Khamis, 7 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ini kali.... HUMBAN sajalah!!

Posted: 07 Mar 2013 07:23 AM PST


Barangan yang dah expired... tidak boleh digunakan lagi. Ia boleh mendatangkan mudarat jika digunakan atau dimakan. Lebih-lebh lagi kalau hok yang low kualiti. Hahahaha.... layak kena tereban jek. Campakkan jer...

Begitu jugalah dengan kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak. 28 Mac ni cukuplah tempoh expired mereka sebagai kerajaan yang sah. Malangnya, sampai ke hari ini... Parlimen tak bubar-bubar lagi. Lepas satu tarikh ke satu tarikh khabarnya Parlimen akan bubar tapi satu pun tak menjadi kenyataan.

KUALA LUMPUR: Walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihan raya Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata pakar perlembagaan.

"BN berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan.

"Pengundi boleh secara sah berkata mereka mengundi untuk kerajaan BN pada 8 Mac, 2008 untuk memerintah selama 5 tahun, dan jika kerajaan tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia akan menjadi caretaker government (kerajaan sementara)," kata peguam Tommy Thomas dalam satu artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini.

Menurut Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28 Jun berakhir.

Namun demikan, beliau berkata sekiranya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin mengekalkan tradisi untuk mengadakan pilihanraya Dun dan parlimen serentak, maka parlimen perlu dibubarkan awal sebelum 26 Mei.

Ini kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya, kerana sesi Dewan Undangan Negerinya akan terbubar sendiri pada 26 Mac.

Tommy berkata sistem ala-Westminster yang digunakan di Malaysia bermaksud Perda Mneteri boleh menentukan tarikh pilihanraya, termasuk ingin mengadakan pilihanraya lebih awal.

Beliau mengimbas kembali kuasa istimewa ini di mana semua bekas Perdana Menteri termasuk Tun Abdullah Badawi telah membubarkan parlimen lebih awal.

"Jadi mengapa Najib masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk menasihati Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya, dan kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13? Hanya satu jawapan untuk itu, BN takut ditewaskan," kata Tommy.  

Beliau turut berkata hubungan antara politik dan perniagaan mungkin memperkukuhkan kepercayaan kepada teori bahawa kerajaan ingin untuk memasuki kontrak yang memberi manfaat kepada tabung politik mereka menjelang pilihan raya.- HD

Mengapa agaknya Najib takut nak bubar Parlimen dan berdepan dengan pilihan raya??

Jawapannya mudah. Puak-puak ni takut kerana mereka berada dalam keadaan amat defensif. Isu demi isu menyerang mereka. Macam-macam ler.... Tak payah sebut, sebab.... seantero dunia sudah tahu. Yang syiuknyer... peluru-peluru yang digunakan untuk menyerang mereka ialah buatan mereka sendiri. Lagi kesian.... kekadang mereka cuba topedo kita tetapi topedo patah balik booommm mereka balik. Hahahaha... padan muka.

Mereka sekarang dalam keadaan serba tak kena. Segala isu yang berkaitan kehaprakan mereka... tak terjawab. Kalau jawab pon... jawapan bodoh belaka. Budak tadika pon gelak dengor jawapan bodoh mereka. Mereka cuba memperbodohkan rakyat, sebaliknyer mereka yang kelihatan amat bangang.

Sekarang tempoh hayat mereka dah nak expired pon, masih tak berani nak bubarkan Parlimen. Serba salah wa cakap lu.. Bubar awal mereka kiok... Bubar ikut tempoh pun mereka akan kiok... 

Apakah mereka harap dengan terpentasnyer drama Lahad Datu mereka akan dapat semula keyakinan dan sokongan rakyat khususnya di Sabah, yang menjadi fixed deposit mereka selama ini??

Berehenti berharap ler.... Lahad Datu ke... Sulatn Sulu ke... sandiwara ke... bukan sandiwara ke.... UMNO/BN akan tersungkur jua, in shaa Allah. Ini kerana... rakyat sudah teramat muak dengan segala bentuk penipuan dan kerakusan mereka.

Hahahaha.... jom kita humban UMNO/BN ke liang lahad.

Kebenaran atau drama arahan...??

Posted: 06 Mar 2013 06:01 PM PST


Kerajaan kata betoi-betoi.... bukan drama tapi banyak juga yang skeptikal dengan mengatakan ia satu drama.

Rasionalnya.... para keparat tak nak terbarai pasal isu pemberian IC dan ada juga yang kata sengaja nak bikin havoc agar PRU di Sabah ditanguhkan. Ada juga yang kata ini sebagai nak alih isu Najib dan Altantunya yang sedang hangat di-stori-kan oleh si Bala senatero 1Malaysia.

Hahahaha... tau takut!! Itu sepasal tapi kita semua pun dah sedia maklum... yang UMNO/BN di Sabah kini sudah goyah. Sabah tidak menjaminkan  fix deposit lagi buat BN. Rakyat dan banyak pemimpin di Sabah sudah sedar akan kedurjaan UMNO/BN. Makin ramai yang dah angkat kaki...

Banyak orang yang tertanya-tanya... Apakah konspirasi IC kini makan diri?? Apakah drama Lahad Datu ini for real atau satu sandiwara?? Apakah ia satu sandiwara tapi dibuat agar kelihatan real hingga mereka terpaksa menumpahkan darah untuk buat rakyat percaya??

Wallahua'lam pada soalan-soalan tadi. Tapi... orang yang terdesak, sanggup lakukan apa saja untuk terus hidup. Kalau sandiwara tak real.... 'nyawa' mereka pulak yang akan melayang dan jasad mereka pulak yang akan masuk 'kubor'. 

Hahahaha... kubor kat Sg Buluh. Kubor kat Tepen... kubor kat Kajang. Tak cukup kubor kalu... kita bina lagi untuk kita sumbatkan para keparat ini, apabila kita memerintah nanti.

Namun, jika ia benar satu pencerobohan di pihak Sulu... maka kita sebagai rakyat mesti mempertahankan kedaulatan negara. Tak der kompromi dalam soal ini. Tapi... persoalannyer sekarang, bagaimana penceroboh boleh bolos??

Ini menunjukkan kerajaan yang dok ada ni gagal untuk menjaga kedaulatan negara kita. Mana nak jaga kedaulatan negara... kalau asyik sibuk menjaga 'perut' sendiri. Ini macam punya kerajaan nak kita junjung lagi??

Weh.... silap besor ler!! Bukan hanya kedaulatan negara dah terburai... kesejahteraan negara pon mereka abaikan hingga terbarai. Malah.... duit negara pon hampir habis langsai. Nak dokong mereka lagi?? 

Tergadai negara ni nanti.... Jam tu nanti, Melayu takkan hilang tapi Melayu akan lintang pukang... menumpang di negeri sendiri. Malang komer.... malang... Oleh itu, nak sokong para keparat ni lagi??

Mahap cakap ler....orang BODOH jer yang akan sokong mereka lagi. Gua tak nak jadi bodoh. You all amacam?? 

[Kredit untuk tuan punya gambar]

Tiada ulasan: