DIALOG RAKYAT |
- Pinjaman mudah RM4 juta, Khairy digesa beri penjelasan – CheguBard
- Najib dan Mahathir Pensabotaj Utama UMNO Dalam PRU 13?
- Polis geledah pejabat Suara Keadilan
- Bas Merdeka Rakyat ‘dilencong’ ke ceramah Umno diserang samseng
- Umno fitnah Tian Chua supaya rakyat tertipu
- Pemuda PAS lancar kempen
- Lahad Datu: Lepas solat Jumaat, Umno sebar fitnah
- Halang Dr Pornthip bedah siasat Sugumar, ‘Duduk Bantah’ depan JPM
- KEADILAN siap sedia hadapi PRU 13 sejak Jun tahun lalu lagi – Azmin
- Keputusan SPM diumum Khamis ini
- Malaysia beri tempoh tiga hari untuk Filipina tuntut mayat pengganas
- Tangguh RCI untuk jaga kepentingan BN?
- Fuziah: Jika menang, Pakatan akan tetap tutup Lynas
- PI Bala meninggal dunia akibat serangan jantung
- Lahad Datu : Malaysia Perlu Henti Bayar RM5,300 Setahun Kepada Pewaris Kesultanan Sulu? Komen Anda?
- Najib Bakal Hadapi Tuduhan Sebagai "Penjenayah Antarabangsa" (?)
- Musa Hitam beri isyarat
- UMNO bohongi rakyat dakwa Malaysia boleh bankrap di bawah PR -Tony Pua
- Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya
- Exco Pemuda Umno Larut, 39 ahli sertai PAS
- Chegu Bard Tidak Batal Tuntutan RM5 Juta, Walau Utusan Tarik Balik Fitnah
- Lelaki pendek tipu 100 wanita
- 4 maut nahas bas, kereta di Jalan Lipis-Merapoh
- VIDEO Langkah Pertama Wasatiyah Ialah Nyahkan UMNO...
- Pelakon Abu Bakar Juah Bersama Pakatan Rakyat?
Pinjaman mudah RM4 juta, Khairy digesa beri penjelasan – CheguBard Posted: 15 Mar 2013 05:46 AM PDT KEADILAN DAILYTelah diperolehi satu set laporan penyiasatan forensik kewangan yang melibatkan hampir 20 orang pimpinan BN termasuk anggota Kabinet. Laporan forensik kewangan ini merakam 'salah laku' atau masalah libat kewangan pimpinan-pimpinan tersebut sama ada secara langsung mahupun tidak langsung contohnya melalui syarikat yang berkepentingan mereka.Salah satu dari pada mereka ialah Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menantu Perdana Menteri Malaysia yang ke lima. Di rakamkan dia yang beralamat di Jalan Pantai Dalam KL dengan no kad pengenalan 760110-71-5165 mempunyai kepentingan langsung dalam enam buah syarikat iaitu Iron Cage Sdn Bhd, Kaiser Jack Sdn Bhd, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Rahmadin (M) Sdn Bhd, Rahmadin Development Sdn Bhd, YGP Holding Sdn Bhd juga dalam laporan ini turut menyebut beberapa syarikat turut terkait secara proksi dengan dia. Ada banyak keraguan namun untuk pendedahan siri ini ditimbulkan pertanyaan mengenai Syarikat Rahmadin (M) Sdn Berhad dengan no. daftar 58068-v, sebuah syarikat yang punya rekod proses tindakan mahkamah, syarikat yang melaporkan kerugian mencecah RM 10 juta telah mendapat pinjaman Bank Pertanian. Syarikat yang turut dimiliki kepentingan Datin Rahmah Abd Hamid (dipercayai Ibunya) dan Hana Jamaluddin serta Mona Jamaluddin (keduanya kemungkinan kakak Khairy) telah mendapat pinjaman dari beberapa bank. Namun walaupun rekod yang tidak memuaskan syarikat ini terus mendapat kemudahan kewangan dari Bank Pertanian pada tahun 2005 membawa jumlah RM 4 juta. Bagaimana syarikat yang tidak mencatatkan bidang perniagan terkait pertanian boleh mendapat pinjaman dari Bank Pertanian ? Harus diingat Bank Pertanian bukanlah bank kormersial yang memberikan pinjaman begitu sahaja tetapi ia bank yang diwujudkan kerajaan untuk membantu petani, penternak dan nelayan. Maka apa kreteria syarikat yang lebih cenderung kepada syarikat pembinaan kormesil mendapat kemudahan kewangan Bank Pertanian lebih lagi rekod yang tidak memuaskan seperti tindakan mahkamah dan rekod kerugian mencecah RM10 juta. Kecuali isytihar rugi hanya untuk elak cukai. Rekod kewangan dengan bank komersial sebelum syarikat dimaksudkan mendapat kemudahan kewangan dari Bank Pertanian juga tidak memuaskan. Adakah kemudahan kewangan ini ada ada unsur pengaruh kerana pada ketika itu bapa mertuanya merupakan Perdana Menteri Malaysia ? Adakah benar kini ada usaha untuk melupus / mengelak pembayaran hutang tersebut ? Mohon penjelasan Khairy Jamaluddin. Ini adalah persoalan yang perlu dijelaskan. Ini hanya sebahagian kecil dari data forensik kewangan yang diperolehi dibawah fail beliau. Hampir 20 nama besar ada dalam tangan kini. Simpati dengan berapa ramai petani, penternak dan nelayan dan usahawan tani yang gagal membesarkan peniagaan malah ada yang terpaksa gulung tikar kerana masalah modal dan seumpamanya. Ada antara mereka gagal mendapat perhatian Bank Pertanian pun, sebaliknya ada nama besar yang dengan mudah mendapat kemudahan kewangan. Berdasarkan rekod kewangan syarikat – syarikat berkepentingan Khairy jelas tidak dikendalikan dengan betul berdasarkan rekod kewangan dan rekod tindakan mahkamah maka adakah wajar watak seperti ini mengepalai Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ? Adakah kedudukanya dalam PUNB kerana potensi dia atau hanya untuk memujuk dia yang tidak mendapat jawatan Kabinet walaupun menjadi Ketua Pemuda Umno kerana Perdana Menteri (Najib) tidak berani dengan Bekas Perdana Menteri (Dr.Mahathir) yang sememangnya benci dengan Khairy ? Mohon Khairy tampil beri penjelasan. Sekian che'GuBard Ketua Penyelaras SAMM | ||||
Najib dan Mahathir Pensabotaj Utama UMNO Dalam PRU 13? Posted: 15 Mar 2013 05:44 AM PDT Siapa sebenarnya pensabotaj UMNO dalam pilihanraya akan datang? Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran banyak pihak. Sementara ada yang berpendapat ia terdiri daripada kalangan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon, lalu merajuk, menutup bilik gerakan dan mengalih sokongan kepada parti lain, ada yang merasakan pensabotaj juga mungkin daripada kalangan ahli yang tidak bersetuju dengan pemilihan seseorang sebagai calon. Namun daripada kedua-dua golongan itu, sabotaj daripada kalangan pemimpin yang kecewa dan merajuk adalah lebih besar kesannya kepada parti dalam usaha mencari kemenangan dalam pilihanraya nanti. Najib pula, dalam usaha mahu memenangi pilihanraya, nampaknya amat menyedari kemungkinan unsur sabotaj ini menjadi halangan utama kepadanya untuk mencapai kemenangan. Lantaran itu, selain sering mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO dan komponen BN lainnya agar mengutamakan parti dan kekal setia sama ada terpilih atau tidak sebagai calon, beliau juga meletakkan pemantau di setiap bahagian yang terdiri daripada perwakilan G7 untuk melaporkan tentang sesiapa saja yang didapati menyeleweng daripada perjuangan parti semasa pilihanraya nanti. Beliau yang begitu teruja untuk meletakkan calon-calon "winnable" dan tidak mahu terikat dengan kedudukan seseorang dalam parti sebagai asas memilih calon pilihanraya, dalam masa yang sama juga amat bimbang sekiranya berlakunya unsur sabotaj ini. Dengan kedudukan yang kritikal sekarang dan kekuatan antara BN dan PR pula agak seimbang hampir di semua kawasan, adanya perbuatan sabotaj tentu saja memungkinkan calon BN akan menerima kekalahan di tangan lawan. Inilah yang sebenarnya yang amat membimbangkan Najib dan menjadi salah satu sebab mengapa tarikh pilihanraya ditangguhkan sehingga kini. Walaupun kedudukan UMNO dan BN amat genting, tetapi keghairahan di kalangan pemimpin dan ahli parti yang "perasan" merekalah paling sesuai sebagai calon pilihanraya, tidak pernah ada surutnya. Dalam sering melaungkan "Hidup UMNO" dan perjuangan sentiasa berteraskan agama, bangsa dan negara, hakikatnya perjuangan untuk kepentingan peribadi sering mendahului segala-galanya di kalangan sebahagian besar pemimpin UMNO. Keghairahan mahu menjadi wakil rakyat bukan saja berlaku di kalangan mereka yang baru menjadi pemimpin dan tidak pernah menjadi calon tetapi juga di kalangan yang sudah lama bergelar YB dan tidak lagi dilihat "winnable". Masalah Najib ialah bagaimana beliau mahu meminimakan kemungkinan berlakunya sabotaj ini. Tetapi sementara Najib melihat unsur sabotaj di kalangan pemimpin dan ahli UMNO, beliau juga harus melihat kepada dirinya sendiri. Keghairahan yang terlampau untuk meletakkan calon-calon yang dianggapnya "winnable" dan di luar daripada lingkungan UMNO, turut memungkinkan berlakunya sabotaj juga. Sekarang ini, golongan pelompat-pelompat politik yang berada di sisi Najib amat ramai. Ada yang pelompat jauh, pelompat tinggi namun yang ramainya adalah pelompat katak. Mereka pelompat jarak dekat saja. Antara mereka ialah Ibrahim Ali, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Nasharuddin Md Isa, Dr Hassan Ali dan ramai lagi. Sebahagian mereka ini dilihat begitu rapat dan menjadi "primadona" di sisi Najib. Mereka sering saja berada bersama Najib terutama dalam lawatan-lawatan ke luar negara. Sebahagian yang lain pula menonjolkan diri dengan keaktifan menyerang Anwar Ibrahim, Pas dan Pakatan Rakyat dengan pelbagai hujah dan logik yang difikirkan munasabah. Ada kemungkinan sebahagian mereka ini akan dicalonkan mewakili BN dalam pilihanraya nanti. Dikatakan bahawa pemilihan mereka sebagai calon kerana dianggap "winnable" dan juga kerana telah menyumbang jasa yang besar dalam mengkucar-kacirkan pembangkang melalui pelbagai dakwaan yang dibuat sebelum ini. Ezam, Zulkifli Nordin dan Dr Hassan Ali dilaporkan akan menjadi calon BN di Selangor manakala Ibrahim Ali pula dijangka akan diletakkan di Pasir Mas, Kelantan. Nasharuddin pula dikatakan akan menjadi calon BN di Kedah berdasarkan pengetahuan agamanya. Sementara Ezam sudah menjadi ahli UMNO, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan Dr Hassan pula tidak menyertai mana-mana parti dan hanya bergerak melalui NGO Perkasa dan Jati manakala Nasharuddin masih menjadi ahli Pas. Jika mereka ini dipilih sebagai calon BN berdasarkan kritirea "winnable" yang sering dilaungkan Najib, ia sedikit-sebanyak tentunya akan menyebabkan ada pemimpin dan ahli UMNO di sesuatu kawasan itu merasa kecewa dan kecil hati. Mereka akan merasa dipinggirkan dan pengorbanan berhujan, berpanas dan berjaga malam selama ini langsung tidak dihargai. Kebarangkalian untuk melakukan sabotaj juga adalah tinggi. Dalam hal ini, jika berlaku sabotaj ia tentulah berpunca daripada tindakan Najib sendiri. Dalam kes Mahathir pula, walaupun beliau dilihat begitu gigih berkempen mahu memastikan kemenangan BN dan tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, tindakannya yang terlalu rapat dan menyokong Perkasa juga merupakan sabotaj kepada UMNO dan BN. Ini kerana Perkasa dilihat tidak begitu disenangi oleh pengundi bukan Melayu, malahan MCA dan MIC yang menjadi ahli komponen BN juga sudah beberapa kali "bertegang leher" dengan Perkasa dalam beberapa isu. Tindakan Mahathir yang terlalu merapatkan diri dengan Perkasa boleh juga menyebabkan pengundi bukan Melayu langsung tidak teringin kepada BN. Ini tentunya menyebabkan ramai calon BN terhalang daripada mendaat kemenangan kerana kekurangan sokongan pengundi bukan Melayu. Mahathir dalam hal ini telah melakukan sabotaj kepada parti. Dalam masa yang sama, tindakan Mahathir hadir dan berucap dalam suatu perhimpunan Perkasa di Pasir Mas baru-baru ini dan seolah-olah merestui agar Ibrahim Ali dipilih sebagai calon BN di kawasan itu juga boleh mencetuskan unsur sabotaj kepada UMNO dan BN. Jika Ibrahim dipilih sebagai juga sebagai calon yang dibenarkan menggunakan lambang BN walaupun beliau bukan ahli UMNO dan pernah menentang UMNO sebelum ini, ini tentunya menyebabkan pemimpin dan ahli UMNO Pasir Mas berasa kecewa dan tidak mahu mengundinya. Jika mereka melakukan sabotaj, ia adalah tindakan yang wajar berdasarkan kesetiaan kepada parti selama ini. Tetapi dalam konteks pilihanraya dan perkiraan Najib, mereka mungkin akan dikenakan tindakan disiplin. Tetapi bolehkah mereka dipersalahkan sepenuhnya? Hakikatnya, sementara Najib berusaha keras mahu mempertahankan kuasa Perdana Menterinya dan Mahathir pula sibuk mahu mengekalkan kuasa BN, tindakan mereka juga kadangkala cenderung kepada tercetusnya perbuatan sabotaj dalam parti. | ||||
Polis geledah pejabat Suara Keadilan Posted: 15 Mar 2013 05:40 AM PDT KL TODAY Sekumpulan enam polis menyerbu pejabat Suara Keadilan untuk menggeledah dan merampas komputer, di sini kira-kira jam 10.15 pagi ini.Mereka adalah pasukan penyiasatan dari Johor Baharu dalam kes kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkaitan kontroversi isu Lahad Datu yang dimuat naik portal Keadilan Daily, 1 Mac lalu. Ketika serbuan, beberapa kakitangan Suara Keadilan sedang bertugas di tingkat 2 bangunan pejabat di Jalan Metro Pudu, Cheras. Polis terbabit memaklumkan kedatangan mereka untuk merampas komputer yang terlibat dalam penghasilan berita kenyataan Ahli Parlimen Batu itu. Mereka turut menunjukkan waran geledah pejabat. Bagaimanapun, peguam Latheefa Koya yang dihubungi kakitangan syarikat mengarahkan polis berurusan dengannya. Selepas menghubungi Latheefa, polis terbabit mengalih alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily, Aisha Geoffrey, yang sebelum ini telah dua kali ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan. Bagaimanapun, Aisha yang bercuti hari ini diminta peguam ke pejabat untuk menyerahkan nota tersebut kepada polis. Polis kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira setengah jam, dan memberitahu mereka mahu menunggu Aisha. Polis juga mengarahkan Aisha ke balai polis Pudu untuk menyerahkan catatan memuatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkaitan isu Lahad Datu. | ||||
Bas Merdeka Rakyat ‘dilencong’ ke ceramah Umno diserang samseng Posted: 15 Mar 2013 05:29 AM PDT Norutul Ilham PAHANG : Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi. Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu 'dilencong' dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam. "Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri. Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas. "Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera. "Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan," katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang. Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal. "Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat," katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu. Untuk tonton rakaman serangan, KLIK INI. | ||||
Umno fitnah Tian Chua supaya rakyat tertipu Posted: 15 Mar 2013 05:26 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPURC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, fitnah yang disebarkan Umno BN melalui blogger upahan dan media dikuasainya punca budaya tuduh-menuduh dan adu domba menyebabkan negara rosak. Tegas Tian, kenyataannya sebelum ini dimanipulasi, tidak dibaca mengikut konteks manakala fitnah berterusan terhadapnya seolah-olah mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya. "Mustahil saya akan menghina komando polis semasa pencerobohan di Lahad Datu. Saya sendiri sampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan. "Ini tanggungjawab suci yang harus kita berikan penghormatan," katanya dalam ceramah 'Tian Chua Jawab Lahad Datu' di Markaz Tarbiyyah Pas Pusat di Taman Melewar, malam tadi. Merujuk insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Tian, fitnah merebak ke seluruh negara akibat 'media blackout' oleh kerajaan Umno BN, menghalang maklumat sehingga rakyat membuat andaian dan spekulasi. "Orang tak tahu apa yang saya cakap. Bila saya sebut itu? Tiada bukti. Inilah budaya fitnah jahat yang telah meresap ke semua lapisan masyarakat, sehingga negara kita rosak," katanya. Katanya, akibat fitnah berterusan yang turut disambung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tanpa usul periksa, Tian menerima lebih seribu SMS ugutan kerana nombor telefonnya dipaparkan do blog upahan Umno BN. "Tapi, saya sedikit pun tidak berdendam atau kesal dengan mereka. Atas rasa patriotisme mereka keluarkan kata-kata kesat. Ini kerana mereka ditipu oleh blogger Umno. "Itu sebabnya saya ambil tindakan undang-undang ke atas Papgomo dan blogger lain yang memfitnah," kata Tian disambut tepukan gemuruh hadirin. (SDQ) | ||||
Posted: 15 Mar 2013 05:22 AM PDT KL TODAY KOTA KINABALU: Insiden pencerobohan di Lahad Datu yang semakin meruncing dengan perkembangan terbaru melibatkan dua anggota tentera Malaysia terbunuh telah menyuntik semangat cintakan keamanan di seluruh negara. Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah melancarkan kempen 'Keamanan Untuk Sabah' kelmarin dengan memberikan fokus kepada perpaduan serta kemakmuran kepelbagaian etnik dan budaya yang sekian lama disematkan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah. Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, kempen itu akan menggerakkan seluruh pemuda PAS setiap kawasan bagi memberikan gambaran dan menarik golongan belia untuk mencintai keamanan negara yang setelah sekian lama dikecapi. "Kita sudah merdeka hampir 50 tahun, sejak dari itu segala kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hingga ke hari ini merupakan titik usaha perpaduan kaum dan etnik yang dibawa oleh ibu-ibu dan bapa-bapa kita terdahulu. "Oleh yang demikian, sebagai generasi pewaris Negara, kita mestilah mempertahankan kemakmuran ini demi anak cucu kita pula yang mana mungkin mereka akan mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang gagal mempertahankan keamanan negara ini daripada tangan-tangan penderhaka negara yang cuba merobek semangat patriotisme rakyat," ujarnya. Sehubungan itu, Lahirul menggesa agar rakyat khususnya anak muda mengenepikan perbezaan politik, kepercayaan dan bangsa dengan membangkitkan semangat patriotisme demi mempertahankan keamanan negara. "Hari ini, kita melancarkan kempen ini bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya anak muda bagi sama-sama menghargai dan mencintai keamanan Negara," jelas Lahirul. | ||||
Lahad Datu: Lepas solat Jumaat, Umno sebar fitnah Posted: 15 Mar 2013 05:14 AM PDT Oleh Ariff Juhani KUALA LUMPUR : Selesai solat Jumaat hari ini, puak Umno membuka pentas ceramah fitnah mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Perhimpunan yang disertai kira-kira 50 ahli dari beberapa NGO pro Umno itu diadakan berdekatan Masjid Negara dan bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini bermula jam 2.15 minit petang tadi. Sebuah lori dijadikan pentas fitnah bertajuk 'Anwar dalang Lahad Datu' untuk pemimpin utama NGO terlibat. Mereka mencerca dan memfitnah Ketua Umum KEADILAN dalam isu tersebut. Turut menjadi sasaran, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Presiden Jati, Datuk Hassan Ali berulang kali mengaitkan hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mantan pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari dan kumpulan pemisah Filipina. Antara yang hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md Arip. Mengulas tindakan itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Fariz Musa berkata, Umno BN ketandusan isu untuk dibawa dalam pilihan raya akan datang. Beliau menyifatkan, fitnah yang mengaitkan Anwar sebegitu tidak ubah seperti meludah ke langit. "Ramai sudah maklum penafian Nur Misuari mengenai pembabitan Anwar dalam insiden Lahad Datu. "Puteri Jacel Kiram iaitu waris Sultan Jamalul Kiram III juga menafikan sebarang komunikasi dengan pembangkang Malaysia dan menolak dakwaan berlaku perbincangan antara mereka," kata Fariz kepada Keadilan Daily. Fariz berkata, himpunan fitnah itu tak ubah rancangan tidak bermoral Umno untuk membentuk persepsi umum kononnya Anwar bersalah. "Mereka cuba mempengaruhi pengundi luar bandar dengan memfitnah Anwar kerana mereka tahu kempen itu gagal diterima pengundi muda dan bandar disebabkan kelompok ini terdedah pelbagai sumber berita," kata Fariz. – NS | ||||
Halang Dr Pornthip bedah siasat Sugumar, ‘Duduk Bantah’ depan JPM Posted: 15 Mar 2013 05:10 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Satu himpunan 'Duduk Bantah' akan diadakan di depan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sekiranya Najib Razak gagal memberi jawapan berhubung tuntutan keluarga untuk membawa pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand. "Kami minta Najib beri jawapan dalam 48 jam. Jika tidak, kami akan adakan protes Duduk Bantah depan JPM," kata Timbalan Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi KEADILAN, S Jayathas kepada Keadilan Daily. Katanya, keluarga Sugumar menolak sama sekali keputusan bedah siasat pertama oleh pakar patologi Hospital Serdang kononnya Sugumar mati disebabkan sakit jantung. "Beberapa saksi beri keterangan bahawa Sugumar dipukul polis dalam keadaan bergari sebelum meninggal," kata Jayathas. Kata Jayathas, sekiranya Najib menafikan kerajaan menghalang Dr Porthip melakukan bedah siasat kedua, pakar patologi itu perlu dibenarkan masuk. Pada 15 Februari lalu, Kementerian Keadilan Thailand dilaporkan bimbang dengan rasa kurang senang kerajaan Malaysia berikutan penglibatan Dr Pornthip dalam bedah siasat kedua kematian yang dikatakan berpunca daripada keganasan polis. Kementerian berkenaan membuat kesimpulan dalam laporan berdasarkan penglibatan ahli patologi itu dalam siasatan kontroversi melibatkan pembantu ahli politik DAP, Teoh Beng Hock yang mati ketika disoalsiasat SPRM pada 16 Julai 2009. Laporan tersebut dipetik, dalam kes kematian Sugumar, kerajaan Malaysia sekali lagi risau tindakan Dr Pornthip berhubung wawancara atau kenyataannya akan memberi impak negatif terhadap kerajaan ketika pilihan raya umum semakin hampir, Laporan itu yang merupakan dokumen rasmi Kementerian Keadilan Thailand yang ditulis dalam bahasa Thai. "Tapi, sekarang dah masuk hari ke 52. Mayat Sugumar disimpan di Hospital Serdang. Keluarga tak boleh menunggu lama. Kami mahu keadilan dan kebenaran dalam kes Sugumar," kata Jayathas. (SDQ) | ||||
KEADILAN siap sedia hadapi PRU 13 sejak Jun tahun lalu lagi – Azmin Posted: 15 Mar 2013 05:09 AM PDT Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Persiapan kempen KEADILAN untuk memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 berjalan lancar, kata Pengarah Pilihan raya KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, persediaan dibuat seawal pertengahan tahun lepas berikutan PRU 13 itu dijangka pilihan raya paling sengit dalam sejarah tanah air. "Bendera, t-shirt dan bahan logistik lain sudah tiba di kawasan pilihan raya seawal Jun 2012. Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) juga melatih lebih 3,500 ejen dan counting ejen untuk memastikan mereka memiliki kemahiran, pengetahuan pada hari pengundian bagi mengelak penipuan. "Hampir lima juta risalah membincangkan isu dan dasar Pakatan dicetak dan disebar," kata pada rakaman yang dimuat naik di YouTube, 3 Mac lalu sambil menyeru rakyat supaya memilih kerajaan yang benar-benar untuk membela nasib mereka. "Hanya beberapa hari akan datang, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk menentukan masa depan depan negara yang kita cintai. "Satu undi anda mampu mengubah pentadbiran di Putrajaya demi masa depan anak-anak Malaysia," katanya yang yakin rakyat bakal memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13. Beliau berkata, Pakatan menawar sebuah negara yang ditunjangi tatakelola pentadbiran lebih baik, sikap keterbukaan, mempertahan hak asasi rakyat dan menyuburkan demokrasi. "Inilah ciri-ciri yang dapat menjamin kebahagian dan kesejahteraan untuk rakyat seluruhnya," kata beliau. (FZL) | ||||
Keputusan SPM diumum Khamis ini Posted: 15 Mar 2013 05:07 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini, dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan. Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos. Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888. "Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya. Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama. Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lepas dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara. - Bernama | ||||
Malaysia beri tempoh tiga hari untuk Filipina tuntut mayat pengganas Posted: 15 Mar 2013 05:02 AM PDT SINAR HARIAN LAHAD DATU - Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di sini setelah mereka menceroboh negara 12 Feb lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila. Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat. "Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi. "Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. - Bernama | ||||
Tangguh RCI untuk jaga kepentingan BN? Posted: 15 Mar 2013 01:03 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan tindakan melanjutkan tempoh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas pemberian kad pengenalan di Sabah bertujuan untuk mengelak daripada RCI membuat rumusan menjelang pilihan raya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam wawancaranya bersama Harakah berkata, kerajaan BN bimbang keputusan RCI ini tidak memihak kepada mereka. Baru-baru ini, Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Datuk Saripuddin Kassim menyatakan kerajaan akan melanjut RCI mengenai masalah pendatang haram di Sabah selama enam bulan lagi dari 21 Mac hingga 20 September 2013. Ini katanya, selaras dengan peruntukan Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119). "Saya percaya jika RCI betul-betul telus, saya fikir keputusan yang mereka buat ialah untuk mengisytihar pemberian kewarganegaraan itu menyalahi proses undang-undang dan prosedur yang ada dalam negara kita. "Sebab itu, kalau mereka membuat rumusan sekarang maka akan timbul pertikaian berkaitan daftar pemilih yang ada," kata Mahfuz. | ||||
Fuziah: Jika menang, Pakatan akan tetap tutup Lynas Posted: 15 Mar 2013 12:56 AM PDT Ini berikutan laporan media memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas sebagai berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) boleh diteruskan jika terbukti selamat. "Manifesto Pakatan Rakyat jelas. Kita akan tutup Lynas sebaik sahaja Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan," kata Fuziah dalam satu kenyataan di sini. Sebagai salah yang awal menentang loji tersebut, Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia. "Malah jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng," kata naib presiden PKR itu. Pemerhati melihat Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas dimana beliau berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru. Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu. "Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya," Anwar memberitahu The Age. Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu. Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin PR akan menutup loji tersebut. Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tuck juga minggu ini menyanggah kenyataan Anwar tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji Lynas. Wong mengatakan beliau bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang bahawa pelombong gergasi Australia, yang disifatkannya masuk melalui "pintu belakang", seharusnya dibenarkan beroperasi jika mengikuti peraturan keselamatan. "Jika Lynas keluar melalui pintu belakang dan datang kembali melalui pintu hadapan dan mengikuti prosedur ditetapkan, kita boleh benarkan mereka kembali," katanya. Tetapi Wong mencadangkan Lynas tidak menepati standard keselamatan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan lesen operasi diperolehi secara haram. | ||||
PI Bala meninggal dunia akibat serangan jantung Posted: 15 Mar 2013 12:50 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini. "Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu," kata Americk kepada The Malaysian Insider. Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya. Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: "Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah". "Mayatnya dibawa ke hospital Sungai Buloh," katanya. Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi "pulang ke rumah untuk berehat". Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik. "Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya dalam kesedihan ... saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbaik kita pernah miliki," kata Americk, yang tidak berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku. "Saya dengar tentang itu. Saya mengucapkan takziah," kata Deepak Jaikishan dalam reaksi segeranya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. | ||||
Lahad Datu : Malaysia Perlu Henti Bayar RM5,300 Setahun Kepada Pewaris Kesultanan Sulu? Komen Anda? Posted: 15 Mar 2013 12:47 AM PDT Sebenarnya Berita Semasa ada terfikir mengenai isu pembayaran kerajaan Malaysia kepada sulu sekitar RM5,300 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu. Ini kerana kami merasakan ada eloknya, terma "sewa" yang digunakan telah menyebabkan ramai yang mudah terkeliru. Apabila sudah terkeliru, akan kelihatan pula pandagan & fakta yang turut mengelirukan orang ramai. Antaranya…. Terma "sewa" itu menyebabkan ramai yang merasakan termasuklah kalangan rakyat Malaysia sendiri ada merasakan Sabah itu milik mereka. Yang sebetulnya adalah bayaran "cession" (Penyerahan hak). Berdasarkan rekod, memang benar kerajaan Malaysia membayar 'cession money' sebanyak RM5,300 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu. Sepertimana yang Berita Semasa maklumkan seperti di atas tadi 'Cession money' ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
Sejarah Pembayaran Wang Kepada Waris Kesultanan Sulu?
Dan kami bersetuju dengan saranan peguam Karpal Singh supaya sudah tiba masa dan ketikanya kerajaan Malaysia menghentikan wang penyerahan kepada pewaris Kesultanan Sulu sejumlah RM5,300 setahun sepertimana dilaporkan oleh Yahoo Malaysia, Bernama, The Edge Malaysia dan juga The News Straits Times (NST). Sumber : Yahoo Malaysia Ya…kita tidak perlu bayar lagi kepada pewaris Kesultanan Sulu. Ini kerana selagi kerajaan Malaysia membayarnya, mereka akan "naik lemak" dan selagi itulah mereka akan menggunakan alasan tersebut untuk menuntut Sabah daripada Malaysia. Pengganas Lahad Datu Sabah ini jugalah menggunakan duit cession money untuk membeli senjata untuk membunuh polis Malaysia. Berita Semasa sempat meneliti dan agak bersetuju dengan kenyataan bertulis yang diberikan oleh seorang kolumnis PhilStar : Sekali lagi, Berita Semasa juga berpendirian yang mana Malaysia perlu berhenti bayar RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu. Dunia sudah berubah. Semuanya telah pun menjadi sejarah. Accept it and let it go. Majukan sahaja diri sendiri, tidak ada yang mustahil. Penduduk Sabah sudah lama membuat pilihan (KLIK SINI). Apa pendapat anda pula? | ||||
Najib Bakal Hadapi Tuduhan Sebagai "Penjenayah Antarabangsa" (?) Posted: 15 Mar 2013 12:38 AM PDT KELAB GREENBOC Manila, Filipina - Pasukan keselamatan Malaysia di Sabah yang memburu pengikut Sultan Sulu boleh dihadapkan tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan diatas laporan perbuatan pencabulan hak asasi manusia, pakar undang-undang antarabangsa Harry Roque berkata Khamis (hari ini). Roque yang mengetuai Pusat Undang-Undang Antarabangsa berkata, malah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menghadapi tuduhan sekiranya terbukti bahawa pemimpin Malaysia itu menyedari penyalahgunaan sedang dilakukan terhadap Suluk atau penduduk Filipina Sabah, tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mencegah kekejaman. "Ia mungkin tidak hari ini, ia tidak mungkin di Malaysia, tetapi pasti di masa hadapan dan di mana-mana tempat dalam dunia ini, dia akan ditanggungjawabkan bagi jenayah-jenayah ini. Ini adalah pelajaran yang telah dipelajari oleh Saddam Hussein, Slobodan Milosevic, Charles Taylor dan Tomoyuki Yamashita, "kata Roque. "Najib harus menghentikan jenayah ini jika tidak dia akan ikut tersenarai dalam senarai yang terkenal kerana kejahatannya," katanya. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib telah menafikan dakwaan penderaan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia di Sabah. Roque berkata Malaysia harus berfikir dua kali sebelum meneruskan untuk melakukan perbuatan jenayah di bawah undang-undang antarabangsa, menambah bahawa sementara kekal sebagai persoalan sama ada kebuntuan sekarang ini (stand-off) ditadbir oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa, 200 lebih pejuang Tentera Diraja Sulu bukan ejen negeri. Menurut Roque, undang-undang antarabangsa menghukum tindakan sistematik atau serangan yang meluas terhadap orang awam. "Ini dikenali sebagai jenayah terhadap kemanusiaan. Tidak seperti jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan tidak memerlukan pertalian dengan konflik bersenjata. Ia cukup bahawa perbuatan tidak berperikemanusiaan, sama ada deportasi, penangkapan, atau rawatan yang tidak berperikemanusiaan, menjadi meluas atau sistematik, "kata Roque. Roque berkata bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, jenayah terhadap kemanusiaan juga boleh dilakukan, selain daripada pembunuhan, melalui pemindahan penghapusan, perhambaan, deportasi atau secara paksa penduduk, penjara, penderaan, rogol, dan penganiayaan terhadap kumpulan yang dikenal pasti kepada warga seperti Filipina di Sabah yang sengaja menyebabkan penderitaan yang besar atau badan yang serius atau kecederaan mental. "Ia semakin jelas bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mempedulikan hal kewajipan mereka di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa untuk melindungi dan menggalakkan hak untuk kehidupan Filipina di Sabah," kata Roque. Sumber Malaysia melaporkan bahawa seramai 63 anggota Tentera Diraja Sulu telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 100 penyokong telah ditangkap. "Namun , tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa pihak berkuasa Malaysia juga akan memperlahankan keazaman mereka untuk melumpuhkan pemilik sejarah Sabah," kata Roque. -philstar com
LIHAT VIDEO DI SINI | ||||
Posted: 15 Mar 2013 12:25 AM PDT Oleh Mazir Ibrahim BARU-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilaporkan media, bahawa beliau menyatakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Malaysia tidak akan bankrup. Adakah kenyataan beliau ini tidak mempunyai asas? Adakah kenyataan beliau ini semberono atau sengaja nak main politik murahan seperti Tun M? Saya amat tertarik dengan buah fikiran Musa itu. Saya berpendapat bahawa idea Musa jauh lebih cerah, real dan jauh ke hadapan berbanding idea pemikiran Tun M yang hanya setakat tahun 2020. Lepas tahun itu, tahun 2021, pemikiran Tun M tidak bermakna apa-apa lagi. Pemikiran Tun M ini agak ironik sifatnya kerana setiap idea atau pemikiran yang baik ia bersifat transcendental (malar) dan subur sepanjang zaman. Inilah yang membezakan jiwa merdeka dengan jiwa 'inferiority complex'. Pandangan beliau mengenai survival ekonomi orang Melayu cukup ampuh bila mana secara tuntas beliau menyatakan bahawa pengusaha Melayu ( ahli perniagaan) sememangnya mampu bersaing dan lebih berjaya tanpa berpayung dengan ihsan kerajaan sedia ada. Kenyataan beliau ini disokong oleh pengalaman beliau sendiri keluar negara dalam urusan kerja dan bertemu secara tidak langsung dengan ramai pengusaha Melayu yang berjaya di negara orang. Apabila diselidik, semua peniaga Melayu ini berusaha atas keupayaan sendiri baik dari segi kemahiran, komunikasi dan jaringan perniagaan. Pengalaman ini secara tidak langsung telah mengabsahkan bahawa tindakan kerajaan Pulau Pinang melaksanakan polisi tender terbuka sememangnya memberi kesan yang amat positif untuk semua pengusaha lebih-lebih lagi untuk pengusaha Melayu. Bukti bahawa lebih daripada tujuh puluh peratus tender kerajaan yang dimenangi oleh kaum Melayu ini telah menjadikan DAP dilabel sebagai anti Cina oleh puak MCA. Pada masa yang sama puak UMNO masih mendendangkan lagu lama iaitu mendakwa kaum Melayu Pulau Pinang telah dipinggirkan oleh kerajaan negeri yang diterjaui Lim Guan Eng. Berbalik kepada idea Musa, beliau turut menzahirkan satu hakikat bahawa kaum Melayu harus berani mengubah pemikiran lama yang suka bergantung dan suka merendah diri tak bertempat hingga sifat baik ini bertukar menjadi 'jiwa hamba' atau 'jiwa orang yang kalah'. Ini tidak membantu kaum Melayu untuk maju dan berjaya dalam apa jua bidang, lebih-lebih lagi dalam aspek perniagaan. Ini sangat bertentangan dengan dasar UMNO yang mahu semua orang Melayu duduk berpayung atau bergantung dengan kerajaan atau parti UMNO dan Barisan Nasional. Malah ini juga amalan Tun M hingga ke zaman Najib Tun Razak hingga rakyat diminta untuk berterima kasih dengan kerajaan. Ini fatwa songsang! Sepatah kata Musa, "bisnes did not recognize your races or identity of yourself" (perniagaan tidak mengenal kamu bangsa atau identit iapa). Dengan maksud lain, untuk berjaya dalam ekonomi dan perniagaan, kamu perlu bergantung kepada kemahiran dan kebijaksanaan individu, bukan bangsa, keturunan, keluarga atau warga negara. Inilah semangat sebenar dalam dasar yang sedang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS dalam memastikan pembangunan ekonomi dan agihan ekonomi yang adil untuk semua pihak. Jika hanya sloga, tidak mungkin idea ini akan terzahir dengan jayanya, tetapi sebaliknya dasar ini disertai dengan iltizam, pelaksanaan dan mentaliti yang baru. Ini yang membezakan usaha yang dibawa oleh PR dan BN. Musa Hitam telah memberi isyarat buat seluruh rakyat Malaysia. Apa isyaratitu? Bukansokong PR, beliau tidak pernah mengatakan rakyat perlu sokong PR tetapi isyarat sebenar beliau adalah – inilah masanya untuk kita rakyat Malaysia, semua bangsa untuk Ubah! – Roketkini.com | ||||
UMNO bohongi rakyat dakwa Malaysia boleh bankrap di bawah PR -Tony Pua Posted: 15 Mar 2013 12:23 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Malaysia tidak boleh bankrap jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini sekaligus menafi dakwaan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang mempolitikkan isu berkenaan. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, momokan Malaysia akan bankrap di bawah PR sekadar modal politik murahan untuk menakutkan rakyat dan mengekalkan kuasa mereka. "Kejayaan mentadbir kerajaan negeri PR membuktikan kenyataan Musa itu bersandarkan rasional dan fakta tanpa mempolitikkannya," kata Pua. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu memberikan contoh kejayaan yang dicapai negeri yang ditadbir PR adalah membanggakan malah lebih cemerlang berbanding negeri yang ditadbir BN. "Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor terbukti dapat meningkatkan rizab kewangan negeri dengan banyak dan mengurangkan hutangnya dengan Kerajaan Persekutuan. "Bagi DAP perkara paling penting adalah dasar ekonomi yang mampu bersaing secara sihat. Maksudnya, semua perolehan atau pelaksanaan projek adalah telus, bermutu dan menjimatkan kos," jelas beliau. Tambahnya, melalui dasar itu sahaja, ia dapat menjimatkan berbilion wang negara dan boleh diguna untuk menurunkan harga kenderaan, menghapuskan tol, pendidikan percuma dan sebagainya seperti yang diumumkan dalam Manifesto Rakyat. "Dasar berkenaan, tidak mungkin akan membankrapkan negara," katanya. Semalam, Musa menganggap dakwaan Malaysia akan bankrap jika ditadbir PR semata-mata kenyataan bermotif politik. Musa menyatakan bahawa jika pihak oposisi berjaya mengambil alih Putrajaya, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara supaya berkembang dengan baik. "Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuatkan pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan berbuat demikian dan menjadikan ekonomi bankrap," kata beliau. – Roketkini.com | ||||
Kesian Fathul Bari, letak gambar patahkan hujahnya Posted: 14 Mar 2013 09:38 PM PDT
Kesian Fathul Bari, letak GAMBAR ja patahkan hujahnya [Tengok laa...]Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan KOTA BAHRU - Perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya. Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu. "Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini. | ||||
Exco Pemuda Umno Larut, 39 ahli sertai PAS Posted: 14 Mar 2013 09:34 PM PDT
Raja Iskandar memakaikan baju simbolik Zulkifli sertai PAS. LARUT: Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS. Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam. Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini. Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan. Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno. "Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini," katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin. Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya. Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi. "Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka. "Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta," jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu. | ||||
Chegu Bard Tidak Batal Tuntutan RM5 Juta, Walau Utusan Tarik Balik Fitnah Posted: 14 Mar 2013 09:28 PM PDT SHAH ALAM: Ketua Penyelaras Solidriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard tetap meneruskan tuntutan gantirugi RM5 juta daripada akhbar pro-Umno Utusan Malaysia (Utusan). Keputusan itu diambil walaupun Utusan semalam didapati menarik balik artikel 'Medan Perah Duit Rakyat' dari portal beritanya. Menurut Badrul Hisham, tuntutan itu diteruskan kerana Utusan tidak menyiarkan permohonan maaf tiga hari berturut-turut dan membayar pampasan gantirugi. Notis tuntutan yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Sazali & Lim itu dibuat terhadap artikel bertajuk 'Medan Perah Duit Rakyat' yang disiarkan portal Utusan Online pada 14 Januari 2013 lalu. Bagaimanapun semakan yang dibuat TV Selangor semalam mendapati, rencana tersebut ditarik balik atas sebab yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan saman oleh Chegu Bard itu. Sebelum itu menurut satu kenyataan media oleh Chegu Bard, notis tuntutan tersebut diterima oleh wakil Ketua Pengarang akhbar terbabit di pejabat Utusan Malaysia di Cheras pada jam 3.00 petang semalam. "Petikan dari rencana tersebut bukan sahaja tidak benar, juga merupakan manipulasi dan putar belit serta berniat kepada fitnah jahat kepada Chegu Bard dan juga SAMM. "Notis itu juga menamakan dua responden iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua," ujar beliau dipetik dari kenyataan medianya. Selain menuntut pampasan gantirugi sebanyak RM5 juta, Chegu Bard turut menuntut Utusan membuat permohonan maaf secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan dalam talian di muka hadapan selama tiga hari berturut-turut. Dalam tuntutan tersebut, Utusan turut dilarang menulis atau menyiarkan tulisan sama atau berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM serta meminta rencana tersebut ditarik balik dari portal tersebut. Utusan merupakan satu-satunya akhbar yang paling kerap disaman oleh beberapa ahli politik tempatan. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Utusan membayar gantirugi RM 200,000 dan kos RM25,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung artikel bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' yang disiarkan pada 20 Disember 2010. Selain itu Utusan juga tewas dalam kes saman fitnah RM 50 juta yang difailkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akhbar itu turut tewas dalam perbicaraan saman fitnah oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Pada 2009, Utusan turut kalah dalam saman fitnah yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu "Pak Janggut". Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis mahkamah masih belum membuat keputusan berapa jumlah pampasan yang harus dibayar Utusan kepada beberapa pemimpin politik terbabit. Utusan juga gagal dalam cubaan membatalkan saman fitnah mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM 10 juta. | ||||
Posted: 14 Mar 2013 09:21 PM PDT KL TODAY Menawarkan pekerjaan dalam bidang peragaan dengan bayaran lumayan, seorang lelaki dipercayai memperdaya 100 wanita untuk mencuri wang mereka selain memuaskan nafsunya sejak lebih dua tahun lalu.Modus operandi lelaki berusia 20-an itu ialah mengajak mangsa berjumpa di hotel murah terlebih dulu kononnya bagi menjalani sesi temu duga sebelum mencuri barang dan meniduri mangsa. Seorang model terkenal yang hampir ditipu lelaki terbabit mendakwa, suspek pernah menghubunginya dan menawarkan bayaran RM250,000 kepadanya untuk satu sesi peragaan tetapi dia tidak menerima tawaran itu. "Apabila saya tidak terima tawaran itu, lelaki berkenaan mula mengganggu saya dengan menghubungi saya sehingga lewat malam. "Malah apabila saya menyuruh lelaki itu supaya tidak menelefon lagi, dia mengugut untuk sebarkan nombor saya di Facebook," kata wanita berusia 28 tahun itu yang tampil mendedahkan perkara itu di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Seorang pelajar dan model sambilan berusia 20 tahun nyaris menjadi mangsa lelaki hidung belang itu, bagaimanapun dia bertindak bijak apabila menyiasat terlebih dahulu latar belakang lelaki terbabit sebelum menerima tawarannya. "Apabila saya meminta latar belakang syarikat, lelaki itu hanya mengatakan dia daripada syarikat terkenal. "Dia menggunakan pelbagai nama supaya pihak berkuasa tidak dapat menjejakinya," katanya yang mengakui ramai mangsa lain takut untuk tampil ke hadapan kerana diugut lelaki itu. Selain itu, katanya, lelaki berkenaan menggunakan nama jurugambar bebas untuk mendapatkan nombor telefon model. Salah seorang jurugambar berkenaan, Jawsus Cheng, 30, berkata, dia mengetahui penipuan lelaki berkenaan apabila rakannya memberitahu ada seorang lelaki menghubunginya dan menggunakan identitinya meminta nombor telefon model. "Dia menggunakan nama saya dengan niat mengaburi model berkenaan untuk terima tawaran peragaan. "Apabila saya dapat tahu identiti saya digunakan, saya terus beritahu rakan di Facebook supaya tidak melayan lelaki itu," katanya. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau mengumpulkan semua laporan polis yang dibuat mangsa dan membuat pengecaman apabila suspek berjaya diberkas. "Kami sudah dapat sedikit maklumat mengenai suspek iaitu berumur 20-an, bertubuh pendek dan berkulit sawo matang. "Wanita muda harus mengambil langkah berhati- hati dan selidik dulu latar belakang syarikat sebelum terima apa-apa peluang pekerjaan," katanya. | ||||
4 maut nahas bas, kereta di Jalan Lipis-Merapoh Posted: 14 Mar 2013 09:19 PM PDT Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis tengah malam tadi. Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan. Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di Kuala Lipis hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan. "Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya. Beliau berkata semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama | ||||
VIDEO Langkah Pertama Wasatiyah Ialah Nyahkan UMNO... Posted: 14 Mar 2013 09:12 PM PDT Wasathiyah menyelamatkan Orang Melayu dari UMNO parti kawan syaitan. Beberapa minggu yang lalu, saya menyertai ceramah anjuran PAS di Sungai Buaya, Kuala Langat. Ketika itu, saya telah mengulas ajakan Najib supaya rakyat Malaysia mengamalkan wasathiyah. Hari ini, dia menggesa rakyat Malaysia, terutama orang Melayu mengguna dan mengamalkan wasathiyah. Maka kita jawab, ya memang benar dan tepat, kita mahu menggunakan dan mengamalkan wasathiyah. Langkah pertama dan utama memulakan wawasan tersebut ialah mengenyahkan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah, perompak dan lanun dari menjadi kerajaan. Ikuti ceramah saya di Sungai Buaya yang di emelkan kepada saya oleh pihak penganjur. -sakmongkol | ||||
Pelakon Abu Bakar Juah Bersama Pakatan Rakyat? Posted: 14 Mar 2013 09:08 PM PDT Editor BULETINNamun begitu sehingga kini, belum ada pengesahan secara rasmi oleh Abu Bakar Juah yang juga mantan Pengarah Penjara Taiping. Disamping menjadi pelakon, Abu bakar telah berkhidmat selama 35 tahun dan pernah bertugas di penjara Pulau Jerjak pada tahun 1970, Penjara Pudu (1975 - 1986), Penjara Kajang (1986 - 1993), Penjara Sungai Petani, Kedah (1994 - 1995) dan Penjara Taiping (1995 - 2005). Beliau telah bersara pada tahun 2005 dan kini merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat Master Protection Sdn. Bhd., syarikat perkhidmatan kawalan keselamatanyang beroperasi di Taman Ampang Hilir, Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan