Rabu, 13 Mac 2013

Addin

Addin


Inilah Gambar Jeneral Musa Dan Talibarut Pencerobohan Lahad Datu?

Posted: 13 Mar 2013 09:35 AM PDT


Penemuan Foto Jeneral Musa & Talibarut Dalam Handphone Militan Sulu !!! Kami baru memperoleh dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, 'Jeneral' Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan.

Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai 'Jeneral' Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan. ~mynewshub



Iklan C (ii)





Tian Chua Di Dakwa Di Mahkamah Seksyen Esok

Posted: 13 Mar 2013 08:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut Akta Hasutan esok di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta di sini, esok.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.

Hari ini, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu

Keterangannya dirakam bermula jam 11 pagi selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Beberapa hari lalu, Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit; Sub Editor, Norasikin Samsi dan wartawan, Aisha Geoffrey, secara berasingan turut diarah memberi keterangan. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Kem Tajol Rosli Bakal Singkirkan Zambry Kadir?

Posted: 13 Mar 2013 06:45 AM PDT

Kemelut dalaman Umno Perak kini bukan lagi rahsia parti malah kini menjadi bualan umum hampir di setiap daerah.Apatah lagi, kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Zambry Kadir kini makin kuat dipersoalkan.

Walaupun dilantik secara haram oleh mahkamah, Zambry tidak berasa malu jauh sekali merasa dirinya bukan dilantik rakyat tetapi sebab keputusan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang keluar dan menjadi mesra-Barisan Nasional (BN) hampir empat tahun lalu yang diketahui dari kem perdana menteri, Najib Altantuya kini berdepan dengan seribu satu ancaman untuk menyingkirkannya dari jawatan nombor satu negeri.


Katanya bekas menteri besar, Tajol Rosli dikatakan cukup bersedia untuk meminggirkan Zambry, malah mereka dikatakan mendapat sokongan timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin.Biarpun Tajol Rosli tidak berminat untuk menjadi menteri besar lagi, juak-juaknya akan melakukan kejutan terhadap Zambry tidak lama lagi.

Daripada 24 bahagian Umno di negeri itu, 12 sudah tidak lagi disenaraikan sama ada ahli parlimen atau ADUN dalam pilihanraya umum akan datang.Zambry merasakan perlu untuk menggantikan mereka dengan orang-orang kepercayaannya dan inilah yang menyebabkan mereka yang tidak tersenarai mula beralih kepada kem Tajol.

Ini dibuktikan apabila Tajol sendiri menghantar faks kepada Speaker DUN yang sah yang juga ADUN Tronoh, V Sivakumar pada 28 Mac 2010, setahun selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada 4 Februari 2009.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN negeri menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Adalah mustahil Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Malah mereka juga mahu agar Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi atau Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah menjadi calon menteri besar sekiranya kembali menguasai negeri ini.Bagaimanapun, kedua-dua mereka enggan menerima tawaran yang diberikan atas alasan mementingkan kedudukan masing-masing di peringkat pusat.

Sebenarnya, ia hanyalah helah untuk memberi kedudukan Zambry sedikit selesa, tetapi beberapa nama lain disenaraikan sebagai back-up untuk menggantikannya.Kini perhatian mereka tertumpu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menjadi harapan terakhir untuk menggulingkan ADUN Pangkor itu.

Belum lagi perbalahannya dengan Presiden MIC, G Palanivel yang berkeras mahukan Speaker DUN Haram, R Ganesan dicalonkan di DUN Hutan Melintang berakhir, Zambry dikatakan keras kepala tidak mahu menerima cadangan tersebut.Alasannya Ganesan yang tewas di DUN Sungkai sudah tidak lagi relevan dengan kehendak pengundi di DUN tersebut.

Ini menyebabkan BN negeri dalam keadaan lemah untuk menentang Pakatan Rakyat yang dipercayai sudah menyiapkan calon-calon mereka bagi pertandingan satu-lawan-satu yang pastinya memberi masalah buat BN.

Zambry yang mendokong ideologi Najib Altantuya meletakkan calon 'winnable' kini seolah memancung kepala sendiri kerana kredibilitinya sebagai menteri besar haram makin dipersoalkan.Apakah Zambry akan terselamat sekali lagi atau DUN Pangkor sendiri yang majoritinya anggota tentera laut akan beralih angin mengundi Pakatan Rakyat kali ini?

Yang mustahak, Umno dan BN negeri kini berada dalam keadaan bahaya untuk kembali berkuasa, malah tidak mustahil akan terlepas sekali lagi kepada Pakatan Rakyat yang sudah meletakkan Nizar Jamaluddin sekali lagi sebagai calon menteri besar mereka.Apa yang pasti, BN negeri kini boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana 59 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pasti lebih sengit berbanding pilihanraya umum ke-12 lalu. ~jalan pulang



Iklan C (ii)

Parlimen Bubar Hari Ini?

Posted: 13 Mar 2013 04:30 AM PDT


Sumber dari blog Omakkau mengatakan kenderaan rasmi Najib kelihatan keluar dari Istana pagi tadi, apakah akhirnya parlimen akan dibubar petang ini ?

Atau Najib mintak nyawa dari pada DYMM Agong iaitu, minta pilihanraya ditangguhkan hingga kemelut di Sabah selesai??

Kereta rasmi Najib kelihatan keluar dari Istana Negara pagi tadi. Apakah Najib Razak mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung untuk mohon perkenan tuanku baginda untuk membubarkan parlimen?



Iklan C (ii)

Gempar!! Program Najib Lanyak Duit Rakyat RM900,000 Untuk 3,000 Orang

Posted: 12 Mar 2013 10:26 PM PDT

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mempertikaikan kos makan malam 'Beramah mesra bersama PM' anjuran Gabungan Persatuan Keturunan Cina Negeri Sembilan yang akan diadakan pada hari Sabtu 16 ini di Padang Majlis Perbandaran Seremban, bermula 7 malam.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata program yang berslogan 'Janji DiTepati' itu akan menyediakan 3, 000 ribu meja dan 30, 000 kerusi.

"Ini bermakna makan malam percuma akan disediakan kepada 30, 000 orang dan daripada maklumat yang saya terima, kos makanan untuk setiap orang adalah sebanyak RM30.00.

"Maka untuk menyediakan makanan untuk 30, 000 orang, pihak penganjur perlu menghabiskan wang sebanyak RM900, 000.

"Kos RM900, 000 untuk makanan sahaja dan itu belum dicampur dengan hadiah cabutan bertuah seperti sebuah kereta Proton Saga, lima motorsikal, lima set TV Plasma, 20 basikal, 100 baranag elektrik dan kos untuk mendirikan khemah, pembesar suara dan artis yang membuat persembahan.

"Logo kerajaan Negeri Sembilan turut dicetak dalam tiket cabutan bertuah.

"Persoalannya dari mana penganjur dapat peruntukan sebegini banyak untuk program ini? Ini satu pembaziran dan wang tersebut boleh dibelanjakan untuk perkara yang lebih manfaat, contohnya pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina," kata Mohd Taufek yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi.

Tutup jalan

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Sembilan, Yau Con Seng pula mempertikaikan tindakan menutup sebahagian daripada Jalan Yam Tuan pada hari Sabtu ini.

"Kerajaan Barisan Nasional kata perhimpunan Bersih menyusahkan orang ramai kerana banyak jalan kena tutup dan merugikan peniaga.

"Tetapi tidak mengapa pula kalau jalan ditutup untuk program ini. Bagaimana pula dengan masalah ruang tempat letak kereta? Apakah ia tidak akan menyesakkan bandar Seremban?


"Menawarkan hadiah cabutan bertuah seperti kereta dan motosikal mungkin untuk menarik lebih ramai masyarakat Cina hadir ke program ini, sekaligus memberi gambaran kepada Perdana Menteri bahawa masyarakat Cina menyokong penuh Barisan Nasional.

"Tetapi saya percaya, masyarakat Cina bijak. Mereka akan mengambil hadiah cabutan bertuah dan ketika hari mengundi akan mengundi calon Pakatan Rakyat," ujar Yau.

Sementara itu Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berpendapat kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke Negeri Sembilan membuktikan kegusaran mereka bahawa Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

`Janji-janji'

"Mereka datang dengan janji-janji. Selama 54 tahun lepas, mereka tidak buat (kekerapan bertemu rakyat) sedemikian.

"Kini mereka sudah merasa bahang kemarahan rakyat Negeri Sembilan menolak Barisan Nasional.

"Maka sejak Februari tahun lepas Najib sudah datang ke Negeri Sembilan sebanyak empat kali dan jika sah beliau hadir Sabtu ini, maka sebanyak lima kali.

"Sementara Muhyiddin pula sudah enam kali turun padang di Negeri Sembilan termasuk paling terbaru pada hari Jumaat minggu lepas.

"Menariknya kawasan yang kerap dan berkali-kali Najib serta Muhyiddin berkunjung adalah kawasan-kawasan yang Pakatan Rakyat telah menang pada PRU 2008.

"Walaubagaimanapun semuanya sudah terlambat. Rakyat Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina atau India sudah membuat keputusan dan nekad menolak Barisan Nasional pada PRU-13 tidak lama lagi," kata Mohamad Rafie. ~free malaysia today


Iklan C (ii)

Media Filipina Dakwa Polis Malaysia Bertindak Kejam

Posted: 12 Mar 2013 08:02 PM PDT


Laporan media Filipina terutamanya Inquirer.net yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia terutamanya polis bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah adalah satu tuduhan yang amat berat dan menjejaskan imej negara.

Dalam laporan itu, beberapa individu ditemubual wartawan Inquirer.net mendakwa pasukan polis ketika melakukan operasi mengesan militan Sulu di kawasan perkampungan di Sandakan bertindak ganas dengan mengarahkan lelaki Filipina berlari sebelum menembak mati mereka.

Malah laporan bertarikh 10 Mac dengan tajuk We're treated like animals (Kami dilayan seperti binatang) itu jelas berniat jahat kerana hanya mengambil testimoni dari beberapa individu, tanpa kenyataan rasmi pejabat kedutaan Malaysia di Manila.

Laporan itu menyebut seorang wanita, Amira Taradji, 32, Jumaat lalu, melalui detik-detik hitam dalam hidupnya kerana mendakwa adiknya, Jumadil ditembak mati oleh polis.

Inquirer.net turut memuatkan Amira menyebut sebahagian lelaki yang ditahan, walaupun sudah menunjukkan dokumen imigresen, tetap ditembak mati.

Lebih teruk lagi, wanita ini turut mendakwa warga Filipina di pusat tahanan tidak diberikan makanan dan ada antara mereka mati kebuluran.

Memberi respons kepada laporan media Filipina ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu tidak benar, dan menegaskan ia boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua negara.

Katanya, tiada laporan daripada mana-mana pihak di Sabah mengadu pasukan keselamatan bertindak kejam kepada pendatang Filipina.

Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan media Filipina itu.

Beliau juga menafikan dakwaan warga Filipina dibunuh di Sandakan, selain dari kumpulan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.

Ekoran laporan media Filipina ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menyarankan kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan itu jelas satu fitnah dan tidak berasas. ~sinar harian




Iklan C (ii)

Kantoi!! Siaran Langsung Pun Najib Nak Berbohong..

Posted: 12 Mar 2013 06:49 PM PDT

Dihebohkan seluruh negara kata malam ini ada siaran langsung berinteraksi dengan Najib Razak.. Rakyat soal dia jawab secara spontan.

Boleh tanya apa-apa jua soalan tetapi kena hantar soalan terlebih dahulu kepada penganjur...Ertinya soalan kena tapislah beb!!!.. Bukanlah kira secara langsung.

Paling memalukan Najib terkantoi terlondeh terburai terbarai ialah audien yang datang di studio rakaman mendengar jawapan Najib.


Ada dua kelompok yang berbeza duduk dibelakang Najib...WAKENA BEB!!! SUDAH KANTOI MALU TERLONDEH TERBURAI TERBARAI!!!!!...

MANA NAJIB MAU LETAK MUKA....DAPATI SIARAN LANGSUNG ADALAH PENIPU SEMATA-MATA IANYA ADALAH SIARAN RAKAMAN AWAL!!!!!

SAMPAI SIARAN LANGSUNG PUN SANGGUP UMNO MENIPU RAKYAT!!!!

JADI APA JAMINAN PERKARA LAIN UMNO TIDAK MENIPU!!!!!!!,, JENIS SIARAN LANGSUNG SANDIWARA!!!!.. TAK HABIS-HABIS UMNO BERSANDIWARA. ~rakyat marhaen



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: