Isnin, 11 Mac 2013

Biaqpila

Biaqpila


GEMPAQ!!! Bendera PKR Berkibar Di Bangunan Umno

Posted: 11 Mar 2013 03:00 PM PDT





Bukan sahaja pegawai kerajaan memilih untuk menolak Umno Barisan Nasional, malah pegawai di pejabat Umno sendiri telah menunjukkan ciri berubah. "Umno dilihat perlu ditolak pada PRU-13 demi menyelamatkan Malaysia" - pemikiran ini juga terlintas dari kalangan penyokong Umno yang jelak dengan rasuah dan penyelewengan mereka!

edyesdotcom

INILAH KERJA SYAITAN YANG DIKENALI

Posted: 11 Mar 2013 07:23 AM PDT



::: LAWAN TETAP LAWAN ::::

~~bersaksikan ikat kepala ini,Puak2 umno menyerang pejabat keadilan di damansara petang tadi,kepala mereka diikat dengan kalimah namun perlakuan mereka melebihi syaitan..puluhan telur dibaling ke dalam ibu pejabat parti yg memperlihatkan kedangkalan berpolitik umno..selesai berdemo kalimah ini ditinggalkan di atas tanah begitu sahaja~~




Samseng Umno ‘buat kacau’ ibu pejabat KEADILAN, seorang cedera

Posted: 11 Mar 2013 05:10 AM PDT


PETALING JAYA 10 Mac: Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.
549430_10151466616347512_1346932869_nKakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.
"Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya," katanya ketika dihubungi.
Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.
hqoecahSementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.
"Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah," katanya.
hqtelurKatanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.
Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM

KD


400 PENDATANG KELUAR SABAH

Posted: 11 Mar 2013 02:14 AM PDT


(Petikan laporan portal berita Philippine Daily Inquirer)

KUALA LUMPUR: Media Filipina melaporkan 400 pendatang di Sabah telah melarikan diri menuju ke parairan Filipina namun kini terkandas di Pulau Penyu (Taganak Island).

Laman Philippine Daily Inquirer menyebut, mereka adalah antara yang melarikan diri selepas pasukan keselamatan Malaysia menjalankan operasi memburu saki-baki penceroboh dan menahan ramai pendatang asing sejak 8 Mac lalu.

Portal itu turut memetik sumber Tentera Laut Filipina semalam bahawa 400 pelarian telah terkandas di Pulau Penyu sejak malam Sabtu dan menunggu untuk diselamatkan.

Kapten Tentera Laut Rene Yongque, Komander Tentera Laut Pasukan Petugas 62, dipetik sebagai berkata, semua pelarian adalah dari Sandakan, mencapai perairan Filipina jam 7 petang Sabtu lalu dengan menaiki bot kayu.

Yongque juga dilapor berkata kapal tentera laut Sultan Kudarat telah dihantar untuk menyelamatkan pelarian tersebut.

Sementara itu di Malaysia, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang media pagi tadi berkata, tumpuan operasi pasukan keselamatan kini adalah di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Dalam perkembangan terbaru juga, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Mayat-mayat tersebut adalah yang ditembak mati selepas pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh bermula 8 Mac lalu.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Menjawab soalan pemberita, Hamza turut menegaskan pihak keselamatan sedang berusaha untut menamatkan operasi ini secepat mungkin.

"Kita ada 'timeline'. Takkan nak tunggu berkampung di sini sampai hujung tahun ini. Tapi 'timeline' itu kita tak boleh bagitahu la," katanya.


HD




Tak yakin prestasi diri punca Najib lengah PRU13

Posted: 10 Mar 2013 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tidak yakin dengan segala transformasi yang dilakukan menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlengah-lengah memanggil pilihan raya umum.

Jika dilihat pada hujah yang diberikan beliau sebelum ini, iaitu untuk menyelesaikan Bajet 2013, jelas kelihatan beliau tidak yakin rakyat menyokong Barisan Nasional (BN) biarpun segala bantuan dilimpahkan selama ini.

Namun, menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Mohd Ramli, pilihan raya ini tidak diukur dengan bajet, sebaliknya prestasi beliau selama ini sebagai perdana menteri.

"Kalau hendak tunggu bajet 2013 selesai, memang lebih panjanglah (tunggu pilihan raya). Sebab lepas dari itu ada pula bajet 2014. Siapa perintah nanti, masih boleh teruskan bajet 2013 yang sudah diluluskan itu," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Dr. Hatta, Najib sepatutnya boleh membubarkan parlimen lebih awal lagi sekiranya beliau yakin apa yang dilakukan selama ini benar-benar dapat menarik perhatian rakyat.

Sayangnya, kata Hatta Najib tidak berani berpegang kepada prestasi beliau sendiri selama empat tahun ini, sebliknya bergantung kepada bajet 2013 dan pemberian 'one-off' kepada rakyat muktahir ini.

"Di mana-mana, beliau berkata yakin boleh memperoleh majoriti dua pertiga. Namun hingga kini tarikh pilihan raya terus menjadi teka-teki rakyat Malaysia," kata beliau.

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata Najib mungkin mencuba untuk membawa sejauh mungkin tarikh pilihan raya, namun percaya jika beliau tiada jalan lain, kemungkinan Najib akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat.

"Najib mungkin akan heret lebih jauh lagi tarikh pilihan raya, walaupun sudah lebih mandat yang diberi rakyat sejak Mac 2008. Tapi, saya percaya, jika beliau tiada pilihan lain, mungkin esok beliau umum bubar parlimen," kata beliau.



HD



Tiada ulasan: