Isnin, 11 Mac 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perhimpunan anti-Guan Eng haram, kata polis

Posted: 11 Mar 2013 06:16 AM PDT

 


 
Polis mengisytiharkan perhimpunan berhubung isu kalimah Allah melibatkan beberapa NGO pada Jumaat lalu sebagai haram.

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan daripada wakil kerajaan negeri dan pihak polis Jalan Patani.

protester sent clock to penang cm lim guan eng 080313 03Katanya, perkara itu akan disiasat bawah Section 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan perhimpunan tanpa permit polis.

Gan berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana pihaknya masih mengenal pasti individu dan kumpulan yang bertanggungjawab menganjurkannya.

protester sent clock to penang cm lim guan eng 080313 05Pada 8 Mac lalu, kira-kira 50 orang berarak daripada Masjid Benggali di Jalan Chulia ke Komtar selepas solat Jumaat dan dilapor cuba merempuh masuk ke dalam pejabat pentadbiran Pulau Pinang bagi mendapat penjelasan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah.

Kumpulan berpakaian serba hitam itu dihalang oleh pihak keselamatan daripada menyerahkan sebuah jam, tanda tempoh pentadbiran ketua menteri akan berakhir tidak lama lagi.

Dalam perarakan kira-kira 3km itu, mereka melaungkan tuntutan agar Ketua Menteri Lim Guan Eng diusir daripada Pulau Pinang, sekali gus meletakkan jawatan yang disandangnya.

Peserta himpunan anti-Anwar lempar telur, kayu

Posted: 11 Mar 2013 06:06 AM PDT

 


 
Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN hari ini bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu petang ini.

Tiga kumpulan berkenaan, yang terdiri daripada 50 orang, turut membakar bendera PKR di luar premis tersebut.

ngo demo at pkr hq anwar ibrahim sabah sulu intrusion 110313 11Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.
Dakwaan ini sudahpun dinafikan Anwar.

Naib presiden parti tersebut, Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak".

Tian menafikan dakwaan tersebut dan memulakan tindakan undang-undang ke atas penulis blog pro-Umno Papagomo yang menimbulkan dakwaan tersebut.

Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia, Selangor (Waris Malaya) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu pada mulanya dilakukan pada jarak dianggarkan 50 meter dari ibu pejabat PKR.

Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke arah pejabat parti tersebut sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' dan membawa poster dengan slogan "Anwar Ibrahim Dalang Lahad Datu".

Gerombolan berkenaan secara tiba-tiba seterusnya meluru ke arah enam orang penyokong PKR yang berdiri di luar premis yang berkunci itu.

Mereka melemparkan telur, kayu, sebuah kotak dan juga satu kon trafik – ada di antaranya disasarkan ke arah bangunan dan ada juga ke arah penyokong PKR – namun tidak menyebabkan kecederaan.

Forensik: Satu daripada 18 mayat pengganas dipercayai Komander Musa

Posted: 11 Mar 2013 06:03 AM PDT

SINAR HARIAN

Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
LAHAD DATU - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.
  
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.
  
Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.
  
Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.
  
Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
  
"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.  - Bernama

Najib: Kakitangan awam bebas pilih kerajaan

Posted: 11 Mar 2013 06:00 AM PDT

NIZAM ZAIN

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
 
PUTRAJAYA - Kakitangan awam negara ini, yang merupakan hampir 10 peratus daripada pengundi berdaftar, bebas untuk menentukan kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional menasihatkan kakitangan awam agar menggunakan kuasa memilih mereka dengan sebaik yang mungkin dan jangan mudah terpedaya dengan janji pihak tertentu yang masih gagal melunaskan janji meskipun memerintah empat negeri.

"Kita berupaya mengukur kejujuran dengan melihat prestasi rekod mereka yang berjanji.

"...kalau sejarah menunjukkan janji yang lama pun tidak mampu ditepati atau ditunaikan, maka berhati-hati dengan janji baru," kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perdana Pekhidmatan Awam ke-13 di sini.

Beliau tidak mahu pengundi khususnya penjawat awam agar mudah terpedaya dan percaya pihak pembangkang bagi membentuk kerajaan sebelum menilai kejujuran dalam pembiayaan program mereka.

"Mereka perlu berterus-terang dengan rakyat, tidakkah pembiayaan semua program mereka memerlukan kepada cukai dinaikkan?

"... kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari segi menepati janji, ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukannya janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka itu," soal beliau.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan salah satu kandungan manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari lalu, yang mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam jika mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak wajar sebaliknya perlu dibuat penambahbaikan sahaja agar terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ada janji dibuat oleh pihak tertentu dalam manifesto mereka, kononnya hendak melihat dan menyusun semula perkhidmatan awam.

"...dengan kata lain, mereka mahu memberhentikan sebahagian besar penjawat awam.

"...siapakah yang mereka mahu berhentikan? Mahu berhentikan guru? Anggota polis? Anggota tentera? Pensyarah? Doktor? Jururawat? Kumpulan pelaksana? Siapa?" soalnya lagi.

Sementara itu, Najib juga menggesa penjawat awam supaya menguasai kemahiran teknologi komunikasi seperti blog dan media sosial dalam membantu kerajaan memberi maklumat tepat dan perkhidmatan terbaik walaupun di luar waktu bertugas.

"Kepimpinan sektor awam tidak boleh lagi mengelak daripada berhadapan dengan media dan orang ramai.

"...penjawat awam haruslah bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat, bersandarkan ketepatan tanpa melanggar peraturan agar perjalanan sistem pentadbiran tidak dikompromikan keabsahannya," jelasnya.

Perdan Menteri juga mengingatkan supaya penjawat awam menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, salah guna kuasa dan membocorkan maklumat.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan integriti penjawat awam terpelihara termasuk memastikan tidak berlakunya ketirisan wang dan maklumat yang boleh menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam.

Di samping itu, penjawat awam juga perlu memastikan bajet besar setiap tahun untuk pembangunan dibelanjakan dengan betul dan mengikut jadual supaya dapat dimanfaatkan rakyat dan mencerminkan kerajaan telah menunaikan janji.

Najib juga berkata, kerajaan sentiasa istiqamah untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil dan penuh bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan sehingga merosakkan kedudukan dan kewangan negara.
  
Beliau berkata jika mahu, kerajaan Barisan Nasional boleh sahaja mengambil sikap populis dengan menjanjikan pelbagai perkara seperti kenaikan gaji dan elaun yang tinggi, tanpa mengira kemampuan kewangan sepertimana yang dicanangkan pihak tertentu.
  
"Memang kerajaan seperti itu akan menjadi lebih popular, semua akan merasa seronok, teruja tetapi itu hanyalah buat seketika.
  
"Sebenarnya kita perlu berfikiran waras apa akan jadi kemudian hari nanti, akibat daripada tindakan populis itu," katanya.

Hentikan penswastaan pintu belakang GLC kepada Syed Mokhtar

Posted: 11 Mar 2013 05:53 AM PDT

KEADILAN DAILY 

Saya sertakan surat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Incorporated atau MKD) bertarikh 30 Ogos 2012 kepada Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, Pengerusi Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM)

Rafizi Ramli

Surat itu menyampaikan keputusan MKD bertarikh 24 Ogos 2012 untuk melupuskan pegangan ekuiti sebanyak 96.8% di dalam CTRM kepada DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd, salah satu syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

CTRM adalah syarikat Malaysia yang paling terkedepan dalam bidang pembuatan dan teknologi penerbangan (aerospace). Jumlah kontraknya dengan syarikat-syarikat penerbangan dan aerospace terkemuka dunia adalah berjumlah RM8.26 bilion di antara tempoh 2012 hingga 2017. Portfolio pelanggannya termasuklah syarikat-syarikat terbesar di dunia seperti Airbus, Eurocopter, Spirit UK dan Goodrich.

CTRM juga adalah salah sebuah syarikat milik kerajaan yang mempamerkan prestasi kewangan yang membanggakan, dengan keuntungan di peringkat kumpulan berjumlah RM13 juta (2010) dan RM11 juta (2011). Perolehan kumpulan CTRM juga meningkat dari RM256 juta (2010) kepada RM293 juta (2011).
Prestasi yang baik ini telah dipamerkan secara konsisten sejak lima tahun yang lalu.

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya oleh whistleblowers dan berpuas hati bahawa cubaan untuk menswastakan CTRM kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini dibuat dengan melanggar prosedur dan mengenepikan kebajikan kakitangan CTRM.

Syed Mokhtar bersama Najib
Syed Mokhtar bersama Najib

Saya khuatir ini juga sebahagian daripada proses pelupusan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berprestasi baik (dengan kontrak yang dijamin dalam tempoh yang panjang di masa hadapan) kepada kroni sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak. Jika ini berterusan, banyak syarikat-syarikat yang berprestasi dan mempunyai aset besar dipindahmilik tanpa pengetahuan awam.

Sewajarnya sebarang proses penswastaan syarikat milik kerajaan perlu melalui proses tender terbuka dan mengambil kira pandangan pengurusan dan pekerja, lebih-lebih lagi yang melibatkan CTRM kerana ia dibina di atas keringat tenaga kerja professional tempatan yang bertungkus lumus menaikkan imejnya selama ini.

Saya mendesak supaya Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan menghentikan penjualan ini serta-merta. Saya juga melontarkan cabaran kepada Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin untuk berani bersuara membela nasib kakitangan professional CTRM yangrata-ratanya professional Bumiputra dengan turut sama mendesak supaya urusniaga ini dihentikan.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN

Pengerusi Pekida Perak Tengah isytihar sokongan kepada Pakatan

Posted: 11 Mar 2013 05:45 AM PDT

Mohd Arif Juhani

PERAK: Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN,  Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.

pekida

"Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13," kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.

"Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?" katanya.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.(FZL)

Samseng Umno ‘buat kacau’ ibu pejabat KEADILAN, seorang cedera »

Posted: 11 Mar 2013 05:42 AM PDT

Oleh: Aedi Asri

PETALING JAYA : Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

549430_10151466616347512_1346932869_n

Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.

"Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya," katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.

hqoecah

Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.

"Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah," katanya.

hqtelur

Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.
Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM

Skandal Trevino: Najib Didesak Beri Penjelasan Pulihkan Imej Malaysia

Posted: 11 Mar 2013 05:37 AM PDT


nik-nazmi batik 01

SHAH ALAM, : Skandal Trevino di mana Kerajaan Malaysia membayar wang kepada penulis menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula mendapat liputan luas di media antarabangsa.

Terbaru, laporan 'The Wall Sreet Journal (Malaysia's U.S Propaganda March 7, 2013) menyertai beberapa media antarabangsa lain yang mendedahkan pembayaran sejumlah wang oleh Kerajaan Malaysia kepada Joshua Trevino, bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Biarpun disebarkan luas di media antarabangsa, namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sehingga kini tidak memberikan sebarang maklumbalas terhadap pendedahan tersebut.

Trevino juga dibayar untuk mempromosikan pentadbiran Najib.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Trevino dibayar AS $389,724.70 (RM 1,209,511.82) oleh Kerajaan Malaysia menerusi syarikat pro-Israel APCO Worldwide.

Bayaran itu bagi tujuan memuji ciri-ciri 'wasatiyyah' atau kesederhanaan yang diamalkan dalam pentadbiran Najib serta memburukkan imej Anwar.

Malah, Trevino dipaksa meletakkan jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom (UK), The Guardian berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media yang menjadi medium penulisannya bagi memuji Najib.

Menurut Nik Nazmi, pada tahun 2011, Najib mengakui bahawa Kerajaan Malaysia membayar RM 94 juta kepada FBC Media diantara tahun 2007 sehingga 2010.

FBC turut membayar AS $70,000 (RM 217,770.03) kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak pentadbiran Najib.

Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

Dengan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hampir, Najib didesak supaya segera memberikan penjelasan mengenai jutaan ringgit wang rakyat yang digunakan bagi tujuan propaganda dan fitnah.

Tian Chua Akan Ambil Tindakan Mahkamah

Posted: 11 Mar 2013 05:35 AM PDT


Tian Chua parlimen 01


SHAH ALAM : Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Papagomo yang berterusan mendakwa beliau menghina Pasukan Keselamatan yang kini menjalankan tugas mereka di Sabah.

Dakwaan liar oleh blogger pro-BN itu kini bukan sahaja memburukkan nama baik beliau, malah keselamatan dirinya turut diugut dan diancam.

"Tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata.

"Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ini," tegas Ahli Parlimen Batu itu.

Beberapa hari lalu, Tian Chua menggesa usaha memutarbelitkan kenyataannya dihentikan serta merta, dan meminta semua pihak menumpukan perhatian terhadap isu keselamatan negara di Lahad Datu.

Gesaan itu dibuat susulan serangan bertubi-tubi yang diterima Tian Chua terutama daripada pemimpin Umno-BN dan para blogger pro-BN berhubung satu kenyataan kononnya beliau memperkecilkan pejuang pasukan keselamatan yang terkorban.

Kenyataan Tian sebelum ini yang di siarkan Keadilan Daily menyebut bahawa beliau mendakwa mungkin terdapat agenda tersembunyi (sandiwara) Umno ekoran pencerobohan tentera Sultan Sulu di Sabah sejak pertengahan Februari lalu.

Lebih merumitkan keadaan apabila blogger seperti Papagomo menabur fitnah mendakwa Tian Chua menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan sebagai 'Komando Mati Katak'.

"Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti," tegasnya lagi.

MPP UIA teruskan Forum PRU 13 Mac ini

Posted: 11 Mar 2013 05:31 AM PDT

Aziz Muda,


Banner Forum PRU13: Harapan Malaysia anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.

KUALA LUMPUR: Walaupun dihalang oleh pihak universiti, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetap akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan Forum PRU13: Harapan Malaysia, dengan mengubah lokasinya ke Dewan Beringin, Sri Gombak pada 13 Mac ini, bermula jam 8.00 malam.

Forum tersebut akan menampilkan Exco MPP UIAM, Muhamad Kamil Abdul Muin sebagai moderatornya, manakala ahli-ahli panelnya terdiri daripada Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar; Presiden Islamic & Strategic Studies Institut (ISSI), Dr Yusri Mohamad; penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan UIAM, Dr Maszlee Malik dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz.   

Pengarah Program Forum PRU13: Harapan Malaysia, Arief Imran Mohd Khairi berkata, forum tersebut pada mulanya dirancang diadakan pada 4 Mac lalu di UIAM dan telah pun mendapat kebenaran pihak pentadbiran universiti itu, namun telah dibatalkan oleh pihak universiti pada saat-saat akhir.

Menurut beliau, tindakan itu menyebabkan UIAM yang sepatutnya menjadi sebuah Taman Ilmu dan budi yang terkenal dengan diskusi-diskusi menjadi layu, dengan alasan "no politic on campus" yang menjadi penyebab kepada pembatalan program itu.  

Katanya, bagaimanapun baru-baru ini pihak universiti sendiri juga telah mencabuli prinsip itu dengan membenarkan penayangan filem 'Tanda Putra' yang diselitkan dengan ucapan oleh Setiausaha Kepada Perdana Menteri.

"Kami tidak menentang penayangan filem itu, tetapi kami kesal dengan tindakan membatalkan wacana itu, tetapi pada masa yang sama membenarkan penayangan filem tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Tindakan pihak pentadbiran universiti itu, menurut beliau, membuktikan wujudnya amalan 'double standard' oleh pihak pentadbiran universiti dalam meluluskan aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar.

Katanya, baru-baru ini pula seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan tragedi serangan penceroboh di  Lahad Datu yang berlanjutan hampir sebulan.

Namun, tambah beliau, semua itu tidak dapat memesongkan tumpuan mahasiswa UIAM untuk mengadakan program itu, walaupun telah dihalang dan ditekan oleh pihak penguasa daripada membuat sebuah wacana intelektual dan ilmiah.

"Oleh yang demikian, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM telah mengambil inisiatif untuk meneruskan wacana itu. Kejumudan ini harus kita ketepikan dan kita mengangkat budaya hujah lawan hujah dan fakta lawan fakta. Itulah sebabnya pentas ini kami sediakan," ujar beliau.

PAS akan bertanding di Sg Acheh

Posted: 11 Mar 2013 05:27 AM PDT

Mohd Sabri Said,


PULAU PINANG: Ekoran keputusan untuk  bertanding di DUN Sg Aceh,  PAS kawasan Nibung Tebal disaran melipat gandakan aktiviti untuk memastikan Dun itu dapat ditawan daripada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dengan itu juga, ia dapat membantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kekal di Sungai Bakap dan merampas Dun Jawi.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) memberitahu, pada pilihanraya umum ke 12 lalu PAS tidak bertanding ketiga-tiga Dun di Parlimen Nibung Tebal sebaliknya memberikan laluan kepada PKR untuk menguburkan UMNO dan BN.

"Saya tahu jentera kita telah lama digerakan malahan sehingga tahap maksima. Oleh itu, lipat gandakan lagi supaya Pakatan Rakyat capai kemenangan yang mutlak, " ujarnya.

Beliau yakin PAS dapat bergerak bersama PKR dan DAP kerana tanpa kerjasama yang erat apa kerja pun tidak akan menjadi.

Beliau difahamkan PAS Nibung Tebal berjaya menambah beberapa cawangan baru sejak kebelakangan ini termasuk cawangan di kubu kuat Umno.

Maka, dengan ini satu lonjakan telah berlaku di mana masyarakat telah lama menunggu masa untuk mengubah pentadbiran yang diamggap longgar dan terlalu banyak penyelewengan.

"Inilah masa yang paling sesuai untuk rakyat mengubah segala-galanya terutamanya memastikan kita ke Putrajaya, " terangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir.

Macai Pro-Umno serang pejabat PKR

Posted: 11 Mar 2013 05:23 AM PDT

Harakahdaily,


Pekerja am pejabat PKR memerhatikan telor dan batu bertaburan manakala papan tanda PKR pecah diserang hari ini

PETALING JAYA: Telor, kayu, batu dan kon plastik berterbangan ke arah bangunan ibu pejabat PKR petang ini, dipercayai dibuat oleh macai pro-Umno.

Ekoran itu, beberapa bahagian bangunan itu pecah dan telor bertaburan di depan pintu masuk pejabat PKR itu.

Serangan ini dipercayai untuk mengukuhkan dakwaan kononnya Tian Chua menghina pasukan keselamatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembelot negara ekoran tragedi Lahad Datu.

Setiausaha Kerja Wanita PKR Pusat, Maisuri Zainal, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu sekumpulan 40 orang berbaju merah berhimpun di hadapan pejabat parti itu, di Tropicana.

Difahamkan, kumpulan tersebut diketuai Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah.

"Kumpulan itu mula berhimpun dengan beberapa sepanduk yang dibawa oleh sekumpulan mat motor yang mengatakan 'Anwar pengkhianat' dan mengecam Tian Chua.

"Ia berkaitan krisis Lahad Datu, kononnya. Selepas itu, mereka mula membaling telur dan memecahkan papan tanda pejabat kami," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekesalan kerana tiada sebarang tindakan dilakukan pihak polis yang turut berada di situ, biarpun sedar insiden tersebut.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di balai polis berhampiran .

JMM, sebuah NGO yang menyokong Umno sebelum ini juga yang bertindak menghantar kek najis kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sultan negeriku buat kejutan

Posted: 11 Mar 2013 05:20 AM PDT

http://mountdweller.blogspot.com,


Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri ke masjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan lalu di Kampung Gunong dari Bachok, Tuanku Sultan tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut.

Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. 

Sungguh, sangat bersederhana Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan, Tuanku Sultan bersalam seolah-olah mahu menenangkan.


- sumber fb

Ambil iktibar insiden Lahad Datu - Syura PAS

Posted: 11 Mar 2013 05:17 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.

"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada  dari dalam mahupun luar negara.

"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.

Pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.

Di pihak penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.

"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi.

Mahfuz gagal batal saman Hasan Ali

Posted: 11 Mar 2013 05:12 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar untuk membatalkan saman fitnah Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali terhadapnya berhubung satu kenyataan bahawa beliau menerima bantuan kerajaan.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu media bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan plaintif (Hasan) mempunyai kausa tindakan terhadap defendan (Mahfuz).

Hasnal berkata mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 12 April tahun lepas, Hasan memfailkan saman itu atas dakwaan Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun lepas yang kemudiannya diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

Mahfuz memohon membatalkan saman itu atas alasan pertuturannya dalam sidang akhbar itu bukan satu bentuk fitnah.-Bernama

Najib langgar prinsip asas demokrasi

Posted: 11 Mar 2013 01:37 AM PDT

KL TODAY

 
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip-prinsip asas demokrasi apabila mengecam parti pembangkang di hadapan  kakitangan awam ketika beliau hanya peneraju kerajaan sementara.

Demikian kata anggota Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar).


Datuk Seri Najib sebagai peneraju 'caretaker government' hari ini dalam ucapan bersama penjawat awam secara jelas membuat suatu pernyataan yang bersifat kecaman, pengaruh tak berpatutan dan perdayaan terhadap parti selain Barisan Nasional.

Beliau dianggap telah mendorong suatu tindakan prejudis kepada parti selain BN di kalangan penjawat awam, kata Mohammad Faizal dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Najib disifatkan sebagai peneraju kerajaan sementara selepas 8 Mac 2013 iaitu selepas lima tahun mandat yang diberikan rakyat.

Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata,  dari segi perlembagaan, kerajaan BN dikira masih kerajaan penuh kerana Parlimen belum dibubarkan lagi.


Bagi Mohammad Faizal, penjawat awam telah dilingkungi oleh suatu doktrin kepartian sekaligus menjadikan penjawat awam dikongkong dengan politik kepartian BN.

"Malang Malaysia mempunyai seorang PM yang hanya bermandatkan kerajaan sementara (caretaker government) sebegini," kata Mohammad Faizal.

400 pendatang keluar Sabah – Media Filipina

Posted: 11 Mar 2013 01:26 AM PDT

Posted by admin on March 11th, 2013

KL TODAY

KUALA LUMPUR: Media Filipina melaporkan 400 pendatang di Sabah telah melarikan diri menuju ke parairan Filipina namun kini terkandas di Pulau Penyu (Taganak Island). Laman Philippine Daily Inquirer menyebut, mereka adalah antara yang melarikan diri selepas pasukan keselamatan Malaysia menjalankan operasi memburu saki-baki penceroboh dan menahan ramai pendatang asing sejak 8 Mac lalu.

Portal itu turut memetik sumber Tentera Laut Filipina semalam bahawa 400 pelarian telah terkandas di  Pulau Penyu sejak malam Sabtu dan menunggu untuk diselamatkan.

Kapten Tentera Laut Rene Yongque, Komander Tentera Laut Pasukan Petugas 62, dipetik sebagai berkata, semua pelarian adalah dari Sandakan, mencapai perairan Filipina jam 7 petang Sabtu lalu dengan menaiki bot kayu.

Yongque juga dilapor berkata kapal tentera laut Sultan Kudarat telah dihantar untuk menyelamatkan pelarian tersebut.

Sementara itu di Malaysia, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang media pagi tadi berkata, tumpuan operasi pasukan keselamatan kini adalah di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Dalam perkembangan terbaru juga, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Mayat-mayat tersebut adalah yang ditembak mati selepas pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh bermula 8 Mac lalu.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Menjawab soalan pemberita, Hamza turut menegaskan pihak keselamatan sedang berusaha untut menamatkan operasi ini secepat mungkin.

"Kita ada 'timeline'. Takkan nak tunggu berkampung di sini sampai hujung tahun ini. Tapi 'timeline' itu kita tak boleh bagitahu la," katanya.

Kad laporan prestasi BN diumum 19 Mac

Posted: 11 Mar 2013 01:24 AM PDT

NIZAM ZAIN

PRU13
PRU13
 
PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilantik sebagai perdana menteri empat tahun lalu, hari ini mengumumkan akan membentangkan kad laporan prestasi kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 19 Mac ini - bayangan terbaru Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.

Katanya, kad laporan itu berdasarkan kepada beberapa program transformasi yang dilaksanakan sepajang empat tahun lalu.

"Berpayungkan falsafah pemandu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan, program dan sasaran ETP, GTP, PTP dan PTS ternyata telah memberi impak yang sangat positif kepada rakyat seluruhnya.

"...insya-ALLAH pada 19 Mac ini, saya akan membentangkan kad laporan kepada rakyat Malaysia," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Najib berkata, dengan kerjasama semua pihak terutamanya pentadbiran awam, swasta dan rakyat membolehkan kerajaan menangani kemerosotan ekonomi global dengan pertumbuhan ekonomi yang berkembang secara purata pada kadar lebih lima peratus pada 2010.

Dalam pada itu katanya, penjawat awam merupakan penyumbang terbesar kepada kejayaan penggubalan sebarang dasar oleh anggota pentadbiran.

"Mereka juga penyumbang terbesar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan setiap inisiatif yang dicetuskan.

"... pengorbanan serta profesionalisme mereka yang tidak mengenal lelah mahupun kepentingan peribadi, saya bagi pihak Jemaah Menteri, anggota pentadbiran yang lain serta rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih," katanya.

Zaini: Ceroboh Sabah langkah awal gugat Malaysia

Posted: 11 Mar 2013 01:20 AM PDT

JAMILAH HAMZAH dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Zaini Mohd Said
Zaini Mohd Said ketika ditemu bual selepas beliau menyampaikan ceramah malam tadi.
 
KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Tentera Darat,  Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.

Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.

"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.

"Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin... jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara, di sini malam tadi.

Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut.

Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lam Yong mendakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi perhatian negara tahun lalu, membiayai AS$2 juta (RM6 juta) kepada kumpulan penceroboh dari Sulu bagi menceroboh Sabah.

Menurutnya lagi, bantuan kewangan daripada NGO kepada kumpulan penceroboh dari Filipina itu disahkan oleh rakannya dari Manila.

"Saya terima e-mel dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan e-mel itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan AS$2 juta untuk tujuan pencerobohan," kata beliau pada ceramah tersebut.

Oleh itu kata Lam Yong, yang juga antara bekas pengasas PKR, tidak mustahil pihak pembangkang menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku di Sabah.

Lam Yong turut menyatakan bahawa sanggup disaman mana-mana pihak kerana apa yang beliau katakan mengenai isu tersebut adalah benar.

Shamsul Iskandar calon KEADILAN untuk Parlimen Bukit Katil – Anwar

Posted: 11 Mar 2013 01:11 AM PDT

Mohd Arif Juhani

BUKIT KATIL : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytihar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin sebagai calon KEADILAN di Parlimen Bukit Katil.

Berucap pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Bukit Katil, Khamis lalu, beliau berkata Shamsul memiliki karismatik yang tersendiri sebagai pemimpin masa depan.

"Di Bukit Katil, kita putuskan, seorang tokoh muda, memiliki kualiti profesional  berwibawa, berjuang dari universiti dengan memimpin mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Maka, kita calonkan Shamsul Iskandar sebagai calon," kata Ketua Umum KEADILAN itu dan disambut sorakan ribuan rakyat.

Dengan nada gurau, Anwar mengingatkan Shamsul supaya tidak mengambil samseng ketika berkempen sekaligus menyindir perbuatan liar samseng Umno BN yang mengganggu program itu.

"Saya nak ingatkan Shamsul, jangan jadi macam Umno BN, pilih samseng dan manusia rendak akhlak untuk berkempen.

"Kalau saya dapat tahu, siap dia!" kata Anwar, berjenaka.(FZL)

Kejayaan Selangor bukti Pakatan sedia tadbir Malaysia

Posted: 11 Mar 2013 01:08 AM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Kecekapan pengurusan ekonomi dan pembangunan di Selangor membuktikan Pakatan Rakyat bersedia menerajui Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, sepanjang lima tahun pentadbiran, angka pembangunan dan hasil negeri jauh lebih baik berbanding tempoh 2004 ke 2007 yang ditadbir Umno-BN.

"Kita bukan saja memberikan kebajikan kepada rakyat, tetapi membangunkan negeri, mengumpulkan dana supaya dapat digunakan (kembali) untuk rakyat

..

"Kejayaan ini menunjukkan kita benar-benar bersedia mentadbir Putrajaya," kata Khalid ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan 5 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.

Dalam pada itu, Khalid berbesar hati dan berterima kasih kepada penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak memberi teguran dan nasihat.

"Beliau mengingatkan kita agar simpanan Selangor dipertingkatkan. Hasilnya kita berjaya pertingkat simpanan dari RM400 juta pada tahun 2007 kepada RM2.6 bilion," katanya.

Dengan simpanan kerajaan negeri, Selangor membina jambatan ketiga di Klang yang dijanjkan pentadbiran Umno-BN sebelum pilihan raya umum ke-12 berharga RM 100 juta.

Melalui skim Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (Mimbar), lebih 5,000 peserta berupaya meningkatkan pendapatan sekaligus melepaskan mereka dari kongkongan kemiskinan.

Manakala RM50 juta diperuntuk bagi pembinaan 'Rumah Mampu Milik Pasang Siap' (Prefabricated Packages Home) sebagai pemangkin agar rumah mampu milik dapat dipercepatkan pembinaannya.

"Supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada rumah dan pangsapuri kos rendah. Selepas 10 tahun nilainya lebih rendah dari yang dibeli

"Rakyat tidak lagi ditinggalkan dalam keputusan pentadbiran. Ini bukti reformasi. Kita berhasil mengubah pemikiran dan cara pentadbiran," katanya – SDQ

Editor, wartawan Keadilan Daily beri keterangan kepada polis

Posted: 11 Mar 2013 01:05 AM PDT

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA : Editor dan wartawan Keadilan Daily, hari ini memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan kes melibatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang diputar belit media arus perdana dan blogger tertentu, baru-baru ini.

Fazallah Pit dan Aisha Geoffrey berbuat demikian mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya secara berasingan selama lebih 30 minit, sejak jam 2.50 petang.

KD
Kedua-dua pegawai polis dari Johor itu datang ke Kuala Lumpur sejak semalam bagi merakam kenyataan Fazallah dan Aisha yang turut diiringi Eric Poulsen dari Lawyers For Liberty (LFL).

Kebanyakan soalan tertumpu kepada proses pemberitaan berkaitan kenyataan Tian Chua  melibatkan kejadian di Lahad Datu bertarikh 1 Mac lalu yang dimuat naik dalam Keadilan Daily sebelum laporan itu kemudian dimanipulasi pihak berkepentingan.

Mengikut pegawai polis yang merakam keterangan mereka, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Keadilan Daily adalah akhbar dalam talian kepada versi cetak, Suara Keadilan.
(FZL)

PI Bala alami masalah jantung, kini dirawat di SJMC

Posted: 11 Mar 2013 01:03 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang sebelum ini mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu, dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Perkara itu dinyatakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kepada Keadilan Daily.


pi-bala

Menurut Badrul, Bala dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap di ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' di Parit Sulong, Johor.

Katanya, ketika program di Bachok Kelantan, Bala mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik serta hanya diberi ubat tahan sakit.

"Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke CCU (Conorary Care Unit) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN)," katanya menambah Bala akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan kini ditempatkan di wad biasa SJMC.

Menurut CheguBard, Bala akan menggantikan semula ceramah yang gagal dihadirinya di Parit Sulong, Johor dan Tuaran, Sabah sebaik keluar hospital
CGB.
"Dia nampak bersemangat. Kata Bala, dia balik ke Malaysia untuk membantu rakyat berdepan pilihan raya umum ke-13 dan BN perlu dijatuhkan. Bala berjanji, selepas rawatan dan berehat dia akan menjelajah ke seluruh negara," kata beliau.

Sementara itu, katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

"Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakkal kepada Maha Pencipta," kata Badrul.

Bala sebelum ini berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda, rakan rapat kepada perdana menteri yang menerima komisen  pembelian kapal Selam Scorpene bernilai RM500 juta.

Pada Julai 2008, beliau mendedahkan akuan bersumpah (SD) mengaitkan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dikatakan menjadi orang tengah dalam transaksi berkenaan.

Dalam SD tersebut, Bala juga mendakwa Najib Razak pernah melakukan hubungan seks  dengan Altantuya, sebelum menarik balik dakwaannya dalam akuan bersumpah kedua.

Selepas itu, beliau menghilangkan diri ke luar negara dan pulang semula ke Malaysia pada 24 Februari lepas.

Orang Sulu: Usah dibawa perang ke sini

Posted: 11 Mar 2013 12:50 AM PDT

 


 
Kumpulan masyarakat Sulu tempatan diselubungi gerun dan bimbang ketika pasukan keselamatan kini menggempur penceroboh Sulu di Kampung Tanduo sejauh kira-kira 15km dari kediaman mereka.

Golongan ini merupakan penduduk Kampung Batu-Batu yang terdiri daripada masyarakat Sulu dan Bajau yang meraih pendapatan daripada kerja-kerja perikanan dan pertanian.

Masyarakat Suluk di sini menyatakan bahawa kesetiaan mereka terletak pada tanah yang didiami mereka sejak lebih 40 tahun lalu – lebih lama sebelum kemasukan peneroka Felda.

Felda Sahabat yang merupakan sebahagian daripada program penempatan semula golongan miskin luar bandar ke kawasan pembangunan baru ditubuhkan pada 1980.

Pasukan keselamatan di sini juga nampaknya tidak menghiraukan penduduk kampung berkenaan ketika menjalankan operasi mereka ke atas penceroboh, termasuk pasukan anggota pasukan gerakan am.

Kem pasukan tersebut terletak bersebelahan dengan Kampung Batu-Batu.

"Kami tiada hubungan dengan sultan Sulu, kami sudah tinggal di sini sejak sekian lama... Kami tiada keinginan lain selain untuk tinggal di sini," kata Monayara Aligarah, 61, ketika ditanya sama ada golongan Suluk akan menerima seorang sultan Sulu.

Beliau merupakan salah seorang anggota masyarakat Suluk yang mula-mula masuk ke Felda Sahabat.

Monayara, seperti kebanyakan penduduk lain di kampung yang dihuni 200 orang itu, berasal dari Zamboanga City, Mindanao di selatan Filipina.

Manoyara meninggalkan tempat itu bersama bakal suaminya, Jadung Birong dan 10 orang yang lain ketika perang saudara meletus di antara pasukan kerajaan Filipina dan Moro National Liberation Front (MNLF) pada tahun 1970-an.

"Kami naik bot yang berdagang sayur dan ubi menuju ke Sabah dan mendarat di Semporna," katanya.

Beliau kemudiannya menerima pas IMM13 – dokumen untuk pelarian – dari kerajaan Malaysia sebelum kumpulan itu mengambil haluan masing-masing.

"Kami memutuskan untuk ke Lahad Datu kerana tidak seperti Semporna, selain dari menangkap ikan ada juga tanah untuk bertani," katanya.

Manoyara berkata beliau tidak dapat mengingati bilakah beliau meninggalkan Filipina namun katanya beliau tiba di tapak berkenaan pada tahun 1974.

"Sebaik tiba, kami mengumpulkan kayu dan daun nipah untuk bina rumah. Saya kemudiannya berkahwin dan sejak itu terus tinggal di sini.

Monayara berkata beliau tidak bersetuju dengan penceroboh Sulu berkenaan.

"Saya lari dari Zamboanga untuk menyelamatkan diri dari peperangan, namun sekarang orang ini cuba membawa perang ke sini.

"Kami tidak mahu kembali, kami tiada tanah di sana (selatan Filipina). Kami juga tidak mahu ke tempat mereka (penceroboh Sulu) untuk menuntut tanah mereka sebagai milik kami.

"Kami cuma mahu anak kami membesar dengan kad pengenalan (menjadi rakyat Malaysia) supaya nanti mereka boleh beli tanah," kata ibu kepada enam anak itu.

Beliau menambah, kesemua anaknya sudah besar dan kini bekerja dengan Felda yang memberi kehidupan sederhana dan selesa.

Bos Himpunan Hijau sedia lawan menteri di Bentong

Posted: 11 Mar 2013 12:45 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack bersedia bertanding di kerusi parlimen Bentong bagi menentang Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai sekiranya direstui oleh Pakatan Rakyat.

"Saya sedia bertanding di Bentong. Kami pilih Bentong kerana (menteri besar Pahang) Adnan Yaacob mencabar kami sebelum ini.

"Kami terima cabaran itu dan mahu 'potong telinga' Adnan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau merujuk kenyataan Adnan yang berkata beliau akan 'memotong telinga dan terjun ke sungai Pahang' sekiranya Liow tewas.

Tiada ulasan: