Khamis, 7 Mac 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GANBAR PALING TOP DAN MENARIK MINGGU INI

Posted: 07 Mar 2013 08:27 AM PST


lahad datu:GP: Jeneral Sulu, 31 yang lain terbunuh

Posted: 07 Mar 2013 06:27 AM PST

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh seramai 31 orang penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu malam.
map sabah lahad datuKatanya, pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah musuh ditembak dan dipercayai terbunuh.

Beliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.

Jumlah penceroboh yang terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang di Kampung Tanduo pagi ini.

Tiada laporan sebarang kecederaan di pihak pasukan keselamatan Malaysia dalam pertempuran tersebut.

Selain daripada mengatakan bahawa 'jeneral' tersebut adalah pemimpin kumpulan itu, Ismail tidak mengesahkan identitinya.

Bagaimanapun, Azimuddie Kiram sebelum ini dilaporkan sebagai pemimpin kumpulan itu yang membawa mereka menceroboh Sabah dan kemudiannya mengambilalih Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Ismail berkata pasukan keselamatan belum dapat mengeluarkan mayat dari zon operasi.

Sehingga ini, Ismail (kiri dalam foto) berkata sejumlah 52 musuh terbunuh di Lahad Datu dan Semporna sejak awal krisis tersebut.

Selain daripada 32 orang yang baru diumumkan terbunuh, seseorang dibunuh di Kampung Tanduo pagi semalam, menjadi jumlah kematian di pihak musuh sejak Ops Daulat dilancarkan Selasa kepada 33.

Sebelum ini, 12 terbunuh dalam pertempuran awal di Kampung Tandou Kampung Jumaat lepas.

Di samping itu, tujuh musuh dilaporkan terbunuh di Semporna pada hari Ahad.

Selain lapan anggota polis yang terkorban sebelum operasi habis-habisan dilancar, tidak ada anggota lain pasukan keselamatan yang terbunuh atau cedera, kata Ismail.

Ini bermakna jumlah kematian kedua-dua belah pihak sejak pertempuran awal dan serangan berikutnya ialah 60 orang.

Beliau juga mengumumkan bahawa Ops Daulat kini telah diperluaskan daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, ke Tanjung Labian dalam gerakan pasukan keselamatan memburu saki baki penceroboh.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin, yang berkata walaupun operasi itu diperluaskan ke kawasan-kawasan lain, tetapi beberapa penceroboh masih bersembunyi di Kampung Tandou.
[Baca berita penuh]

Tiada ulasan: