ALHUSSEYN |
- Jangan percaya cerita Hamidah Adun Tengin Sungai Rapat nih!
- Mahathir seru perkuatkan parti Melayu pembangkang
- Satu mayat itu macam rupa Komander Musa
- Perkembangan terkini - Filipina bantah tindakan kejam polis Malaysia
Jangan percaya cerita Hamidah Adun Tengin Sungai Rapat nih! Posted: 11 Mar 2013 09:30 AM PDT Blog penjilat bontot Hamidah, Adun Tengin Sungai Rapat melaporkan:
Ada sumber intelijen menyatakan, 200 orang itu tidak dapat diserapkan kerana Hamidah tidak mampu nak mengadakan uniform yang secukupnya. Hamidah sendiri dan beberapa yang lain terpaksa menggunakan pakaian seragam RELA Selain itu, faktor tubuh badan tidak cukup sasa menjadi alasan kenapa ramai yang ditolak menjadi anggota briged tersebut. Walau bagaimanapun beberapa orang yang berperut buncit sedang dipertimbangkan sebagai anggota simpanan briged. Hamidah adun tengin Sungai Rapat khabarnya ingin mengikut jejak Ibrahim Ali yang bercita-cita untuk menghantar briged ini ke Lahad Datu jika ada seruan jihad dan permintaan dari PM Najib. |
Mahathir seru perkuatkan parti Melayu pembangkang Posted: 11 Mar 2013 05:00 AM PDT "Jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, percayalah, kedudukan orang Melayu akan diketepikan. Kaum lain telah menguasai ekonomi negara ini dan jika politik turut dikuasai oleh mereka, anda fikirlah sendiri. Artikel Penuh: Klik Sini 'Kaum lain telah menguasai ekonomi negara ini ...' demikian akuan Mahathir sendiri ~ sedangkan kuasa politik yang selama 56 tahun adalah ditangan Umno , parti politik Melayu! Membuktikan kegagalan berliau sendiri kerana gagal meningkatkan ekonomi orang Melayu, walaupun pernah menjadi PM Malaysia yang paling lama, iaitu selama 22 tahun tahun ! Haprak betul malaon ini, kerana dia hanya mampu menyalahgunakan kuasa yang ada padanya. Umno dan pemimpin-pemimpin Melayu Umno adalah boneka kepada towkey-towkey bukan Melayu sejak dulu, kini dan selamanya. Lihat senarai ini Semua orang tahu, Mahathir hanya memperkayakan kroni rapatnya sahaja Yang kebanyakannya terdiri dari Bukan Melayu, seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan, Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien,Quek Leng Chan Pengerusi Kumpulan Hong Leong dan kalau nak tengok senarai kroni terdekat Mahathir, sila klik di sini Adalah juga sebilangan kecil orang Melayu yang kaya raya melampau seperti Syed Mokhtar Albukhary yang menguasai perniagaan udara, darat dan laut di Malaysia. Tidak lupa juga anak Mahathir sendiri, Mokhzani yang merupakan antara yang tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia. Melayu lain, hanya dapat kuah ~ manakan sama dengan isi atau ketulan daging yang diratah dan dimamah oleh mereka yang menjadi kroni sahaja. Umno akan berdepan PAS dalam pilihan raya. Undilah PAS dan tendang keluar Umno.Sudah cukup lama Umno/BN gagal mewakili orang Melayu dalam usaha mempertinggikan tarap hidup mereka. Umno/BN telah terlalu lama memerintah Malaysia. Berilah Pakatan Rakyat peluang untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara dan memperbetulkan segala kepincangan yang terus merudumkan nama Malaysia di mata dunia. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, percayalah bahawa bukan sahaja Melayu akan lebih dihormati, malah seluruh rakyat Malaysia ~ Cina India dan sebagainya dan negara akan dihormati dunia. |
Satu mayat itu macam rupa Komander Musa Posted: 11 Mar 2013 03:26 AM PDT Satu daripada 18 mayat pengganas dipercayai Komander Musa — ForensikLAHAD DATU, 11 Mac — Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa. "Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan. Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang. Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut. Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan. "Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi. — Bernama SUMBER |
Perkembangan terkini - Filipina bantah tindakan kejam polis Malaysia Posted: 10 Mar 2013 05:29 PM PDT Ketua polis negara, Omar mendakwa, polis Malaysia menangani operasi pembersihan ke atas pengikut Sultan Sulu dengan cara professional. Namun, kenyataan ini telah disangkal oleh 400 pelarian yang melarikan diri dari Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak di Sabah ke Sulu dan menyifatkan tindakan polis Malaysia yang memburu saki baki pengikut bersenjata, Jamalul adalah ganas dan tidak berperi kemaknusiaan. Salah seorang pelarian tersebut, Amira Taradji,32-tahun, telah lama tinggal di Sandakan sejak berusia 6 tahun dan adalah pemegang MyKad, dan menjadi pemastautin tetap, berkata "Kami dilayan seperti binatang" Polis mengheret semua lelaki yang di luar rumah, ditendang dan mereka di pukul," kata Taradji Polis Malaysia mengarahkan lelaki Filipina supaya lari secepat yang boleh , lalu menembak mereka. Antara mereka yang terbunuh pada malam Isnin semasa menyapu polis komuniti Filipina di Sandakan ialah abangnya, Jumadil, katanya. Gerakan pembersihan polis telah bertukar menjadi sangat menakutkan kepada orang-orang Filipina dan orang-orang Sabah yang dikenali sebagai Orang Suluk ( orang yang asal dari Sulu). Sesetengahnya yang ditangkap walaupun telah menunjukan dokumen imigrasen yang sah. Berlaku insiden kejam dimana Polis mengoyakan dolumen tersebut didepan mata mereka dan menembak mereka, katanya. Mereka yang enggan lari akan dipukul hingga hitam dan biru.Mereka yang dalam lokap dibunuh, kata Taradji Beberapa orang Filipina lain yang melarikan diri dari Sabah bersamanya turut mengesahkannya. Lebih 300 lagi pelarian tiba di Jolo dalam satu lagi perahu dari Sandakan, Sabtu lalu dengan cerita kekejaman polis Malaysia terhadap pemastautin Tausug di Sabah. Cerita-cerita mereka hanya menguatkan lagi apa yang diceritakan oleh Taradji tentang kekejaman polis. Pihak Istana MalacaƱang telah mengutuk kekejaman yang dilaporkan itu. Jurucakap Timbalan presiden, Abigail Valte berkata penderaan terhadap rakyat Filipina di Sabah adalah "tidak boleh diterima" oleh kerajaan Filipina. Valte berkata diplomat Filipina akan menghubungi kerajaan Malaysia mengenai penyalahgunaan yang dilaporkan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memungkiri janjinya untuk melindungi rakyat Filipina di Sabah yang tidak terlibat dengan kumpulan bersenjata itu. Menurut Valte,Presiden Aquino telah menerima jaminan Datuk Seri Najib pada 2 Mac lalu bahawa hak-hak 800,000 rakyat Filipina di Malaysia akan dilindungi. Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) mengesahkan laporan yang diterbitkan oleh akhbar tempatan Inquirer yang tersebar kelmarin (Ahad) berdasarkan akaun yang diberikan oleh rakyat Filipina yang melarikan diri. Dalam satu kenyataan yg dikeluarkan kelamarin (Ahad), DFA berkata, kerajaan Malaysia perlu menjelaskan tentang laporan kekejaman tersebut. "Jika ianya benar, kami akan bantah kerana ini tidak sepatutnya berlaku sebab keselamatan semua rakyat Filipina di Sabah adalah penting," kata jurucakap DFA, Raul Hernandez dalam satu temubual melalui dzRB , stesyen radio tempatan. Hernandez berkata kerajaannya akan merayu kepada Malaysia supaya berperi kemaknusiaan ke atas rakyat Filipina di Sabah . Laporan mengenai pengalaman getir rakyat Filipina di Sabah telah mendorong sekurang-kurangnya 93 badan NGO di Filipina dan Malaysia merayu supaya "Genjatan senjata kemanusiaan" di adakan untuk mempastikan keselamatan mereka yang tidak terlibat dengan kumpulan bersenjata itu. Rayuan tersebut ditujukan kepada Presiden Filipina, Aquino, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak and Jamalul. Sumber |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan