BRIGED MP SEGAMBUT |
ISU ALTANTUYA DAN LAHAD DATU ISU YG BERBEZA Posted: 15 Mar 2013 06:16 PM PDT Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 10 Jun untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darma Fikri Abu Adam memaklumkan pembelaan dan pendakwaan dalam kes itu bahawa Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengarahkan rayuan itu didengar dari 10 hingga 12 Jun. Beliau berkata memandangkan tarikh itu jatuh dalam tempoh 'pengosongan prosiding mahkamah', satu panel khas akan bersidang untuk mendengar rayuan berkenaan. Katanya, kedua-dua pihak juga dikehendaki memfailkan hujahan bertulis dua minggu sebelum 10 Jun. Dalam tempoh itu, tiada prosiding mahkamah untuk mendengar rayuan namun hakim diberi masa menyiapkan alasan penghakiman atau menyampaikan penghakiman. Rayuan itu disebut di depan Darma Fikri hari ini ketika pengurusan kes bagi memuktamadkan tarikh pendengaran. Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pendakwaan manakala peguam Datuk Hazman Ahmad bagi pihak Cif Inspekstor Azilah Hadri. Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. -Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan