Jumaat, 29 Mac 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nak beli kereta satu kuasa kuda untuk jimat?

Posted: 28 Mar 2013 08:37 PM PDT

Kereta one-horse power...

Anda semua tidak perlu bersusah payah nak jimat duit untuk membeli kereta yang murah untuk kegunaan anda sekeluarga. Tidak perlu beli kereta yang kuasa kudanya paling minima atau c.c nya rendah untuk berjimat ....

Anda cuma perlu memangkah parti PAS, keAdilan atau DAP dalam pilihanraya yang akan datang ini, dan kereta idaman anda itu pasti anda mampu perolehi dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran sekarang ini.

Saya dah dengar penjelasan Rafizi mengenai cara menurunkan harga kereta.Memang menyakinkan dan boleh dilakukan. 

Selama ini, kerajaan Umno/BN hanya nak sembeleh rakyatnya sendiri demi mengkayakan kroni mereka dengan memberikan AP kepada mereka dan menaikan cukai kereta. Korang dengar sendiri penerangan Rafizi : 

Papagomo : Selepas SPR, kini PDRM pula .....

Posted: 28 Mar 2013 04:44 PM PDT

Elok sangatlah Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene tu masuk 'Raja Lawak' daripada menjadi 'badut sarkis' kepada bekas banduan si Papagomo itu.

Beliau berbakat besar dalam bidang membuat 'kelakar' bila berkata bahawa bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis. 

 "Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos," kata Mortadza dalam kenyataan itu. 

Nak tanya Mortadza si badut tu, sejak bila bekas banduan Papagomo atau Wan Muhammad Azri itu tidak lagi tersenarai sebagai pengundi pos? 

Adakah setelah SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut. 

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam. 

Rafizi juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.SUMBER

Tiada ulasan: