Khamis, 28 Mac 2013

Addin

Addin


Kisah Hidup Sebenar Papagomo.. Saksikanlah!!

Posted: 28 Mar 2013 08:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai penulis blog Papagomo, adalah bekas anggotanya yang pernah disabit kesalahan jenayah.Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata, ekoran keputusan mahkamah itu, Papagomo yang berpangkat konstabel itu telah dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis."Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. 

Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September tahun lalu."Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos," kata Mortadza dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas beberapa pendedahan sebelum yang mendakwa Papagomo mempunyai dua rekod daftar pemilih iaitu sebagai pengundi awam dan satu lagi pengundi pos.Kedua-dua rekod daftar itu diperolehi dari sisterm semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, selepas pendedahan itu dibuat, rekod Wan Muhammad Azri sebagai pengundi pos dilaporkan telah dipadam.Sebelum ini juga, carian dalam rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pesalah rasuah.

Beliau pernah sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Nama Papagomo kembali mendapat tempat dalam pentas politik negara apabila disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan menyebarkan gambar dan kenyataan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu di internet. ~harakahdaily




Iklan C (ii)










Umno Kantoi!! Rupanya Ini Kesan DUN NS Bubar Otomatik

Posted: 28 Mar 2013 04:39 AM PDT


Tengah malam tadi, berakhirlah riwayat dan hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara automatik apabila ia terbubar dengan sendiri tanpa kehadiran menteri besar SEMENTARA, Mohamad Hasan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.Pilihanraya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008.Manakala sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihanraya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihanraya.Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan, Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan keputusan pilihanraya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) (4) dan satu oleh PAS.Pada 11 Oktober 2009, satu pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).Ia menyaksikan calon BN, Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas menteri besar, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Implikasi terhadap sejarah politik negara adalah, belum pernah mana-mana DUN dalam mana-mana bahagian negeri di Malaysia terbubar secara automatik iaitu menteri besar atau ketua menteri tidak menghadap Sultan atau Yang di-Pertua negeri bagi pembubaran DUN.Dari sudut politik, ia jelas menggambarkan bahawa kerajaan yang berkuasa sebelum DUN dibubarkan tidak mempunyai 'keberanian' untuk memanggil pilihanraya sebelum mandat berakhir lima tahun.Ini sudah cukup membuktikan bahawa spekulasi kedudukan kerajaan yang berkuasa akan kalah dalam pilihanraya umum ternyata benar tanpa sebarang hujah konkrit bagi mewajarkan alasan tersebut.

Ternyata dari segi moral, BN sudah dianggap 'mengaku kalah' kerana jika mereka merasakan BN akan mampu membentuk kerajaan negeri, sudah pasti DUN tidak perlu dibubar atau terbubar secara automatik.Menurut penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, ia merupakan satu episod malang dalam sistem politik negara apabila kerajaan memerintah terpaksa menunggu hingga saat akhir dan ditambah 24 jam lagi hayat kerajaan kononnya merujuk kepada Akta Interpretasi 1948 dan 1967 mengikut Seksyen 54 (1) Akta 388.Keadaan ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama apabila beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan telah berakhir.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, tempoh mandat pemerintahan diberikan rakyat melalui pilihanraya hanyalah lima tahun iaitu sejak 8 Mac 2008.Keadaan ini turut disokong melalui kenyataan Perdana Menteri, Najib Altantuya yang meminta rakyat memberikan mandat lima tahun lagi kepada Umno-BN."Keadaan sekarang saya sifatkan sebagai satu rampasan kuasa rakyat tanpa senjata," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh 'tamat mandat' sejak 8 Mac 2013, kerajaan perlu mengumumkan semua keputusan projek yang telah diberikan kelulusan selain beberapa perjanjian termasuk di dalam Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA '13).Jelasnya, kerajaan sementara yang berkuasa selepas pembubaran DUN atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tidak boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan.Pentadbiran kerajaan sementara negeri kini tidak boleh membuat keputusan penting yang mengakibatkan kerajaan baru yang akan dibentuk selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 menanggung beban atas sebarang komitmen atau perjanjian jangka panjang.Adalah penting untuk bekas ADUN Pakatan Rakyat negeri diketuai ketua pembangkang DUN memantau setiap perjalanan pentadbiran dan kewangan negeri selain menyelia bersama dengan kerajaan sementara sementara menunggu pilihanraya dijalankan.

Jika persoalan tidak ada satu garis panduan khusus bagaimana pentadbiran sementara boleh berfungsi, ia satu alasan dangkal kerana sistem Westminster sudah lengkap menunjukkan satu persatu kaedahnya tetapi selalu dilanggar BN yàng terus menyalah gunakan kuasa setiap kali memegang status kerajaan sementara.Inilah masanya untuk seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada Negeri Sembilan kerana setelah Pakatan Rakyat bertambah kuat, tiada lagi sebab untuk BN berani melanggar peraturan terhad yang digariskan dalam undang-undang tubuh negeri.Paling penting, ia sekaligus memberi isyarat bahawa Najib Altantuya kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi empuknya di Putrajaya kerana moralnya sudah cukup rendah diasak Pakatan Rakyat dan diparahkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang seakan menyindir (walaupun katanya bergurau) jika dia berada di tempat Najib Altantuya, parlimen sudah lama dibubarkannya.~mpr



Iklan C (ii)






Lagi Samseng Umno Bertindak Kurang Ajar.. Saksikanlah!!

Posted: 27 Mar 2013 08:59 PM PDT

PETALING JAYA 27 MAC: Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

"Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar)."Lepas selesai menjerit, terus mereka balik," katanya ketika dihubungi.

Menurut Valu, semasa kejadian, lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu sehingga mereka bersurai.Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Mereka bertindak liar dengan membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang terlibat.Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail patah.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan tersebut.Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan ke atas samseng terlibat. ~keadilandaily





Iklan C (ii)






Panas!! Ketua Umno Bahagian Cheras Sertai Pakatan Rakyat?

Posted: 27 Mar 2013 06:02 PM PDT

KUANTAN, 28 Mac - Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Pahang?. Baru sahaja isu pembahagian kerusi pilihanraya dikecohkan akibat sidang media yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, kini timbul pula kontroversi terbaru yang pasi sungguh mengejutkan semua pihak sebenarnya. Ia berikutan tersebarnya poster ceramah yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (foto) di laman sembang sosial facebook sejak lewat malam tadi. 

Poster yang bertajuk "Pidato Lahad Datu" itu kini telah disebarkan secara meluas dan ia menimbulkan berbagai tanda tanya sekarang ini. Benarkah Syed Ali kini telah menyokong Anwar dan salah seorang daripada pemimpin UMNO yang akan meninggalkan parti itu menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti?. Pada paparan poster itu menyebut program berkenaan akan diadakan malam esok (29 Mac) diMarkas PKR Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini.

Program anjuran Pakatan Rakyat Pahang itu turut menampilkan Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota) danSulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan). Persoalannya, kenapa wajah pemimpin UMNO itu berada bersama di dalam poster terbabit. 

Apakah beliau sudah bersedia untuk berada sepentas dengan Pakatan Rakyat selepas melihat berbagai kontroversi dengan isu Lahad Datu agaknya?. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah menggempar negara apabila turut mengkritik tindakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil dalam isu lembu National Feedlot Corporation (NFC). 

"Shahrizat perlu segera letakkan jawatan sebagai menteri jika benar-benar beliau ikhlas dan sayangkan parti," tegas beliau dalam satu kenyataannya pada awal Disember lalu. Beliau berkata hanya dengan berbuat demikian UMNO tidak dikaitkan dengan isu tersebut yang kini telah menimbulkan kemarahan rakyat. 

Katanya, berundur secara terhormat daripada kabinet bukan bermakna beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh perwakilan parti. Kini, Shahrizat terpaksa akur dan telah pun berundur seperti yang disarankan oleh beliau. Maka itu, apakah kini beliau merasakan dirinya sudah tidak serasi lagi dengan UMNO dan bertindak naik ke pentas Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ini? ~pahangdaily online



Iklan C (ii)








Tiada ulasan: