ALHUSSEYN |
- Pertempuran yang benar-benar berapi!
- Menteri Auw-auw tolong jawab nih!
- Sadam Hussein muncul di Malaysia?
Pertempuran yang benar-benar berapi! Posted: 15 Mar 2013 09:30 AM PDT Seorang penunjuk perasaan anti-kerajaan di Bahrain diselubungi api apabila tembakan dari polis rusuhan tepat mengenai bom petrol di tangannya sewaktu dia bersedia untuk melontarkannya semasa pertempuran di Sanabis, Bahrain, Khamis, March 14, 2013. Protes dan pertempuran meletus di kawasan pembangkang di seluruh negara Khamis (kelmarin) dengan "Mogok Maruah" menyekat jalan, tutup kedai, membantah dan tinggal rumah dari kerja dan sekolah yang dicetus oleh sekumpulan belia radikal pada 14 Februari lalu.Gambar Hasan Jamali/AP |
Menteri Auw-auw tolong jawab nih! Posted: 15 Mar 2013 02:04 AM PDT Ramai yang begitu sedih dan rasa begitu bersimpati dengan polis kita yang telah terkorban di Lahad Datu. Tidak patut kalau aku tidak turut sama merasakan kepiluan tersebut. Namun aku bertambah pilu dan sedih apabila mengetahui betapa malang nasib polis kita di Lahad Datu yang masih lagi hidup. Yang terkorban tu dah dapat kenaikan pangkat, tapi takkanlah yang masih hidup ni akan terus hidup teraniaya dan hanya apabila mereka ini terbunuh baru terhegeh-hegeh nak berikan penghargaan dan naikkan pangkat? Pendedahan yang dibuat oleh bekas ketua polis Lahad Datu, Kamis Daming dalam satu kenyataan akhbarnya sangat memalukan kerana layanan kerajaan Umno/BN keatas pasukan polis di Lahat Datu amat menyedihkan. Bekas Ketua Polis Lahad Datu itu bukan sahaja menyalahkan kerajaan Umno/BN diatas kematian 9 perwira didaerah tersebut, malah beliau mendedahkan banyak masalah-masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku. Nampaknya, Umno/BN hanya lebih berminat mengankut keluar khazanah Sabah seperti minyak dan kayu balaknya, tetapi gagal memberikan perlindungan dan keselamatan yang sewajarnya.Korang bacalah sendiri pendedahan berikut :
|
Sadam Hussein muncul di Malaysia? Posted: 14 Mar 2013 06:30 PM PDT Tidak mustahil Sadam Hussein akan muncul di Malaysia jika Najib tidak menghentikan kekejaman keatas pendatang Sabah. Beliau akan ikut tersenarai dalam senarai yang terkenal kerana kejahatannya seperti Saddam Hussein, Slobodan Milosevic, Charles Taylor dan Tomoyuki Yamashita, kata pakar undang-undang antarabangsa Harry Roque di sini Yang diPertua Yayasan Islam Sabah , Tan Sri Harris Salleh (gambar bawah), telah menghantar surat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta pihak polis menghentikan tindakan mereka merampas dokumen penduduk Suluk di Semporna dan Lahad Datu segera. Harris yang merupakan bekas Ketua Menteri mendakwa, "Pemimpin-pemimpin Suluk melaporkan bahawa polis telah mengambil Kad Pengenalan, Kad Pengenalan Merah dan IMM13 dokumen (daripada orang-orang Suluk) dan memusnahkannya. Beliau menyifatkan perbuatan ini adalah bertentangan dengan mana-mana tamadun yang dikenali, sama ada agama, undang-undang dan dasar-dasar kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, Rabu. Harris berkata bahawa pada hakikatnya, polis tidak mempunyai kuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen Kerajaan Persekutuan. Kenyataan Harris ini seolah-olah sebagai menyokong insiden kejam yang dilakukan oleh polis Malaysia, dimana Polis mengoyakan dokumen orang Suluk didepan mata mereka dan menembak mereka , di sini Pegawai tinggi Keselamatan Malaysia kelmarin berkata mereka akan mengesahkan melalui rakan sejawat mereka di Filipina mengenai laporan kononnya rakyat Filipina di Sabahtelah dizalimi oleh polis Malaysia. Baca lagi di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan