DIALOG RAKYAT |
- Mohamad Hasan Harus Belajar Dari Nik Aziz
- Umno Yang Membunuh Kerana Sengketa Politik
- Negara Persekutuan tetapi ditadbir ala Malayan Union
- Pemimpin MIC mahu Zul Noordin ‘tutup mulut’ dan mohon maaf
- Bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang sertai PAS
- Charles : Umno-BN Didakwa Daftar Rakyat Tinggal Di luar Negara Sebagai Pengundi
- SAMM: 2,000 warga Felda Palong sambut Tian Chua, bukti fitnah jahat ditolak
- 'Tolong jangan bagi telur pada kami'
- SPR buang nama Papa Gomo jika PDRM sahkan
- Bubar Dun: Pakatan sudah 'faham' taktik pusat, kata MB Selangor
- Hindraf tidak rela ditipu BN
- HINDRAF jangan ulangi pengalaman Suqiu
- [BERGAMBAR] Polis Mengaku Ikut ARAHAN Tahan Treler Jelajah PAS
- Faekah : Saman terhadap Kerajaan Negeri bermotif politik
- Mufti Kedah: Anggota keselamatan terbunuh syahid akhirat
- TV DAP mahu Najib jadi tetamu pertama
- PKR tuntut Bakri, Kulai pula
- MIC gagal bela nasib graduan perubatan India di Ukraine
- Saifuddin yakin potensi menang cerah di Kulim-Bandar Baharu
- MB: Senarai calon BN Perak telah muktamad
- Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno?
- Zul Nordin hina agama Hindu, Umno kena bertanggungjawab – Surendran
- Umno BN akan terus menipu untuk pertahan Putrajaya habis-habisan
- Jaafar Onn bakal berkahwin
Mohamad Hasan Harus Belajar Dari Nik Aziz Posted: 29 Mar 2013 07:17 AM PDT MSO Kata Mohamad Hasan yang masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun tempoh kerajaan UBN Negeri Sembilan yang bermandatkan kuasa rakyat selama lima tahun berakhir semalam, hari pertama kerajaan lupus tarikh itu berjalan seperti biasa.
Katanya beliau dan 10 anggota exco tetap melaksanakan tugas seperti hari-hari lain sebelum ini sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah terbubar. "Tiada masalah. Cuma yang membezakan adalah peranan kita iaitu sebagai kerajaan sementara ini kita tidak boleh membuat keputusan besar-besar terutama berkaitan soal dasar yang boleh memberi implikasi kepada rakyat dan kerajaan akan datang," katanya dipetik. Pernyataan Mohamad Hasan itu sedikitpun tidak menggambarkan dia ralat atau rasa malu kerana tempoh sebenar dia menjadi MB sudah tamat apabila tempoh kerajaan Negeri Sembilan sudah genap lima tahun pada pukul 12:00 malam tadi. Menurut perlembagaan sesebuah kerajaan negeri atau kerajaan Federal itu akan terbubar dengan sendiri apabila tempohnya selama lima tahun tamat. Menurut perlembagaan SPR perlu memanggil satu pilihan raya bagi pembentukkan kerajaan baru dalam tempoh 60 hari.
Sementara tempoh sementara berlangsung pilihan raya kerajaan sementara (caretaker government) dibentuk dengan atau pun atas kuasa kerajaan Yang Dipertua Agong atau Sultan. Mohamad perlu mengangkat sumpah semula di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan jika tidak ia dianggap sebagai kerajaan haram. Bagaimana pun pandangan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari ini tidak diendah bahkan dipersendakan oleh Mohamad Hasan. Kenyataan Mohamad Hasan itu yang mengakui dia tidak merasa apa-apa - malu dan ganjil adalah sesuai dengan apa diamalkan oleh partinya yang kebetulan menjadi kerajaan selama ini, iaitu UBN. Kalau Mohamad Hasan bermaruah dan ada air mata sama seperti partinya yang memerintah beliau seharus tidak perlu bercakap atas nama sebagai MB sebab dia bukan MB yang sah lagi. Tetapi kerana itu yang diamalkan parti, tidak menghormati semangat demokrasi dan hidup sering mencari celah atau lubang hendak melepas diri menyebabkan dia tidak merasa apa-apa dan tidak bersalah dengan apa yang berlaku. Sebagai anggota Dewan yang telah tidak memegang jawatan MB lagi, Mohamad Hasan tidak layak bercakap atas kapasiti sebagai MB lagi. Bukan sahaja keputusan besar mengenai kepentingan rakyat beliau tidak dapat melaksanakan, tetapi perkara kecil juga termasuk kereta kerajaan dan kemudahan lain juga tidak sepatutnya diguna lagi. Mohamad Hasan patut belajar daripada bekas PM bukan yang keempat tetapi yang pertama, Tunku Abdul Rahman dahulu. Almarhum Tunku apabila parlimen dibubarkan beliau tidak lagi memasuki pejabat perdana menteri dan tidak menggunakan segala kemudahan kerajaan untuknya. Beliau juga tidak lagi bercakap atas nama Perdana Menteri tetapi sebagai Pengerusi atau Presiden Umno. Beliau juga mengarah menterinya tidak menggunakan kemudahan atau pun mengumumkan apa-apa projek tetapi berdiri atas anggota parti menurut jawatan masing-masing. Namun amalan dan akhlak Tunku Abdul Rahman tidak lagi dipatuhi sesudah beliau berundur dari jadi perdana menteri. Bahkan penggunaan kemudahan kerajaan untuk perdana menteri, menteri dan sebagainya menjadi satu tradisi pula di zaman Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Mahathirlah yang merombak akhlak Umno yang dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman. Mengenai hal ini Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meniru akhlak dan politik gentlemen yang ditunjuk oleh Tunku Abdul Rahman. Walaupun tidak semua Nik Aziz 'memansuhkan' kemudahan kerajaan untuknya sebagai MB, tetapi beberapa kemudahan dan fasalitis lain beliau tinggalkan secara automatik. Mungkin ramai orang tidak tahu apabila Dewan Undangan Kelantan (DUN) dibuarkan dan caretaker gorvernment mengambil kerajaan Kelantan beliau tidak lagi menggunakan kemudahan rumah Kelantan di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja DUN dibubar dan tempoh perkhidmatannya sebagai MB tamat, beliau tidak lagi tinggal atau mendiami rumah Kelantan apabila berada di Kuala Lumpur. Tokguru akan mencari kediaman khas di Kuala Lumpur untuk berkempen. Kebiasaanya PAS akan menyewa rumah khas untuk beliau. Di rumah itulah beliau akan menginap sepanjang berada di Kuala Lumpur, manakala rumah Kelantan tidak dimasuki lagi. Apa dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan Nik Aziz itulah yang wajar diikuti oleh Mohamad Hasan dan mana-mana MB atau Ketua Menteri yang sudah cukup tempoh perkhidmatan dan yang menjalankan tugas sebagai MB sementara kelak. MB sementara bolehlah dianggap MB tol atau pun MB yang tidak ada gran. Ibarat tanah kalau bertol dan tidak ada gran tanah itu tidak laku digadai lagi. Apakah Mohamad Hasan dan MB-MB dan Ketua Menteri lain khususnya dari UBN selepas ini tidak akan merasa malu? Apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu menunjukkan transformasi yang dilaungkan Najib masih belum terlaksanakan lagi dan ianya hanya jebak di gigi pantai sahaja. | ||||
Umno Yang Membunuh Kerana Sengketa Politik Posted: 29 Mar 2013 05:21 AM PDT Wartawan BuletinKUALA TERENGGANU - PAS berpegang teguh dengan ajaran Islam bahawa membunuh jiwa yang bukan haknya adalah satu perbuatan yang keji dan dilaknat oleh Allah serta tidak pernah merancang dan terlibat dengan mana-mana pihak yang mahu melakukan dosa besar tersbut.Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah menyifatkan kenyataan bekas ahli PAS, Zainon Ismail sebagai pengakuan dirinya sendiri dan dosanya kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. "sebagai sebuah parti Islam, PAS berpegang dengan syariah, membunuh jiwa yang bukan haknya adalah haram dan merupakan satu dosa besar serta termasuk dalam hukum Hudud, "dan PAS sebagai sebuah parti politik, mengamalkan perkara-perkara asas dalam demokrasi yang menggunakan hujjah bukan menggunakan kekerasan,"jelasnya. Oleh itu beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, bersetuju dan menyokong kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya pihak polis mengambil tindakan dan menyiasat pengakuan Zainon itu. [Gambar - Atas; lokasi mayat Datuk Taha diemui pada 14 April 1982, pembunuhan yang dilakukan oleh pemimpin Umno kerana senketa politik, Bawah; as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh kejam pada tahun 1985] Sebaliknya, kata beliau, telah terbukti dalam sejarah bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sanggup membunuh kerana sengketa politik, tidak kira sesama Umno sendiri atau pun membunuh musuh politiknya. "rakyat masih tidak lupa kes pembunuhan Datuk Taha Talib, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan telah dibunuh oleh pemimpin Umno, Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan.Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. "rakyat juga tidak lupa tentang kekejaman Umno dalam peristiwa Memali yang membunuh ahli dan pemimpin PAS, dan pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri."tegasnya. | ||||
Negara Persekutuan tetapi ditadbir ala Malayan Union Posted: 29 Mar 2013 05:12 AM PDT Apabila Negeri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatifnya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti MalayanUnion yang ingin dibentuk oleh British dahulu. Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah ditadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan MalayanUnion dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara 'unitary'. British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan MalayanUnion terhadap Semenanjung ini. Brtitish telah merangka Semenanjung ini sebagai sebuah negara 'unitary' tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam Semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran MalayanUnion itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negeri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada MalayanUnion itu dalam bentuk 'ceremonial' sahaja. Tetapi semuanya itu dapat ditolak sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itulah yang meneruskan perjuangan kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan mempunyai Legisltifnya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua Eksekutif itu dilantik oleh British. Justeru dalam pemahaman kita yang mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu. Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu. Oleh itu perhubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak Putrajaya seratus peratus. Ramai merasakan terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah disebabkan keadaan dan masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika Negeri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negeri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan itu dahulu sebelum DUN itu terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS selalu berkata, "kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo". Sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini Negeri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negeri Sembilan secara sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya sedang menghadapi masalah. Jika benar Negeri Sembilan bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besarnya yang telah diberi kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala MalayanUnion dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri dalam persekutuan itu. Bukannya salah untuk memahami dan membantu masalah yang dihadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidak lah sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri itu. Nampaknya satu demi satu DUN-DUN negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara 'automatic' semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada penamat usianya. Mungkin keadaan ini terjadi kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita. Tengok sahajalah, Dewan Undangan Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini? - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
Pemimpin MIC mahu Zul Noordin ‘tutup mulut’ dan mohon maaf Posted: 29 Mar 2013 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR — Pemimpin MIC memberitahu Datuk Zulkifli Noordin (gambar) hari ini untuk "tutup mulut", mohon maaf dan menarik semula kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu. Ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baru itu dirakamkan dalam sebuah video dimuat naik di Youtube semalam, mempersoalkan kesucian Sungai Ganges di India, yang mana penganut Hindu menganggap suci, mengatakan terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung. "Jika anda cetek pengetahuan, tutup mulut dan diam," kata ahli jawatankuasa pusat MIC, Datuk T Rajagopalu kepada The Malaysian Insider. "Beliau tidak layak menjadi ahli parlimen. Beliau peguam separuh masak dan bukan seorang Muslim sejati. Lelaki Muslim sejati tidak akan mengutuk agama lain," tambah beliau. | ||||
Bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang sertai PAS Posted: 29 Mar 2013 05:06 AM PDT
GUA MUSANG: Ketika Datuk Seri Najib Razak masih lagi terkial-kial mengumumkan pembubaran parlimen, seorang lagi bekas ketua pemuda Umno bahagian meninggalkan parti itu. Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno. Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan penghijrahan selepas lama berada Umno. Abd Aziz mengetuai Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang selama dua penggal, pernah juga dilantik Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan. Beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat parti Melayu itu tidak mampu lagi memakmurkan rakyat, di samping kepemimpinannya semakin lemah. "Saya menerajui Pemuda Umno Gua Musang ketika era Saufi Deraman dan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ketua bahagian. "Ketika penggal pertama saya menewaskan Adun Galas sekarang, Abdul Aziz Yusof dalam pertandingan tiga penjuru. Ketika itu saya masih ingat Aziz hanya dapat 11 undi. "Kemudian selepas Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai menyebabkan Umno Gua Musang semakin kuat," katanya di sini. Ketika itu beliau juga bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kesedar dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Rancangan Pembangunan Kampung Baru di Manek Urai. Bagaimanapun pada 1997 berhenti dengan Kesedar bagi memberi tumpuan kepada perniagaan. Abd Aziz juga berkata, beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat pemimpin parti itu sekarang tidak mampu lagi membela agama Islam. "Biar pun mereka bercakap mahu mendaulatkan Islam, namun dari segi tindak tanduk tidak mencerminkan ke arah itu. "Banyak perkara mungkar dibiarkan begitu sahaja. Malah pengurusan ekonomi negara semakin lemah. Hari ini amat malang sekali rakyat Malaysia diketuai seorang perdana menteri yang tiada karisma. "Banyak isu yang berlaku sekarang tidak mampu ditangani Presiden Umno. Sebab itulah beliau teragak-agak membubarkan parlimen biar pun sudah melebihi lima tahun mandat diberi rakyat," katanya yang menyertai PAS baru-baru ini. Menurutnya juga lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Gua Musang dijangka mengambil langkah serupa meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. | ||||
Charles : Umno-BN Didakwa Daftar Rakyat Tinggal Di luar Negara Sebagai Pengundi Posted: 29 Mar 2013 05:02 AM PDT KLANG : Umno-BN didakwa terlibat dalam kegiatan mendaftarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebagai pengundi demi memastikan parti itu terus berkuasa sebagai kerajaan di negara ini. Berikutan situasi itu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan bebas apabila mendedahkan kes penduduk Klang yang menetap di luar negara seperti United Kingdom; Ireland dan Australia yang nama mereka didaftar tanpa pengetahuan. Yang menghairankan, katanya, bagaimana maklumat seseorang rakyat itu diperolehi dan boleh didaftarkan sebagai pengundi tanpa kebenaran. "SPR sebagai badan yang mengendalikan pilihan raya perlu bersikap adil dengan menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini dan membuat laporan polis terhadap pihak terlibat. "Apa yang menghairankan ia melibatkan Umno-BN kerana informasi diterima bagi pendaftaran Dinesh a/l Siva Kumar, 32, dibuat oleh Penolong Pendaftar Umno, Hishamuddin Kassim. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Siapa yang menandatangani borang pendaftarannya? "Ia juga seolah-olah mengaitkan pihak Imigresen, SPR dan Umno-BN dalam komplot ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Bapa Dinesh, K Siva Kumar, 64, menjelaskan dia terkejut apabila mendapati anaknya didaftarkan sebagai pemilih untuk mengundi bagi pilihan raya di dalam negara. Katanya, anaknya bertugas sebagai jurutera dan menetap di United Kingdom lebih 10 tahun tidak pernah mendaftar diri sebagai pengundi atau mewakilkan seseorang untuk tujuan berkenaan. "Saya membuat laporan polis pada 31 Januari lalu tetapi apa yang mengecewakan ialah SPR yang tidak bekerjasama dalam perkara ini. "Menerusi emel, SPR hanya menyatakan pendaftaran anak saya dibuat pada 7 Mac 2012 oleh Hishamuddin yang kemudiannya ditamatkan perkhidmatan pada 27 April 2012 atas beberapa kesilapan pendaftaran dilakukan. "SPR dilihat melindungi Hishamuddin dan Umno-BN apabila tidak menjawab beberapa emel saya iaitu 18, 19, 21 dan 26 Mac lalu," katanya mengenai aduan dibuat kepada SPR Selangor. | ||||
SAMM: 2,000 warga Felda Palong sambut Tian Chua, bukti fitnah jahat ditolak Posted: 29 Mar 2013 04:57 AM PDT KEADILAN DAILYPenganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Penyelaras SAMM, Chegubard dan ustaz Noor Azman Mohamad, dihadiri hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar. Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar. SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan. Sekian, Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda | ||||
'Tolong jangan bagi telur pada kami' Posted: 29 Mar 2013 04:32 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi MCA Selangor Donald Lim Siang Chai merayu pengundi di negeri itu agar tidak menolak terus parti itu di Selangor kerana mereka telah bekerja keras berbakti kepada rakyat sejak lima tahun lalu walaupun kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008."Walaupun pengundi telah menolak kami dalam pilihan raya umum yang lalu, kami tetap meneruskan khidmat kami. "Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung)," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Oriental Daily News. MCA bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 14 kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum 2008. Namun, mereka hanya memenangi satu kerusi parlimen (Pandan) dan dua kerusi dewan undangan negeri (Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu). Naib presiden MCA dan timbalan menteri kewangan itu dilaporkan berkata MCA Selangor mempunyai keahlian di peringkat negeri yang paling ramai dalam Malaysia. Perkara itu katanya menjadikan Selangor berpotensi untuk menjadi sumber kekuatan BN untuk merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan ke-13. | ||||
SPR buang nama Papa Gomo jika PDRM sahkan Posted: 29 Mar 2013 04:29 AM PDT SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, pihaknya boleh memotong nama pemblog Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai 'pengundi polis' berikutan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung statusnya semalam. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, jika PDRM telah membuat kenyataan bertulis, suruhanjaya tersebut boleh mengambil tindakan dengan segera. Menurutnya, kes berhubung Wan Muhammad Azri ini bersangkut dengan pelbagai agensi dan memerlukan pengesahan daripada PDRM. Bagaimanapun beliau juga berkata, SPR boleh mengenal pasti setiap individu yang cuba untuk menjadi pengundi hantu dengan penggunaan dakwat kekal dan teknologi digunakan. "... kalau ada kenyataan bertulis daripada PDRM, sekarang pun kita boleh padam dia sebagai pengundi pos. "Kes Wan Muhammad ini agak rumit, dia mempunyai kesalahan tatatertib, jadi untuk melakukan sesuatu (batal undi pos), kita kena ikut saluran yang betul. "Kita sentiasa berusaha untuk memastikan senarai (daftar) pengundi ini bersih, termasuklah setiap hari ada yang meninggal, ada yang tukar alamat dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor, hari ini. Menerusi satu kenyataan semalam, PDRM mengesahkan pihaknya telah membuang kerja Wan Muhammad Azri, awal September lalu dan sudah tidak layak menjadi pengundi pos. PDRM menjelaskan dia bukan lagi seorang pengundi pos polis. Dalam kenyataan itu, Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene berkata, Wan Muhammad pernah berkhidmat sebagai anggota polis berpangkat konstabel di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mulai 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004 apabila ditangkap atas kesalahan jenayah. "Pada 31 Oktober 2005, anggota ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya di atas kesalahan jenayah. Proses perbicaraan mahkamah dan rayuan telah dibuat sejak dari tarikh tersebut. "Pada 6 September 2012, anggota ini telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini telah dibuang kerja berkuat kuasa 6 September 2012," kata beliau. Sehubungan itu, Mortadza berkata, Wan Muhammad tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai "pengundi polis." "Perkara ini juga telah dijelaskan oleh pihak SPR bahawa rekod pendaftaran anggota ini sebagai pengundi pos telah dipadamkan, seperti kenyataan SPR pada 23 Mac 2013," katanya lagi. Sabtu lalu, Abdul Aziz juga menunggu PDRM mengesahkan status Wan Muhammad Azri untuk badan berkanun itu mengambil tindakan. | ||||
Bubar Dun: Pakatan sudah 'faham' taktik pusat, kata MB Selangor Posted: 29 Mar 2013 04:27 AM PDT SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akhirnya menamatkan teka teki mengenai tarikh pembubaran Dun apabila memilih 22 April iaitu tarikh pembubaran secara automatik sekiranya Parlimen masih tidak dibubarkan lagi. "Keputusan Selangor menetapkan tarikh 22 April untuk pembubaran Dun adalah tempoh yang tepat dan menghampiri pembubaran automatik Parlimen 28 April. "Bagaimanapun, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh yang kita jangkakan, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk menyertainya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor, semalam. Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan perbincangan dan memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak antara kerajaan negeri dan pusat. "Kita telah melihat 'permainan' Kerajaan Negeri Sembilan iaitu dengan membiarkan Dun terbubar sendiri dan bukannya dibubarkan. Keputusan ini telah menimbulkan beberapa persoalan. "Oleh sebab itu, PR berpendapat kita akan lakukan serentak setelah memahami taktik dan strategi yang dilakukan oleh kerajaan pusat. Kita akan jalankan pilihan raya serentak dengan pusat," katanya. Sementara itu beliau berkata, komponen PR dengan sabar akan menunggu keputusan pembubaran Parlimen daripada Perdana Menteri bagaimanapun, menegaskan tarikh 22 April adalah tarikh akhir penantian mereka. Ketika diminta mengulas berhubung persediaan PR Selangor menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Abdul Khalid berkata, mereka tidak akan membuat kesalahan. Pada majlis sama, Abdul Khalid turut merasmikan sistem aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan harapan dapat mengurangkan birokrasi dalam sistem pengurusan berkaitan penjawat awam. Menurut beliau, Sistem Web Based Pengurusan Hak milik Strata Berkomputer (e-SPHS) telah diperluas bermula Mac ini kepada Modul Cetak Geran Hak milik Strata, Pendaftaran Penyerah dan Pendaftaran Urus niaga dan Bukan Urus niaga secara berkomputer dan akan diperluaskan di sembilan Pejabat Tanah dan Daerah di Selangor. "Ini merupakan langkah penting untuk menentukan Selangor berada di tahap yang membanggakan dengan melaksanakan kehendak pengguna yang mementingkan kecekapan dan ketelusan dalam setiap urusan," katanya. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 04:16 AM PDT Pada 14 Mac 2013, saya menaiki komuter KTM seorang diri dari UKM ke Rawang. Sebaik sahaja sampai di Rawang, saya menuju ke sebuah kuil Hindu yang berdekatan. Empat hari yang lepas, saya dan empat ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat (Yong Siew Lee, Ang Peri Shan, Choo Shinn Chei dan Chen Xin) ke kuil yang pernah kami lawat untuk menyertai upacara doa dan mogok lapar yang diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy. Tersentuh dengan semangat mereka, saya membuat keputusan untuk menyertai mogok lapar Hindraf selama 24 jam sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada Waythamoorthy. Tindakan mogok lapar Waythamoorthy ini adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perjuangan hak dan maruah kaum India di Malaysia yang majoritinya hanya tinggal sehelai sepinggang. Beliau berharap rejim pemerintah menghentikan penindasan kejam terhadap kaum India di Malaysia. Beliau juga berharap kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan memandang serius terhadap kesengsaraan kaum India akibat daripada penindasan yang berterusan. Penyertaan saya dalam tindakan mogok lapar ini adalah untuk menyokong tindakan Hindraf yang memperjuangkan hak-hak kaum India yang telah diketepikan sekian lama, dan juga hak-hak bangsa minoriti lain serta menyokong pendirian Hindraf yang bersifat bukan berpartisan sepanjang perjuangan mereka. Pandangan saya di atas merupakan hasil tinjauan saya bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dari negeri Johor. Kami berpeluang berbincang secara mendalam dengan Waythamoorthy dan Hindraf untuk memahami perkembangan dan perubahan semasa Hindraf. Saya dapat merasai ketabahan dan keikhlasan Waythamoorthy dalam perjuangannya. Gerakan Hindraf yang memperjuangkan hak dan maruah kaum India serta menentang penindasan pihak yang diketepikan telah dikritik oleh pertubuhan, parti dan individu yang dikatakan kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Pandangan teras mereka ialah Hindraf tidak patut berjuang berasaskan sifat perkauman, sebaliknya haruslah berjuang berasaskan keperluan. Pendapat seperti ini tidak salah jika dilihat daripada sudut gerakan sosial umum. Tetapi jika dilihat daripada segi hubungan antara penindasan bangsa dan bangsa yang ditindas, maka kritikan ini seolah-olah menafikan kenyataan bahawa masalah penindasan bangsa masih merupakan masalah asas di Malaysia. Maka tindakan Hindraf dalam mengemukakan tuntutan disifatkan satu tindakan perkauman adalah tidak benar. Tindakan Hindraf sebenarnya serupa dengan Dong Zong atau Pertubuhan Cina lain yang mengemukakan tuntutan bangsa Tionghua. Bangsa tertindas Hindraf cuma mewakili kaum India di Malaysia untuk mengemukakan tuntutan. Persamaan kedua-dua pihak ini adalah mereka telah menonjolkan keadaan tertindas kedua-dua bangsa dan mengemukakan tuntutan daripada perspektif bangsa mereka. Tindakan mereka langsung tidak berniat untuk menghakis hak dan maruah bangsa yang lain. Apakah tindakan seperti ini salah? Kenapa mereka dituduh bersifat perkauman? Jika berbincang berdasarkan keperluan, saya berpendapat bahawa masalah-masalah kaum India di Malaysia haruslah dipandang berat oleh mereka yang membantah tindakan berasaskan perkauman seperti Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana jika dibandingkan dengan bangsa lain, golongan miskin India berada dalam keadaan sengsara dan sangat memerlukan bantuan. Hindraf telah membuat penyelidikan yang banyak dalam aspek masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kaum India. Mereka telah menghuraikan masalah-masalah ini ke dalam 'rangka tindakan 5 tahun' berserta dengan cara penyelesaian. Mereka berharap rangka tindakan ini mendapat sokongan bertulis daripada mana-mana gabungan politik sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat. Hindraf secara terbuka berjanji akan menyokong dan berkempen untuk parti politik yang menyokong dan memperakui secara bertulis rangka tindakan 5 tahun ini. Fokus Hindraf hanya untuk membebaskan bangsa India daripada kesengsaraan melalui saluran parti politik. Sejak rangka tindakan 5 tahun ini dikemukakan pada 25 Disember 2012, banyak usaha telah diusahakan. Sehingga kini Hindraf masih tidak mendapat tindak balas positif daripada kedua-dua kumpulan politik, BN dan Pakatan. Masyarakat bangsa India telah ditindas secara berterusan oleh hegemoni perkauman Umno-BN. Menurut Waythamoorthy, Hindraf tidak cenderung terhadap Umno ataupun kerajaan BN tetapi mereka hanya boleh menaruh harapan terhadap Pakatan untuk menyokong rangka tindakan 5 tahun. Saya berpendapat Hindraf tidak rela kaum India ditipu oleh BN selama 55 tahun. Hindraf berharap Pakatan melaksanakan reformasi sebenar. Namun begitu, pemimpin-pemimpin Pakatan masih belum memberi respon yang positif dan ini mengecewakan Hindraf. Selepas menyertai mogok lapar ini selama 24 jam, saya dapat merasai bahawa kehidupan kaum India telah sampai ke jalan buntu kerana ditindas oleh sistem penindasan yang bersifat perkauman. Tindakan mogok lapar Waythamoorthy adalah respon kaum India terhadap reaksi kedua-dua Pakatan dan BN yang tidak mengendahkan rangka tindakan 5 tahun Hindraf. Sekiranya Pakatan Rakyat boleh menyatukan kuasa Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tack demi kemaraan mereka ke Putrajaya, mengapa tidak Hindraf dan kumpulan-kumpulan yang menentang rejim pemerintahan Umno-BN? Saya percaya rakyat Malaysia sangat mengharapkan satu barisan penyatuan demokratik yang kuat dapat ditubuhkan secepat mungkin untuk menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO. Jadi, apa kata Pakatan Rakyat? | ||||
HINDRAF jangan ulangi pengalaman Suqiu Posted: 29 Mar 2013 04:11 AM PDT Saya terbaca satu "jenaka" di internet, yang mungkin juga kisah benar. Seorang makcik tua sedang menerima BR1M-nya, dan kebetulan seorang ahli MCA berada di situ. Maka ahli MCA pun bertanya kepada makcik tua itu, "Auntie, kepada siapa harus anda berterima kasih setelah menerima BR1M?" Makcik itu menjawab, "Saya berterima kasih kepada Lim Guan Eng." "Mengapa berterima kasih pula kepada Lim Guan Eng?" tanya ahli MCA. "Kalau bukan Lim Guan Eng, apakah kamu akan bahagi duit untuk saya?" balas makcik itu, disambut dengan tepukan orang di sekelilingnya. Saya tidak berasa pelik jikalau ia benar berlaku. Dari perbualan saya bersama datuk saya yang berumur 80-an, beliau meluahkan pandangan yang sama. Beliau melihat semua peruntukan kepada rakyat pada "saat-saat yang genting" ini sebagai "gula" dari kerajaan, malah harga minyak yang "tidak naik" sejak beberapa tahun yang lalu - sebagai jasa Pakatan Rakyat. "Tanpa desakan daripada pembangkang, mustahil kita menikmati kesemua ini," kata datuk saya. Demikianlah teorinya, menurut "pengamatan politik" yang lebih daripada lapan dekad. Beliau tidak mengaji sains politik di universiti, cuma seorang pengundi biasa yang melalui zaman sebelum dan selepas kemerdekaan dalam hidupnya. Sering kali kita mengkalungkan penghargaan di atas leher kerajaan apabila menerima manfaat daripada kerajaan. Padahal, apa yang berlaku sebenarnya adalah, "hasil" itu tidak datang tanpa perjuangan. Apa yang dilakukan pemerintah adalah "reaksi", ataupun "tindak balas" terhadap situasi semasa - mungkin kerana bantahan rakyat, kritikan pembangkang, desakan badan NGO dan sebagainya. Contoh terbaik adalah pemansuhan ISA. Saya cukup mual apabila sesetengah penganalisis politik mengagung-agungkan Najib sebagai "reformis" lantaran pemansuhan akta zalim itu, sedangkan rakyat yang bangkit menentang ISA pada 1 Ogos 2009 dibedil dengan 973 butiran gas pemedih mata oleh regim Najib - lebih-lebih lagi dilabel sebagai "Melayu bacul" kerana "yang ditahan ISA adalah pemimpin HINDRAF, ni Melayu sibuk-sibuk nak buat apa?" Malah, kita perlu mengakui bahawa Pakatan Rakyat yang kini menawarkan segala yang terbaik untuk rakyat, juga kerana bersaing dengan BN dalam sistem politik sedia ada. Meskipun saya mengakui bahawa terdapat ahli politik yang sememangnya berjiwa murni untuk memperjuangkan nasib rakyat, tetapi hakikatnya "spesies" ini adalah minoriti, malah hampir pupus. Sejak awal lagi teori politik mengandaikan manusia mementingkan diri sendiri, lantas pembinaan sesebuah sistem politik yang utuh adalah mustahak untuk menjamin kepentingan awam. Tetapi pembinaan "sistem baru" ini bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan masa, malah mungkin digagalkan berkali-kali sepanjang proses ini. Justeru itu, mereka yang tidak kesabaran senang pasrah sebelum hasilnya sempat dituai. Saya boleh memahami perasaan masyarakat India, meskipun mungkin bukan sepenuhnya. Saya antara wartawan yang paling awal membuat liputan tentang HINDRAF, ketika NGO ini lantang bersuara dalam isu pencerobohan kuil Hindu. Perkembangan selanjutnya sememangnya di luar jangkaan, dengan kebangkitan masyarakat India pada 25 November 2007, disusuli dengan penahanan lima orang pemimpin HINDRAF di bawah ISA. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mempertahankan HINDRAF sebelum menuju ke 8 Mac 2008. Tidak dinafikan bahawa PKR, PAS dan DAP menerima "manfaat" dari segi undi lantaran pendiriannya dalam isu HINDRAF, tetapi perlu diingatkan bahawa mereka juga boleh memilih pendirian sebaliknya, untuk mengaut undi Melayu. Untuk membincangkan isu ini di luar kerangka "undi", mesej yang disampaikan pembangkang ketika itu sebagai satu wacana untuk meredakan ketegangan antara Melayu dengan India. Malah ia boleh dilihat sebagai "pendidikan politik" yang mengajar bagaimana perbezaan dalam masyarakat harus ditangani - bukan dengan keangkuhan kuasa, tetapi mendengar rintihan masyarakat minoriti, dan kemudian bermuafakat untuk penyelesaiannya. Pendekatan ini satu anjakan paradigma, yang akhirnya memaksa Umno-Bn akur dan membebaskan kesemua tahanan HINDRAF di bawah ISA. Saya mengimbas kembali ingatan ini, tatkala satu pertemuan sedang berlangsung antara HINDRAF dengan Najib Razak - berakhir dengan janji Najib bahawa lebih perbincangan berhubung masalah masyarakat India akan diadakan pada masa depan. HINDRAF semestinya mempunyai hak untuk menemui mana-mana parti politik, dan kita tidak berhak untuk menghalang pertemuan politik sedemikian. Cuma saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana masyarakat Cina berdepan dengan senario sedemikian, pada tahun 1999. Semestinya politikus akan berjanji segala-gala pada saat-saat yang genting untuk dirinya. Pengalaman Suqiu (Rayuan Pilihan raya) pada tahun 2000 masih tidak terpadam dari ingatan. Mahathir mengecam Suqiu sebagai pengganas pada tahun 2000, selepas dirinya terselamat dalam PRU 10 dengan undi Cina. Beliau tanpa segan silu mengakui, bahawa dirinya menerima Suqiu pada tahun 1999 untuk meraih undi Cina. Rakan-rakan dari HINDRAF, sejarah berulang jikalau manusia tidak belajar daripadanya. Semoga Rangka Tindakan HINDRAF tidak dijadikan ulangan Suqiu dalam versi bahasa Tamil. *Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com | ||||
[BERGAMBAR] Polis Mengaku Ikut ARAHAN Tahan Treler Jelajah PAS Posted: 29 Mar 2013 01:48 AM PDT Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu? KELAB GREENBOC Gopeng: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh. Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini. "Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama. "Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily. Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi. "Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam. "Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh. Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya. Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh. Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'. Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan. Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi. Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan. Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting. Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi -HD Ulasan GB Jika bas Jelajah Rakyat PKR dibaling telur, cat merah dan batu oleh puak UMNO, treler berkebajikan PAS pula diganggu oleh Polis dan JPJ yang diperkudakan UMNO BN. Polis tak serik-serik lagi mengikut telunjuk UMNO BN walaupun dah mendapat impak negatif di Lahad Datu dengan terkorbannya beberapa anggota keselamatan. GB sudah berulangkali menyeru dan meminta polis supaya menjalankan tugas secara rofesyenal, tanpa pilih kasih atau diskriminasi dan bukan mengikut arahan UMNO BN. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana apabila polis gagal menjalankan tuasnya secara adil dan saksama, maka polis perlu menanggng risiko yang besar setiap ketidak-adilan dan setiap kerja yang dilakukan secara pilih kasih akan menyebabkan integirit dan kredibiliti polis tercemar. | ||||
Faekah : Saman terhadap Kerajaan Negeri bermotif politik Posted: 29 Mar 2013 01:40 AM PDT KLANG : Saman pemimpin Umno yang kononnya mahu menolong ibu tunggal dan warga emas terhadap Kerajaan Negeri bermotifkan politik demi mewujudkan perspektif negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, peguam pemimpin Umno juga menggunakan muslihat untuk mengumpul tandatangan untuk saman tersebut dengan menjanjikan wang kepada mereka yang memberi tandatangan. Faekah berkata tujuan tindakan hanyalah bagi memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya dan merampas Selangor tetapi bukan untuk memenangi kes di mahkamah. "Apabila kita memohon untuk pembatalan kes, mahkamah menolak dan nak mendengar kes secara perbicaraan. (Datuk Seri) Noh Omar tweet saya 1 – 0 Faekah (kes ibu tunggal), saya sabar. Lepas itu (kes) warga emas, kita cuba batalkan, mahkamah tolak juga. "Noh Omar tweet saya lagi 2 – 0 Faekah. Saya jawab Datuk Seri peguam, kita belum lawan lagi, belum perbicaraan. Dia jawab dari segi politik dia dah menang. "Maknanya matlamat mereka adalah untuk adudomba dan propaganda," katanya dalam ceramah PR "Suara Wanita Suara Perubahan" di Kampung Bukit Naga di sini malam tadi. Faekah menambah, menurut maklumat yang diterima kes tersebut akan ditamatkan selepas pilihanraya berakhir. Cara pengumpulan tandatangan golongan ibu tunggal dan warga emas juga, tegasnya, dilakukan secara tipu muslihat oleh peguam yang dilantik Umno. Usaha tersebut cuba mengaitkan Kerajaan Negeri dengan menjanjikan bantuan kewangan kepada mereka yang menurunkan tandatangan dalam borang yang diedarkan ke seluruh Selangor. Sedangkan, katanya, tandatangan dikumpulkan itu hanya bertujuan untuk menyaman Kerajaan Negeri. "Dia nak bertanding di Kota Anggerik, itu yang dia tunjukkan dia lebih Umno dari Umno. Itu yang dia kumpulkan semua wanita. "Dari maklumat yang kita dapat di mana dia taburkan ke rumah-rumah di Puchong, dia tulis di situ mana-mana ibu tunggal yang mahu RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor sila turunkan nama dan tandatangan," katanya. Baru-baru ini Exco Selangor, Elizabeth Wong mendedahkan bahawa borang diedarkan kepada warga emas dengan menjanjikan bahawa Kerajaan Selangor akan memberi elaun sekiranya mereka memberi tandatangan. | ||||
Mufti Kedah: Anggota keselamatan terbunuh syahid akhirat Posted: 29 Mar 2013 01:37 AM PDT Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad. Beliau berkata mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama. Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan. "Dalam kes ini tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota pasukan keselamatan yang terbunuh tetap syahid akhirat," kata Mohamad Baderuddin ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Istighazah Al-Kubra di Masjid An-Naim Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang di Sungai Petani hari ini. Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Markas 6 Briged itu dihadiri kira-kira 1,500 orang anggota tentera, polis dan awam termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain. Mufti itu turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai keamanan kerana dalam suasana aman sahaja ekonomi negara berkembang menjadi mantap, negara berupaya membangun dan rakyat tidak berada dalam ketakutan. "Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah SWT kelak," katanya. Sementara itu, Mukhriz berkata langkah MPM sebagai badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program agama seumpama itu merupakan tindakan tepat untuk menyatupadukan umat Melayu dan Islam yang dilihat telah berpecah. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata perpecahan orang Melayu berlaku kerana mereka terlalu banyak berpolitik sehingga isu pencerobohan pengganas di Sabah yang mengancam keselamatan negara turut dipolitikkan. "Kerana mahu melihat perpaduan orang Melayu kembali utuh...saya yakin usaha berterusan MPM dengan membabitkan masyarakat secara menyeluruh akan mengubah minda orang Melayu untuk menerima Islam sebagai agenda bersama," katanya. Program Istiqhazah Al-Kubra yang bermaksud 'memohon pertolongan Allah SWT' itu bermula dengan solat sunat tahajud, hajat, witir dan bacaan Yassin dan tahlil untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu sebelum solat Subuh dan diikuti tazkirah dan membaca doa Istiqhazah.-Bernama | ||||
TV DAP mahu Najib jadi tetamu pertama Posted: 29 Mar 2013 01:32 AM PDT Stesen televisyen Internet DAP UbahTV berikrar mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu pertama bagi membuktikan sikap liberal dan menghormati hak untuk menjawab kepada semua pihak. Selepas itu barulah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. "Memang benar UbahTV dimulakan oleh DAP untuk memberikan cerita kami tentang sesuatu berita, tetapi kami sedia memberikan sebelah pihak lagi hak untuk menjawab," kata Lim dalam sidang media selepas melancarkan saluran Internet di Kuala Lumpur hari ini. Beliau juga membangkitkan keadaan sebaliknya apabila pembangkang dikecam hari demi hari oleh media arus perdana yang dikuasai dan dimiliki oleh kerajaan. | ||||
Posted: 29 Mar 2013 01:28 AM PDT Setelah gagal mendapatkan kerusi parlimen Gelang Patah, Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dikatakan mengintai kerusi Parlimen Bakri dan Kulai pula. Selain dua kerusi parlimen itu, Segamat juga dijadikan pilihan ketiga Chua - yang juga bekas menteri kabinet dan naib presiden MCA - untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. Pengarah pilihan raya PKR negeri, Steven Choong bagaimanapun berkata, keinginan untuk bertanding di ketiga-tiga kerusi itu, bukan kehendak Chua seorang sebaliknya hasrat akar umbi. Menurut Steven (kiri) lagi, beliau juga berharap agar keputusan di mana Chua bertanding dapat diketahui esok bagi memudahkan gerak kerja pilihan raya dilakukan. "Pusat ada pendirian mereka. Tapi bagi kita, kerusi Gelang Patah dah diberi pada Lim Kit Siang kerana dia minta sendiri (kerusi itu) tetapi secara balasan, Lim akan tawar balik dengan satu kerusi. Jadi kerusi itu kita minta Bakri, Kulai dan Segamat. "Ini adalah cadangan dari akar umbi. Kita patut intai Bakri, Kulai dan Segamat. Tetapi terpulang pada pasukan rundingan kerusi yang diketuai oleh Tan Kok Wai (DAP) dan Azmin Ali (PKR). "Saya dah minta kalau boleh selesaikan sebelum habis minggu ini. Kalau boleh nak tahu jawapan (keputusan rundingan) esok. Akar umbi nak bergerak. Kalau tak selesaikan macam mana akar umbi nak buat kerja," katanya. Bakri pilihan pertama Ketika dihubungi Malaysiakini, Steven berkata PKR memberi keutamaan kepada kerusi parlimen Bakri terlebih dahulu, kemudian diikuti Kulai dan Segamat. "Kita terus bagi tiga pilihan supaya tidak perlu nanti tiap-tiap kali tawaran perlu rujuk pimpinan negeri," katanya. Dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai pada 18 Mac lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim sebagai calon DAP di kerusi parlimen Gelang Patah. Pada pilihan raya umum lalu, calon PKR Dr Zaliha Mustafa tewas kepada calon MCA Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi. Dr Zaliha mendapat 24,779 undi, manakala Tan mendapat 33,630 undi. Parlimen Gelang Patah mempunyai lebih 100,000 pengundi, terdiri daripada kerusi DUN Nusajaya dan DUN Skudai yang kini disandang Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau. Sebelum ini berlaku pertikaian antara Dr Boo dan Chua tentang isu agihan kerusi di negeri tersebut. Pada 2008, ketiga-tiga parlimen - Bakri, Kulai dan Segamat - ditandingi oleh calon DAP. Untuk kerusi Bakri, calon DAP Er Teck Hwa menang melawan MCA dengan majoriti 722 undi. Chua pernah menewaskan calon DAP di kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 19,059 undi. DAP Johor: Belum ada keputusan Di Kulai pula, DAP kalah kepada MCA dengan majoriti 11,744 undi sementara di Segamat, DAP kalah kepada MIC dengan majoriti 2,991 undi. Mengulas lanjut, Steven yang juga timbalan setiausaha agung PKR juga berkata, desas-desus yang mengatakan Chua merajuk adalah tidak benar. Menurutnya, Chua (kanan) hanya mengambil sikap berdiam diri dan tidak menghadiri sebarang majlis rasmi bagi mengelakkan salah faham berlaku. "Dia senyap sahaja. Cuma tak nak angkat bila wartawan telefon. Tak boleh anggap merajuk... Dia masih lagi ada berbual dengan pusat dan akar umbi. (Chua) hanya tolak segala acara rasmi yang terbuka. "Saya tak tahulah (kenapa). Kemungkinan dia tak nak nanti dia sebut banyak akan muncul lagi salah faham. Dia ambil sikap berdiam diri bimbang ada lagi salah faham," katanya lagi. Sementara itu, Tan ketika dihubungi Malaysiakini bagi mendapatkan respon tentang pemilihan kerusi di Johor itu berkata, keputusan rundingan belum lagi dibuat walaupun perbincangan telah diadakan. "Belum ada keputusan. Saya pun susah nak beritahu tarikh. Belum ada keputusan lagi. Perbincangan sememangnya seringkali diadakan tapi belum tahu (keputusan)," kata Tan ringkas. | ||||
MIC gagal bela nasib graduan perubatan India di Ukraine Posted: 29 Mar 2013 01:26 AM PDT Rugayya Rahman KUALA LUMPUR : MIC gagal membela nasib graduan perubatan keturunan India yang berdepan masalah meneruskan kerjaya mereka di negara ini, kata S Jayathas. Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Undang-undang KEADILAN itu, berkata ia berikutan penarikan balik pengiktirafan kementerian terhadap Universiti Perubatan Negeri Crimea, Ukraine (CSMU). "Isu berlarutan hampir lapan tahun, MIC gagal tangani. Bagaimana mereka boleh mengaku bela nasib masyarakat India. Bagi saya, MIC gagal," katanya. Beliau pada kenyataan media semalam, merujuk masalah seramai 1,680 graduan perubatan Malaysia di CSMU termasuk 1,000 berketurunan India. Sehubungan itu, Jayathas menggesa Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) digesa menilai semula status CSMU bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Sejak pengiktirafan CSMU ditarik balik pada 2005, katanya, graduan yang menamatkan pengajian di situ, mengalami masalah untuk meneruskan kerjaya. Beliau juga menganggap penarikan pengiktirafan itu tidak munasabah kerana CSMU tidak diberi tempoh untuk memperbaiki tahap kelayakan mengikut piawaian yang ditetapkan. Apatah lagi, katanya, CSMU dikenali di peringkat global dan berada di kedudukan teratas WHO dan Unesco manakala yurannya lebih murah berbanding di Malaysia. "Yuran keseluruhan CSMU cuma RM110,000 berbanding RM200,000 untuk Kolej Universiti Perubatan di Malaysia. Ramai graduan CSMU berkhidmat di Amerika, United Kingdom, German dan negara lain," katanya. Jika kerajaan BN terus gagal mengatasi isu ini, Jayathas berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan pembelaan mereka sebaik sahaja menawan Putrajaya. "KEADILAN akan kaji semula taraf CSMU selepas Pakatan ambil alih Putrajaya. Kita takkan campur aduk isu perkauman dengan kepentingan rakyat," katanya.(FZL) | ||||
Saifuddin yakin potensi menang cerah di Kulim-Bandar Baharu Posted: 29 Mar 2013 01:25 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin potensinya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 cerah di kawasan itu. Bercakap kepada Keadilan Daily, Saifuddin berkata, keyakinan itu bersandarkan gerak kerja jentera Pakatan Rakyat yang menyambut baik pencalonan beliau dan mendapat sokongan masyarakat setempat. "Alhamdulillah komponen Pakatan Rakyat di sana menerima baik dan memberi peluang kepada saya untuk mengenali kawasan itu dengan lebih dekat. "Saya sudah ada pertemuan dengan PAS dan KEADILAN. Program yang diatur untuk saya bertemu ketua kaum mewakili Cina, Melayu dan India berjalan seperti dirancang. "Kedudukan saya sekarang memuaskan berdasarkan penerimaan penduduk setempat yang memberi sokongan," kata Saifuddin. Tambahnya, persiapan jentera bergerak mengikut jadual walaupun tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki. "Saya sudahpun mengenali seberapa banyak agensi dan institusi negeri. Saya sangat berpuas hati dengan penerimaan positif rakyat dan mereka hanya tunggu masa saya bertanding di situ," kata Saifuddin. "Selain itu, program yang ditetapkan meliputi penerangan, kemasyarakatan di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat kaum lain," jelasnya. Cabar Zul Nordin Beliau turut mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu sekarang, Datuk Zulkifli Nordin menandinginya pada pilihan raya itu nanti. "Saya mahu berdepan Zul Nordin, itu impian saya. Bagaimanapun, mungkin impian saya itu tidak kesampaian kerana sesuatu yang mustahil untuk Umno mencalonkan Zulkifli," sinis Ahli Parlimen Machang itu. Mengulas lanjut, Saifuddin optimis Parlimen Machang akan kekal dimenangi Pakatan Rakyat. "Di Machang sudah ada pengganti, tunggu diumumkan oleh pimpinan sahaja. "Pengaruh Pakatan Rakyat di sana sudah berakar umbi. Umumnya rekod pemerintahan PAS di Kelantan dan prestasi yang ditunjukkan pemimpin Pakatan memberi kita keyakinan kuat bukan sahaja di Machang, tetapi seluruh Kelantan," katanya. Parlimen Kulim-Bandar Baharu terbahagi kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Kulim dan DUN Bandar Bharu, dengan mempunyai 67.93% pengundi Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang. Pada pilihan raya 2008, wakil KEADILAN, Datuk Zulkifli Nordin menang dengan majoriti 5,583 undi, iaitu 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi. Kini Zulkifli menganggotai bebas setelah dipecat KEADILAN pada 2010 ekoran kesalahan berulang-ulang kerana melanggar dasar dan pendirian parti. Beliau adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), NGO di bawah tunggangan Umno BN. Dalam PRU 2008, Saifuddin bertanding Parlimen Machang di Kelantan dengan 21,041 undi dan mengalahkan calon BN, Datuk Sazmi Miah yang hanya memperoleh 19,581 undi. Sebelum itu, beliau memperoleh kerusi tunggal dalam DUN Kedah apabila menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Lunas pada tahun 2000. Beliau memperoleh 10,511 undi manakala calon BN, S Anthonysamy mendapat 9,981 undi. – NS | ||||
MB: Senarai calon BN Perak telah muktamad Posted: 29 Mar 2013 01:19 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Bagaimanapun, kata Pengerusi BN negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN. "Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi (muka baharu dan lama). Akan ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang terbaik. "Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di sini hari ini. Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek. "Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya. Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi. Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada pertukaran. Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan". Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN. Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku. "Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini. "Kita perlu tahu akhirnya suka atau tidak, calon hanya ada seorang. Tak mungkin ada dua calon daripada parti yang sama," katanya. Zambry berkata sebagai anggota parti, mereka perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti berhubung pemilihan calon. Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen BN, beliau berkata ia dibuat berdasarkan formula untuk memenangkan BN. "Mungkin ada perubahan untuk kami pastikan kerusi yang ditandingi capai kemenangan," katanya sambil menjelaskan agihan kerusi hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Najib.- Bernama | ||||
Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno? Posted: 29 Mar 2013 01:16 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno. Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN. Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini? Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri. Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu. Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno. Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu. "Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai," kata sumber Umno kepada Harakahdaily. Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar. "Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap," kata sumber itu lagi. Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13. "Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri," tambah sumber Umno itu lagi. Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno. "Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini. "Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik," tambahnya.-Harakahdaily | ||||
Zul Nordin hina agama Hindu, Umno kena bertanggungjawab – Surendran Posted: 29 Mar 2013 01:12 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Umno BN mesti bertanggungjawab di atas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin yang menghina agama Hindu, kata N Surendran. Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu. Kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu. Surendran berkata, penghinaan Zulkifli itu boleh mencetuskan api perkauman kerana mempersenda kesucian agama mereka. "Umno BN tidak boleh lari dari tanggungjawab ini. Ini serangan kejam Zulkifli yang melakukan penghinaan besar kepada masyarakat India Malaysia, yang majoritinya beragama Hindu. "Dalam kes ini, Zulkifli terlalu menghina dan mencemuh rakyat Hindu dan agama mereka. Serangan beliau paling teruk pernah dilakukan kepada agama di negara ini," kata Naib Presiden KEADILAN itu pada kenyataan. Ekoran itu, Surendran menggesa polis dan Peguam Negara segera menyiasat Zulkifli yang jelas melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan. "Perkataan yang diucapkan Zulkifli jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkaitan agama. "Kami menyeru Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk siasat segera dan menahan Zulkifli di bawah seksyen tersebut," tegas Surendran. Pada 2010, Zulkifli dipecat daripada KEADILAN ekoran kesalahan berulang-ulang melanggar dasar dan pendirian parti. Kemudian beliau yang lantang memburukkan KEADILAN semakin mesra dengan Umno. Kini Zulkifli menganggotai NGO Perkasa, sekutu rapat Umno, yang dilihat 'kebal' undang-undang apabila seringkali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan. – NS | ||||
Posted: 29 Mar 2013 01:11 AM PDT Rakyat faham k'jaan sementara tiada mandat- pensyarahRuqayya RahmanKUALA LUMPUR : Rakyat kini mulai faham bahawa kerajaan sementara bukan kerajaan yang diberi mandat secara sah, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir. "Rakyat hari ini bijak, mereka tahu dengan jelas bidang kuasa kerajaan dan mereka cakna tentang hak mereka. "Selepas berakhir tempoh kerajaan yang sah, rakyat akan mula pertikai setiap apa yang 'kerajaan sementara' lakukan, "Kerajaan sementara ini bukan lagi kerajaan yang diberi mandat kerana rakyat tak pilih mereka. Lebih buruk kalau mereka tidak dipercayai oleh rakyat," kata pensyarah Sains Matematik itu. Dewan Undangan Negeri Sembilan semalam menjadi DUN pertama dalam sejarah Malaysia yang terbubar secara automatik selepas tamat tempoh lima tahun persidangan bermula 27 Mac 2008. Sebelum ini, media arus perdana melaporkan DUN negeri itu mula bersidang pada 25 Mac 2008, menyebabkan timbul pelbagai kekeliruan tentang tarikh bagi pembubaran DUN secara automatik. Kerajaan sementara, adalah kerajaan yang ditubuhkan sebaik dewan negara atau dewan negeri dibubar, atau dalam konteks di Negeri Sembilan, terbubar dengan sendiri selepas tempoh lima tahun tamat dari tarikh ia mula bersidang. Kerajaan ini hanya menjalankan tugasan rutin dan tidak membuat keputusan penting sepertimana kerajaan yang mendapat mandat dari rakyat. Misalnya tidak boleh membuat dasar baru, meluluskan sebarang projek mengguna dana kerajaan atau menandatangani perjanjian dengan pihak luar. Ia juga tidak boleh mengguna jentera kerajaan untuk menjalankan kempen politik kepartian. Alinor dalam pada itu berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri, tanpa mengumumkan pembubaran parlimen, berpotensi menimbulkan banyak kekeliruan. "Bukan hanya negeri di semenanjung, Sabah Sarawak yang etniknya rencam, akan timbul lebih banyak kekeliruan dan kekalutan. Saya tertanya-tanya, Najib fikir atau tidak semua perkara ini?" katanya. Beliau dalam pada itu mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa amalan membiarkan parlimen terbubar sendiri mempunyai implikasi positif, terutama dari segi pembangunan negara. "Jika ia (parlimen terbubar sendiri) boleh jadi amalan, kenapa zaman Tunku Abdul Rahman dulu tak amalkan?," soalnya. | ||||
Umno BN akan terus menipu untuk pertahan Putrajaya habis-habisan Posted: 29 Mar 2013 01:06 AM PDT Oleh Aliff Fikri KUALA LUMPUR C: Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat. Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa. "Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan. "Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi. "Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai. "Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu. Beliau berkata demikian pada Forum 'PRU 13, Ke Mana Malaysia?' anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan Malaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi. Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip. Mengulas lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN. "Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah. "Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan," kata beliau. Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi. "Dalam negara dunia ketiga ini, 'real' politik itu tidak wujud. Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN. "Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil. "Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita," tegasnya. – NS | ||||
Posted: 29 Mar 2013 12:59 AM PDT KL TODAY Hasrat Jaafar Onn untuk bernikah dengan mencari bakal isteri menerusi medium Facebook menjadi kenyataan apabila pelakon itu bertemu dengan seorang ibu tunggal yang sudah lama terpisah.Jaafar, 62, berkata, sebelum ini dia ada membuat gimik di laman tersebut untuk mencari jodoh dan tidak menyangka bertemu kembali dengan wanita yang juga usahawan berusia 37 tahun menerusi laman sosial berkenaan. "Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini. "Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran drama komedi Kelas Sebelah di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis. Dalam pada itu, menjelaskan gimik yang dilakukan menerusi Facebook itu, Jaafar berkata, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya. Namun kata Jaafar, ramai di antara mereka mempunyai niat tidak baik dan ingin mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang selebriti. "Tak kurang juga yang memberi kata-kata penghinaan tentang hasrat saya tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana yakin sudah tiba masanya saya berkahwin," ujarnya. Jaafar berkata, beliau mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 62 tahun kerana selesa dengan perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu. Jelasnya lagi, pada usianya sekarang dia memerlukan seorang teman bagi berkongsi susah senang bersamanya. "Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan memahami kerjaya saya sebagai seorang artis," jelasnya. Jaafar bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan nama wanita berkenaan namun memberitahu dia berstatus ibu tunggal. "Saya telah pun menemui ibu dan bapanya dan mereka tiada halangan untuk kami berkahwin malah keluarga saya juga gembira dengan perkhabaran ini," katanya lagi. Sementara itu, Jaafar berkata, beliau berasa bersyukur apabila pelbagai pihak tampil untuk memberikan tajaan untuk hari bahagianya itu nanti. "Rezeki saya murah apabila ramai yang nak taja perkahwinan saya seperti pelamin, baju dan percutian bulan madu dan saya sangat terkejut namun berbesar hati," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan