Khamis, 28 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO tentu bangga dengan hasil Program Pemutihan mereka ini.. (Video Inside)

Posted: 28 Mar 2013 08:29 AM PDT

Kononnya... Antara rasional Program 6P ini dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang berada di Malaysia, selain mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik (cap 10 jari tangan kanan dan kiri).

Menerusi program 6P ini, Kerajaan akan mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlukan setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di Negara ini.

Dengan berdasarkan data yang ada, jumlah kekosongan itu akan diisi oleh PATI yang berdaftar menerusi Program 6P ini, sekali gus membekukan pengambilan terus sumber baru pekerja asing dari luar negara bagi tempoh tersebut.

Program 6P ini melibatkan enam peringkat iaitu PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.

Peringkat pertama iaitu PENDAFTARAN dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan PATI di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini.

Peringkat kedua adalah PEMUTIHAN iaitu proses yang berfungsi untuk menyaring setiap PATI yang berdaftar menerusi program ini dan seterusnya mengenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing.

Seterusnya ialah peringkat ketiga iaitu PENGAMPUNAN di mana PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.

Peringkat keempat ialah PEMANTAUAN yang akan dilaksanakan sebelum operasi penguatkuasaan bersepadu terhadap PATI dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh Negara. Inisiatif ini akan digerakkan menerusi naziran ke premis-premis majikan untuk memberi nasihat selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P.

Peringkat kelima iaitu PENGUATKUASAAN adalah peringkat di mana satu operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.

Peringkat keenam dan terakhir adalah PENGUSIRAN PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu bagi dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.

Dan hasilnya....


Nak kata apa... padan muka dia.. ha..ha..ha...

Siapa yang bawa masuk PATI itu ke dalam Malaysia beramai-ramai?.. Sudah tentu pemimpin UMNO sendiri...

Dia ni lagi beruntung.. IC dapat.. BR1M pun dia dapat...

Treler Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh 30 Polis dan JPJ..

Posted: 28 Mar 2013 04:35 AM PDT




Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.


Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.




~ Harakahdaily

PANAS!! Video Rafizi Ramli pula tersebar!! Saksikan!!

Posted: 28 Mar 2013 01:07 AM PDT

Setelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dimusnahkan kredibilitinya melalui serangan menggunakan video seks fitnah, kini naca-macai UMNO kelihatan mula mengalihkan serangan mereka terhadap pemimpin-pemimpin lain dari Pakatan Rakyat khususnya PKR.

Sehari dua yang lalu Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah mendedahkan akan agenda terbaru macai-macai UMNO iaitu menyebarkan video seks yang di dakwa mereka sebagai Nurul Izzah.

Selain Nurul Izzah, menurut Saifuddin video seks yang pelakunya dikatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid juga telah sedia untuk diedarkan..

Namun secara tiba-tiba.. muncul beberapa lagi video yang mana pelakunya adalah Pengarah Strategik PKR iaitu Rafizi Ramli pula...

Tetapi ianya bukanlah video seks yang sering digunakan oleh macai-macai UMNO dalam menyerang pimpinan PKR.. ianya adalah video menerangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13 nanti...

SAKSIKAN!!! dan SEBARKAN!!


Inilah yang membezakan antara Pakatan Rakyat dan UMNO/BN... Pakatan Rakyat sebar video Manifesto.. UMNO/BN pula sebar video lucah kerana itu saja yang berlegar dikotak pemikiran macai-macai mereka...

Lagi video untuk sebaran sila lihat di SINI

Surat Arahan Sulit PKR tersebar?

Posted: 27 Mar 2013 09:13 PM PDT


Menurut macai UMNO yang menyebarkan dokumen ini, ini adalah arahan sulit yang telah dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat khusus bagi menghadapi pilihanraya ke 13 ini..

Dalam arahan berikut ahli-ahli PKR pada peringkat pertama dikehendaki untuk wujudkan kekecohan di pusat mengundi supaya 'crowd' berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan Pusat Mengundi.

Manakala pada peringkat kedua pula on line media akan melaksanakan tugas selanjutnya iaitu menimbulkan rasa marah bermula pukul 1.00 tengahari..

Kononnya menurut surat arahan yang diminta sebarkan oleh macai UMNO ini, sepuluh Kawasan Parlimen yang pelu ditimbulkan kekecohan.

Kawasan tersebut ialah Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam..


Hmmm... Aku ialah AJK Cabang Permatang Pauh (P044), jawatan.... tak payah sebutlah..

Oleh kerana Permatang Pauh juga turut tersenarai dalam Kawasan Parlimen yang perlu ditimbulkan kekecohan seperti surat yang macai UMNO sebarkan itu, sepatutnya aku dah dapat surat arahan itu..

Tapi malangnya hingga ke hari ini, biarpun kami bermesyuarat pada setiap bulan dengan di Pengerusikan oleh samada Presiden PKR sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah ataupun Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman hingga sekarang aku tak pernah terima arahan seperti yang didakwa oleh macai UMNO itu..

Timbulkan kekecohan di Permatang Pauh itu adalah arahan paling bodoh yang aku nampak dari surat yang disebarkan oleh macai UMNO itu..

Sebabnya kami yakin kami akan menang.. jadi untuk apa ditimbulkan kekecohan??

Dan aku juga setuju dengan saranan UmnoWorld buat macai UMNO itu.. kalau surat itu bukan rekaannya sendiri sila laporkan kepada pihak Polis...

Jika tidak.. kita anggaplah surat tersebut hanyalah fitnah semata-mata yang disebarkan oleh seorang badut bagi menghiburkan kita semua..

Surat tersebut telah ditemui di SINI

Utusan Kantoi Menipu lagi!! (Video Inside)

Posted: 27 Mar 2013 05:48 PM PDT

Dalam cubaannya untuk melindungi Papa Gomo Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan penyebaran video lucah dan fitnah melalui Blognya, Utusan cuba memperbodohkan pembaca tegarnya yang kebanyakkannya terdiri dari macai-macai UMNO.

Utusan atau juga dikenali sebagai Lidah Rasmi UMNO pada 25 Mac lalu telah melaporkan kononnya Exco kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa pemilik laman blog Papa Gomo pada tahun lalu.

Menurut Utusan Peguam bagi Papa Gomo, Jasbeer yang telah ditemui pemberita memberitahu, Husam tidak memberikan sebarang alasan terhadap keputusannya menarik balik saman tersebut.


Apa yang sebenarnya berlaku ialah Husam Musa telah menarik balik saman fitnah tersebut untuk difailkan semula saman fitnah tersebut setelah dinasihati oleh Hakim.

Paling menarik dalam pembohongan Utusan kali ini, menurut Husam Musa tiada seorangpun wartawan apatah lagi wartawan dari Utusan dalam kamar bicara ketika Hakim memberikan cadangan tersebut.

Darimana Utusan mendapat cerita untuk dijadikan berita itu entahlah...

Apa komen YB Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan mengenai laporan Utusan ini sila lihat video di bawah ini..



Papagomo Ada Hubungan Dengan Pimpinan UMNO?..



Tiada ulasan: