Kerabu Bersuara ® |
- 75 Dosa Besar Yang Wajib Diketahui Umat islam
- Cara Pejuang Kalimah ALLAH Bercakap
- Najib: Tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam
- Bas MerdekaRakyat Di Serang Lagi, Kali Ini Di Kuala Krau Pahang
- Ya Allah!
75 Dosa Besar Yang Wajib Diketahui Umat islam Posted: 15 Mar 2013 10:07 AM PDT Dosa besar jumlahnya Berbeza-beza menurut pendapat para ulama. Ada yang menyatakan 4 dan 7 menurut Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Ada pula yang membagi 2, iaitu yang dihukum di dunia dan diancam azab di akhirat. Berikut ini adalah dosa-dosa besar menurut kitab Al Kabair karya Syamsudin Adz Dzahabi yang semuanya berjumlah 75 dosa besar. Dosa-dosa besar yang dimaksud adalah : 1. Menyekutukan Allah (Syirik) 2. Membunuh orang dengan sengaja 3. Sihir 4. Meninggalkan sholat Fardlu 5. Enggan membayar zakat 6. Tidak puasa Ramadhan tanpa alasan 7. Enggan menunaikan haji 8. Durhaka kepada kedua orang tua 9. Menjauhi kerabat ( Memutus hubungan silaturahmi ) 10. Zina 11. Homoseksual 12. Riba 13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim 14. Dusta 15. Melarikan diri dari peperangan 16. Pemimpin yang menipu rakyat 17. Berlaku sombong 18. Kesaksian palsu 19. Minum minuman keras 20. Judi 21. Menuduh zinah kepada perempuan baik 22. Khianat dalam harta rampasan perang 23. Mencuri 24. Merampok 25. Sumpah palsu 26. Berbuat zolim 27. Membantu berbuat zolim 28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram 29. Bunuh diri 30. Suka berbuat dusta 31. Hakim yang durhaka 32. Menyuap dalam masalah hukum 33. Perempuan menyerupai laki-laki dan sebaliknya 34. Mengasuh keluarga dalam dosa 35. Kawin dengan dasar cinta buta 36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan 37. Riya ( Pamer) 38. Menyembunyikan ilmu 39. Khianat 40. Mengungkit-ungkit pemberian 41. Mengingkari takdir 42. Menyelidiki rahasia orang (Tajassus) 43. Mengadu domba ( Namimah) 44. Mengutuk orang muslim 45. Mengingkari janji 46. Percaya kepada dukun dan tukang ramal 47. Nusyuz seorang perempuan terhadap suami 48. Menggambar patung dan makhluk hidup lainnya 49. Meratapi orang mati ( Niyahah) 50. Berperangai jelek 51. Zalim terhadap orang yang lemah 52. Menyakiti hati tetanga 53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam 54. Durhaka terhadap hamba Allah 55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan 56. Menyembelih binatang untuk sesajen 57. Hamba sahaya melarikan diri dari tuannya 58. Memalsukan keturunan 59. Menentang kebenaran 60. Enggan memberikan kelebihan air 61. Mengurangi Timbangan dan Takaran 62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah 63. Meninggalkan jamaah sholat Jum'at 64. Curang dalam berwasiat 65. Tipu daya 66. Mencaci orang Islam dan membeberkan rahasianya 67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak 68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW 69. Buang air besar ditempat berteduh 70. Kencing di tempat air untuk mandi 71. Nifak : sifat yang berbeda antara lahir dan bathin 72. Lupa kepada Allah 73. Kikir 74. Memakan 4 makanan yang diharamkan: bangkai, Daging babi, darah dan daging binatang yang disembelih selain nama Allah 75. Kufur kepada Allah Setelah kita mengetahui 75 macam dosa besar tersebut dan kita mungkin termasuk diantaranya, ada baiknya kita segera bertaubat untuk menghindari murka dan azab Allah SWT karana Allah berjanji akan segera menghapuskan dosa-dosa kita bila kita segera menyedari kesalahan dan bertaubat serta berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. ( oleh : Rozie dalam lubuk hatiku's.wordpress.com) |
Cara Pejuang Kalimah ALLAH Bercakap Posted: 15 Mar 2013 09:53 AM PDT hebat demo! |
Najib: Tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam Posted: 15 Mar 2013 03:57 AM PDT TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini. Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri. "Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. "Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut. Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan. Katanya jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa. Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini. "Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya. Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus. "BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya. Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan. "Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara. "Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya. Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. - Bernama |
Bas MerdekaRakyat Di Serang Lagi, Kali Ini Di Kuala Krau Pahang Posted: 14 Mar 2013 09:54 PM PDT Allahuakhbar! |
Posted: 14 Mar 2013 09:49 PM PDT allahuakhbar! |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan