Sabtu, 16 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ribuan banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Najib nak rampas Kedah macam mana ni?

Posted: 16 Mar 2013 08:19 AM PDT


Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan.

Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing.


Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.


Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian.

Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.





Sumber info dan lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

APA?? Najib arahkan akuan bersumpah kedua Bala?

Posted: 16 Mar 2013 03:49 AM PDT


Seorang peguam kanan, Cecil Abraham mengaku menyediakan Akuan Bersumpah kedua (SD) untuk bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu dinyatakan peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu mencadangkan usul untuk mengadakan suruhanjaya bebas bagi menyiasat siapa yang menyediakan draf bagi akuan bersumpah kedua Bala.

"Cecil berjumpa saya dan mengaku mendraf akuan bersumpah kedua tanpa arahan Bala. Arahan ini datang dari Najib," katanya dalam pertemuan tertutup itu.

Beberapa peguam menulis di twiter menyatakan Americk menerima tepukan gemuruh ekoran pendedahannya.

Malaysiakini melaporkan, beberapa peguam ketika ditemui di luar mesyuarat itu berkata, mereka turut menyokong tuntutan Americk, yang bertemu Abraham dua minggu lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan Americk. Beliau juga meminta Majlis Peguam menjelaskan mengapa badan itu lewat bertindak.

"Malaysian Bar juga harus memberitahu kami mengapa siasatan mengenai aduan ini ditangguhkan," ujarnya.

Balasubramaniam pada Julai 2008, membuat akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Beliau antara lain mendakwa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia berkenaan.

Bagaimanapun, Bala menarik balik akuan bersumpah tersebut dengan membuat akuan bersumpah kedua sehari selepas mendedahkan SD pertama.

Penyiasat persendirian yang pernah berkhidmat dengan Abdul razak baginda itu kemudian menghilangkan diri selepas mendakwa menerima ancaman. Bala pulang ke tanahair 24 Februari lepas, dan kemudian nekad untuk menjelajah negara bagi mendedahkan skandal berkenaan.

Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia semalam, dilaporkan kerana serangan jantung.

Kumpulan peguam hari ini mencadangkan satu usul agar siasatan dibuat terhadap peguam terlibat dalam persediaan SD kedua ~ Keadilandaily

Ini adalah Video NGO mesra UMNO menyerang kereta Tian Chua di Pulau Pinang .. Saksikan!!

Posted: 15 Mar 2013 10:26 PM PDT


Bila mereka mula merasakan bahawa diri mereka lebih berkuasa dari sang penguasa inilah jadinya...

Perbicaraan sedang berjalan, tetapi oleh kerana telah diperbodohkan oleh media tunggangan UMNO.. mereka telah menghukum Tian Chua sebagai bersalah..

Dan mahu melaksanakan hukuman secara ikut suka mereka seolah-olah kita hidup di dalam hutan rimba..

Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam tadi.

Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat berkenaan.

"Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu." ~ Malaysiakini

Ini adalah Video NGO mesra UMNO menyerang kereta Tian Chua di Pulau Pinang .. Saksikan!!






Apa lidah rasmi UMNO laporkan??..

GEORGE TOWN 16 Mac - Kekecohan berlaku di luar Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu lokasi majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Masjid Kapitan Keling dekat sini apabila lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadiran Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam dan melaungkan slogan anti Tian Chua ketika ketibaan beliau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang turut berada di lokasi mengesahkan seorang lelaki turut ditahan. - UTUSAN ONLINE

Gambar lelaki mirip Anwar bermesra dengan lelaki pula tersebar!!

Posted: 15 Mar 2013 08:07 PM PDT


Setelah berbagai pendekatan yang berupa fitnah dilontarkan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui jalan buntu dan terkantoi ditengah jalan, malah ada yang berpatah balik kepada UMNO.. Video lucah sekali lagi digunakan untuk mengaibkan Anwar.

Sebuah blog yang baru saja diwujudkan beberapa hari lalu telah mendedahkan gambar-gambar skandal terbaru kononnya dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika sebelum ini Trio Datuk T mendedahkan sebuah video skandal seorang lelaki mirip Anwar yang didakwa sebagai Anwar dengan seorang pelacur China, kini gambar lelaki mirip Anwar yang didakwa sebagai Anwar sedang melayani lelaki  pula didedahkan oleh blog terbabit.

Blog yang bernama Rajagoyang360.blogspot.com memaparkan beberapa keping gambar menunjukkan lelaki mirip Anwar yang didakwa sebagai Anwar bersama seorang lelaki. Blog tersebut mendakwa lelaki mirip Anwar yang didakwa sebagai Anwar dan lelaki tersebut mempunyai hubungan di luar batas norma masyarakat.

Difahamkan video berkenaan skandal ini akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi oleh blog berkenaan.

Blog pro-Umno mula mengulas mengenai gambar-gambar ini mulai semalam..

Berikut adalah antara beberapa keping gambar yang disiarkan oleh blog tersebut..






Pendedahan ini tidak dikeluarkan melalaui blog pemfitnah tegar Umno seperti Papagomo dan Parpukari kerana dipercayai sudah tidak mempunyai kredibiliti setelah video Datuk T jelas palsu dan bohong semata-mata.

Tapi... kenapa hitam putih dan blur??

Orang kat Yayasan Aman tolong jangan ketawa bila tengok gambar di bawah ni.. tengok betul-betul ya...


Anwar kah???... Kah.. Kah.. Kah...

Sun Tzu kata "It is said that if you know your enemies and know yourself, you will not be imperiled in a hundred battles; if you do not know your enemies but do know yourself, you will win one and lose one; if you do not know your enemies nor yourself, you will be imperiled in every single battle."

Mazidul bertanya "Siapa Sokong Anwar Ibrahim?".. Jawapan diterima memalukan dia..

Posted: 15 Mar 2013 05:30 PM PDT


Mungkin kerana menyangkakan bahawa kebanyakkan anak muda masih nak mengampu Najib dan UMNO seperti dia, Mazidul Akmal Sidik telah bertanya dilaman Face Book miliknya "Siapa Sokong Anwar Ibrahim?".

Hasilnya jawapan yang diterimanya memang mengecewakan dirinya.. dan perkara ini samalah dengan kes Najib tanya 'Are you ready for BN' yang dibalas dengan jawapan 'NOOOOO'.

Dari 925 jawapan yang diberikan dalam laman Face Book miliknya itu, majoriti anak muda menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim.

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..


Paparan imej di atas cuma sebahagian.. kalau korang nak tengok seluruh paparannya sila lihat di Blog PAS Titiwangsa di ( SINI )

Kalau korang nak tolong tambah jumlah yang menyokong Anwar Ibrahim sila ke Facebook Mazidul sendiri di ( SINI ).. itupun kalau dia belum delete la..

Boleh jadi Mazidul tidak tahu bahawa perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berdiri di atas tubuh Anwar Ibrahim seorang.

Siapapun yang memimpin PR, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan dan menyimpan Umno dalam muzium sejarah.
 
Mungkin selepas ini SKMM akan menguatkuasakan undang-undang baru buat pengguna-pengguna media baru.. haram bertanya soalan-soalan yang boleh memalukan UMNO/BN. Kah.. kah.. kah...

Tiada ulasan: