krisis air di Pahang, penduduk berdemo

Posted: 21 Mar 2013 07:38 AM PDT

Khairil Abdul Rahim,



Penduduk berdemo di hadapan Loji Air Kampung New Zealand.

MARAN: Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka.

Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk semalam tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang (Paip) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu.

"Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk

"Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan.

"Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa," keluhnya.

Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebrsihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna.

Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.

"Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor dan berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.

"Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah.

"Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak," jelasnya.

Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama.

Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen.

Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi.

"Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu.

"Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah," katanya.

Kawasan Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit dan Parlimen Maran.

Mahasiswa Occupy di RTM esok tuntut debat dengan PM

Posted: 21 Mar 2013 07:36 AM PDT

KEADILAN DAILY

Esok 22 Mac genap 21 hari mahasiswa telah serahkan surat permohonan pada 1 Mac lalu kepada Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) supaya menganjurkan satu debat antara mahasiswa dengan Perdana Menteri Malaysia, PM Najib Tun Razak.

Namun sehingga hari ini pihak kami belum menerima apa-apa jawapan balas daripada pihak RTM berhubung surat permohonan yang telah kami buat.

Tujuan surat permohonan tersebut dihantar adalah supaya RTM sendiri menyediakan satu ruang debat antara mahasiswa bersama Perdana Menteri.

Mahasiswa 1

Debat tersebut adalah bertujuan membincangkan halatuju Pendidikan Tinggi Negara khususnya isu-isu yang berlaku dalam universiti sejak akhir-akhir ini.

Keadaan ini menggambarkan kepada kita bahawa sistem pendidikan tinggi negara mulai goyah dan tercemar terutama apabila wujudnya campur tangan politik parti pemerintah.

Mahasiswa berpandangan bahawa pelan strategik pendidikan tinggi negara mempunyai masalah yang jelas ketara apabila laporan terkini 2013 mengenai ranking universiti di Malaysia jauh tersasar dari kelompok seratus yang teratas.

Pun begitu, sisi pandang mahasiswa bukanlah menjadi tujuan sebenar penubuhan universiti adalah bagi mengejar ranking dunia, bahkan itu adalah antara punca kerosakan sistem pendidikan tinggi hari ini.

Banyak dapatan di universiti hari ini membuktikan kalangan pensyarah-pensyarah juga mempersoalkan mengenai halatuju universiti apabila ia terlalu dilihat sebagai kilang industri yang menghasilkan pekerja ibarat robot-robot.

Akhirnya pekerja yang dilahirkan di universiti hari ini telah hilang nilai keinsanan seperti yang diletakkan dalam objektif bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

Sepatutnya, universiti menjadi tempat bercambahnya ilmu pengetahuan dengan meluas. Universiti harus menjadi penyelesai tatkala warga politik yang bergaduh sehingga mengenepikan kepentingan rakyat keseluruhannya. Universiti juga yang akan menyelesaikan masalah-masalah kronik dalam masyarakat.

Bahkan suasana dalam universti sendiri akan menceritakan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku dalam kelompok masyarakat di Malaysia.

Harapan itulah yang sedang mahasiswa garapkan. Kami mahu meletakkan nilai aras tertinggi bagi setiap universiti dalam Malaysia. Kami tidak mahu universiti dicemari tangan-tangan ahli politik walaupun mereka yang bakal mentadbir negara, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.

Kami mahu universiti bebas! Ayuh mahasiswa, kita turun bersolidariti untuk mara ke RTM Angkasapuri esok jam 2 petang bagi mendesak PM Najib berdebat dengan mahasiswa di RTM dan disiarkan ke seluruh negara. RTM milik rakyat!

Safwan Anang
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia

Kes Altantuya: Cabar Rosmah jawab isu Najib arah reka SD palsu

Posted: 21 Mar 2013 07:31 AM PDT

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dicabar menjawab pengakuan peguam Cecil Abraham mengenai arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mereka akuan bersumpah (SD) kedua yang palsu untuk P Balasubramaniam.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Rosmah perlu memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu jika benar suaminya tidak terlibat dalam pembikinan SD kedua bagi menafikan SD pertama Bala yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

"Isu yang diketengahkan ialah penafian Bala mengenai SD kedua itu menunjukkan SD pertama adalah sah dan boleh menjadi bahan siasatan polis.

"Tetapi Rosmah langsung tidak menjawab pendedahan ini sebaliknya hanya memberi alasan tanpa bukti dan fakta bagi menafikan SD pertama itu," kata Shamsul mengulas penjelasan Rosmah yang menafikan dakwaan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Rosmah dalam buku biografinya menafikan beliau tidak berada di tempat pembunuhan wanita Mongolia itu pada malam 19 Oktober 2006, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam yang didakwa sebagai lokasi pembunuhan.

Pada pelancaran buku itu kelmarin, Rosmah turut menafikan membunuh Altantuya kerana beliau seorang yang penakut walaupun dengan cicak.

bala rosmah

Shamsul berkata, Rosmah sepatutnya membuat penafian khusus kerana dalam SD pertama, Bala turut mengheret namanya sebagai dalang pembunuhan Altantuya.

"KEADILAN tidak menuduh Rosmah yang membunuh (Altantuya), tetapi kenyataan Bala menunjukkan wujud motif kepada pembunuhan itu.

"Apatah lagi, penafian itu dibuat hanya selepas Bala meninggal dunia dan bukan ketika beliau masih hidup," jelas Shamsul.

Sebelum ini, usahawan permaidani, Deepak Jaikishan yang rapat dengan Rosmah juga pernah menyebut nama Cecil Abraham sebagai dalang SD kedua yang palsu.

deepak

Tambah Shamsul, pendedahan Deepak bahawa Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut menguatkan spekulasi pembabitan beliau dalam skandal itu.

Deepak 6 Februari lalu, menyatakan dia 90 peratus yakin pegawai Najib dan Rosmah ada di lokasi Altantuya dibunuh.

"Deepak kena nyatakan nama pegawai tersebut. Adakah pegawai itu orang selain daripada polis pengiring Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar?" soal Shamsul.

"Mereka ini adalah individu yang selalu bersama Rosmah, jadi beliau perlu jelaskan perkara ini," kata Pengerusi KEADILAN Melaka itu.

altantuya

Dalam kes pembunuhan itu, Azilah dan Sirul ditahan dan dijatuhi hukuman mati manakala rakan akrab Najib, Razak Baginda terlepas dari hukuman apabila dibebas tanpa dipanggil membela diri. – NS

PAS membariskan 22 calon wanita dalam PRU 13

Posted: 21 Mar 2013 07:26 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR — PAS akan meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya 2013, di mana lapan darinya merupakan kerusi parlimen, manakala 14 lagi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Timbalan Ketua Wanita PAS, Dr Siti Mariah Mahmud.

"Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi," kata beliau dipetik dari laman Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Kota Raja itu lagi, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, pada mulanya Wanita PAS meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi DUN akan tetapi mereka memperolehi lebih daripada itu.

"Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita," katanya.

Menurut Dr Siti Mariah, kuota 30 peratus calon wanita bagi Pakatan Rakyat (PR) masih belum dicapai kerana ia turut melibatkan calon wanita daripada DAP dan PKR.

"Insya Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami," katanya.

Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin memberitahu, PR akan melantik sekurang-kurangnya 10 menteri wanita berdasarkan daripada 30 peratus kuota wanita sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Zuraida mengatakan, PR akan melaksanakan kuota tersebut di semua peringkat — termasuk dalam 33 jawatan kementerian, wakil di parlimen dan lembaga pengarah korporat — satu langkah untuk memenangi undi wanita yang berjumlah 49 peratus daripada 13.3 juta pengundi.

"Pakatan komited untuk melaksanakan 30 peratus di semua peringkat," katanya.

"Kuota ini langkah sementara," tegas beliau apabila ditanya jika polisi tersebut menghina kemampuan wanita.

Penganalisis mengatakan pengundi atas pagar wanita akan menentukan keputusan Pilihan Raya 2013 yang dijangka akan menjadi perlawanan sengit di antara Barisan Nasional (BN) dan PR.

Anwar umum 5 calon KEADILAN tanding kerusi Parlimen Sarawak

Posted: 21 Mar 2013 07:20 AM PDT

Oleh Aedi Asri

KUALA LUMPUR : Lima calon KEADILAN diisytihar akan bertanding kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Mereka adalah Baru Bian mewakili Parlimen Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram).

DSAI 2

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti semalam.

Antara calon yang hadir pada sidang media pengumuman itu, Baru dan Ali, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee How.

Menurut Anwar, kawasan terbabit yang diputuskan KEADILAN setakat ini tiada pertindihan dengan PAS dan DAP.

Baru yang merupakan Adun Ba'kelalan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 adalah Pengerusi KEADILAN Sarawak.

Beliau adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.

Baru juga terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR).

Ali pula Timbalan Pengerusi Negeri dan Adun Kerian selepas memenangi kerusi tersebut, juga pada PRN 2011.

Sementara Abun adalah tokoh yang konsisten memperjuangkan hak tanah adat bagi rakyat Sarawak. Beliau mula dikenali selepas membela rakyat yang tertindas akibat pembinaan empangan Bakun.

Manakala Roland ialah peguam yang aktif berkhidmat mewakili penduduk Baram, antaranya berhubung pembinaan empangan Baram yang mengganggu kehidupan mereka.

Abang Zulkifli yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri sebelum ini menyuarakan isu petani miskin di Sebangan yang terjejas ekoran kelembapan kerajaan membaiki tambak menyebabkan air laut masuk merosakkan tanaman.

Bekas Setiausaha KEADILAN Negeri itu pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas pada PRN 2011. – NS

BONGKAR] Papagomo, Bekas Koperal Polis Yang Pernah Dipenjara Kerana Rasuah -updated

Posted: 21 Mar 2013 07:18 AM PDT


KEADILAN: Fitnah lucah blogger BN papar wajah sebenar Umno

KELAB GREENNOC

KEADILAN menempelak pentadbiran Perdana Menteri menyebar fitnah jahat menggunakan blogger upahan bagi menjatuhkan lawan politik mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran percaya, serangan itu kerana Umno BN sedar mereka gagal meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

"Umno BN memperalat blogger mereka untuk sebar fitnah seperti dilakukan Papa Gomo terhadap Anwar dengan harapan sokongan kepada Pakatan Rakyat dapat disekat.

"Saya yakin, blogger fitnah ini mendapat kedudukan istimewa daripada Umno BN untuk melakukan perkara keji kerana sehingga hari ini belum ada apa-apa tindakan undang-undang diambil ke atas beliau," kata Surendran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media tersebut selepas peguam Anwar itu memfailkan saman fitnah Ketua Umum KEADILAN berjumlah RM100 juta ke atas blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Saman itu setelah notis 48 jam untuknya memohon maaf dan menarik balik gambar fitnah lucah menyerupai Anwar dari blog itu gagal dilakukan.

Surendran berkata, antara bukti Umno BN begitu mesra dengan blogger tersebut apabila berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak pada Disember 2011.

"Kita harus tahu bahawa bukan semua orang dibenarkan menaiki kapal selam kerana kaitannya dengan aspek rahsia keselamatan negara.

"Pemilihan blogger itu untuk menaiki kapal selam tersebut menunjukkan keselamatan negara ketika ini boleh dikompromi dengan mudah," kata Surendran
.

Dalam samannya, Anwar yang turut diwakili peguam Latheefa Koya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Tegas Surendran, nilai saman yang difailkan sebenarnya ditanggung Umno BN kerana segala fitnah Papa Gomo itu direstui Umno BN. – NS/KD




Pangkalan Data Pesalah Rasuah

No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan : "Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman : "Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
     
Maklumat dari lamanweb SPRM di SINI

Ulasan GB

Allah memperkenankan doa GB dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan sebelum ini, agar Allah mendedahkan siapakah papagomo yang sebenarnya.

Akhirnya terjumpalah pengkalan data "syaitan yang dikenali" ini. Rupa-rupanya bekas seorang banduan yang kini bekerja sepenuh masa sebagai blogger UMNO.

GB amat yakin bahawa papagomo akan binasa termasuklah blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sepertimana tulisan GB sebelum ni:

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis dan UMNO, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

Mereka yang menipu tentang Anwar akan disaman hingga bankrap, kata peguam

Posted: 21 Mar 2013 07:16 AM PDT

TERKINI
Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kliennya akan menyaman mereka yang menyebar berita fitnah ke atasnya sehingga bankrap, selepas memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno "Papa Gomo" yang mendakwa Anwar terlibat dalam sebuah video seks.

"Kita akan ambil tindakan undang-undang, kita akan bankrapkan mereka jika mereka berterusan melakukan penipuan ini," kata peguam Anwar N. Surendran memberitahu wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, beliau berkata akan memfailkan lebih banyak saman ke atas "Papa Gomo" atau Wan Muhammad Azri Wan Deris jika beliau terus membuat material fitnah di dalam blognya www.papagomo.com.

"Setiap kali Papa Gomo membuat tuduhan fitnah, gambar lucah, video fitnah, kita akan saman beliau sehingga bankrap," kata Surendran (kanan).

Surendran juga mengatakan Anwar tidak akan melaporkan laporan polis atau mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu ini, dan berkata mereka mahu tindakan mahkamah dijalankan.

Latheefa Koya (kiri), seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, turut memberitahu tidak perlu memfailkan aduan kepada SKMM, memandangkan badan tersebut boleh bertindak tanpa aduan.

Dalam saman menentang "Papa Gomo" atau Wan Muhammad di Mahkamah Tinggi hari ini, Anwar mahu menyaman dan injuksi bagi menghalang blogger tersebut dari terus menerbitkan apa juga tuduhan yang didakwa fitnah.

Surendran berkata mereka menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi ketika prosiding mahkamah, kata saman tersebut difailkan selepas Wan Muhammad gagal memadamkan posting di blognya dan memohon maaf dari tarikh tutup dua hari pada Selasa lalu.

Dalam kenyataan hari ini, ia merujuk kepada tiga posting blog oleh Papa Gomo yang didakwa mengandungi perkataan dan gambar fitnah.

Dalam posting pertamanya Sabtu lalu, blogger tersebut meletakkan gambar seorang lelaki bogel di belakang seorang lelaki di dalam bilik.

Laman tersebut turut meletakkan pautan ke sebuah lagi blog dinamakan "Aksi si Raja Goyang", yang menerbitkan 13 gambar menunjukkan dua orang berpelukan dan bercium, dipercayai dari video yang sama.

Sabtu lalu, Anwar menafikan sebarang penglibatan dalam gambar tersebut, dan berkata: "Ini adalah gimik politik jijik oleh Umno."

Pada Selasa lalu, Surendran berkata gambar tersebut adalah palsu dan mahu mencalarkan imej ketua pembangkang itu menjelang Pilihan Raya 2013, yang mesti dilangsungkan selewat-lewatnya Jun.

"Pengedaran gambar palsu dan tuduhan fitnah itu adalah bertujuan memburukkan Anwar yang terus digunakan dalam politik kotor yang diamalkan oleh Umno dan bloggernya," katanya lagi.

Surendran mendakwa blogger Papa Gomo "mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Umno".

Tahun lalu, terdapat percubaan untuk mengaitkan Anwar dengan skandal seks selepas pendedahan video oleh "Datuk T bertiga", iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Anwar menafikan beliau adalah lelaki dalam video seks tersebut dan membuat laporan polis kepada trio tersebut selepas sehari video itu ditayangkan kepada media.

Pada 24 Jun tahun lalu, trio "Datuk T" mengaku menyiarkan video seks tersebut dan didenda RM5,500 oleh majistret Aizatul Akmal Maharani.

Shazryl Eskay dan Shuib didakwa kerana menyiarkan bahan pornografi sementara Rahim didakwa kerana bersubahat dengan mereka.

Semasa penghujahan mereka, mahkamah diberitahu seorang pakar dari Amerika Syarikat mengatakan lelaki di dalam video tersebut ialah Anwar.

Pengurusan kes saman Khalid 5 April

Posted: 21 Mar 2013 07:07 AM PDT


ANTARA POS.COM
 
Post Pic

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 April bagi pengurusan kes saman oleh dua pemilik tanah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut ganti rugi RM5 bilion berhubung pengambilalihan tanah di Mukim Ijok.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas kes berkenaan disebut di depannya.

Peguam B.Thangaraj dan Azad Bashir mewakili pemilik tanah LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd manakala pegawai penasihat undang-undang negeri Selangor Ahmad Fuad Othman mewakili Abdul Khalid dan defendan lain.

Azad memberitahu media mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Abdul Khalid dan defendan menfailkan pembelaan.

Selain Abdul Khalid, pengarah tanah dan galian Selangor, pendaftar hak milik negeri itu, pentadbir tanah Kuala Selangor serta kerajaan negeri Selangor dinamakan sebagai defendan.

Kedua-dua pemilik, yang juga sebuah syarikat pembangunan tanah, mendakwa defendan tanpa alasan kukuh meneruskan polisi "land grab" bagi mengambil alih tanah yang diberi milikan kepada mereka.

Syarikat itu mendakwa defendan mempunyai pengetahuan penuh bahawa tanah itu telah diberi milik kepada mereka bagi pembangunan bersepadu di kawasan Revolusi Hijau Bukit Cerakah di mukim itu dan juga pembangunan lain seperti bangunan perniagaan termasuk perubatan, rekreasi, sekolah dan asrama.

Syarikat itu memohon, antara lain, deklarasi bahawa keputusan defendan untuk mengambil alih tanah berkenaan pada 2011 dan 2012 adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Keseluruhannya, plaintif menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion bagi kehilangan tanah itu, faedah serta kos.

Isu Twit Perkauman: UMNO BN Itu Memang Extreme & Rasis

Posted: 21 Mar 2013 07:04 AM PDT


Isu Taib: Relawan BN mohon maaf atas twit 'perkauman'

KELAB GREENBOC

Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) memohon maaf atas kenyataan "tidak menyenangkan" berhubung milikan tanah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud melalui Twitter BNYV Sarawak yang dilihat berunsur perkauman.

Ia dibuat selepas akaun @BNYV_SWK dalam statusnya menyebut:

"Sedar-sedarlah 'orang kita'.

Walau Taib banyak tanah di Sarawak tok sekurang-kurangnya baguslah milik bumiputera dari jatuh ke orang ca-ya-nun-alif (Cina)."


Kenyataan itu dipercayai merupakan respon kepada video Global Witness yang mendakwa mendedahkan salah guna kuasa keluarga Taib.

Akaun Twitter itu menggesa agar "orang-orang kita" sedar walaupun banyak tanah di Sarawak didakwa dimiliki keluarga Taib, keadaan itu lebih baik daripada dimiliki oleh orang-orang Cina.

Pengarah BNYV Zaidel Baharuddin (kanan) dalam kenyataan segeranya di laman web berkata, kenyataan itu "tidak menyenangkan dan bercanggah dengan semangat muhibah 1Malaysia yang kini sedang dipupuk oleh perdana menteri kita".

Menurutnya, twit itu hanya pandangan peribadi seorang pengendali akaun sahaja dan tidak dikongsi oleh pengendali-pengendali yang lain.

"Saya mewakili pergerakan BNYV memohon maaf atas beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun Twitter berkenaan," kata Zaidel lagi.

Status tersebut kini dikesan dipadam daripada garis masa akaun Twitter berkenaan, seperti satu lagi mesej di Twitter rasmi BN sebelum itu berhubung pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini.

BNYV adalah inisiatif untuk merekrut sukarelawan muda bagi membantu kempen BN yang dilancarkan pada Mei 2012.

Antara tugas-tugas utama sukarelawannya adalah dalam bidang pengurusan acara, khidmat nasihat media sosial dan kempen rumah ke rumah sewaktu pilihan raya umum.

Ulasan GB

Walaupun sudah meminta maaf, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mendedahkan bahawa parti UMNO dan penyokongnya seperti PERKASA, PEKIDA, JATI dll adalah kelompok masyarakat yang extreme dan rasis.

Mereka boleh ke tahap berperangai dan berkelakuan samseng disamping menghamburkan caci makian yang bersifat lucah dan mencarut.... melewati batas-batas yang diizinkan agama dan susila bangsa.

Perhatikan adegan di bawah ini:








PKR gesa pihak berkuasa dedahkan jika militan Sulu datang dari ‘Projek IC’

Posted: 21 Mar 2013 06:51 AM PDT

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, — PKR hari ini mahu kerajaan mendedahkan perkara sebenar jika militan Sulu yang cuba menawan Sabah 9 Februari lalu datang dari rancangan "Projek IC", iaitu pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebagai pertukaran untuk undi.

Kesultanan Sulu menurut jurucakapnya semalam berkata Agbimuddin Kiram — adik kepada Jamalul Kiram III — yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengesahkan pernah bekerja sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat, Sabah.

"Pengesahan oleh jurucakap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin Kiram pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu," kata Rafizi Ramli (gambar), dalam kenyataan yang diberikan hari ini.

"Pengesahan itu mengiyakan kerisauan banyak pihak bahawa kumpulan bersenjata di Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang memegang kad pengenalan biru.

"Perkara ini mendedahkan kemungkinan ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan pihak tertentu yang dituduh berkait dengan Tun Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan tanpa melalui proses yang sah."

Menurut Rafizi, pengesahan itu membayangkan banyak perkara yang masih belum dibongkarkan oleh inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang asing yang ditangguh kerana serangan puak bersenjata Sulu di Lahad Datu yang setakat ini mengorbankan 10 orang pasukan keselamatan Malaysia dan 62 puak bersenjata Sulu sejak konflik berlangsung.

"Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru? Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?  Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC?" kata pengarah strategi PKR itu.

"Ini adalah soalan-soalan asas yang wajib dijawab oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, memandangkan beliau seharusnya berterus terang mengenai latar belakang konflik ini dengan rakyat."

Rafizi mencadangkan supaya pertimbangan diambil untuk memulakan serta merta prosiding RCI yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung pemberian kad pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti dan dibongkar sepenuhnya.

Semalam, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR semalam, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.

Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.

ADUN PAS Kedah Menang Saman RM150,000 Ke Atas RTM

Posted: 21 Mar 2013 06:48 AM PDT


RTM diarah bayar RM150,000 kepada Adun PAS

KELAB GREENBOC
 
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa.

Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.

Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000.

Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli.

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan "Titik Sentuhan" yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387. -HD



LAPORAN SEBELUM INI

Adun Kubang Rotan lapor polis dakwa difitnah



KUALA KEDAH, 22 Dis: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa tampil membuat laporan polis terhadap RTM yang didakwa memfitnahnya.

Nasir membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dengan ditemani beberapa pegawai dan penyokongnya, semalam.

Beliau mendakwa RTM menerusi rancangan Titik Sentuhan pada 18 Disember lalu secara terancang telah melemparkan tuduhan tidak berasas terhadapnya dan kerajaan negeri berhubung isu jalan rosak di Kampung Hilir, Telok Talipon yang berada dalam Dun Kubang Rotan.

"Rancangan televisyen itu menyiarkan temubual penduduk yang menuduh saya tidak berperanan sebagai wakil rakyat serta meminggirkan mereka daripada arus pembangunan negeri.

"Bagi saya tuduhan itu adalah tidak berasas dan ianya merupakan fitnah yang terancang terhadap diri saya kerana jalan yang dimaksudkan itu telah dibaiki dengan inisiatif saya melalui kerajaan negeri,"
tegas beliau.

Menurut Nasir, pihaknya telah membuat permohonan secara bertulis kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi menaik taraf dan penurapan jalan-jalan di kawasan Kubang Rotan termasuk jalan di Telok Talipon itu.

"Pada Januari yang lalu, saya telah mengajukan permohonan kepada UPEN apabila aduan dan permohonan kepada pihak Koridor Utara langsung tidak mendapat maklum balas positif.

"Berdasarkan permohonan tersebut, Pejabat Daerah Kota Setar pada Julai telah mengeluarkan tender bagi membaik pulih dan menurap jalan terbabit sepanjang 1.1 kilometer dan kerja tersebut siap sepenuhnya pada 27 Julai lalu.


"Dakwaan jalan tersebut dibaiki oleh agensi kerajaan pusat seperti dalam rancangan itu adalah tidak benar dan lebih kepada fitnah terhadap saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini dan juga fitnah terhadap kerajaan negeri," jelasnya.

Nasir yang kesal dengan fitnah itu turut menimbangkan tindakan tegas jika pihak yang terbabit dengan rancangan tersebut.

Selain itu, beliau turut mengesyaki berlakunya tuntutan bertindih terhadap kerja pembaikan jalan tersebut berdasarkan kandungan rancangan tersebut.

Sejurus laporan polis itu, Nasir turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) Negeri Kedah berkaitan tuntutan bertindih.

"Kerajaan negeri yang menurap jalan itu, tetapi mereka mendakwa pihak MADA pula yang telah melakukan kerja-kerja penurapan jalan tersebut.

"Memang jalan tersebut berada di bawah pengendalian MADA, tapi kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penurapan sepenuhnya setelah tiada tindakan dari pihak yang berwajib.


"Berdasarkan apa yang terkandung dalam rancangan Titik Sentuhan di TV1 tempohari, seolah-olah merekalah yang melakukan kerja-kerja tersebut dan saya syak mungkin berlaku tuntutan bertindih ke atas kerja-kerja tersebut," ujarnya.
-HD

Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'

Posted: 21 Mar 2013 06:43 AM PDT


Kita boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit Siang mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di Johor ini tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penghijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak. Tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin 'touch-n-go' seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek itu kerana LKS merupakan pemimpin parti yang diterima oleh mana-mana kawasan di negara ini.

Yang bertanding itu bukannya LKS tetapi adalah DAP dan LKS sebagai seorang yang berpengalaman beliau sememangnya boleh meletakkan diri beliau di mana-mana parti merasakan perlu untuk bertanding. Yang penting beliau diterima oleh parti kerana DAP adalah parti yang sudah diterima oleh semua kaum dan rakyat.

Tindakan CSL melabelkan LKS sebagai 'touch-n-go' itu hanya melambangkan ketakutan MCA yang kian hari kian merosot sokongan seperti juga UMNO dan MIC serta Gerakan. Kemampuan LKS bertanding di mana-mana menunjukkan yang beliau adalah pemimpin 'versatile' dan diterima oleh rakyat di mana-mana.

CSL sebaliknya menghadapi kesukaran untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau secara keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi saya jika CSL melabelkan LKS sebagai 'touch-n-go' saya pula ingin melabelkan CSL sebagai pemimpin 'touch–no-go' kerana beliau tidak dapat diterima oleh rakyat di kebanyakan kawasan di dalam negara ini.

CSL lebih elok tumpukan usaha untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau dengan baik secara peribadi kerana partinya sudah boleh dianggap sebagai parti yang semakin hampir kepada kematian.

Sampai sekarang ini CSL masih teraba-raba mencari tempat untuk diri beliau bertanding. Di mana sahaja beliau mencuba jawapannya ialah 'no-go' untuk beliau. CSL tidak boleh hendak 'equate'kan dirinya dengan LKS. Perbezaan beliau dengan LKS ibarat menyamakan buah bacang dengan buah epal.

Biarkan DAP melakukan apa yang baik untuk parti itu dan menjadi parti harapan rakyat untuk bersama-sama dalam kerajaan baru yang bakal dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya ini.

Semasa itu nanti barulah MCA dan rakan-rakannya dalam BN tahu rupa-rupanya ada parti lain yang jauh lebih berkemampuan dan bersih menguruskan kerajaan negeri-negeri dan Persekutuan kita ini.

Semasa itu nanti MCA dan rakan-rakan komponen yang lain mesti belajar dari pimpinan kerajaan yang baru itu bagaimana menguruskan kerajaan dengan cara yang lebih baik dan selari dengan kehendak rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri.

Hanya BN sahaja yang terlalu 'obsessed' memuji diri sendiri sehinggakan mereka tidak sedar ada pihak lain yang lebih baik dan tidak pun memuji diri mereka kerana kejayaan DAP dan rakan-rakan lain itu merupakan kejayaan rakyat sendiri.

CSL akan melihat keadaan dalam mana kerajaan baru dengan rakyat itu 'berpisah tiada' buat jangka masa yang lama.

Anwar fail saman Utusan dan TV3 esok

Posted: 21 Mar 2013 03:09 AM PDT


 

KL TODAY

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tuntutan samannya ke atas Utusan dan TV3 ekoran laporan fitnah media itu. Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi esok, kata peguamnya N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan mereka hari ini.

Saman ini difailkan ekoran laporan media itu bahawa Anwar terlibat dalam kes pencerobohan ke atas Lahad Datu, sabah.


Dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia,  Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.

Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan  "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.


TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

Kerajaan Negeri Bincang Tarikh Bubar DNS

Posted: 21 Mar 2013 03:03 AM PDT



Sidang Dun Selangor 08

SUBANG JAYA- Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid memaklumkan Kerajaan Negeri mempunyai beberapa tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi memberikan peluang kepada mandat baru dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Abdul Khalid, perbincangan sentiasa diadakan namun pengumuman tarikh pembubaran akan dibuat dalam masa terdekat.

"Perbincangan itu sentiasa tapi strategi untuk menentukan PRU bila tidak ditetapkan sehingga bersetuju membubarkan Dewan Negeri Selangor.

"Tarikh pembubaran akan berlaku, satu jika Kerajaan Persekutuan umumkan pembubaran.

"Kalau Kerajaan Persekutuan bubarkan Parlimen esok (misalnya) jadi Kerajaan Negeri akan berbincang untuk buat keputusan sama ada bersama persekutuan atau tidak.

"Kita ada mempunyai tarikh tertentu.," katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan membubarkan DNS lebih awal sekaligus PRU-13 di Selangor akan berlangsung tanpa Kerajaan Persekutuan.

Selangor Bina 5,000 Unit Rumah Mampu Milik Pasang Siap Dalam Lima Tahun

Posted: 21 Mar 2013 03:00 AM PDT


rumah mampu milik sept 2012 01

SUBANG JAYA  : Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mensasarkan untuk membina 5,000 unit rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang dengan menggunakan konsep pasang siap Pre-fabricated (IBS).

Ketua Bahagian Perumahan LPHS, Mohamad Hafiz Hassan menjelaskan, untuk permulaan, peruntukkan RM 50 juta akan digunakan sebagai dana pusingan bagi tujuan membangunan projek perintis rumah mampu milik itu.

Projek tersebut dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2013.

"LPHS diberikan mandat untuk menyelaras projek ini yang dianggarkan menawarkan lebih 250 unit di kawasan Lembah Klang di atas tanah milik Kerajaan Negeri dengan keluasan tiga hingga lima ekar yang sedang dikenalpasti.

"Selanjutnya Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sekurang-kurangnya sebanyak 5,000 unit rumah dengan konsep ini dalam tempoh lima tahun sehingga tahun 2017," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Mohamad Hafiz, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji insentif khas untuk mengalakkan pemaju swasta menggunakan konsep pre-fabricated IBS.

Insentif tersebut termasuk mengenakan kadar premium tanah yang nominal dan pengecualian sumbangan 'Improvement Service Fund' atau dana perkhidmatan penambahbaikan.

Beliau menambah, rumah mampu milik pasang siap ini merupakan penambahan kepada dasar rumah mampu milik yang dijalankan Kerajaan Selangor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sehingga kini, sebanyak 2,151 projek rumah mampu milik telah dimulakan pembinaan.

Dianggarkan sebanyak 10,407 unit rumah lagi akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga tahun 2021.

Kenapa tergesa-gesa tayang Tanda Putra di UIA?

Posted: 21 Mar 2013 02:55 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Presiden We Unite For Islam (WUFI) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Abdul Muntaqim Abu Bakar mempersoalkan tindakan pihak universiti itu yang mengadakan tayangan filem Tanda Putra secara tergesa-gesa di kampus itu.

Menurut beliau, pihak universiti hanya membuat promosi selama dua hari sahaja sebelum ditayangkan pada hari ini.

"Kenapa filem kontroversi ini ditayangkan secara tertutup dan kepada pelajar dan staff UIAM Kuantan sahaja?" soal beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga turut mempersoalkan kenapa filem itu ditayangkan dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.

"Adakah terdapat usaha mempengaruhi mahasiswa dan staf UIAM Kuantan supaya mengundi parti tertentu dalam pilihanraya umum akan datang?" tanya beliau lagi.

UIAM Kuantan menjadi tempat ketiga ditayangkan filem kontroversi itu setelah ditayangkan sewaktu program bersama peneroka Felda pada bulan lepas dan di UIAM Gombak pada awal bulan ini.

Poster promosi tayangan menyatakan ia dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Kampus UIAM Kuantan dan padanya terdapat lambang UIAM beserta lambang Persona Pictures.

Katanya lagi, berbeza dengan tayangan di UIAM Gombak yang meminta setiap kolej kediaman menghantar enam orang mahasiswa dan pelajar kor Sukarelawan Siswa Polis (Suksis) serta Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Udara diwajibkan hadir, tayangan di UIAM Kuantan pula hanya berbentuk 'jemputan' sahaja.

"Setakat ini tidak ada sebarang penerangan apakah sebab filem itu ditayangkan dan tidak ada pemberitahuan sama ada diadakan sesi penerangan atau dialog selepas tayangan itu," jelasnya.

Beliau berkeyakinan pelajar UIAM Kuantan sudah cukup matang untuk menilai filem kontroversi itu dengan hujah dan fakta yang jelas dan mampu meneruskan momentum perubahan sehinggalah pilihan raya akan datang.-harakahdaily

Seorang penceroboh ditembak mati, wanita ditahan dalam Op Daulat

Posted: 21 Mar 2013 02:53 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.

"Anggota tentera yang tercedera dibawa ke hospital berdekatan dan selepas pembedahan, keadaannya stabil," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Berhubung kemungkinan penduduk Kampung Tanduo boleh kembali ke kediaman masing-masing, Zulkifeli berkata pasukan penilaian terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu akan digerakkan ke kampung itu selewat-lewatnya esok bagi melakukan penilaian keseluruhan sebelum penduduk dibenar pulang.

Beliau berkata kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.

"Dari segi kerosakan fizikal agak mudah untuk dinilai tetapi dalam aspek keselamatan kami perlu pastikan keadaan benar-benar bersih dan selamat sebelum penduduk dibenar kembali ke kediaman mereka," katanya dan memberitahu bahawa hanya terdapat 12 rumah penduduk di kampung itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifeli turut menafikan dakwaan bahawa sekumpulan lelaki dari Sabah akan dihantar ke Filipina untuk membunuh Kiram, dan berkata dakwaan itu tidak berasas dan mengarut.

Sementara itu, Khalid ketika ditanya sama ada pihak berkuasa mempunyai bukti sehingga lapan militan didakwa di mahkamah berkata: "Sudah tentu, tapi kita tidak boleh dedahkan dan jika tiada bukti bagaimana kita boleh mendakwa mereka.

Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mempertikai tindakan itu perlu menunggu sehingga perbicaraan dan sekiranya mempunyai sebarang persoalan ia boleh dirujuk kepada Wisma Putra.

Lapan rakyat Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di Tawau dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas.

Empat lagi didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua yang lain didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Kesemua mereka ialah antara 108 individu yang disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Berhubung statistik terkini pencerobohan, Khalid berkata 30 mayat militan berjaya dikeluarkan dan selesai dibedah siasat, namun sehingga kini tiada pihak tampil menuntut mayat-mayat itu.

Jumlah tangkapan di bawah SOSMA kekal 108 orang, manakala 268 individu ditahan mengikut lain-lain akta setakat ini, katanya.- Bernama

Papagomo Kena Saman Anwar Ibrahim RM100 Juta : Fitnah Gambar & Video Seks Terbaru!

Posted: 20 Mar 2013 10:38 PM PDT

Staff Berita Semasa 
 
Video Seks Lelaki Gay

Papagomo : Kisah-kisah Video seks dalam arena politik nampaknya tidak menemui jalan penamatnya. Selepas sunyi seketika, tiba-tiba Malaysia digemparkan satu lagi video seks dengan lelaki gay yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Jika sebelum ini Anwar Ibrahim telah pun saman Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM200 juta kerana memfitnahnya dengan mengaitkan penglibatannya (DI SINI) dalam krisis Lahad Datu Sabah, terbaru….
Papagomo mengambil "tempat seterusnya" apabila menerima saman daripada Anwar Ibrahim sejumlah RM100 juta semalam daripada peguam Anwar Ibrahim

Papagomo Kena Saman RM100 Juta VS Anwar Ibrahim

  • Blog : Blog Papagomo
  • Tarikh artikel : 16 Mac 2013
  • Nama blogger :  Wan Muhammad Azri Wan Deris
  • Peguman : N. Surendran (Naib Presiden PKR)
  • Jumah Saman : RM100 juta & permohonan maaf 48 jam bermula 19 Mac 2013
  • Mengapa jumlah saman tinggi : Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog, Papagomo  yang mendapat sokongan jelas parti UMNO
  • Kesalahan : Laman web Papa Gomo berniat jahat menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka
Sementara itu, dengan sepantas kilat blogger PapaGomo telah memberi jawapan dan membuat permohonan maaf kepada  Anwar Ibrahim semalam (19 Mac 2013) yang berbunyi seperti di bawah ini :

papagomo
Artitikel blog Papagomo September 2011

Papagomo Kena Saman RM100 Juta : Papagomo Minta Maaf Tetapi..

Ini bait-bait ayat permohonan maaf blogger Papagomo terhadap Anwar Ibrahim :
papagomoPermohonan Maaf saya :Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat.
Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual. Dengan permohonan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri.
Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.
Sumber Blog Papagomo
Dalam pada permohonan maaf di blognya, Papagomo sempat melontarkan amaran kepada Anwar Ibrahim. Wah…hebat. Banyak betul video seks dan porno yang disimpan oleh blogger Papagomo ini tanpa sebarang "gangguan".

Beginilah memandangkan semakan kami mendapati blogger Papagomo sebelum ini pernah mempersoalkan tindakan saman daripada Anwar Ibrahim berdasarkan artikel pada bulan September 2011, jadi bagi kami ada baiknya diteruskan sahaja. Tidak perlu untuk ditarik balik saman ke atas Papagomo.

Lagipun bagi kami, adalah lebih baik biarlah undang-undang yang menentukan samaada seseorang itu bersalah atau tidak bukan berdasarkan dakwaan semata-mata. Dan proses undang-undang juga boleh merungkaikan segala persoalan yang dibangkitkan selama ini. Itu lebih baik sebenarnya….
  • Jadi Anwar Ibrahim boleh mempertahankan diri menerusi saluran undang-undang
  • Manakala Papagomo boleh cuba membuktikan kebenaran dan dakwaannya terhadap Anwar Ibrahim selama ini.
Apa pandangan balas anda pula?

Pengakuan Rosmah berbelit-belit, tapi jelas cincin RM24 juta wujud

Posted: 20 Mar 2013 10:35 PM PDT

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM24 juta dalam buku biografinya mengesahkan pendedahan KEADILAN mengenai barang kemas mewah itu memang wujud.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, pengakuan isteri Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya, tetapi mengakui ada melihat apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer 'kepada orang yang ada duit.'

Terbaru, dalam terbitan biografi bertajuk 'Rosmah Mansor' yang dilancar semalam, beliau menafikan kewujudan cincin itu dan mendakwa ia hanya fitnah dan khabar angin semata-mata.

cincin

Rosmah sebaliknya berkata, perhiasan mewah yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya.

"Sekarang jelaslah cincin itu memang wujud dan kenyataan itu sekaligus menunjukkan Rosmah memang seorang yang gemar bermegah-megah dengan perhiasan mewah," kata Fariz ketika dihubungi.

Dalam buku tersebut, Rosmah juga menjelaskan, cincin dari New York itu dibawa masuk ke Malaysia pada April 2011 untuk dilihat bakal besannya sebelum dikembalikan kepada syarikat barangan kemas itu pada 13 Mei 2012.

Ini sama sekali bertentangan dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen pada Oktober 2011.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak itu mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari (masuk ke Malaysia), cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," kata Nazri Aziz.

Mengulas lanjut, Fariz mempertikai status Rosmah yang diberi barangan mewah sedangkan beliau hanyalah isteri Perdana Menteri dan tidak memiliki sebarang kuasa politik.

"Apa kelebihan Rosmah sehingga dihadiahkan barangan kemas yang harganya mencecah jutaan ringgit?
"Ini satu kemusykilan yang sepatutnya disiasat badan berkuasa seperti SPRM," kata Fariz.

Beliau berkata, penerimaan Rosmah ke atas hadiah mewah tersebut boleh dianggap sebagai pemberian rasuah.

"Rosmah patut malu menerima hadiah mewah ketika masih ramai rakyat menderita akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

"Beliau sepatutnya buktikan keperibadian sebagai isteri pemimpin yang berjiwa rakyat dengan hidup serba sederhana dan bukannya hanya pandai beretorik," kata Fariz. – NS

Berjalan 13km untuk Lahad Datu

Posted: 20 Mar 2013 10:32 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Seramai kira-kira 10,000 penduduk daerah Besut berarak sejauh 13 kilometer sempena program 'Walk 4 Peace' (Berjalan Untuk Keamanan) demi menyatakan sokongan terhadap Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Perjalanan bermula 5.00 petang dan berakhir 6.30 petang itu turut membawa sepanduk dengan kata-kata semangat kepada pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas dari selatan Filipina dalam operasi itu.

Program yang diketuai Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh itu turut disertai anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, Adun Kota Putera Muhammad Pehimi Yusoff, Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh dan ketua-ketua jabatan.

Program dimulakan dengan bacaan doa dan kibaran Jalur Gemilang sambil diiringi nyayian lagu-lagu patriotik, turut melibatkan anggota keselamatan termasuk polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Gong Kedak, anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Persatuan Bekas Polis Daerah Besut, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk sekitar.

Idris ketika ditemui pada majlis itu berkata program tersebut bagi membuktikan sokongan padu penduduk Besut kepada setiap anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.

"Kami menyokong penuh tindakan kerajaan mempertahankan Sabah dan Berjalan Untuk Keamanan ini merupakan satu sokongan simbolik penduduk Besut atas perjuangan mempertahankan Sabah dari pelampau militan," kata Idris yang juga Adun Jerteh dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perarakan yang dilaksanakan secara berperingkat itu melibatkan beberapa perhentian bermula di Jerteh Souq sebelum bergerak ke hentian Kampung Nyiur Tujuh, Alor Lintah, Gong Kepas sebelum berakhir di pusat pentadbiran Kampung Raja.

Pada setiap hentian itu, perarakan diikuti seramai 2,000 penduduk mewakili pelbagai pihak untuk menyambung perjalanan.

Pada majlis itu, lebih RM5,000 berjaya dikutip untuk mengisi Tabung Wira Lahad Datu.- Bernama

Mahkamah Tawau dikawal pasukan keselamatan

Posted: 20 Mar 2013 10:28 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi mula dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata.

Anggota polis tambahan mula memasuki perkarangan mahkamah bermula 7.30 pagi menaiki dua buah lori polis dan beberapa buah kereta.

Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan yang telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.

Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Pekerja mahkamah sahaja dibenarkan masuk sementara wartawan hanya dibenarkan berada di luar kawasan.

Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di Tawau pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Tawau

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama.- Bernama

SPR: Malang PRU sebelum RCI selesai

Posted: 20 Mar 2013 10:27 PM PDT



 
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, "malang" sekali pilihan raya umum akan diadakan sebelum suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang di Sabah selesai, kerana pembersihan daftar pemilih hanya dapat dibuat selepas itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar berkata, bawah peraturan pilihan raya, badan itu mempunyai hak membersihkan daftar pemilih sekiranya terbukti di mahkamah dan dalam kes ini termasuk RCI.

Bercakap dalam sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, selagi RCI belum selesai, pembersihan itu tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi yang meragukan.

Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada SPR menyemak pemilih meragukan dalam daftar pemilih berdasarkan pengakuan saksi semasa sesi pendengaran RCI.

Tian Chua : PR Tidak Kompromi Soal Keselamatan Negara

Posted: 20 Mar 2013 10:20 PM PDT


tian-chua-bersih

SHAH ALAM  : Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN didakwa menjadikan isu pencerobohan di Lahat Datu, Sabah sebagai modal politik memburukkan Pakatan Rakyat dan tidak mengutamakan soal keselamatan negara.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam menyatakan tindakan itu jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih enggan membuat sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.

Menurutnya, soal keselamatan negara tidak boleh diperkecilkan dan PR tidak akan berkompromi dalam perkara tersebut.

"Bila berlaku tragedi Lahat Datu, kita minta Perdana Menteri adakan satu sidang khas (tergempar) Parlimen untuk kita bersama-sama berbincang.

"Saya tidak nampak kenapa tidak boleh dibuat kerana kita pernah hadapi keadaan hampir sama.

"Semasa Perdana Menteri di luar negara bila bumi Palestin diserang oleh Zionis. Perdana Menteri arahkan sidang khas (tergempar) Parlimen diadakan dan kita dari pembangkang sokong. Itu pendirian kita atas isu kebenaran," katanya.

Lebih mengecewakan, dirinya difitnah menghina pasukan keselamatan sedangkan beliau tidak pernah membuat kenyataan seperti itu.

"Pada 1 Mac lalu bila ditanya wartawan untuk komen pasal tembakan yang berlaku di Lahat Datu. Saya nyatakan rasa pelik kenapa media tempatan tidak membuat liputan kepada isu tembakan itu sedangkan semua sumber datang dari agensi media asing," ujarnya.

Beliau menambah, ketika negara menghadapi ancaman bersenjata dari pihak luar, dirinya dijadikan sasaran dengan anggapan dia adalah musuh nombor satu negara.

"Ada pihak (Umno-BN) anggap saya musuh yang lebih besar dan lebih teruk dari Sultan Sulu," katanya.

Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghasut, kerana didakwa mengaitkan kerajaan dan UMNO dengan pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu.

Naib Presiden PKR itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan pertama, beliau boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 5,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan kedua, beliau boleh dipenjarakan tidak lebih daripada lima tahun.

Antara perkataan menghasut yang didakwa adalah serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A

Posted: 20 Mar 2013 10:18 PM PDT

SINAR HARIAN

Abd Ghafar Mahmud
 
Abd Ghafar Mahmud menunjukkan perbandingan bilangan calon yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran selepas membentangkan analisis keputusan SPM di Putrajaya hari ini. 
 
PUTRAJAYA - Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata seramai 13,721 daripada calon itu merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

"Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki," katanya semasa mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2012 di sini hari ini.

 Abd Ghafar berkata seramai 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak 27.5 peratus.

Beliau berkata daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

"Kejayaan lima calon berkeperluan khas ini menunjukkan bahawa semua calon, tanpa mengira kekurangan mereka, berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM," katanya.

Bagaimanapun katanya, pencapaian keseluruhan calon turun sebanyak 0.04 mata berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata berbanding 5.04 mata tahun sebelumnya.

Beliau berkata penurunan itu disebabkan bilangan mata pelajaran yang prestasinya menurun melebihi bilangan mata pelajaran yang prestasinya meningkat.

"Penurunan ini tidak begitu signifikan, kerana ia masih di bawah 0.05 mata. Bagaimanapun saya sudah mengarahkan dibuat kajian mengenainya dan penambahbaikan  dibuat pada masa akan datang," katanya.

Abd Ghafar berkata berdasarkan GPN juga, pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.16 mata kepada 4.83 mata berbanding 4.67  mata tahun sebelumnya, manakala pencapaian calon luar bandar juga menurun 0.05 mata kepada 5.44 mata berbanding 5.39 mata tahun sebelumnya.

Penurunan pencapaian calon luar bandar yang lebih kecil menyebabkan jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.61 mata, berbanding 0.72 mata tahun sebelumnya, katanya.

Abd Ghafar berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi 51 mata pelajaran meningkat, 54 mata pelajaran menurun dan tiga mata pelajaran kekal berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata dua daripada mata pelajaran yang meningkat ialah mata pelajaran teras iaitu Matematik yang meningkat 0.30 mata dan Pendidikan Moral yang meningkat 0.21 mata.

"Prestasi mata pelajaran teras lain iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris pula menurun. Bagaimanapun seramai 229,009 atau 51.1 peratus calon yang menduduki Bahasa Inggeris (1119) SPM berjaya memperoleh Sijil GCE O-Level," katanya.

Abd Ghafar berkata bagi mata pelajaran elektif, 49 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi termasuk mata pelajaran elektif sains seperti Matematik Tambahan dan Kimia serta Biologi yang mencatat peningkatan signifikan sebanyak 0.33 mata, juga beberapa mata pelajaran elektif teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.10 mata, dan daripada 78,612 calon yang menduduki Prinsip Perakaunan, seramai 48,193 atau 61.3 peratus layak menerima Sijil LCCI daripada Education Development International (EDI), United Kingdom," katanya.

Seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2012, pertambahan 0.8 peratus berbanding 468,808 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 415,530 merupakan calon sekolah KPM.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 dijalankan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lalu, di 3,590 pusat peperiksaan, melibatkan 30,239 petugas dan 22,930 pemeriksa.

KPM turut menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara termasuk daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, National Institute for Educational Measurement (Cito), Belanda dan Education Development International (EDI), United Kingdom, bagi memastikan peperiksaan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa. - Bernama

Kanak-kanak perempuan maut terkena kipas helikopter kawalan jauh

Posted: 20 Mar 2013 10:16 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas helikopter kawalan jauh ketika menyaksikan majlis perasmian padang bola sepak sintetik di Kompleks Belia dan Paroi di sini, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.

Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Seorang saksi, Abdul Latif Salim dipetik Bernama berkata, helikopter mainan itu hilang kawalan sebelum menjunam ke arah orang ramai.

Dia juga sempat mengelak sebelum pesawat mainan itu terkena bayi tersebut yang sedang dipangku bapanya.

"Saya lihat kepala bayi itu berdarah yang kemudiannya dia dikejarkan bapanya ke ambulans di situ untuk dibawa ke hospital," katanya.

Pertunjukkan helikopter kawalan jauh itu merupakan sebahagian daripada acara di majlis tersebut yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di hospital melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian itu yang disifatkannya sebagai di luar jangka.

Katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan memastikan ia tidak berulang di masa depan.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memastikan keluarga mangsa akan mendapat bantuan sewajarnya terutama bagi urusan pengkebumian bayi tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata pengendali alat terbabit yang berusia 40 tahun telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: