Khamis, 7 Mac 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Media Filipina Pertikai Foto Mangsa Serangan!

Posted: 06 Mar 2013 08:45 PM PST


[Dikala media arus perdana di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut. Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007. Menurut sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima. Namun bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka kesaihannya boleh dipertikaikan. Lantaran itulah dalam pendedahan terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu. Ini kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom. Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku. Mereka tidak mungkin membawa alatan yang  membolehkan ia digali sedemikian rupa. Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan menimbulkan kontroversi].

Panas: "Gambar Foto Mangsa Serangan", Ramai Pihak Kini Keliru Dengan Keadaan Mayat Yang Di Dedahkan

Posted: 06 Mar 2013 09:02 AM PST

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini. Zahid dalam sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi semalam serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh. Kerajaan katanya mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu kelmarin. Namun, anehnya ramai pihak yang kini memepertikaikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, dalam laman sembang sosial facebook kini isu itu hangat diperdebatkan. Ini kerana, keadaan mayat yang berada dalam liang lahad itu jauh sekali bezanya dengan rupa bentuk para penceroboh Sulu yang sebenarnya. Dengan keadaan mayat yang hanya memakai T-Shirt hitam, siap dengan sarung tangan dan sebagainya langsung kata mereka tidak menggambarkan keadaan sebenar. Difahamkan para penceroboh kebanyakkannya memakai pakaian celoreng ala tentera. Malah keadaan mayat yang sudah kembong perut itu juga dipertikaikan kerana ia menggambarkan mayat itu sudah terlalu lama ditanam, sedangkan serangan baru berlaku kelmarin. Apapun, kesangsian itu harud dijawab sendiri oleh kerajaan kerana ia cukup memuskilkan. Malah, sebelum ini akhbar arus perdana Utusan Malaysia ada melaporkan seramai 30 penceroboh mati dalam serangan itu, walhal Zahid menjelaskan hanya 13 orang sahaja yang terbunuh. Oleh itu, kekeliruan ini harus diperjelaskan, apakah gambar mangsa serangan di Sabah atau di mana?. 


Malah lebih mengejutkan ada juga yang mempertikaikan, jika benar mayat tersebut mati akaibat serangan bom kenapa papan penutup kubur berkenaan tidak musnah dibom bersama mayat-mayat berkenaan. "Kalau itu lah mayat hasil dari gempuran pesawat pengebom dan meriam, ternyata satu pembohongan juga. Perhatikan mayat sudah mula mengembong. Itu ialah mayat mereka yang mati beberapa hari lalu akibat pertempuran. Mayat oleh pengeboman mestilah ada ciri2 boooooom..  Mcm ni punya lubang, mkn masa jugak nak korek....tepi jalan? Kompius aku. Lojik tak bila masa penceroboh gali lubang sedang polis malaysia kepung dan ada kah penceroboh bwa cangkul dan pengali???.pembohong la tk masuk akal langsun.aku bekas tentera la", kata kenyataan komentar panas di laman facebook yang diperolehi.


[Apa yang memusykilkan ialah kenapa sudah beberapa hari tiada visual atau pun gambar bukti yang lebih meyakinkan. Jika diluar negara bila berlaku serangan  pasti kita boleh saksikan secara rakaman atau live lokasi-lokasi serangan terbabit. Tetapi anehnya dinegara kita serangan dilakukan namun tiada visual yang berjaya dikesan. Malah lebih pelik lagi apabila wartawan media dari negara kita boleh pula pergi buat liputan di negara yang sedang bergolak seperti di Iraq, Syria, Afghanistan, Somalia, Sudan, Palestin dan sebagainya bagi melaporkan situasi semasa keadaan peperangan di sana. namun, di negara sendiri mereka dihalang, tidak dibenarkan masuk dan rakyat hanya disumbatkan berita dari PDRM, ATM, RTM dan TV3 sebenarnya. Malah, wartawan dari Manila Post juga disekat untuk membuat liputan serangan yang berlaku. Bukankah tindakan ini sesuatu yang tidak masuk dek akal dan amat tidak logik sama sekali. Apapun, pihak berkuasa mungkin ada caranya untuk menangani isu ini. Cuma biarlah ia boleh diterima oleh rakyat. Tidak mungkin selepas 48 jam serangan, baru maklumat boleh disampaikan kepada media. Ini akan menyebabkan mereka sendiri akhirnya seringkali tertanya-tanya, apakah yang berlaku dalam serangan di Lahad Datu?].

Panas: Kenapa Penceroboh Di Tangkap Tidak Bergari

Posted: 06 Mar 2013 08:07 AM PST


[Ramai pihak musykil dan keliru dengan tindakan pihak polis yang tidak menggari beberapa orang penceroboh Sulu yang berjaya ditangkap di Semporna baru-baru ini. Mereka hairan kenapa penceroboh yang sudah terbukti membunuh beberapa orang anggota polis Malaysia itu dilayan sedemikian rupa, sedangkan umum mengetahui rakyat Malaysia yang ditangkap ketika Himpunan Bersih 3.0 ditangkap dan digari oleh pihak polis umpama penjenayah sedangkan mereka yang datang tidak membawa apa-apa senjata berbahaya. Kenapakah pihak polis masih boleh berlembut dengan para penceroboh yang amat berbahaya itu agaknya. Apapun, mungkin ini satu strategi pihak polis melaksanakan tugas mereka agaknya. Apapun, rakyat mengharapkan pihak polis melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi demi kedaulatan negara yang tercinta ini hendaknya. Malah, ramai yang berharap insiden pencerobohan ini dapat diselesaikan dengan segera sebelum PRU-13 akan menjelang tiba tidak lama lagi].

Tiada ulasan: