Ahad, 17 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Perwira 1Malaysia akan ke barisan hadapan??

Posted: 17 Mar 2013 06:35 AM PDT


Hahahaha... Aku dah kata... Aku dah kata...

Bukan aku saja tapi semua dah agak dah, yang kes Lahad Datu ini akan digunakan oleh Najib sebagai alasan untuk mendapatkan sokongan rakyat agar berdiri teguh di belakangnya. Kononnyer.... untuk sama-sama bertanggung jawab mempertahankan kedaukatan negara.

Weh... nak mempertahankan kedaulatan negara no hal punyer. Tapi masalahnyer sekarang... kejadian yang berlaku di Lahad Datu itu dikatakan berpunca daripada puak-puak UMNO jugak. Mereka yang lancar Projek IC dan mereka yang pandai-pandai berjanji dengan orang-orang Sulu tu. Lepas tu... .nak heret rakyat semua dalam kancah ini dengan memberi sokongan kepada mereka.

Itu ler... gila kuasa sangat. Apabila senjata yang digunakan untuk kekalkan kuasa mula makan diri... mula nak mintak sokongan rakyat. Mereka yang paling malang, kesan daripada percaturan politik kotor UMNO/BN ialah para perajurit kita. Mereka gugur mempertahankan kedaulatan negara kerana kerakusan UMNO/BN untuk berkuasa. Al Fatihah buat mereka... Yang paling kesian ialah  anak bini serta keluarga yang mereka ditinggalkan.

Apabila dah tercerut... kini Najib mula pukul canang, merayu rakyat agar menunjukkan semangat patriotisme dan memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dan kerajaan untuk mengatasi kemelut ini.

Dia juga berkata sekiranya negara dipimpin oleh sebuah kerajaan yang lemah dan tidak mampu menjamin kestabilan, ia boleh mengundang pelbagai masalah seperti rakyat, pelabur dan peniaga hilang keyakinan. [Baca lagi di sini]

Hello, lu orang tidur kah?? Sekarang...ketika negara berhadapan dengan pencerobohan ke atas kedaulatannya, siapakah kerajaan yang memerintah?? Kerajaan manakah punya angkara semua ini berlaku?? Siapa yang sebenarnya lemah??

Biar aku jawab. Weh.... kerajaan UMNO/BN lah woit..!! Yang lemah dan tidak dapat nak menjamin kestabilan negara ialah kerajaan UMNO/BN. Yang mennjadi punca kedaulatan negara diceroboh ialah kerajaan UMNO/BN. Jadi, jangan nak persalahkan pihak lain. Derang yang cucuk sarang tabuan... malangnya, rakyat pulak yang terpaksa menerima akibatnya. Derang senang lenang...

Kalau Najib betul-betul serius dan ikhlas mahu mempertahankan negara.... ayuh pergi berada di barisan hadapan, pimpin pasukan keselamatan kita. Pegang senjata dan nyahkan para penceroboh dari bumi Lahad Datu dan sewaktu dengannya. Jangan banyak cakap dan jangan banyak songeh. Dia pun rakyat jugak. Tambahan pulak... sekarang dia Piem yang sudah tamat tempoh. Ayuh... capai senjata dan pergi berjuang. Aha... jadilah perwiraku, baru boleh jadi wira 1Malaysia.

So.... amacam?? Ada berani??

Menipu atau tertipu..??

Posted: 16 Mar 2013 07:30 PM PDT


Kalau menipu... maknanya, dia tidak ada integriti dan tak boleh dipercayai.

Kalau tertipu.... maknanya mudah. Bodoh..!! Sah dia tak layak jadi Perdana Menteri.

Oleh itu... INI KALI-LAH...!!

Kewibawaan Najib terjejas, penipuan statistik memalukan negara

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya malu dengan penampilannya dalam program TV3 bertajuk 'Conversation with the PM' yang disiarkan 12 Mac lalu kerana kenyataannya hanya 'menyedapkan hati' mengenai keadaan ekonomi negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, selain itu Najib tidak ada petunjuk untuk menawarkan dasar ajaib jika Barisan Nasional (BN) dipilih semula memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Katanya, Najib juga gagal menyatakan bagaimana pentadbiran baru akan menangani pelbagai masalah yang bersarang selama empat tahun pemerintahan beliau dan antara yang paling ketara ialah meningkatnya hutang baik kerajaan atau swasta, defisit berterusan meskipun kadar pertumbuhan KDNK purata lima peratus setahun.

"Tahap pendapatan dan gaji yang lembap gagal mencerminkan hasil pertumbuhan, pelaburan swasta gagal bertindak balas kepada apa yang kononnya langkah rangsangan dan insentif yang diumumkan dalam belanjawan, selain barah rasuah yang terus tumbuh," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 28 Hari ke PRU-13, semalam.

Menurut Kit Siang, Najib kini berada dalam angin pilihan raya sebab itu beliau tidak dapat menahan daripada mengkritik manifesto Pakatan Rakyat apabila mendakwa janji itu adalah mustahil dapat ditunaikan.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak cuba memberi petunjuk apa yang BN akan tawarkan mengenai dasar dan pendekatan khusus yang akan berhadapan dengan cabaran dan dalam meningkatkan taraf hidup majoriti penduduk yang berdepan jurang pendapatan yang semakin luas.

"Terdapat dua tema utama dalam wawancara yang menjawab soalan 'lembut' yang dilontarkan tetapi Najib dengan muka tebal mendakwa keadaan ekonomi baik jelas palsu," katanya.

Mengikut satu emel yang saya terima daripada seorang bekas pengurus bank antarabangsa dari luar negara yang menggelarkan dirinya "Fact Finder" turut marah dengan "Statistik Alice-in-Wonderland dalam Transformasi Ekonomi Malaysia" yang dinyatakan Najib dalam wawancara berjam lamanya itu.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, beliau dapati emel itu begitu menarik, tajam daya tanggapan dan penting sebab itu dipaparkan sepenuhnya mengenai angka yang dipetik Najib itu menyimpang jauh daripada angka GNI per kapita sebenar Malaysia yang dikeluarkan Bank Dunia di laman web: http://data.worldbank.org/indicator/NY.GNP.PCAP.CD/countries/MY-4E-XT?display=default

"Itu adalah antara contoh penipuan angka Najib untuk memperdayakan orang ramai, tetapi penganalisis dan pemerhati pasaran dapat mengesan temberang berkenaan.

"Kewibawaan Najib benar-benar terjejas dan keseluruhan percubaan akan dilihat sebagai aksi murahan dan memalukan negara kerana sebagai Perdana Menteri yang terlatih dalam bidang ekonomi sepatutnya lebih tahu mengenai perkara asas," katanya.

Oleh itu, Kit Siang berkata, rakyat Malaysia berhak mengetahui jawapan Najib sama ada beliau menipu mengenai statistik atau beliau mendapat maklumat salah dan disesatkan penasihatnya apabila membuat dakwaan palsu mengenai pertumbuhan GNI Malaysia per kapita antara 2009 dan 2012. – Roketkini.com
 

Untonglah dapat jadi taukeh air..

Posted: 16 Mar 2013 05:30 PM PDT


Sapa nak jadi tokeh, angkat tangan..??

Oooooo.... ramainyer. Bagus... bagus... bagus... Sapa yang tak angkat tangan tu... B.O.D.O.H-lah...!!! Hok yang angkat tangan itu bijak... kerana mereka, rakyat yang berjiwa merdeka dan tahu apa yang baik untuk mereka sebagai rakyat.

Mereka sedar... kerajaan mana yang berjiwa rakyat dan kerajaan mana yang membuli rakyat. Hok yang membuli dan mencengkam kehidupan rakyat ialah UMNO/BN, manakala hok yang bertanggungjawab mengurangkan beban rakyat ialah Pakatan Rakyat.

Hahahaha.... atas rasa tanggung jawab kepada rakyatlah maka kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjanji akan menjadikan rakyatnya tokeh air di Selangor dengan menerbitkan saham air untuk rakyatnya. [ Baca sini ]

Aha... iniler yang dikatakan kerajaan dari rakyat kepada rakyat. Bukan macam UMNO/BN.... kerajaan menghisap darah. Yang dihisapnyer pulak tu ialah darah rakyatnyer sendiri. Hisshh... keji betoi!!

Kalau betul syarikat-syarikat milik kroni UMNO ni pentingkan kebajikan rakyat.... mereka pasti akan menerima tawaran lumayan daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kalau tidak.... ?? Lu pikirlah sendiri....

Apa pun... syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana membuat perancangan yang proaktif demi kesejahteraan semua rakyatnya.

Oleh itu.... teruskanlah memberi kepercayaan dan mandat kepada Pakatan Rakyat bagi membolehkan mereka terus memegang amanah bagi memerintah negeri Selangor.

Fuulaamakk...!! Komer bakal jadi TAUKEH AIR-lah... Jeleess aku!! Mana nak dapat peluang keemasan macam ni. 

Grab jangan tak grab tapi sebelum grab.... pangkah PR-lah!!

Sketsa komedi dari Kelate

Posted: 16 Mar 2013 11:51 AM PDT

Kredit:Utusan Meloya


Beruk kena buasir... Berak kuar darah
Kalau udah tok sir... Mu Blah belako lah!!

Pingan tak retak.. nasik tak dingin
Kalau dah tak nak... Pas pon tak hingin!!

 Beruk tunggal... kena belacan
 Mu ucap "Selamat Tinggal"... PAS ucap "Selamat Jalan"-lah!!

Tiada ulasan: