Kerabu Bersuara ® |
- Live! Majlis Haflah Ilmu Anak Muda Kelantan Bersama TG Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Idrus
- Pengesahan Agbimudin Kiram Kakitangan Kerajaan Timbulkan Persoalan Berapa Ramai Pemegang Kad Pengenalan Biru Terlibat
- Harapan majoriti guru jika PR menang PRU13
- Doakan TG Nik Aziz Cepat Sihat
- Projek Rumah Bantu Rakyat Atau Bantu Kroni? SPNB Sila Jawab!
Live! Majlis Haflah Ilmu Anak Muda Kelantan Bersama TG Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Idrus Posted: 21 Mar 2013 04:57 AM PDT Ikuti lintas langsung melalui: VIDEO - http:// kelantantv.my AUDIO - http://waufm.blogspot.com/ |
Posted: 20 Mar 2013 10:21 PM PDT Pengesahan oleh jurucakap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin Kiram pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu. Pengesahan itu mengiyakan kerisauan banyak pihak bahawa kumpulan bersenjata di Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang memegang kad pengenalan biru. Perkara ini mendedahkan kemungkinan ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan pihak tertentu yang dituduh berkait dengan Tun Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan tanpa melalui proses yang sah. Pendirian KEADILAN adalah jelas bahawa perkara ini memerlukan siasatan segera untuk menentukan perkara-perkara berikut: 1. Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru? 2. Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru? 3. Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC? Ini adalah soalan-soalan asas yang wajib dijawab oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, memandangkan beliau seharusnya berterus terang mengenai latar belakang konflik ini dengan rakyat. Pengesahan mengenai kedudukan Agbimudin Kiram itu juga membayangkan banyak perkara yang masih belum dibongkarkan oleh Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang terhenti seketika. Oleh itu, saya mencadangkan supaya pertimbangan diambil untuk memulakan serta merta prosiding Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung pemberian kad pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti dan dibongkar sepenuhnya. Sementara itu, KEADILAN masih lagi menunggu jawapan dari Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad bagi menjawab ketiga-tiga soalan yang dilontarkan. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi 21 MAC 2013 |
Harapan majoriti guru jika PR menang PRU13 Posted: 20 Mar 2013 09:56 PM PDT Guru Kuala Lumpur, Sistem pendidikan Malaysia dieksperimen sejak sekian lama oleh badan Kerajaan. Apabila beralih pegawai atasan, maka penambahan formula kacang bungkus ditaburkan ke sekolah konon untuk penambahbaikan. Akhirnya guru menjadi mangsa menjadi guru serba boleh. Kamilah guru dan dalam masa yang sama kamilah membuat kerja perkeranian. Hingga kami sentiasa ditindan dengan pelbagai kerja sampingan. Membuatkan kami tidak mampu lagi menjadi guru sejati. Pergi sahaja ke mana-mana sekolah dan buat penyeliaan kejutan kepada guru cemerlang. Adakah mereka cemerlang seperti ketika praktikum? Tidak sama sekali. Kerana mereka kesuntukan masa untuk menjadi cemerlang ketika sesi pembelajaran berlangsung. Harapan kami jika pembangkang diberi mandat oleh rakyat. Sistem pendidikanlah yang paling utama wajib diubah jika ingin menjadi negara yang melahirkan guru dan generasi yang berkualiti. Yang dapat saya sebutkan di sini antaranya perkara yang perlu diambil perhatian ialah: 1.Guru Besar mesti calon yang berkualiti dari segi pegangannya (Islam) dan berintelektual. Kerana guru sering diperbodohkan oleh mereka selama ini dengan kuasa yang diberikan. 2. Pegawai atasan berlatar belakang bekas seorang guru. 3. Aduan salah laku guru boleh diadukan tanpa meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan. 4. Minimumkan bilangan murid atau jadikan guru berpasangan. Kerana guru tidak mampu mengawal murid 30 orang ke atas seorang diri. 5. Kerja perkeranian perlu diberikan kepada jawatan khas yang bukan guru. Barulah guru mampu menunjuk kredibiliti sebenar ketika mendidik. 6. Wujudkan satu bas satu sekolah bersama pemandu yang berlantik. Kerana aktiviti luar (sukan, pertandingan, perkhemahan dan lain-lain terjamin dan memudahkan pihak sekolah. 7. Pakaian murid perempuan perlu diubah kerana kainnya jarang. Begitu juga tudung mesti standard paras yang sepatutnya. 8. Kasut putih perlu ditukar. Tiada prinsip kebersihan Islam apabila melihat kasut putih yang comot setiap hari di sekolah. 9. Fasilitati dalam kelas sepatutnya canggih seperti negara maju. Suasana kelas hari ini masih sama dengan zaman era 80-an di sebahagian besar sekolah seluruh tanah air. Mudah-mudahan ia mampu menjadi realiti kelak. Pemimpin tanpa rasuah mampu merealisasikannya. |
Doakan TG Nik Aziz Cepat Sihat Posted: 20 Mar 2013 08:12 PM PDT |
Projek Rumah Bantu Rakyat Atau Bantu Kroni? SPNB Sila Jawab! Posted: 20 Mar 2013 07:20 PM PDT Projek Perumahan Taman Merbau Utama Kok Lanas - Selising yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menimbulkan kontroversi apabila lot-lot rumahnya dijual dengan harga yang lebih mahal. Projek pembinaan rumah kos sederhana sebanyak 1003 unit yang dibuat melalui 2 fasa itu diluluskan oleh Kerajaan Negeri dengan harapan dapat membantu rakyat khususnya di kawasan Ketereh memiliki rumah. Fasa pertama membabitkan pembinaan sebanyak 300 unit manakala fasa kedua pula sebanyak 703 unit. Setiap lot rumah tersebut hanya berharga RM75,000 hingga RM95,000.Namun, SPNB yang menggunakan slogan "Menerajui Kediaman Mampu Milik Untuk 1 Malaysia " telah menjual hampir 70% lot-lot rumah di Taman Merbau Utama itu secara pukal kepada Syarikat Panca Astaka.Syarikat Panca Astaka ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2010. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat penjualan ini adalah penyelewengan kerana apabila membabitkan pihak ketiga, sudah tentu akan berlaku pengambilan untung dan kenaikan harga. Syarikat Panca Astaka telah membuat pembelian pada 1 Disember 2010 dengan terma yang begitu mudah iaitu pembayaran deposit sebanyak RM300.00 seunit.Manakala, bakinya dibayar mengikut perkembangan pembinaan.Pihak Panca Astaka juga mempunyai hak untuk menjual semula kepada pembeli lain. Perjanjian yang dibuat tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah melanggar tujuan asal untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan sederhana. Malah, rumah tersebut telah diiklankan untuk dijual oleh Syarikat Panca Astaka dengan harga yang jauh lebih tinggi iaitu RM 138,000.00.Ini bermakna mereka telah memperolehi keuntungan berlipat kali ganda dengan menganiayai rakyat berpendapatan rendah. Sepatutnya SPNB yang memperolehi peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan menjual secara langsung kepada para pembeli. Justeru, Kerajaan Negeri amat berharap SPNB dapat memberikan penjelasan mengenai isu tersebut agar langkah sewajarnya dapat diambil. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan