Anak Sungai Derhaka |
- Lahad Datu: Video pertemuan Jeneral Musa dan talibarut warga tempatan tersebar!!
- Lahad Datu: Anwar akan ditangkap untuk menghalang kemaraan PR ke Putrajaya?
- Utusan disaman lagi!!.. Kali ini oleh Chegubard pula.. kerana fitnah ini..
- Tun Musa Hitam pertahan dasar Buku Jingga sambil bidas Mahathir
Lahad Datu: Video pertemuan Jeneral Musa dan talibarut warga tempatan tersebar!! Posted: 13 Mar 2013 08:06 AM PDT Klip video ini memperlihatkan Jeneral Musa, orang nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut warga tempatan. Dikatakan lelaki yang menerima topi dari Haji Musa adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu. Namun tidak diketahui nasib Haji Musa sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut. Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan. Haji Musa masih belum dapat dipastika samada masih hidup atau telah meninggal kerana dibunuh pihak Tentera kerana wujud percanggahan laporan mengenainya.. Menurut Bernama beliau telah terbunuh ini kerana hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain, Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan mengesahkan salah satu dari 16 mayat itu ialah Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa. Hussein berkata, identiti Komander Musa yang berusia lingkungan 50-an dikenal pasti hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain. Tetapi The Malaysian Insider pula melaporkan ... Komander Musa masih hidup dan 'menikmati kopi', Dakwa keluarga Kiram Baca juga Anwar akan ditangkap untuk menghalang kemaraan PR ke Putrajaya di SINI |
Lahad Datu: Anwar akan ditangkap untuk menghalang kemaraan PR ke Putrajaya? Posted: 13 Mar 2013 12:19 AM PDT Dari cara media-media tunggangan UMNO mengolah berita ianya kelihatan ke arah itu iaitu untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan di Lahad Datu.. Terbaru ialah semalam dimana media-media tunggangan UMNO melaporkan bahawa seorang pengganas berpangkat Jeneral dari Sulu yang berjaya dibunuh adalah bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). Tak perlu aku ulas panjang-panjang.. kenyataan Rafizi yang telah disiarkan oleh Malaysia Chronicle di bawah ini mencukupi untuk menjelaskan konspirasi UMNO itu... Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya UMNO menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu. Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan. "Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle. "Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Kita sudah begitu hamper pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno." Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa mengosongkan tempatnya. "Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi diantarabeliau dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle. "Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka memalsukan dakwaan pasukan polis untuk 'mati katak' daripada Tian Chua walaupun dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu ada alasan." Bukan pertama kali PKR mungkin mempunyai alasan untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka. "Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa. Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan. Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri. Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri. Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011. Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib. ~ Malaysia Chronicle |
Utusan disaman lagi!!.. Kali ini oleh Chegubard pula.. kerana fitnah ini.. Posted: 12 Mar 2013 09:31 PM PDT Untuk yang ke entah berapa kalinya Utusan atau Lidah Rasmi UMNO disaman lagi.. seperti biasa juga kerana menyiarkan artikel berbentuk fitnah.. Kali ini oleh Chegubard pula.. kerana fitnah itu Chegubard SAMM menuntut RM 5 Juta sebagai gantirugi dan pampasan daripada Utusan. Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali &Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang semalam. Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang. Ketika notis dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima. Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk "Medan Perah Duit Rakyat". Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut; http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat Tapi kalau korang klik di link itu.. image di bawah akan terpapar.. Tapi.. tak apa.. cache masih ada.. ini artikel yang telah di print screen.. Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut; "Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000." Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM. Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut; 1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja. 2. Permohonan maaf tanpa 'reservation' daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut 3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM. 4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut. Notis juga menyebut dua penama iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua. * Kenyataan Media oleh Azrizal Tahir, Pengarah Kewangan SAMM yang aku dah edit sikit dengan tambahan artikel dari Utusan.. * |
Tun Musa Hitam pertahan dasar Buku Jingga sambil bidas Mahathir Posted: 12 Mar 2013 05:00 PM PDT Antara kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam 'Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' di Kompleks Karangkraf' yang perlu difikirkan menggunakan otak oleh macai-macai UMNO ialah.. Pertama - "Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan. Kedua - "Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap," Ketiga - Ketika ditanya bagaimana untuk mengubah minda Melayu dan gerak kerja yang berasaskan perkauman, Musa, 78, berkata "Itu yang saya duka cita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan proses semula jadi. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia. Ayat kedua tu.. dia sindir Mahathir yang lebih Melayu dari Melayu sedangkan dia datang dari Karala. India dan juga lain-lain macai UMNO yang sering melaungkan HIDUP MELAYU!! yang sekapal dengannya.. Ayat yang ketiga tu mungkin macai-macai UMNO kurang faham.. tak apa aku tolong permudahkan, kalau kita cerdik ianya tak susah untuk mengubah minda yang berasaskan perkauman.. tapi kalau bodoh macam macai-macai UMNO yang ada sekarang ni.. susah sikitlah... ha.. ha.. ha.. Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara. Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat. "Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan. "Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing. "Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' di Kompleks Karangkraf. Wujud spekulasi Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga. Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta menurunkan harga kereta. Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara. "Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat. "Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak," katanya. Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi. Enggan ulas lanjut Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti. Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi. Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Mr Mansuh'. Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara. Bangkrap politik "Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap. "Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman," tegasnya. Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan. Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai. Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam. Katanya, perasaan rendah diri boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik ~ Free Malaysia Today Kenyataan yang kedua dan ketiga di atas di petik dari Sinar Harian di ( SINI ) Buat macai-macai UMNO tu.. fikir-fikirkan.. kenyataan di atas adalah kenyataan dari seorang pemimpinUMNO yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri.. bukannya Ketua Cawangan atau Timbalan Ketua Cawangan... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan