PENYAPU SIAL |
- undang undang kanggarooo....seekor TPM buat fitnah kunun PR akan buat huru hara serta batalkan pilihanraya dan seekor nyanyuk tua bagi IC kepada warga asing....tin chua pulak yang kena dakwa pasal tuduh isu lahad datu sandiwara UMNO....!!!!
- sandiwara kerajaan UMNO memperlekehkan pasukan keselamatan.....!!!!
- Kerajaan UMNO Malaysia menggunakan perisian ‘spyware’ untuk mengintip rakyatnya
Posted: 14 Mar 2013 08:30 AM PDT Kita mengesa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan terhadap Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan pilihanraya umum ke 13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda. Kita tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat. Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai dari kalangan masyarakat. Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau? Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain? Apakah tidak mungkin terjadi kenyataan beliau menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi? Dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan sesama rakyat serta sindrom ketakutan kepada rakyat. Beliau sepatutnya berusaha mententeramkan rakyat serta memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini. Pilihanraya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara. Kenyataan beliau akan memberi reputasi yang buruk ke atas PR dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap PR serta penyokongnya. Beliau juga telah menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian. Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang dipercayainya seperti dakwaannya, kita mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut. Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha PR untuk mencetuskan suasana porak peranda rakyat wajar dengan tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau.
penyapu sial
tangkap muhyidin dan mahatahi...kedua duanya pelampau agama dan pencetus batu api perkauman...pencetus huru hara...pembuli rakyat....dan perompak harta rakyat dan negara...penipu pilihanraya....pengadai maruah negara.....tangkap anjing anjing ini....!!!! |
sandiwara kerajaan UMNO memperlekehkan pasukan keselamatan.....!!!! Posted: 14 Mar 2013 08:09 AM PDT Di hari pertama lagi ketika Zahid Hamidi tampil bersama Hishamuddin Hussein memberi sidang akhbar melaporkan perkembangan tragedi pencerobohan di Lahad Datu saya memerhati kredibiliti dan relevansi beliau dalam sidang akhbar itu. Zahid khasnya cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa dan digeruni serta prihatin. Setidak-tidaknya secanggih kapal salam Scorpene. Cara dia bercakap dan mimik muka yang dipamerkan di skrin tv seakan dia serius, bukan main-main. Zahid menanggalkan iras yang muka selamba dan hemah. Sememangnya didalam situasi sebegitu seorang menteri pertahanan seperti dia harus serius dan mencermin semangat juang yang tinggi. Perang bukan boleh main-main. Perang bukan pemilihan jawatan dalam Umno. Selepas selesai menteri memberi laporan dengan mengutik political mileage daripadanya, sidang itu akan diteruskan pula oleh Ketua Polis Negara, Ismail Omar dan Ketua Turus Angkatan Tentera, Zulkefi Mohd Zain. Sama juga dengan dua menteri itu, penampilan kedua orang besar keselamatan ini tidak begitu licin dan tidak memberi jawaban yang tepat kepada pertanyaan wartawan. Tersekat-sekat macam bulldozer menaiki bukit. Sidang akhbar itu disiarkan secara live oleh stesen tv, kononnya kerana ingin memberi maklumat terus dan segera kepada rakyat. Setiap tiga atau empat jam sekali, penonton tv berkenaan akan membawa mata orang ramai ke skrin tv mereka mengikut perkembangan di Sabah. Sekali ingat, sidang media itu seperti siaran langsung (telecast) stesen tv pengampu yang menyiarkan lintas langsung semasa perhimpunan agung Umno. Selepas presiden menyampaikan ucapan dasar ia akan diulas oleh seorang pengulas politik dan disiarkan secara langsung. Menerusi ulasan pengulas bertaraf Prof yang memiliki sijil berjela-jela itu akan memuji ucapan presiden. Mengangkat presiden ke langit hijau. Seolah dari ayat pertama ucapan itu hingga ke ayat akhir, semuanya betul dan bernas. Pengulas dari golongan akademik ini melihat presiden Umnolah yang betul semuanya. Timbul pertanyaan perlukah pihak keselamatan mengadakan sidang media untuk memberi maklumat mengenai pencerobohan itu? Mungkin sidang media perlu, kerana media dan rakyat mahu maklumat yang sahih atau rasmi. Tetapi mengadakan lintas langsung mempamirkan bagaimana wartawan menyoal menteri dan pegawai tinggi keselamatan, sesuatu yang tidak wajar. Apa lagi ada menteri atau pegawai tinggi keselamatan tergaru-garu hidung dan perut kelihatan semput, turun naik macam ombak di Lautan Sulu untuk menjawab soalan wartawan. Satu perkara yang jelas kita nampak mereka tidak biasa berdepan dengan wartawan yang jauh lebih advance segala maklumat berbanding dengan mereka. Wartawan yang dihantar ke Felda Sahabat itu khususnya dari media asing bukan calang-calang. Mereka bukan seperti wartawan Malaysia yang suka menerima sampul berduit atau seronok terlompat-lompat macam lotong bila ada menteri atau PM ajak makan malam. Paling buruk ada pegawai tinggi polis meninggi suara apabila gagal atau tidak boleh menjawab soalan wartawan kononnya atas dalih keselamatan dan strategi. Tidakkah gambaran atau aksi itu menyebabkan penonton akan hilang rasa hormat kepada polis? Jadi eloklah kalau sidang media yang dibawa secara langsung itu tidak diadakan lagi. Berbalik kepada tindakan Zahid yang menasihat dan memberi amaran agar jangan ada orang memperlekeh dan memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan dan meminta rakyat bersatu padu berkali-kali itu ia menjadi tanda tanya. Siapakah yang memperkecil-kecil dan memperlekehkan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan kita? Zahid tidak patut mengulangi perkara yang boleh ditafsirkan sebagai negatif itu. Bila beliau memfokuskan kepada itu seolah-olah ada orang atau pihak yang memperkecilkan pasukan keselamatan. Beliau tidak memberi gambaran spesifik mengenai hal itu dan hanya secara umum. Rasanya semua orang bencikan kepada perang, pembunuhan dan juga pembohongan. Elok Zahid mendedahkan mereka yang memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan itu. Kalau perlu tangkap dan dakwa mereka yang jelas tidak mempunyai tanggungjawab ke atas negara. Nampaknya cara menangani dan melawan pencerobohan di Lahad Datu ada sedikit kelam kabut. Pasukan keselamatan seakan buntu untuk bertindak. Mulanya ia diserah kepada polis kemudian dipanggil askar, untuk bergabung atas nama Strategi Lautan Biru melawan penceroboh. Di sini jelas awal-awal lagi kelemahan pasukan keselamatan, risik tentera dan juga SB Polis lansung tak boleh pakai kerana tidak dapat mengagak dan membaca kekuatan musuh. Kelam kabut dikatakan kerana tragedi itu tidak dirisik secara terperinci. Sebagai risik mereka seharusnya mendapat maklumat terperinci sebelum bertindak memasuki kawasan musuh atau bersedia untuk menerima tentangan musuh. Laporan dari risikan kedua pasukan itu hendaklah dinilai dan dikaji sebaik mungkin. Tetapi kerana tanggungjawab ini diabaikan maka berlakulah apa yang sudah berlaku itu. Barang kali benar kata bekas Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid kegagalan agensi perisikan negara mengesan pencerobohan itu menyebabkan berlaku banyak kehilangan nyawa. Katanya jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan. Beliau juga menyebut perisikan tentera tidak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk tidak diketahui. Ini semua katanya disebabkan unit risikan telah disalah gunakan, bukan untuk merisik untuk keselamatan negara tetapi digunakan untuk kepentingan orang-orang politik tertentu. Bila menyebut perkara ini teringat kita kepada seorang pegawai askar yang berkhidmat di Mindef, di mana seorang pegawai menghabiskan masanya sepanjang minggu bukan di Mindef tetapi di Bagan Dato’. Menghadiri majlis-majlis politik dianjurkan oleh Zahid. Maklumat ini tidak boleh ditolak begitu saja dan dianggap fitnah. Kalau ketua mereka Zulkefli Zainal Zain boleh berada dalam “khemah Umno”, menghadiri program politik Najib di Kelantan, tentu mereka (pegawai Mindef) itu berfikir kenapa tidak dengan dia juga. Dia juga boleh hadir di Bagan Dato”? Sebenarnya peranan perisikan atau dikenali dengan MIO ini sudah lama disalah gunakan. Ia bukan saja untuk memastikan orang politik menang tetapi MIO juga membuat risikan dan kerja untuk memenangkan mana-mana orang Umno dalam perhimpunan agung Umno. Keadaan inilah apa yang dimaksudkan Ghafir tadi bahawa perisikan askar telah tidak berfungsi sebagai betul. Hal atau perkara ini sepatutnya ditegur dan dipantau oleh Zahid. Kalau dia boleh menegur pegawai tentera yang asyik dengan kayu golf, kenapa beliau tidak menegur pegawai-pegawai tertentu yang asyik keluar masuk pejabat orang politik? Boleh jadi juga tindakan beberapa orang pegawai tinggi tentera mengambil sikap terbuka menentang kerajaan dan menyokong Pakatan Rakyat kerana cuak dan tidak tahan dengan keadaan sebegini. Dalam wawancara dengan televisyen seperti dilaporkan, Zahid menekan supaya rakyat tidak memperlekehkan pasukan keselamatan, khasnya ATM dan hendaklah bersatu memberi sokongan. Menyeru memang mudah, melaksanakan sangatlah payah. Saya mengira kata-kata itu hanya retorik saja bukan lahir dari dhamir yang ikhlas. Kalau benar Zahid mahukan rakyat bersatu padu dan semua pihak terlibat memberi semangat dan sokongan, beliau harus membuka bilik gerakan perang di Lahad Datu untuk sama dikunjungi pemimpin pembangkang bagi mendapat taklimat. Untuk negara rasanya ia bukan dosa besar. Atau beliau atas sifatnya sebagai menteri pertahanan dan naib presiden Umno boleh mengadakan majlis khas untuk memberi taklimat kepada pimpinan pembangkang mengenai tragedi di Lahad Datu itu. Kalau Najib takut untuk memanggil sidang khas parlimen, cara lain boleh dilakukan. Soalnya kini Zahid hanya tahu berkata-kata tetapi tidak tahu berbuat. Dia hanya pandai menanam tebu dibibir mulut saja untuk mempesonakan rakyat? Tidak timbul rakyat tidak memberi sokongan. Apa yang perlu diperbetulkan persepsi orang ramai terhadap tragedi itu. Dengan tidak telusnya penjelasan berhubung kejadian itu serta ada unsur-unsur untuk melindungi fakta menyebabkan orang ramai kebingungan dan jadi keliru. Kekeliruan inilah mungkin ada yang berfikir siapakah yang benar dalam soal ini? Kita percaya kalau rakyat diberi tahu apa yang sebenar, dan dedahkan maklumat secara profesional, bukan saja rakyat akan bersatu memberi sokongan moral, tetapi kalau dikerah untuk menjadi pagar kepada pasukan keselamatan di Lahad Datu pun mereka bersedia. Sebab tanggungjawab menjaga tanah air adalah satu cabang penting bukti seseorang itu berimam. Mereka yang tidak beriman saja yang akan mengkhianati negara, bangsa dan menghina agamanya siang malam, malam siang. Di sini kita nak cabar Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, pergilah tidur di Felda Sahabat 16 atau 17 atau Sahabat 1 atau 2, hatta sekerat hari saja. Dulu katanya tidur di rumah peneroka sebagai satu kegiatannya. Nah teruskan tradisi anda |
Kerajaan UMNO Malaysia menggunakan perisian ‘spyware’ untuk mengintip rakyatnya Posted: 14 Mar 2013 07:40 AM PDT Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka menggunakan skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera dan mikrofon komputer, lapor akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times (NYT) hari ini. Selain Malaysia, pengkaji di Citizen Lab yang berpangkalan di University Toronto turut mendapati negara-negara seperti AS, Singapura dan Indonesia termasuk Britian turut menggunakan perisian pengawasan tersebut yang dikenali sebagai “FinSpy”. “Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire lapor NYT. Pengarah Urusan Gamma Group, Martin J. Muench — syarikat penjual FinSpy — dilaporkan berkata Gamma Group telah menjual teknologi berkenaan kepada kerajaan untuk mengawasi penjenayah, dan kebanyakannya digunakan bagi memerhatikan pergerakan “fidofil”, pengganas, jenayah terancang, penculikan, dan pemerdagangan manusia. Marquis-Boire, bagaimanapun menjelaskan mudah disalahgunakan, dan berkata: “Jika dilihat senarai negara yang membeli Gamma, kebanyakannya tidak mempunyai sistem perundagan yang kukuh.” Negara lain yang menggunakan khidmat FinSpy termasuklah Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kanada, Republik Czech, Estonia, Habsyah, Jerman, India, Jepun, Latvia, Mexico, Mongolia, Belanda, Qatar, Serbia, Turkmenistan, dan Emiriah Arab Bersatu, termasuk Vietnam. Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, berdasarkan laporan 2013, Malaysia masih belum memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tambahnya, Putrajaya terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan. FinSpy digunakan di dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, menurut laporan Marquis-Boire yang dipaparkan di laman web Citizen Lab semalam. FinSpy juga turut didapati dalam emel yang mensasarkan aktivis Bahrain, pada Julai lalu. Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri. Pemerhati hak asasi manusia turut menggelar Turkmenistan sebagai negara yang paling teruk menindas di dunia bulan lalu. “Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab.
penyapu sial
dah lah buat kerja mengintip....mengintip pulak sampai yang bukan bukan....akhir nya mengintip tak berhasil fitnah pulak melambak lambak.......tu pasal negara sampai kena ceroboh ....pasai buat kerja mengintip tak kena tempat...macam tak percaya dengan rakyat sendiri....terutamanya mengintip gerak geri parti pembangkang....!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan