PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- 7 Dosa-dosa
- Pertempuran makin Hampir
- Occupy Dataran bukan garis tetapi pertukaran sistem
- Apakah Konpirasi sebenar disebalik pembebasan Anwar?
- Konspirasi Apa Anwar Di Bebaskan?
- Siapa Kunyit dan Siapa Meng'kunyit????
- Sebuah Republik Demokratik Sosialis dengan Asas Islam
- Agama Baru Anutan Masyarakat Dunia
- RAHSIA SEHARI SEBELUM KRISMAS
- Puisi Kebebasan : Merindu Ruang
- PKR Masih Kabur Arah
- Ekonomi kita Terkangkang macam Pelacur
- Bila Parti Politik tak boleh harap "direct democracy" pilihan kita!
- Revolusi Dunia 15 Oktober ini!
- Revolusi sudah merebak ke England
- apa itu rang undang - undang kampong baru
- Revolusi Amerika : Hari Ke-6
- Membongkar sejarah 1948
- Revolusi Amerika Hari ke-6
- Revolusi Dunia akan bermula 15 Oktober ini!
- Revolusi Amerika : Kini Demonstran melimpah ke Liberty laza
- SAH, KENYATAAN MAT SABU TAK DAPAT DISANGKAL LAGI
- Revolusi Amerika : Polis Mula Menyerang
- Kecewa PM tak sudi jumpa blogger Umno ugut potong kaki Nawemee
- Revolusi Amerika : Perhimpunan Rakyat Amerika Hari ke-2 di hadapan wallstreet
Posted: 17 Mar 2013 04:10 AM PDT Kini Mat Monggol berteriak di depan seluruh rakyat kelantan tentang 7 Dosa,di mana dosa-dosa itu? katanya dosa itu kerana bersama DAP. Jadi Apa dosa bersama MCA dan MIC? apa dosa runtuhkan masjid bujal? apa dosa usir orang kampung berembang? apa dosa Najib kena tibai dek pemimpun Hamas ketika ke Palestin? Jadi rakyat seanteronya kini boleh ketawa pecah-pecah perut bila Najib kata ada dosa yang semuanya berjumlah hanya 7 sahaja. Jadi ke mana pergi dosa-dosa gerombolan yang lain.Tiba-tiba Mat Monggol cakap pasal dosa yang 7,tiba-tiba mat monggol jadi ustaz,tiba-tiba mat monggol nak jadi terrer cakap pasal agama. Bila bercakap soal dosa,maka kita akan teringat taktik dan teknik 3R,apakah ianya satu taktik yang akan berjaya? Cuma bila Mat Monggol sebut pasal Dosa,aku teringat ketika masjid bujal di terengganu,bila mat monggol cakap pasal dosa aku teringat kan Kampung Berembang,bila Mat Monggol cakap pasal dosa aku teringat lagi pada Kampong Rimba Jaya,Kampung Kerinchi dan Abdullah Hukum. Rasanya Fathul Bari sahaja yang layak untuk jawab Apa Dosa Gerombolan United Malays National Organisation pada Islam dan Orang Melayu Published with Blogger-droid v2.0.10 |
Posted: 16 Mar 2013 09:34 AM PDT Di saat-saat akhir Najib tak mahu lagi untuk membubarkan parlimen,apakah kerisauan yang ada di hatinya. Mungkin belum mendapat arahan dari Rosmah atau bermacam kerisauan mula menghantui.Mungkin dah lama aku tak menulis blog mungkin kini penguasaan twitter dalam dunia cyber. Tapi makin aku mengundur diri makin naik lemak pulak geng-geng gerombolan khususnya para pencacai.Hari ini aku mengumumkan untuk kembali semula ke dunia blogger yang telah aku tinggal agak sekian lama. Dulu aku agak kritis dalam melihat sistem politik kepartian kerana kini idealisme sosialis ku menghampiri Anarkisme.Tapi kini aku mula sedar yang harus musnahkan adalah raksaksa pertama,dan raksaksa kedua adalah tugas seterusnya.... |
Occupy Dataran bukan garis tetapi pertukaran sistem Posted: 24 Apr 2012 09:06 PM PDT Saya rasa sudah sampai masa saya memberi pandangan yang lebih jelas lagi tentang #occupydataran semenjak saya,Fahmi Reza,Pik-Svonn,Melissa,Kia Meng,Aizat,Ehsan dan Mizan serta ramai lagi mula menggerakkan occupy dataran pada 30 julai 2011 jam 8.00 di bawah tiang bendera di dataran merdeka. Pada mulanya kami menonton tayangan diskusi oleh Fahmi Reza tentang gerakkan Revolusi Sepanyol beberapa hari sebelumnya yang mana sebuah gerakkan menuntut sistem demkorasi tulen muncul di sepanyol 3 bulan selepas Revolusi Dataran Tahrir setelah rakyat sepanyol hilang kepercayaan pada kedua - dua belah parti politik dari kerajaan dan pembangkang iaitu Socialist (Kini Kerajaan) dan Conservative (Pembangkang). Ini kerana apabila parti Sosialis di sepanyol berjaya merampas kuasa dari parti Konservatif melalui pilihanraya pada 15 mei yang lalu dan menjadi kerajaan,kerajaan yang di bentuk parti sosialis gagal menangani masalah ekonomi di sepanyol terutamanya masalah 40% penganguran. Di situ rakyat sepanyol telah pun melihat bahawa salah satu kesilapan besar dalam Revolusi dan Reformasi adalah menaik dan menurunkan Regim dan bermula dari itu mereka merasa bukan regim yang harus di tukar tetapi paling utama adalah sistem demokrasi itu. Sistem demokrasi yang lebih tulen, telus,adil,demokratik dan di partisipasi oleh keseluruhan golongan masyarakat masyarakat yang melangkaui kepelbagaian Ideologi,pandangan politik dan budaya.Sistem Demokrasi yang domokratik yang lebih mementingkan pemerkasaan rakyat dari golongan bawahan untuk membuat keputusan secara kolektif tanpa parti politik. Dan bermula dari situ kami mula mempraktikkan sistem demokrasi secara langsung menggunakan "Tutorial" yang di ambil dari laman web yang di sediakan oleh kem madrid yang di nama kan "Tomala calle Democracia Real Ya" Dan beberapa hari sebelum kami menonton tayangan diskusi tersebut kami mendapat tahu ada sebuah gerakkan yang sama dengan di sepanyol sedang merancang untuk "menakluki" Wall Street yang di namakan sebagai#OccupyWallStreet yang menuntut keadilan ekonomi. Pada malam itu juga kami telah bersetuju untuk meletakkan nama "nya" sebagai #occupydataran namun sejak itu kami melalui saat - saat getir untuk mempromosi #occupydataran sebagai sebuah platform baru bagi sesiapa yang sudah muak dengan sistem parti politik dan organisasi yang bersifat herarki dan yang menggunakan sistem perwakilan. Bagi saya yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis tentang #occupydataran sejak menggerakkan, gerakkan yang mengambil konsep perkongsian kepimpinan individu secara kolektif ini ialah apabila muncul banyak tanggapan yang salah tentang #occupydataran. Lebih - lebih lagi setelah bergabung dengan Mahasiswa dalam protes Anti-PTPTN.Sebenarnya perlu lebih di perjelaskan apakah bezanya antara#occupydataran dan gerakkan Mahasiswa ialah Matlamat kedua - dua gerakkan ini. Beza Gerakkan Mahasiswa bersifat sebuah organisasi yang yang punya struktur yang berbentuk herarki manakala #occupydataran bersifat rata manakala dari segi kepimpinan pula, Kepimpinan Mahasiswa di lihat sebagai "Monopolized Leadership" kerana hanya Ketua atau Pengerusi sahaja yang akan membuat apa - apa arahan. Ianya sama seperti mana - mana Pertubuhan bukan kerajaan,Pertubuhan Kerajaan Mahupun Parti -parti Politik Manakala #occupydataran pula lebih mengambil pendekatan kepada perkongsian kepimpinan. Dalam pada itu #occupydataran bukannya sebuah organisasi tetapi lebih bertindak sebagai platform rakyat yang lebih di kenali sebagai "The Parliament Of Popular Assembly" yang melangkaui Kepelbagaian Ideologi,Pandangan politik dan budaya. #occupydataran sejak gerakkan oleh sekumpulan anak muda sejak 30 julai 2011 lalu yang mana majoriti dan mereka adalah Mahasiswa Universiti dan Graduan Universiti telah mengambil inspirasi dari gerakkan 15-M yang muncul pada 15 Mei di Dataran Puerta Del Sol Madrid Sepanyol setelah 3 bulan selepas kebangkitan Revolusi dataran Tahrir di Mesir. Apa yang lebih real di sini #occupydataran membuat apa - apa keputusan secara konsensus dan bukannya secara majoriti atau minoriti dan yang lebih unik #occupydataran menggunakan format yang ada di parlimen dan membawanya "turun" ke dataran untuk di partisipasi oleh sesiapa sahaja tak kira apa sahaja pandangan dan ideologi politiknya melalui ""KL People Assembly" atau Sidang Rakyat Kuala Lumpur. Di sini setiap ahli Sidang Rakyat akan mengusul,menganalisis isu,menperdebatkan isu dan akhir sekali menghasilkan apa - apa idea yang akan datang dengan cadangan ke arah jalan penyelesaian. Manakala proses perjalanan Sidang Rakyat akan di pengerusikan oleh seorang Moderator yang tidak boleh membuat keputusan dan hanya boleh mengawal perjalanan Sidang sebagai penimbang tara. Manakala proses undian di jalankan dengan menggunakan gaya tangan dan sebarang bantahan hendaklah di kemukakan dengan justifikasi dan harus di jelaskan mengapa peserta membantah dan apakah cadangan yang boleh di ketengahkan agar hak orang membantah boleh di kombinasi dalam golongan majoriti agar menjadi konsensus. Andai bilangan peserta yang membantah keputusan berbentuk minoriti mahupun hanya seorang sahaja,keputusan berkenaan tidak boleh di luluskan. Secara jelas di sini bahawa matlamat #occupydataran adalah lebih kepada perubahan sistem demokrasi secara tulen dan lebih demokratik dan boleh di sertai oleh sesiapa sahaja.Dalam pada itu #occupydataran adalah berbentuk satu cadangan kepada sesebuah sistem demokrasi,sistem politik dalam sistem sosial dalam sesebuah kerajaan pada masa yang akan datang. |
Apakah Konpirasi sebenar disebalik pembebasan Anwar? Posted: 11 Jan 2012 09:55 PM PST Mungkin pandangan saya ini di rasakan boleh menyuramkan suasana kegembiraan yang sedang berlangsung berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam.Tetapi kita semua harus ingat bahawa pembebasan Anwar ini terdapat sedikit keluarbiasaan. Tapi berdasarkan analisis saya dari laman-laman web pro UMNO sepanjang malam, saya rasa perkara ini perlu disebut dan dibincangkan kerana tidak mahu semua kita terpedaya dengan agenda sebenar disebalik pembebasan ini. Kebanyakannya blog pro UMNO yang saya lihat menjadikan sikap hakim dalam menyampaikan keputusan pagi semalam sebagai alasan kenapa mereka percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan membebaskan Anwar itu. Dalam keadaan biasa hakim akan membaca penghakimannya terlebih dahulu sebelum membacakan keputusan, tapi hakim mengambil masa kurang 5 minit untuk membacakan keputusan dan memberi alasan ringkas, sebelum meninggalkan kamar mahkamah. Perbicaraan ini berlangsung selama lebih 3 tahun tapi alasan ringkas hakim mencetus lebih banyak tanda tanya, seolah ada agenda lain disebalik pembebasan tersebut. Hasil dari analisis saya, banyak pihak dalam UMNO merasakan bahawa pembebasan Anwar adalah sebahagian daripada strategi licik Perdana Menteri Najib untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Datuk "kambing" yang di kaitkan dengan skandal NFC yang sepatutnya di bicarakan pada hari yang sama dengan hari keputusan kes liwat anwar langsung tak kedengaran apa - apa berita.Tidak kah kita merasakan sesuatu yang pelik akan hal ini? apakah yang sedang di rancang? Dalam pada masa yang sama ketika penyokong anwar meraikan kejayaan pembebasan konspirasi dalam letupan bom kita juga terlupa pada Wak Khir Toyo yang sepatutnya di bicarakan dan di jatuhkan hukuman pada hari yang sama juga tidak kedengaran apa - apa berita.Takkanlah tak ada satu wartawan pun yang tak buat liputan tentang kes Wak Khir. Letupan Bom pada hari perhimpunan pula terjadi di kawasan yang ketat di kawal oleh pihak polis.Adakah kita pasti Pekida atau Perkasa yang akan di syaki melakukan perkara sedemikian.Mungkin kita juga tidak menyangka individu yang cuba untuk menumbuk muka Adam Adli adalah rakyat prihatin. Semua orang tahu yang Najib adalah seorang yang cukup berhati-hati dalam permainan politik. Najib sudah melihat bahawa dengan menghantar Anwar ke penjara hanya akan memberi kesan yang teruk kepada prestasi BN dalam pilihanraya akan datang. Justeru itu sedikit arang perlu di conteng muka Pakatan dengan perlakuan penyokong pada hari himpunan.Mungkin ada yang tak bersetuju,tetapi kita harus faham dalam keadaan begini regim menggunakan taktik propaganda Nazi dengan apa yang di panggil sebagai "Argentum Ad Naussem" dan secara langsung persepsi rakyat seluruhnya telah terpalit dengan mengatakan bahawa penyokong pakatan rakyat ini Pro Rusuhan. Jangkaan ini adalah berdasarkan fakta bahawa undi cina tidak akan lagi menyebelahi BN seperti mana Anwar pertama kali dipenjara pada 1999. Keadaan itu ditambah pula dengan undi simpati orang Melayu ke atas Anwar, akan menjurus kepada keadaan yang tidak diingini Najib. Pada Najib setiap undi adalah penting, maka itu keputusan terbaik ialah dengan membebaskan Anwar.Dengan membebaskan Anwar, Najib sebenarnya beroleh dua keuntungan. Pertama, pada firasatnya imej Anwar akan semakin merosot kerana galak menuduh UMNO sebagai dalang disebalik konspirasi ke atasnya dan kedua UMNO sendiri sudah 'membersihkan' dirinya dari tuduhan mengawal kebebasan badan kehakiman. Dengan pembebasan ini juga, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah kehilangan antara isu penting yang boleh diketengahkan untuk menyerang pentadbiran Najib dan parti pimpinannya dalam keadaan sekarang dan dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Anwar bagi tau,sistem kehakiman Malaysia adalah korup. Sekarang dia telah dibebaskan,apakah dia akan tetap kata mahkamah korup? Kalau kehakiman korup dan kes-kes mahkamah boleh diatur, dan Anwar telah dibebaskan oleh sistem yang korup ini, apakah ini tidak bermakna bahawa Anwar sebenarnya bersalah? Hanya mahkamah yang korup boleh membebaskan orang yang bersalah. (begitu juga sebaliknya) dan mahkamah, menurut Anwar adalah korup. Anwar tak boleh lagi mengatakan bahawa mahkamah korup tetapi dia mendapat perbicaraan yang adil didalam mahkamah yang tidak korup dan dihakimi oleh hakim yang tidak korup.Tapi kalau dia tak cakap macam tu, seolah-olah dia sebenarnya bersalah. Lepas tu katakanlah kerajaan UMNO akan mendakwa Anwar kerana kesalahan membuat laporan polis palsu berkaitan dengan video lucah. Kemudian, jam Omega dibawa ke mahkamah dan pelacur China mengaku bahawa dialah perempuan didalam video tersebut dan dia mengesahkan bahawa Anwar melakukan hubungan seks denganya. Saksi-saksi pakar dari US juga membuat pengakuan bahawa video tersebut adalah asli. Dengan bukti-bukti yang kuat, Anwar akan didapati bersalah dan dihantar kepenjara. Apakah Anwar boleh mengatakan dia adalah mangsa kepada perbicaraan yang tidak adil. Dia dibebaskan hari ini. So, mahkamah dikatakan adil dan tidak korup kalau dia dibebaskan tetapi korup kalau dia didapati bersalah. kita kena ingat, pada dasarnya 30% daripada pengundi adalah pro-BN. (korang cakap la apa pun, mangkuk ni tetap kata Anwar salah). 30% adalah pro-PR. (korang cakap apa pun malaon ni, akan cakap Anwar mesti betul). 40% lagi duduk atas pagar. Tak guna nak mempengaruhi 30% dikedua-dua pihak. Depa dah buat keputusan. Yang perlu di yakini ialah 40% atas pagar. Dan dalam PRU 2008 yang lalu, dimana keputusan sekitar49-51%, 40% cukup besar untuk menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan.Lupakan 30% dikedua-dua pihak. Yang penting ialah 40% pengundi atas pagar. Dan apakah persepssi 40% ini tentang keputusan mahkamah hari ini. Apakah mereka percaya Najib benar-benar melakukan Transformasi seperti yang dikatakannya? Apakah mereka akan percaya bahawa kehakiman tidak korup, seperti yang selalu dikatakan oleh pembangkang?Apakah mereka tidak akan berfikir bahawa dalam keadaan sekarang, (dan dibuktikan hari ini), Najib sepatutnya diberi peluang sepenggal lagi untuk merealisasikan dasarnya yang baru saja bermula dan memerlukan masa untuk dilaksanakan? Tanpa sedar, isu konspirasi politik dan badan kehakiman yang tidak bebas ini memberi banyak kelebihan kepada Pakatan Rakyat dan tekanan kepada BN.Walaupun masih ada lagi isu berkaitan National Fedlot Corporation (NFC) yang boleh diketengahkan, tetapi saya lihat isu itu mudah sahaja diredakan kalau Najib tidak mencalonkan Shahrizat dalam pilihanraya akan datang. Dari apa yang saya lihat adalah kepimpinan Pakatan Rakyat gagal melihat semula agenda tersembunyi di sebalik pembebasan ini dari segenap sudut dan merencanakan strategi tindak balas yang sepatutnya. Saya tak kisah walau apa pun persepsi penyokong yang pro dan anti sebab diorang dah memang pro-PR dan kebanyakanya Anwaristas. saya tak peduli sapa yang yang terlompat - lompat yang mengatakan anwar dah menang atau rakyat dah menang. Sama ada diorang pro-BN atau tidak tapi saya lebih berminat dengan 40% yang akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan dalam PRU akan datang. 40% ini bukan pro-Pr atau Anwaristas. Dan depa adalah "Kuasa Ketiga" yang sebenar.Depa adalah "penentu". Mereka akan menentukan sama ada Najib akan terus kekal sebagai Perdana Menteri atau anwar mengambil alih. Bukan penyokong PR atau BN yang menentukannya. Ada lagi satu kemungkinan. Disebabkan Najib berlaku 'adil' dan tidak mengarahkan hakim untuk menghantar Anwar kepenjara, UMNO menentang Najib. Dengan bantuan Dr. Mahathir, satu gerakan dibuat untuk memaksa Najib meletak jawatan. Najib kemudiannya meletak jawatan, dan Muhyidin sudah pasti akan mangambil alih. Pengundi benci kat Rosmah Mansor. Disebabkan itu, ramai yang masih mengundi Pakatan Rakyat. (sama juga yang diorang buat tahun 2008 bila diorang menentang Pak Lah sebab diorang tu benci kat Khairy). Tapi sekarang, Rosmah dah tak ada. Apa yang kita dapat? Anwar akan tetap jadi 'de facto' Ketua Pembangkang, Dr. Mahathir jadi 'de facto' Perdana Menteri. Malaysia akan terus di pimpin oleh Dr. Mahathir.Kita masih tidak boleh berhimpun secara aman kerana tangan kita sudah terikat oleh akta gila. Manakala penduduk kampung baru pula akan terseksa dengan ancaman bakal di usir dari tempat tinggal mereka, jadi apa yang tinggal untuk kita? Sepatutnya kita kita pedulikan antara Anwar dan Najib, kita tidak peduli malaon mana yang nak jadi perdana menteri. Apa yang penting bagi kita ialah menuntut semula kebebasan dan keadilan kita.Bagaimana? jalannya hanya satu,di hadapan kita terbentang jalan raya yang luas, disini lah Maharaja Nicholas Tsar,Raja Mohamad Shah Reza Pahlevi,Emperor Bokassa,Hosni Mubarak,Zine el bidine ben ali dan Suharto jatuh menyembah bumi dan bukan nya di atas kertas undi. |
Konspirasi Apa Anwar Di Bebaskan? Posted: 09 Jan 2012 05:29 PM PST Masing - masing cukup gembira, sampai ada yang terlompat - lompat yang mengatakan Anwar sudah bebas.Sungguh kasihan apabila mereka melihat terlepasnya Anwar dari tuduhan liwat itu adalah satu pembebasan.Jawapan nya sesekali mungkin tidak. Ada kisah yang melayang di langit mengatakan ada "deal" antara anwar dan najib,tapi bagi saya ini hanya lah sekadar kisah - kisah tahyul tetapi tidak mustahil terjadi.Namun di sebalik pembebasan Anwar saya sedikit terkesan melihat ianya adalah konspirasi politik yang berterusan untuk mengekalkan kuasa Regim UMNO. Mengolah Persetujuan rakyat,mungkin itulah perkataan yang begitu kuat melintas di fikiran selepas daripada pembebasan Anwar.Tekaan yang melintas di minda tepat sekali terpapar di skrin televisyen "Mahkamah Malaysia Telus dan Adil" Ini lah permainan Regim, taktik propaganda Nazi (Argentum ad Naussem) sekali lagi di mainkan untuk menjayakan Kosnpirasi politik yang berterusan lantas yang menjadi mangsa bukan Anwar tetapi rakyat seluruhnya. Apabila Anwar di bebaskan maka apa yang regim berjaya di lakukan di sini ialah mereka berjaya meyakin rakyat bahawa insitusi kehakiman telah di bersihkan.Maka dengan itu tidak alasan bagi rakyat untuk memilih UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah dalam pilihanraya.Tapi ingat ! adakah anwar terlepas begitu sahaja? tidak,! Pendakwaraya masih boleh membuat rayuan di mahkamah rayuan walaupun kes ini sudah tamat."come one Bro" semua badan - badan daulah adalah milik mereka,mereka pasti takkan melakukan sesuatu yang akan menjerut leher mereka sendiri. Oleh itu mungkin Rayuan di tangguhkan sementara kepercayaan rakyat kepada UMNO pulih.Manakala pada ketika Anwar di bebaskan Najib pula di luar negara,habis ini kerja siapa? sudah pasti ini kerja orang dalam kem gerombolan sendiri untuk kena'kan Najib. Maka dalam pilihanraya akan di canang pada makcik - makcik felda yang mana UMNO adalah telus dan adil dalam mentadbir.Sudah pastinya Imej UMNO di mata rakyat sudah suci dalam debu. Taktik ini di panggil, baling satu batu kena dua ekor burung.Apabila penyokong gerombolan sendiri sudah marah pada "laki - bini" ini maka semua undi pemilihan agung akan berpindah kepada siapa? Selepas menyelesaikan Najib dalam gerombolan sudah pasti kita akan terperanjat bila kertas rayuan "kes liwat" untuk Anwar akan di buka di mahkamah rayuan.Untuk apa ini semua.kita habis kan masa dan wang berkumpul di hadapan mahkamah. Sebab Anwar sudah pastinya akan di heret buat kali kedua,jalan penyelesaian yang terbaik adalah Turun ke jalanraya hingga kerajaan tumbang dan dalam pada masa itu bukan sahaja Anwar malah rakyat seluruhnya kita bebaskan. |
Siapa Kunyit dan Siapa Meng'kunyit???? Posted: 08 Jan 2012 10:31 PM PST Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar - Minsider Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23. "Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful. "Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful. "Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya. Terima kasih Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar. Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya. KAH....KAH...KAH...KAH KAH...KAH...KAH....KAH KAH...KAH....KAH....KAH woit......ITU HARI PUNYE LA BERSUARA,PUNYA LA BERKOKOK....kah...kah...kah kah...kah...kah ADAM ADLI KENE KUNYIT LAH....kah....kah...kah kah...kah..kah ADA TUDUHAN AL-JUBURI LAH....kah...kah...kah kah...kah...kah SEKARANG MANA PERGI TU SEMUA? kah...kah....kah woitt......BILA DAH "FRUST" DAPAT TAU ANWAR TAK SALAH APESAL MAIN MERCUN LAK???? kah...kah...kah woitt.... BILA NAK DAKWA SI PEROGOL BUDAK BAWAH UMUR? ...kah...kah...kah...kah kah...kah...kah BILA NAK DAKWA PEROGOL PEMBANTU RUMAH WARGA ASING? kah...kah...kah kah...kah...kah BILA NAK DAKWA PEMBUNUH ALTANTUYA? kah...kah...kah kah...kah...kah BILA NAK DAKWA KAKI KELENTONG? kah...kah...kah kah...kah...kah BILA NAK DAKWA PANGLIMA LUDAH? kah...kah...kah woitt..... APESAL? BACUL KERRR???? BETOL - BETOL KUNYIT LA KORANG kah...kah...kah |
Sebuah Republik Demokratik Sosialis dengan Asas Islam Posted: 11 Dec 2011 10:26 PM PST Bila saya terbaca dengan laporan malaysiakini akan manifesto terbaru PAS yang mengumumkan tawaran negara berkebajikan tanpa hukum hudud, sudah pastinya saya dapat menjangka apakah wujud kekecewaan di kalangan penganut islam yang berfikiran ortodoks. Apakah tanpa Hudud PAS sudah tersasar dari perjuangan Islam? soalan ini yang sudah pasti akan menjadi begitu kontroversi kerana sudah pasti geng - geng gerombolan akan terus mencari jalan supaya PAS menemui jalan buntu. Biar saya bukakan pandangan yang lebih lebar apakah tanpa hudud perjuangan islam PAS sudah tersasar atau tidak. Jawapannya sudah pasti tidak kerana tak semestinya semestinya perjuangan islam itu mesti terus memperjuangan hukum hudud tanpa kebajikan,keadilan dan kesaksamaan di selesaikan dahulu. Bila saya melihat dan membaca laporan Hadi Awang yang mengajukan Negara Kebajikan sebagai garis perjuangan PAS. Bila saya terbaca ini, maka jelas telah berlaku satu anjakan dasar yang maha besar. Anjakan ini akan membawa makna politik yang dalam bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara. Sebelum 'ledakan' ini berlalu, kita selalu terbaca dan terdengar tentang PAS ke hulu ke hilir menjajakan apa yang mereka panggil Negara Islam sebagai agenda politik. Pelik tetapi benar – agenda politik Negara Islam ini amat-amat dicintai dan disayangi juga oleh United Malays National Organisation. Tetapi cinta dan kasih sayang United Malays National Organsiation terhadap Negara Islam bukan bermakna parti ini akan mengimplementasikan apa-apa dasar yang bersangkutan dengan Islam. Parti ini hanya mendorongkan PAS agar mengambil agenda Negara Islam ini sebagai garis perjuangan. United Malays National Organsiation akan berjoget dan ber"shuffle dan berkenduri dan berkendara jika PAS terus menerus mencanang dan bergendang tentang Negara Islam. Ini kerana agenda Negara Islam ini adalah agenda jalan mati. Apabila PAS mengambil jalan tegas dengan mengugurkan agenda Negara Islam saya yakin pada ketika ini jeneral - jeneral dalam kem besar "nazi melayu" memang tidak senang duduk.Maka dengan itu saya tak dapat bayangkan tangisan United Malays National Organisation yang terus merayu-rayu agar PAS tidak meninggalkan agenda Negara Islam. United Malays National Organisation bermati-matian berusaha untuk mendorongkan PAS untuk terus mengambil jalan mati ini. United Malays National Organisation ini telah lupa bahawa telah berlaku satu kesedaran di kalangan ahli-ahli PAS. Mereka telah sedar bahawa agenda Negara Islam yang diuar-uarkan selama ini tidak akan membawa mereka ke gedung kuasa.Mereka juga sedar selama ini mereka sengaja di perangkap dalam kejumudan fikrah yang mengajukan agenda Negara Islam. Maka di sini saya mula melihat satu pandangan apakah sesuatu yang wajib untuk menubuhkan negara islam tanpa implementasi yang drastik. Oleh itu ketika saya membuat kajian dalam bidang pembangunan peradaban manusia dalam subjek ideologi di Universiti of North Carolina saya telah menghadiri sebuah forum "Islamic Socialist" Dalam forum tersebut maka seorang ahli panel yang baru berusia 15 tahun dari damsyik mengeluarkan pandangan perbezaan antara islam dan negara islam dan menghentam regim - regim arab.Dalam pada itu Saya cukup tertarik apabila salah seorang Khatolik Amerika bertanya beliau bahawa tidakkah nanti selepas kejatuhan Asad akan menyebabkan golongan 'extremist' yang memperjuangkan 'Agenda Negara Islam' akan mengambil alih. Maka dalam pada masa yang sama belum pun sempat ahli panel itu menjawab soalan bangun seorang remaja muslim yang berketurunan Yahudi dari Nevada dengan bersemangatnya bertanya balas "kenapa awak kata demikian? Apakah kerana awak mendengar mereka melaungkan 'Allahu Akbar'?! Seterusnya Yahudi Muslim ini berkata bahawa mereka melaungkan Allahu Akhbar adalah kerana Islam agama mereka. Tiada siapa berhak menafikan hal itu. Ia bermaksud Allah itu Maha Besar. Itu adalah slogan muslim apabila berhadapan dengan regim yang sombong dan bongkak. Untuk siapa lagi yang hendak mereka laungkan slogan kebesaran. Tiada kaitan dengan kehendak mewujudkan 'Negara Islam' seperti yang di idamkan oleh sesetengah gerakan. Kenyataan Remaja Yahudi Muslim mungkin akan di salah sangka lalu setelah tamat forum ini saya melihat Remaja Arab dari damsyik ini berjabat tangan dengan Yahudi Muslim ini dan mengucapkan tahniah serta menghadiahkan kata - kata "you are so brilliant" "Allah will blessed you" Mungkin pandangan Yahudi muslim ini akan di lihat janggal,tak tahulah mungkin kerana sekadar dia seorang yang berketurunan Yahudi atau pendapatnya yang agak kritis.Tetapi melalui kajian intelektual saya, ini sebenarnya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Ramai orang dalam pertubuhan atau parti yang ingin mewujudkan 'Konsep Negara Islam' menyangka bahawa slogan agama, atau kesediaan rakyat berhimpun dengan mereka dalam usaha menjatuhkan sesuatu kuasa atau regim bererti rakyat bersedia untuk menerima acuan Negara Islam yang mereka perjuangkan. Andaian yang kurang tepat. Hari ini di Mesir, selepas kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin masih gagal mencari kata sepakat dengan banyak gerakan lain. Kebimbangan sebahagian rakyat terhadap kewujudan Konsep Negara Islam menjadi penghalang untuk menerima Ikhwanul Muslimin mengepalai mereka. Sangkaan bahawa rakyat yang bersolat dan bertakbir di Medan Tahrir, Kaherah pada saat - saat revolusi lepas melambangkan persetujuan menerima penubuhan Negara Islam adalah andaian yang salah. Saya teringatkan sahabat saya Hossein mazarei dari Iran yang berfahaman Syiah - Sunni pernah bercerita Beliau berkata bahawa kembalinya manusia ke masjid dan melaungkan seruan agama ketika menghadapi sesuatu regim tidaklah bermaksud mereka mahukan Negara Islam. Hanya tabiat manusia apabila suara dan hak mereka disekat, tiada jalan yang tinggal, maka mereka akan memanggil Tuhan. Umat Islam secara umumnya mahukan asas Islam dipegang dalam sesebuah negara. Asas itu merujuk kepada perintah-perintah Allah yang wajib diamalkan oleh seorang muslim seperti amanah, berperaturan, berprinsip, menghormati hak orang lain, terurus dan seumpamanya. Ini kerana kerosakan negara-negara umat Islam adalah disebabkan hilangnya ciri-ciri mulia dalam diri pemimpin. Rasuah, salah urus, tidak maju ke hadapan, tidak berwawasan, tidak menghormati hak rakyat dan seumpamanya adalah racun yang telah memusnahkan negara-negara umat Islam. Sebagai muslim, kita tahu hal ini bercanggah dengan perintah ajaran Allah dan rasulNya. Maka kewajipan berpegang kepada Islam bagi kepemimpinan sesebuah negara dalam kerangka ini disepakati oleh hampir semua pihak. Taliban umpamanya telah mewujudkan Negara Islam dalam satu tempoh yang telah memberikan kesan yang negatif tentang kebebasan rakyat dan hak-hak wanita. Iran sebelum itu sehingga kini telah menakutkan dunia. Ribuan cerdik pandai Iran seperti Hossein Mazarei terpaksa melarikan diri kerana ancaman regim Tehran. Penjara dan pembunuhan adalah perkara biasa di Iran. 'Brain drain' menjadi satu masalah kepada negara tersebut. Padahal Iran mempunyai ramai bijak pandai. Dua Rakan yang menjadi sahabat saya di United States seperti Hossein ini merupakan cendiakawan Iran. Hossein adalah Pakar Psikologi dan pemikir yang idealis Manakala bapanya pula adalah seorang Doktor Pakar di Massahuset. Bapanya kini tinggal di Amerika dan masih tidak dizinkan balik ke Iran. Saya sering berbincang tentang bidang kepakarannya iaitu 'Ibn Arabi'. Beliau baru sahaja menghasilkan karya 'between Islamic of progresive thinking' yang dihadiahkan senaskah untuk saya. Sementara bapanya Dr. Mazarei yang pada zaman mudanya merupakan seorang pejuang ketika di universiti di Iran. Beliau bersama ratusan ribu yang lain membantu revolusi Islam menumbangkan Shah Iran,iaitu Shah Mohamad Reza Pahlevi. Namun, apabila kerajaan baru dibentuk, demokrasi terus dinafikan atas nama agama, beliau dan rakan-rakannya memprotes kerajaan. Hasilnya, ramai yang dibunuh,Beliau sempat menyelamatkan diri lari ke beberapa negara dan akhirnya kini menetap di Amerika. Sudah hampir 30 tahun meninggalkan negaranya dan diharamkan pulang. Begitu juga dengan anaknya Hossein yang pernah di penjara selama setahun atas kesalahan yang tidak jelas,yang nyata adakalanya dia ada menyatakan rasa ketidakpuashati terhadap regim.Demikian dua tokoh cendikiawan islam yang diharamkan pulang semula ke Iran. Negara Islam yang menjadi impian untuk keadilan, hak,kebebasan dan kesaksamaan telah menjadi negara mullah yang turut menafikan hak yang diidami rakyat. Hanya menukar kuasa dari yang memakai kot kepada yang berserban atau ber'ustaz, namun keadilan dan hak terus terabai. Lebih malang lagi, kekerasan dan penafian hak itu atas nama Tuhan dalam perkara yang Tuhan tidak nyatakan pun. Wajah Negara Islam itu mengelirukan banyak pihak, apatahlagi apabila ada yang cuba menggambarkannya sebagai negara hukum yang memotong tangan, merejam wanita, memancung kepala, mengharamkan itu dan ini, mengharamkan media, mengharamkan internet, mengharamkan pendapat yang tidak sama dengan kerajaan dan 'mazhab' kerajaan dan seterusnya. Tanpa terlebih dahulu menggambarkan wajah rahmat Islam yang lebih luas yang mengatasi segala unsur hukuman yang bersifat terpencil itu.Tuhan dalam sesetengah gambaran pejuang Islamic State adalah tuhan yang penuh bengis dan garang. Sedangkan Tuhan yang dikenali oleh muslim adalah Tuhan yang berfirman tentang diriNYA: "Sesungguhnya rahmatKU mendahului kemurkaanKU" (Riwayat al-Bukhari). Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatahlagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan. Dalam menafsirkan hukum-hukum yang bersifat zanni (mempunyai lebih dari satu tafsiran) ada kecenderungan sesetengah pejuang Negara Islam memilih pendapat yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetengah pihak. Umpamanya, dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain; seorang Islam yang membunuh bukan, tidak boleh dihukum qisas (bunuh balas). Ini berbeza dengan Mazhab Hanafi. Begitu juga dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain pampasan untuk mangsa non-muslim yang dibunuh hendaklah kurang dari kadar yang dibayar kepada muslim. Juga pandangan dalam mazhab bahawa Kristian dan Yahudi yang menukar agama mereka kepada agama selain Islam boleh diambil tindakan dengan dibuang negara dan seumpamanya. Demikian juga pandangan dalam kalangan sarjana silam bahawa bukan muslim tidak boleh membina rumah lebih besar dari rumah muslim ataupun menaiki kenderaan dalam kawasan muslim. Pandangan-pandangan seperti ini adalah tafsiran kepada politik di zaman tersebut dalam kerangka yang tertentu. Sekalipun ada hadis yang berkaitan, namun teks dan konteks hadis hendaklah disemak. Disebabkan kecenderungan memilih 'jalur keras' dan literal dalam memahami nas-nas politik dalam Islam, maka ada tokoh-tokoh gerakan Islam menampilkan pandangan-pandangan yang dianggap terkeluar konteks politik kerangka hari ini. Ini menyebabkan generasi baru, sekali pun bertudung dan bernasyid, belum tentu bersetuju dengan Negara Islam model tersebut. Menolak Negara Islam yang ditafsirkan oleh sesuatu pihak, bukan semestinya menolak Islam. Seseorang dikira menolak Islam apabila membantah sesuatu nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Nas yang tidak mungkin mempunyai lebih dari satu tafsiran seperti haramnya arak, judi, zina, homoseks, riba, rasuah, pecah amanah, bunuh dan seumpamanya. Adapun nas yang terdedah kepada pelbagai tafsiran, jika seseorang menolak salah satu tafsiran ulama, bukanlah bererti menolak Islam. Hal ini hendaklah difahami. Jika tidak, semua muslim akan terdiri dari kalangan yang menolak Islam. Ini kerana dalam ribuan hukum, yang mempunyai ribuan tafsiran, setiap orang akan memilih tafsiran tertentu. Mereka yang bermazhab Shafie, secara tidak langsung menolak pandangan mazhab-mazhab yang lain. Begitulah sebaliknya. Maka, menolak sesuatu tafsiran tentang Negara Islam atau Islamic State, bukan semestinya menolak Islam. Namun, jika atas factor benci atau tidak setuju dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, lalu menolak Negara Islam, maka dia memang menolak Islam. Hari ini di Barat, Turki nampaknya disanjung. Ramai yang memuji Negara Islam moden yang cuba dibuat oleh Turki. Itupun satu lagi tafsiran Negara Islam. Ya,ramai yang memuji Negara Islam model Turki. Jika seseorang memilih Negara Islam model Turki dan menolak model Iran atau Taliban, itu juga satu tafsiran yang perlukan perincian. Apa yang penting gerakan Islam hendaklah mewujudkan sebuah negara yang tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi inspirasi rakyat di era ini. Peduli apa pun namanya. Biarpun ianya terbina sebagai sebuah Republik Sosialis atau Republik Demokratik Rakyat yang terpenting ia tidak menyanggah dan mengepikan al- quran dan sunnah. Yang paling penting sesebuah Republik yang di bina dengan Fahaman Demokratik Komunis atau Sosialis selain meletakkan Islam sebagai asas dan panduan sesebuah negara adalah memastikan hak dan keadilan untuk semua terjamin. Kerana tiada gunanya Islam terus di paksa biarpun dalam perundangan sekiranya ia membibitkan ketidakadilan dan penindasan. Oleh itu biarlah ia sekadar menjadi asas selagi hak dan keadilan semua insan di jamin di bawah asas - asas islam biarpun ada warganya yang bukan beragama islam.Jaminan itu perlu andai kita membina sebuah sistem perundangan yang di lihat menindas adakah ia akan jadi undang - undang yang akan di Redhai Tuhan? |
Agama Baru Anutan Masyarakat Dunia Posted: 08 Dec 2011 12:14 AM PST Lupakan pasal murtad, Lupakan pasal seksualiti merdeka,lupakan pasal Gereja Methodist Damansara Utama dan pasal syiah atau wahabi kerana semua Semua ini adalah ciput. Agama baru telah muncul yang mana "keimanan" terhadap Tuhan baru yang wajib di sembah ini telah dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis adalah agama baru menjadikan "iman" manusia hanya sekadar berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan lalai bahawa kita hanyalah sekadar bertransit di atas muka bumi ini. Agama dan Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai 'biji-biji saga' dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan. Agama ini juga dalam tidak sedar telah berjaya me"murtad"kan berbilion manusia di bumi ini biarpun individu itu hanya bergelar Ulama,Mufti,Ustaz,Imam,Pak Haji,Abang Haji,Kak Hajjah,Abang Lebai,Sami,Father,paderi atapun Rabbai Yahudi. Selepas selesai "berlakon" bersolat dan menyembah Allah kemudian mereka menyekutukan Allah dengan menganut Agama Kapitalis dan Menyembah Tuhan "Free Market" Agama kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum agama ini ialah induk ekonomi kapitalis yang mana rukun Ibadahnya ialah keuntungan maksima telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia. Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri. Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton. Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontraktor Islam yang mengucap 2 kalimah syahadah,berpuasa,berzakat dan selalu naik haji telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh di sana - sini. Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum,budaya dan rukun agama kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia. 30 tahun tahun dahulu air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, telefon, radio, tv semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan. Siapa sebenarnya yang mencadangkan dasar penswastaan ini? Dasar ini dimunculkan oleh pemikir Badan Illuminati. Para pemikir dari pelbagai 'think tank' ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun. IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antarabangsa. Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari Badan Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilion kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum agama kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka Badan Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita air, telefon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank semuanya bertukar tangan. Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa. Sesudah dasar penswastaan di terima pakai dan kita mula terdengar apa yang dikatakan Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja. Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaburan antarbangsa bermain 'tikam dan berjudi' di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, telefon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual. Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDonald, Shell, Esso semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung. Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British. Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Badan - badan Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strategi telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan New World Order atau Dunia Bentuk Baru. Lihatlah nanti bagaimana Badan - badan Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang 'free'. FTA ini telah memaksa kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima. Sebab itu dalam beberapa hari yang lalu para aktivis sosialis telah berkumpul di hadapan hotel Ritz-Carlton pada 5 hb Disember yang lalu semata - mata untuk menggagalkan perjanjian agama setan ini.Sekiranya tidak maka kita akan terhumban ke dalam sistem perhambaan ekonomi. New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia. Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka. Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir atas alasan untuk mengekori penjahat. Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 bercuti Sabtu Ahad. Jika rajin dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis binatang konsumer yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang. Ini bukan satu kisah dongeng zaman ini, Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini agama Kapitalis ini berjaya melalaikan lantas memperhambakan manusia terhadap sistem ekonomi. Oleh itu Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strategi Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. |
Posted: 07 Dec 2011 11:50 PM PST Esok sambutan hari kelahiran Isa dari Nazareth. Petang itu di Kuala Lumpur persiapan untuk menyambutnya semakin rancak. Ibu dan kakak berbondong bondong keluar dari gedung membeli belah sambil menolak troli yang membusut penuh. Cuaca redup dan hujan rintik-rintik menambahkan lagi kesesakan jalan raya.Tepat jam enam petang sehari sebelum Hari Krismas 2010 sebuah pesawat jet membawa tiga orang lelaki telah terbang dari KLIA menuju ke Kuala Teranganu. Jet ini sampai tepat jam tujuh malam, Satu jam kemudian sebuah lagi pesawat jet khas menyusul sampai. Jet ini mendarat dan terus meluncur masuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu. Bila pesawat jet kedua ini berhenti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah datang menghampiri tangga pintu jet. Seorang Lelaki Tua kelihatan dibantu oleh dua pramagura untuk menuruni tangga. Lelaki Tua ini terbongkok-bongkok terus masuk ke dalam kereta dan beredar.Disatu tempat yang berasingan dalam bilik tamu di sebuah rumah mewah dua lelaki obese pertengahan umur kelihatan gelisah menunggu. Mereka berdiri memandang keluar tingkap, lelaki pertama berkulit hitam, berperut gendut, bermuka ketat – muka paraouk persis penjaga kelab dangdut. Lelaki kedua agak obese juga dan berperut gendut tatapi kulitnya agak cerah. Lelaki ini kekurangan rambut. Rambut hitam puteh di kepala tumbuh bertompok- tompok di beberapa tempat sahaja. Tetiba masuk seorang lagi lelaki yang sosoknya kelihatan agak pelik. Lelaki ini bersongkok tinggi memakai baju Melayu berkain sampin. Perut lelaki ini extra buncit. Seluar Melayunya agak besar hingga kelihatan seperti memakai kain gown. Pungungnya membonjol seakan-akan ada cawat yang ingin disorokan didalam kain sampin songketnya. 'Jet selamat mendarat. Dia dalam perjalanan,' lelaki berpunggung bonjol membuka kata. Lelaki Botak tersenyum dan menganguk-anguk kepala. Lelaki Paraouk bermuka ketat melihat jam ditangan kemudian berkata ' ada sesiapa nampak Dia sampai?' Soalan ini mati tergantung tidak ada yang menjawab.Tetiba Lelaki Botak meletakan talipon rapat ke telinga, ' …. bukan… I bukan di Port Dickson ni… I di KT…. you ni tak caya ke…I bukan jumpa Budak Itam tu…I dengan Tuanku ni…nanti I call balik. Bai bai…' ' You bagi Dia tahu? You tak sedar ke … pertemuan kita ini sulit…' Lelaki Paraouk bermuka ketat menaikkan suaranya.Lelaki Botak memasukan talipon ke dalam saku dan bersuara, ' kalau tak bagi tahu…. malam ini I kena tidor dengan Dia….seksa badan I…' Mendengar jawapan ini ketiga-tiga lelaki ini ketawa kecil. Kemudian mereka beredar dan masuk ke satu lagi bilik tamu yang lebih besar dan lebih mewah.Lelaki Tua itu berjalan perlahan-lahan sambil diapit dan dibantu oleh dua orang lelaki sasa yang memakai coat hitam dan bertali leher. Lelaki Tua terus masuk ke ruang tamu dimana tiga lelaki tadi bingkas bangun dan terus bersalaman. Belum pun sempat mereka berbual tertiba masuk dua lelaki lagi. Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang. Jelas Lelaki Kacak ini adalah tuan rumah. Kesemua bangun dan bersalaman. Kemudian semua bertanya tentang kesihatan si Lelaki Tua.Selesai eek ook eek ook basa basi itu dan ini lalu enam lelaki ini beredar dan masuk ke bilik mesyuarat. Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu duduk di sebelah kanan. Tiga lelaki obese duduk di sebelah kiri. Ditengah-tengah duduk Lelaki Kacak berbaju batik sebagai orang tengah.Mesyuarat bermula dengan labon Lelaki obese berkepala botak. Lelaki Botak ini berkesah tentang orang China dan orang India yang sudah naik tocang, Apa makna naik tocang ini tidak pula jelas. Tetapi menurut Lelaki Botak ini kedudukan Orang Melayu pada masa ini sedang terancam. Orang Melayu makin terpinggir kerana kuasa politik mereka pecah. Orang Melayu menurut Lelaki Botak ini akan pupus macam burung Dodo jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera. Repek Lelaki Botak ini disambut oleh Lelaki Paraouk yang menerangkan bagaimana baru-baru ini China di Pulau Pinang telah berani menggunakan tangan untuk menyuap nasi meniru cara orang Melayu makan. Menurut Lelaki Paraouk ini adalah bahaya kerana dalam pilihanraya yang akan datang tidak dapat dikenali lagi mana Melayu dan mana Mamak Tongkang. Apa sangkut paut Mamak Tongkang dengan orang China makan pakai tangan tidak juga jelas.Tetiba mesyuarat ini terhenti kerana rupa-rupanya Lelaki Berseluar Gown telah mula berdengkor tidor. Semua mata berpandangan, Yang tidak ambil pot hanya Lelaki Tua yang matanya memandang tepat muka Lelaki Paraouk. Lelaki Paraouk merasa tetekan dan agak gelisah apabila matanya dipandang.Akhirnya mereka tidak mempedulikan keroh dan dengor kerana hal negara dan masa depan negara lebih penting dan ingin mereka diselesaikan segera. Lelaki Botak menyambung menceceh. Kali ini dia membocorkan laporan bagaimana orang China di Malaysia ketika ini telah mula tidak hormat kepada Sultan dan Raja. Apabila perkataan Sultan dan Raja keluar, mata Lelaki Kacak berbaju batik mula bersinar. Dia menganggokan kepala tanda bersetuju sangat. Menurut Lelaki Botak ini orang China di Malaysia telah naik tocang dan semakin menjadi-jadi. Mereka mahu menggunakan nama Allah, mahu bersenam dalam masjid, mahu ubah perlembagaan malah menuntut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.Lelaki Parouk bangun dan berkata, ' kita semua ini Melayu. Saya Melayu dulu.. kemudian baru Jawa… China naik tocang kerena ada pengkhianat dikalangan orang Melayu. Kalau tak ada dalang ini mana mungkin orang China ini berani….' Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam mendengar. Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, '… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain… pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…'Bilik senyap sebentar seperti telah diserang oleh Garuda. Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, ' mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa … Bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo.'Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat. ' Mu ambik ambo dari hospital … mu nak royak hal Chino dan hal India? Dah berapo kali ambo royak parti mu itu parti zalim… mu ni pemimpin zalim…' Lelaki Tua seakan-akan marah. Lelaki Berbaju Melayu disebelahnya tidak bersuara langsung. Sesekali Lelaki Berbaju melayu melihat jam di tangan seolah-olah sedang menunggu kesampaian keretapi. Suasana tegang ini ingin di kendurkan oleh Lelaki Kacak berbaju batik , ' kita sesama Melayu ini patut hormati menghormati. Kita akan lakukan apa sahaja demi untuk kebaikan negara kita ini. Kalau tak ada apa-apa lagi mari… Kita jemput semua bersantapan bersama.' Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Paraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ' menantu I itu okay… ' Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap.Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam. Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok, Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi. Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ' apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..'' Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…' ' Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….'Tetiba Lelaki Botak mencelah, '… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysiakini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.' LSS: Itulah kisah satu petang sehari sebelum hari krismas 2010 petang itu akan terus menjadirashia untuk kita semua. Rahsia perbincangan kerajaan perpaduan yang amat sulit lagi gelap.Bagaimana kisah ini ditemui oleh penulis juga akan menjadi rahsia sulit dan persendirian ! |
Puisi Kebebasan : Merindu Ruang Posted: 07 Dec 2011 05:40 AM PST Merindu Ruang Bolehkah kita kita bercakap sejujur suara, bertanya: Ke Mana Semua Unggas dan Rerama yang damai menghuni Taman yang indah ini? Masihkah Merbuk berdakap semerdu suara menghantar khabar merdeka dari insan waja meluhuri azam di ruang bebas ini? Kita, suara tulus itu, baris insan padu Merindu ruang yang syahdu, aksi juga kata, sejernih irama merdu di taman ini! Berdiri kita setegap, bergerak sederap, meragut cengakaman kawat cekau duri, dan kita berdiri Nyanyikan demokrasi! Ada Sang perubah permainan; Kami perubah kekuasaan. Inilah tekad generasi Baru, akarnya keadilan syahdu. Bangsar Utama, A.Samad Said 3 Dis,2011 |
Posted: 27 Nov 2011 12:46 AM PST Lebih 12 tahun dulu seorang remaja berumur 17 tahun bersama rakan - rakan sekolah yang berdiri dalam jarak 200 meter di tempat letak kereta dengan khusyuk mengikuti pidato Anwar yang baru di pecat di masjid negara.Dalam keadaan ketakutan yang memerhatikan begitu ramai sekali polis dan pasukan PGA. Kali ini Sekali lagi aktivis, simpatisan, penyokong, ahli parti dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat telah berkumpul untuk berkongres.ketika artikel ini di tulis saya bersama rakan - rakan seperjuangan berhimpun di KLCC membantah penggubalan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman.Kali ini saya difahamkam rakan - rakan dari DAP yang turut bersama dalam perhimpunan tersebut tentang ucapan rasis ketua Angkatan Muda Keadilan yang di sulami dengan keangkuhan dan kesombongan.Saya tersenyum seketika kerana saya percaya masa untuk PKR berdepan dengan ujian "menjunam" sudah tiba. Sehinggalah memori ingatan saya melayang kembali pada ketika Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala Lumpur pada tahun 1999. Pelancaran PKN ini berlangsung di sebuah hotel yang agak mewah dan mahal.Terkebil - kebil saya memerhatikan "pemuka - pemuka" reformis yang berlagak seolah - olah Anwar akan bebas dalam masa yang terdekat. Saya tidak masuk pun ke dalam dewan hotel itu. Saya hanya berlegar di tepi jalan di hadapan hotel. Saya ternampak ramai lelaki gemuk dan berbaju batik berlengan panjang keluar masuk dalam hotel. Saya berdiri di tepi jalan sebagai pemerhati dari jauh kerana pada saat itu saya hanya seorang remaja yang berumur 17 tahun. Kini saat - saat getir itu telah berlalu sebagai kenangan manis dalam ranjau perjuangan ke arah perubahan.Biarpun pada ketika itu ada juak juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya.Saya pada ketika itu pun langsung tak tahu dengan kewujudan 'polong-polong' peliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan 'darah saham' dan 'pink form'. Perlu juga saya ceriterakan di sini bahawa Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalanraya sebagai wadah politik.Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu : mem"bangang"kan orang Melayu seperti kami selama 50 tahun. Saya pun kurang ingat bila Mangkuk ayun mangkuk ayun ni muncul,mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan. Fakta sejarah ini tidak penting.,apa yang penting ialah ramai juak - juak anwar terpaksa menerima wadah jalan raya sebagai perjuangan sebenar rakyat. Kami sedar ada beberapa ekor juak - juak Anwar Ibrahim yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya bagitu besar maka mereka terpaksa membuat 'wayang' berlakon di hadapan kami. Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Kerana sebab itulah mereka selalu 'memberatkan' dan 'menyusahkan'Gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatklan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam congak politik mereka apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri kendara dan mengumpul 'pink form' dan mengumpul harta kekayaan. Harus dinyatakan jelas disini,Gerakan Reformasi tidak peduli sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau mangkuk ayun mana pun yang menjadi PM. Yang penting Mahafiraun di terajang dan United Malays National Organisation dihumbankan ke dalam tong sampah sejaraAkhirnya setelah sepuluh tahun lamanya maka sebahagian hasil Reformasi telah kita tuai pada 8 March 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan berjangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang ulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisation. Tapi hari ini setelah baru 5 negeri kita pegang maka "polong - polong" yang perjuangan reformasinya hanya untuk "pink form" kini muncul semula dalam kongres PKR di johor ini.Bayangkanlah betapa terkejutnya ketua - ketua pemuda dari parti - parti lain dalam pakatan rakyat apabila muncul kenyataan rasis dari ketua AMK ini. Bagi saya kalau beberapa tahun dahulu saya pasti kenyataan ini takkan wujud kerana saya masih ingat lagi Ketika Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKN bercantum pada tahun 2002,satu upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur. Ketika itu saya datang menebeng dan melihat dari jauh. Saya perhatikan dewan besar tidak penuh - banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik hampir pupus.Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai - apek China memakai baju-t berkolar dan berselipar. Ini pendatang baru, lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si apek yang berselipar ini pastilah datang dari PRM. Yang berkopiah putih tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok langsung tidak kelihatan. Mak cik bertudung labuh pun tidak kelihatan. Anak muda kelihatan ramai. yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di dewan perhimpuan Cina dan dihadiri oleh ramai apek Cina dan anak muda. Selipar Jepun dan baju-t Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.Zaman berarak dan beredar. Satu lagi kongres PKR telah diadakan, Kali ini di Ipoh,Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa pakaian yang akan dipakai. Dalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan persidangan. Jika hotel dilamar, hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti pembangkang. Puak gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah diadakah di sebuah tokong. Nah! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongress PKR diadakan di Tokong Cina. Rasa kekok orang Melayu di dalam dewan tokong Cina tidak wujud lagi. Ini satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di dewan perhimpunan Cina - kali ini di Tokong Cina. Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya gerombolan.Ketika kongres di tokong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance dahulu. Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju-T pagoda sekali lagi menjadi trend di Ipoh.Saya perhatikan yang datang ke tokong itu terdiri dari mak cik dan pak cik yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar Anwar Ibrahim yang telah bebas akan datang ke kongres di Ipoh. Kali ini kongres di Johor ini telah memperlihatkan satu lagi fenomena baru. Fenomena yang saya maksudkan ini ialah fenomena 'ganjil' anak - anak muda. Kalau di zaman Reformasi dahulu cita-cita dan akidah perjuangan anak muda ialah membuat apa sahaja usaha untuk menjatuhkan United Malay National Organisation. Kali ini dari pemerhatian saya telah muncul beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang menyediakan diri untuk dipilih menjadi calon pilihanraya. Saya perhatikan mereka sedang berusaha membuat apa sahaja,termasuk membodek,mengampu dan mengkelentong,asalkan dapat menjadi calon. Tambahan pula saya sudah menjangkakan kenyataan dari ketua Angkatan Muda Keadilan itu sejak dari awal lagi.Bagaimana saya tahu,saya malas dan benci nak cerita kerana semenjak pemilihan PKR semua bercakap pasal melayu dalam AMK,lebih - lebih lagi "pemuka - pemuka" dalam AMK. Kalau beginilah matlamat dan garis perjuangan pemuda - pemudi PKR maka bagi saya kini pejuangan menegakkan keadilan hanyalah retorik semata - mata.Dan bagi saya jika Anwar Ibrahim kembali semula ke penjara sungai buloh, ini semua bukan kerana angkara United Malays National Organisation tetapi kerana onar yang sengaja di"bikin" oleh pemuka - pemuka AMK sendiri. |
Ekonomi kita Terkangkang macam Pelacur Posted: 21 Nov 2011 04:10 AM PST Untuk negara-negara di Dunia Ketiga seperti Malaysia : ekonomi terbuka ini samalah seperti ekonomi terkangkang. Ekonomi terkangkang samalah seperti pelacur yang membukakan peha kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar dan melanggan. Saya bersimpati kepada pentabiran hari ini kerana terpaksa mengangkang untuk memanggil pelabur luar datang menjilat madu ekonomi negara kita. Sebenarnya ekonomi terbuka atau ekonomi terkangkang ini adalah satu fenomena yang baru. Ekonomi terkangkang ini di paksakan bukan sahaja kepada Malaysia malah kepada semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Ada urutan sejarah sebelum dilahirkan ekonomi terkangkang ini. Mari kita kembali ke era sesudah tamatnya Perang Dingin. Ketika itu Amerika Syarikat telah mengangkat dirinya sendiri untuk menjadi kepala taiko mengawal semua ekonomi kapitalis dalam dunia ini. USSR atau Soviet Union telah mengundur. Di era Perang Dingin wujud Dua Negara Super - USSR/USA - kini tinggal hanya satu. Amerika Syarikat - menjadi kuasa mutlak dunia - naik angin dan besar kepala kerana dilihat tidak ada kuasa yang akan dapat melawan/menentang mereka. Kuasa imperial Amerika ini yang dibantu dengan bala tentera dan dolar telah mengarahkan Bank Dunia, World Trade Organisation, APEC, NAFTA, IMF, PBB untuk memaksa negara-negara di Dunia Ketiga membuka ekonomi mereka. Dasar ini bermula di zaman pentabiran Ronald Reagan di Rumah Puteh dan Magaret Thatcher di No 10 Downing Street. Dolar – duit Amerika – telah dipaksakan untuk digunakan dalam hal jual beli minyak. Dolar kertas hijau yang tidak memiliki apa-apa nilai ini kerana tidak ada sandaran emas wajib dimiliki oleh setiap negara kapitalis jika ingin membeli atau menjual minyak. Ini sebenarnya satu rompakan di siang hari. Dengan sokongan kekuatan bala tentera, tidak ada satu kuasa yang berani melawan atau menentang rompakan Amerika ini kecuali 3 buah negara : Cuba, Iran dan Venuezula.Dibelakang pentas politik pentabiran Amerika Syarikat memaksa kerajaan-kerajaan di Dunia Ketiga untuk membuka pasaran kepada syarikat multinasional. Sekatan demi sekatan dihapuskan. Tarif dan cukai yang menjadi pendapatan negara dipaksa untuk dilupuskan. Semua ini, konon, untuk mengembang dan meluas perdagangan. Setiap negara Dunia Ketiga digalakkan untuk membuka ekonomi mereka seluas mungkin kepada pelaburan luar. Di zaman Mahathir ada penentangan. Dengan licik Mahathir cuba menolak kemasukan pemodal luar. Pasaran dalaman negara dijaga dan dikawal. Mahathir Muhamad mewakili kapitalis nasional – mewakili kepentingan Lim Goh Tong, Ananda, Vincent Tan, Eric Chia atau Daim. Ini tidak berlaku dizaman Najib.Tekanan ini telah sampai kepada Najib. Nasib rakyat Malaysia cukup malang kerana sesudah Dolah Badawi rakyat Malaysia berperdana menterikan Najib. Najib Razak adalah Pedana Menteri Malaysia yang memiliki banyak beban dan masaalah pribadi. Kes pembunuhan Altantuya adalah salah satu contoh dimana tekanan politik dan ekonomi boleh dikenakan kepada Najib. Kalau kita semua kembali untuk melihat latar belakang Najib, maka kita akan merasa Malaysia hari ini dalam keadaan yang amat merbahaya. Mengikut surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam - Najib telah bertemu dengan Altantuya di Singapura di satu pameran intan berlian. Sama ada perisik Singapura memiliki gambar Najib dengan Altantuya atau tidak bukan persoalan. Dengan tidak adanya kepastian sama ada Singapura memiliki gambar itu atau tidak akan terus menakutkan Najib. Bagitu juga dengan General Directorate for External Security ( DGSE polis rahsia Peranchis ) sama ada mereka memiliki gambar Najib makan bersama Altantuya dalam restauran di Paris seperti kenyataan sepupu Alantuya kepada hakim di mahkamah bukan persoalan. Persoalannya ialah : Najib akan sentiasa gerun dan takut kepada kuasa kuasa ini. Najib akan senang 'dipau' dan di tekan. Inilah malangnya nasib rakyat Malaysia kerana Perdana Menterinya memiliki masaalah.Lalu timbul peroalan : Apakah Najib sedang 'dipau' oleh Singapura? Atau apakah Najib juga sedanng 'dipau' oleh negara negara lain seperti Peranchi, Amerika dan Russia? Ini persoalannya wajib ditanyakan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana masa depan Malaysia tidak seharusnya 'dipau' oleh kuasa-kuasa luar.Orang ramai dan pemerhati politik agak hairan apabila melihat Najib membuat kenyataan penting tentang pemansuhkan Dasar Ekonomi Baru. Kenyataan yang amat penting ini dibuat bukan di Parlimen Malaysia tetapi di Singapura. Kenapa di Singapura? Kenapa tidak di Persidangan United Malays National Organisations?Kemudian, apabila Najib memperkenalkan Model Ekonomi Baru, Najib tidak juga berucap di Parlimen tetapi di khalayak peniaga, towkay dan penjual beli dari syarikat luar. Kenapa tidak berucap kepada Dewan Perniagaan Bumiputera? Amat jelas disini bahawa Najib terpaksa menyembah para peniaga, pelabor dan pemodal dari luar negara. Najib tahu jika kaum kaum kapitalis ini tidak diseronokan maka akhbar dan media mereka akan mula membuka kembali cerita dan kesah Mongolia. Jika Najib tidak membuka pasaran Malaysia maka CNN, BBC, Rueters, CNBC, AFP akan membuka kesah Altantuya. Akhirnya Najib terpaksa membuka ekonomi Malaysia jika tidak tekanan akan datang. Dalam masa yang sama apabila bila ekonomi Malaysia terkangkang maka yang akan menjadi mangsa serangan ekonomi kapitalis dunia ialah orang Melayu. Hakikatnya orang Melayu yang masih miskin akan menjadi mangsa serangan kaum kapitalis global. Ini bukan dilema Najib. Najib telah memilih untuk menyelamatkan diri dengan membuka ekonomi Malaysia.Lalu persoalan timbul apakah ada jalan lain selain dari mengangkang kepada pemodal luar. Lalu kita dipaksa untuk percaya dengan propaganda bahawa tidak ada jalan lain dalam era globalisasi ini melainkan membuka pasaran kita. Lalu kita diingatkan , malah diberi amaran jika ingin maju dan berjaya maka kita wajib berani bersaing untuk membuka pasaran kita.Hasil dari propaganda ini Najib dipaksa untuk menarik subsidi. Najib dipaksa untuk membukakan kontrek kepada syarikat luar negara. Najib dipaksa untuk membenarkan syarikat luar negara untuk membeli saham dan harta negara kita.Harus diingati : kapitalis melabur bertujuan untuk mendapat keuntungan maksima. Kapitalis berkerja untuk mencari untung maksima. Kapitalis tidak akan peduli tentang dasar ini atau dasar itu. Yang mereka perlukan hanya satu dasar : mereka diberi kebebasan dari segala macam cukai mukai. Cakap-cakap bahawa pemodal ini akan membawa pembangunan adalah bohong. Sistem kapitalis adalah sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan. Kapitalis mendahulukan keuntungan.Mari kita kembali untuk kepada asas ekonomi. Asas ekonomi mengajar kita memahami bahawa harta muncul dari hasil bumi, modal dan tenaga buruh. Kita memiliki asas-asas ini. Hasil bumi kita adalah milik kita. Warga negara adalah juga modal kita. Tenaga yang dilahirkan oleh manusia ialah modal. Jangan silap baca – wang ringgit bukan modal. Wang ringgit itu adalah kertas yang mewakili nilai tenaga yang telah dikristalkan dalam bentuk dinar, ringgit atau rupiah. Satu keping ringit bermakna telah wujud tenaga buruh yang dinilai dengan harga satu ringgit dalam keping kertas itu.Justeru kita jangan menjadi takut apabila kita selalu ditakut-takutkan jika FDI atau pelaburan luar tidak masuk maka ekonomi kita akan menghadapi kesusahan. Ini tidak tepat. Cuba kita kembalikan ayat yang sama. Kalau FDI ini tidak dibenarkan masuk maka kapitalsi ini akan jatuh muflis bukan kita.Ekonomi Malaysia semakin terkangkang. Najib akan terus mendapat lebih banyak tekanan dari Singapura, Amerika, Peranchis dan pemodal luar. Kisah Altantuya akan dimainkan oleh kuasa-kuasa besar sama seperti Isreal memainkan bom nuklear untuk menakut-nakutkan negara Arab.Jangan silap baca - kes Altantuya ini masih belum selesai. Maka terpulanglah kepada anak semua bangsa di Malaysia ini untuk memilih pimpinan yang jujur, telus dan demokratik yang tidak mungkin boleh 'dipau'. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri tekanan ke atas Malaysia akan beterusan. Najib akan terus mengangkang kepada kapitalis global dan kepentingan Amerika, Singapura dan Peranchis |
Bila Parti Politik tak boleh harap "direct democracy" pilihan kita! Posted: 24 Oct 2011 01:11 AM PDT Setiap hari, kita mendengar sebutan kepada demokrasi: demokrasi berparlimen, demokrasi Westminster, demokrasi Australia, demokrasi perwakilan, dan majoriti demokratik. Dan, sudah tentu,kita punya hadiah yang memberahikan buat mereka yang yang melanggar dan memusnahkan-(George Bush) Frasa ini adalah gambaran yang salah, apa yang kita harus menerangkan dengan tepat sebagai produk perhubungan awam, propaganda, indoktrinasi, maklumat yang salah atau indoktrinasi; bergantung kepada perbendaharaan kata yang digemari anda. Apa yang perlu ialah kita mesti terus kepada , dalam konteks politik kontemporari, tiada kena-mengena dengan demokrasi tulen. Salah satu akan membayangkan bahawa yang lebih separuh jalan orang pintar akan mengesyaki integriti perkataan yang digunakan sebagai sepanduk oleh George Bush ketika dia membunuh lebih daripada setengah juta orang awam Iraq yang tidak bersalah. Jauh lebih itu pandangan mata kita kira - kira 70 tahun dahulu menyangka yang United MalaysNational Organisation adalah sebagai pembela melayu .Dan apabila masa berlalu dan keadaan berubah maka United Malays National Organisation kini bertindak sebagai kuku besi bersama aparat Barisan Nasional nya. Dalam keadaan itu kini kita telah melihat Pakatan Rakyat sebagai seorang wira penyelamat bangsa yang baru. Tapi dalam pada itu harus kita tertanya - tanya apakah Pakatan Rakyat itu akan datang seagai "malaikat" yang akan menyelamatkan Malaysia. Janji manifesto segala manis di curah demi memperoleh majoriti agar dapat merampas kuasa dari Barisan Nasional tetapi hakikatnya kita sudah maklum bahawa sama seperti di Amerika Republikan dan Demokrat adalah umpama Coca - cola dan Pepsi Cola. Manakala di Malaysia ini Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah umpama Susu Cap Teko dan Susu Cap Junjung.Andai kita buka salah satu nya tetap kita akan dapat minum susu juga.Maknanya cara penipu dan pembohongnya sama dan tak lari telonya. Hakikat dan Realitinya di hadapan mata kita ialah ianya menjadi rutin mekanisme sistem demokrasi dalam menaikkan dan menurunkan rejim tapi kaedah dan metodoloji pentadbiran dan cara kekuasaannya.Malah dalam pada itu sejarah semenjak revolusi Bolsheviks hinggalah ke Revolusi Mesir memperlihatkan bahawa regim yang baru di lihat lebih zalim dari yang lama. Kalau dulu ramai umat islam turki meletakkan keyakinan kepada Mustaffa Kemal Attarturk untuk membawa perubahan setelah kejatuhan empayar Ottoman tapi apa yang berlaku selepas itu dan tak perlu kita perkatakan lagi biarpun kita menyaksikan berjuta rakyat russia selepas Stalin berkuasa selepas kejatuhan maharaja Tsar. Begitu jua dalam kita meneliti betapa zalimnya Ayatollah Khameinei dan regim Mahmoud Ahmadinejad dalam beberapa siri pembunuhan rakyat iran selepas kejatuhan Raja Shah Mohammad Reza Pahlevi dan beberapa siri kezaliman regim ghanouchi ke atas para demonstran selepas kejatuhan Zine El Biden Ben Ali. Di Tanah air kita pula baru sahaja beberapa tahun lalu ketika najib membentangkan belanjawan terdapat ahli parlimen yang di pilih rakyat melalui pilihanraya dan di bayar elaun yang tinggi dan punya "claim" atas semua kos perjalanan dan tempat tinggal di lihat gagal menghadirkan diri dalam dewan rakyat. Realiti tugas sebagai MP bukan di kawasan Parlimen atau di Kawasan DUN adalah di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau lebih mudah kita panggil ia sebagai Majlis Legaslatif.Kuasa yang di peruntukkan melalui undian untuk melantik wakil di persia kan begitu sahaja. Ini lah realiti apabila kuasa demokrasi hanya di serahkan kepada perwakilan dan mudah jika kita katakan hak yang kita beri setiap 5 tahun sekali di perlakukan sesuka hati oleh ahli parlimen atau ADUN.Oleh itu kini sudah tiba masanya kita merubah segala - galanya. Sudah tiba masanya kita memecahkan tradisi demokrasi yang di monopoli oleh parti - parti politik seperti PAS,PKR,UMNO,MCA,DAP,MIC ataupun KITA.Megapa harus kita biarkan kuasa kita diperwakilkan? selama ini demokrasi hanya di persepsikan hanya contengan di atas kertas undi. Tetapi hakikat makna asal dan defininya iaitu "dari Insan Untuk Insan" terus di lupakan dan di bohongi golongan - golongan borjuis demi memonopoli kuasa dan secara automatik meng'eksploitasi hak golongan proletarian (Marhaein). sepatutnya demokrasi beroperasi dari bawah ke atas,bukan dari atas kebawah.Kita sebagai rakyat lah yang sepatutnya menguruskan kerajaan dan bukan menyerahkan kuasa setiap 5 tahun sekali oleh kerana kesedaran ini sekumpulan anak muda telah mengambil inisiatif untuk membudaya Demokrasi langsung atau "Direct Democracy" pada setiap Sabtu di sebelah malam di dataran merdeka dengan apa yang di panggil sebagai #occupydataran. Setelah di inspirasikan dari gerakan yang berlaku di dataran Puerta Del Sol di Madrid Sepanyol yang mengambil inspirasi dari dataran tahrir,anak - anak muda yang telah kehilangan kepercayaan terhadap pemuka - pemuka perti politik seperti najib dan juga anwar ibrahim merasakan kita lah sepatutnya membuat apa sahaja keputusan dalam negara ini dan bukan di monopoli oleh pemuka - pemuka politik. Oleh itu bermula dari tarikh 29 julai 2011,pada setiap hari sabtu di sebelah malamnya bermula dari jam 8.00 malam mereka menggerakkan #occupydataran dalam usaha membudayakan demokrasi langsung melalui "The Parliament of Popular Assembly" dan menekankan pada prinsip perkongsian kuasa dan perkongsian kepimpinan. Manakala dalam sistem demokrasi yang menolak pertempuran sesama sendiri kerana makna dan maksud demokrasi itu sendiri bukan pertempuran atau peperangan.Sebab itu seringkali manusia bermusuhan apabila pengundian dalam demokrasi di bahagikan kepada majoriti dan minoriti.Ini secara tidak langsung akan menjadikan demokrasi adalah sebuah medan pertempuran. Ini Kerana pihak minoriti akan melakukan apa sahaja dalam merampas kuasa majoriti dan kerana sebab inilah "The Parliament of Popular Assembly" dalam #occupydataran tidak mengamalkan pengundian majoriti atau minoriti tetapi mengambil pendekatan kepada Kata Sepakat atau "consensus" bagaimanakah caranya? mungkin agak pelik kerana agak sukar nak puaskan hati semua orang. Sebab itu sistem dalam demokrasi langsung atau "direct democracy" direka agar semua orang dapat berpartisipasi dalam proses membuat keputusan.Berdebat,berbahas dan berdiskusi adalah mekanisme bagi menggabungkan dan meng'kombinasi'kan hak golongan minoriti dalam golongan majoriti dalam menghasilkan "Consensus" atau Kata Sepakat. Demokrasi langsung atau "Direct Democracy" adalah satu bentuk kerajaan di mana orangsecara kolektif membuat keputusan untuk diri mereka sendiri dan bukannya diputuskan oleh perwakilan(MP atau ADUN).Demokrasi langsung secara klasiknya diistilahkan sebagai "demokrasi tulen"(Real Democracy). Bergantung kepada sistem tertentu yang digunakan,ia mungkin melibatkan usul Eksekutif,membuat undang-undang, melantik atau memecat pegawai-pegawai dan menjalankan perbicaraan. Demokrasi langsung Berbeza dengan demokrasi perwakilan(mengundi ADUN atau MP).di mana kuasa penentu adalah terletak hak pada sekumpulan orang yang mana pada kebiasaanya berdasarkan pilihan raya. Banyak negara yang mengamalkan demokrasi perwakilan termasuk malaysia membolehkan tiga bentuk tindakan politik yang hanya menyediakan ruang untuk demokrasi langsung yang begitu terhad iaitu referendum (membuat pungutan suara), inisiatif dan penyemakan semula. Dalam hal ini Referendum kemungkinan boleh di tolak bila - bila masa sahaja kerana ianya bergantung kepada pertimbangan pemerintah.Secara effektif ianya hanya memberi hak kepada rakyat untuk memegang hak mengundi kuasa veto ke atas undang-undang kerajaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang demokrasi langsung atau "direct democracy" jom sertai kami dalam #occupydataran setiap hari sabtu jam 8.00 malam di bawah tiang bendera di dataran merdeka. |
Revolusi Dunia 15 Oktober ini! Posted: 05 Oct 2011 04:24 AM PDT Ramai yang tak menyangka,ramai juga yang tak menduga yang masyarakat dunia akan bangun menuntut hak demokrasi dan menentang kekuasaan kapitalis terhadap korupsi.maka dengan seluruh dunia setuju akan bersolidariti tepat pada tarikh 15 oktober ini.Dan dalam pada itu sekumpulan anak muda telah mengambil inisiatif untuk bersolidariti bersama masyarakat dunia pada 15 oktober ini. mereka menggerakkan apa yang di panggil sebagai #occupydataran sebagai salah satu alternatif ke arah mencipta satu corak demokrasi secara terus dan telus.Setiap sabtu jam 8.00 malam anak - anak muda ini akan berkumpul di bawah tiang bendera di dataran merdeka dan memulakan apa yang di panggil sebagai "popular assembly" Berhimpun,berkumpul dan memulakan satu sistem demokrasi secara terus untuk di terapkan dalam semua aspek kehidupan.Tetapi adakah ia mampu menukar "current system" yang ada? itu lah yang sedar di fikirkan.Sistem demokrasi melalui perwakilan telah bawa banyak keburukan kerana kita di wakili bukan suara terus dari kita. |
Revolusi sudah merebak ke England Posted: 05 Oct 2011 04:20 AM PDT |
apa itu rang undang - undang kampong baru Posted: 05 Oct 2011 04:03 AM PDT D.R. 25/2011 RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU 2011 sUsUNAN fAsAl Ba h a g i a n I PERMUlAAN fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Ba h a g i a n II PERBADANAN 3. Penubuhan Perbadanan 4. Meterai perbadanan 5. Keanggotaan Perbadanan 6. Jadual Pertama 7. Tempoh jawatan 8. saraan dan elaun 9. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 10. Pengosongan jawatan 11. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 12. Jawatankuasa 13. Penzahiran kepentingan2 Rang Undang-Undang Ba h a g i a n III fUNGsI DAN KUAsA PERBADANAN fasal 14. fungsi Perbadanan 15. Kuasa Perbadanan 16. Pewakilan fungsi dan kuasa Perbadanan 17. Arahan oleh Menteri 18. Penyata, laporan, akaun dan maklumat Ba h a g i a n Iv MAJlIs PENAsIHAT 19. Majlis Penasihat 20. Anggota Majlis Penasihat 21. Tempoh jawatan 22. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 23. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 24. Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan 25. Penzahiran kepentingan 26. Elaun Ba h a g i a n v PEKERJA PERBADANAN 27. Ketua Pegawai Eksekutif 28. Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif 29. Pelantikan pekerja Perbadanan 30. syarat-syarat perkhidmatan 31. Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan 32. Pembayaran faedah persaraan, dsb. 33. surcaj 34. Perbadanan boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 3 |
Posted: 25 Sep 2011 10:32 PM PDT |
Posted: 25 Sep 2011 09:47 PM PDT Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah berkata dalam pidatonya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-19: "Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966) Begitulah pentingnya sejarah dari kaca mata presiden pertama Indonesia sehinggakan dia mengatakan jika sejarah ditinggalkan ertinya sama seperti kehancuran sesuatu bangsa. Akan tetapi sejarah seringkali dimanipulasi dan dibolot oleh orang-orang yang memegang kekuasaan – seperti yang berlaku di negara kita Malaysia. Dalam buku-buku teks sejarah sekolah, perjuangan kemerdekaan negara hanyalah milik Umno dan Perikatan. Hanya perjuangan mereka ditonjolkan, sementara perjuangan orang-orang kiri pelbagai bangsa digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat. Akan tetapi, kerja-kerja menyembunyikan sejarah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebenaran pasti akan terbongkar jua. Apa lagi di zaman internet apabila manipulasi sejarah dan maklumat dapat dipecahkan dengan pelbagai pendapat dan fakta daripada pelbagai sumber. Sebelum Revolusi 48 Selepas berjaya dengan dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza muncul dengan dokumentari terbaru bertajukRevolusi 48. Pengarah filem ini membongkar kembali peristiwa bersejarah pada 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British. Peranan orang-orang kiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam memerdekakan Malaya tidak boleh dinafikan. Malahan jika dikaji kembali sejarah, mereka inilah perintis perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika Umno yang ditubuhkan pada 1946 bangga dengan slogan "Hidup Melayu", mereka (baca: golongan kiri) telah melaungkan slogan "merdeka". Pak Mamat, Mak Minah, Pak Chou Tong dan Pak Waimin menceritakan kembali apa yang sebenarnya berlaku pada ketika Malaysia berada di zaman pra-kemerdekaan bermula dari zaman penjajahan Jepun, kembalinya British selepas ketewasan Jepun, darurat diisytiharkan dan golongan kiri mengangkat senjata. Peranan Lai Teck Jika Khalid Jaafar, setiausaha akhbar Anwar Ibrahim sewaktu beliau masih timbalan perdana menteri menganggap bahawa Lai Teck yang berasal dari Vietnam sebagai penyelamat agung kepada negara dari pengaruh komunis, filem Revolusi 48 menceritakan sebaliknya. Chou Tong menceritakan dengan jelas dalam dokumentari ini tentang peranan Lai Teck yang digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah. Chou, atau nama sebenarnya Au Heng Fong, berkata Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British. Di Singapura, Lai Teck pada mulanya menjadi buruh dan kemudian aktif di kesatuan buruh. Dari situlah beliau berjaya menyusup masuk dalam gerakan kiri dan sekali gus rapat dengan PKM. Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dan Singapura, Lai Teck menjadi tali barut kepada penjajah Jepun pula. Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia kepada Jepun mengenai gerakan anti-Jepun. Namun apabila Jepun menyerah kalah, dengan cepat Lai Teck bertukar kiblat kepada British. Antara tugasan pentingnya ialah menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah. Jika tiada Lai Teck, Malaya akan merdeka sepuluh tahun lebih awal! Gerakan bersenjata Dalam dokumentari ini juga, keempat-empat penggerak PKM ini menceritakan latar belakang bagaimana dan mengapa mereka menyertai gerakan bersenjata untuk melawan penjajah British. Pada 1948, British mengisytiharkan darurat. PKMM, API, AWAS dan PKM yang sebelum ini bergerak secara sah diharamkan dan ramai pemimpin parti-parti tersebut ditahan. Jika British tidak menghalang kebangkitan gerakan kiri, mereka akan dihalau oleh rakyat dari Malaya seperti rakyat Indonesia menghalau Belanda. British tahu gerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin popular. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya. Jika orang-orang kiri berjaya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kepentingan British akan hilang seratus-peratus. Maka British terpaksa menyokong Umno dan Perikatan yang lebih menjamin kepentingan mereka. Apabila darurat diisytiharkan pada 1948, maka revolusi pun bermula. Ramai pemuda dan pemudi dari golongan buruh dan petani menyertai perjuangan mengangkat senjata untuk melawan British. Selepas penjajah meninggalkan Malaya pada 1957, kerajaan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman meneruskan perang terhadap golongan kiri dan PKM. Tindakan ini telah menyebabkan perjuangan bersenjata berterusan sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani antara Malaysia, Thailand dan PKM pada 1989. Contohi Megawati Dokumentari Revolusi 48 satu usaha membongkar kembali sejarah-sejarah yang telah disembunyikan selama separuh abad. Pada masa akan datang, lebih banyak lagi yang akan terbongkar. Penulisan sejarah haruslah adil kepada semua pihak. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Fakta ini tidak dapat diubah. Baru-baru ini, serikandi negara Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan, pemergiannya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya oleh pemerintah dan aktivis-aktivis politik di Malaysia. Perkara ini saya khabarkan kepada seorang teman di Indonesia yang kini aktif dengan gerakan Islam. Beliau turut bersedih dengan cara Malaysia melayan tokoh bangsa. Beliau memberitahu, ketika acara pengebumian bekas diktator Jeneral Soeharto, ramai hadirin yang hadir termasuklah bekas presiden Megawati Soekarnoputri. Ketika zaman kegemilangan Soeharto, Megawati ditindas teruk oleh Soeharto. Parti PDI-P yang dipimpinnya pernah dipukul oleh jeneral tentera itu. Bukan itu sahaja, ayah Megawati iaitu presiden pertama Indonesia, Soekarno dijatuhkan oleh rampasan kuasa yang dipimpin oleh Soeharto. Malaysia harus mencontohi Megawati. Tidak kira apa ideologi politik sekalipun, tokoh tetap tokoh. Jasa yang besar harus diberi penghargaan dan penghormatan. |
Posted: 23 Sep 2011 04:32 AM PDT Ini adalah pengumuman rasmi keenam daripada 99 peratus dari Kami menduduki yang Wall Street. Pada September 22, 2011, enam belas bandar dari seluruh negara didunia ini bangkit bersolidariti bersama kami, membantah perbezaan kuasa dan kekayaan yang wujud dalam masyarakat kita.Dalam Dataran Liberty, jurang perbezaan itutidak wujud. memenuhi keperluan semua orang mengambil penjagaan bagi,makanan, ubat, air. hanya memerlukan, hak sahaja, bahawa kita tidak boleh menjaga tempat tinggal, walaupun ini bukan pilihan kami. Datuk Bandar Bloomberg berkata bahawa dia akan memberikan kita ruang untuk berdemonstarsi tetapi setiap masa dia cuba mengusir untuk kami.Beliau telah menggunakan taktik yang tidak masuk akal termasuk mempergunakan pihak polis untuk menagkap para demonstran yang sedang menulis pada kertas rentang dengan menggunakan kapur. Menangkap memakai topeng di belakang kepala mereka yang di tuduh melanggar undang-undang yang lama dan lapuk, untuk ... apa sebenarnya? Dia menggunakan taktik penindasan media hanya tersedia untukjutawan dengan empayar media. Ia tidak pernah bekerja. Ia tidak akan berfungsi, kami berkembang, Setiap hari lebih banyak bandar-bandar di amerika menyertai kami. Setiap hari pergerakan kami berkembang.Kami menuntut perubahan yang sebenar. Kita akan lihat. |
Revolusi Dunia akan bermula 15 Oktober ini! Posted: 22 Sep 2011 06:49 AM PDT pada 15 oktober 2011 seluruh masyarakat dunia (tapi dunia ketiga termasuk malaysia aku tak tau la) akan bangun menuntut hak demokrasi sebenar! tapi adakah malaysia akan turut serta? |
Revolusi Amerika : Kini Demonstran melimpah ke Liberty laza Posted: 22 Sep 2011 04:18 AM PDT Ramai orang seolah-olah tidak sabar bahawa gerakan yang kini menduduki Liberty Plaza berhampiran Wall Street telah tidak dinyatakan tuntutan yang yang jelas. Bagi kami, ia sangat penting untuk menyedari bahawa kita sebahagian daripada pergerakan global ... kita lihat inspirasi dari Tunisia, di Tahrir Square, Mesir, dan di Greece dan Sepanyol ... Mereka semua menggunakan bentuk Persidangan Umum (Perhimpunan Rakyat Rakyat) yang bergantung kepada persetujuan sebulat suara. Ia merupakan satu proses yang terbuka dan penyertaan yang Bukan heirarki, mendatar, dan ia membolehkan rakyat untuk melibatkan diri, membentuk diri mereka sendiri, membawa masuk idea-idea mereka sendiri ke dalam proses. " Amin Hussein, NYC General Assembly at #OccupyWallStreet |
SAH, KENYATAAN MAT SABU TAK DAPAT DISANGKAL LAGI Posted: 20 Sep 2011 10:14 PM PDT Lee Ban Chen: Kenyataan Mat Sabu sesuatu yang pernah dipersetujui kerajaanSerangan kerajaan terhadap "komunis" baru-baru ini, semata-mata untuk menyanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, semakin dipertikai. Pengamat politik, Lee Ban Chen berkata kerajaan pada hakikatnya telah mempunyai pendirian, bahawa sumbangan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mempercepatkan pencapaian kemerdekaan "tidak dipertikai dan tidak dinafikan", ketika menandatangani Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989. Beliau memetik dari buku Setiausaha Agung PKM, "Chin Peng: My Side of history", bahawa kerajaan melalui wakil polis, Rahim Noor pada ketika itu telah menyatakan pendirian tersebut. "Kalau kerajaan Malaysia sudah membuat perjanjian dengan CPM (PKM), dan mengaku mereka sudah ada sumbangan untuk mempercepatkan pencapaian kemerdekaan negara kita... Jika itulah pendirian kerajaan, bermakna apa yang dikatakan Mat Sabu itu memang sesuatu yang tepat, dan sesuatu yang telah disetujui oleh kerajaan Malaysia. Jika itulah halnya, maka sekarang mengapa buat heboh?" Malah, Lee Ban Chen (gambar kanan) mengambil contoh karikutur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 13 September 2011, mempertikaikan kerajaan bahawa mengapa tuduhan yang "sukar dibuktikan" ini dibenarkan selepas lebih 20 tahun perjanjian damai ditandatangani? Maka soalan seterusnya adalah, "Adakah perjanjian Haadyai itu, kerajaan masih mengakui? Adakah kerajaan masih mematuhi apa yang telah ditandatangani? Kerana selama 20 tahun ini, pihak komunis tak ada buat apa-apa. Mereka cari makan, mereka buat kerja mereka, mereka pun jarang mengambil bahagian dalam arena politik." Lee Ban Chen berasa hairan, "mengapa keadaan boleh menjadi begini?" Disebabkan komentar daripada Mat Sabu, komunis Malaya "yang tidak berbuat apa-apa (untuk 20 tahun ini)", diserang sebegitu, sehingga mencungkil luka bekas tentara dan bekas polis, seolah-olah ada serangan diadakan dari pihak komunis. Beliau seterusnya mempersoalkan logik Perdana Menteri Najib Razak, bahawa Malaysia kini bekerjasama dengan Komunis China, kononnya "Komunis China sekarang komunis yang baik". "Saya tak tahulah, kerajaan kita nak berbaik dengan komunis China, tapi nak serang ideologi komunis, tak tahu itu logik apa? Kalau you kata komunis itu memang kejam, komunis China kejamlah! Tapi you tak kata begini..." Lee Ban Chen berkata sedemikian dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Turut hadir sebagai panelis adalah Sasterawan Negara A.Samad Said, dan Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM, Arumugam. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum yang dihadiri kira-kira 50 orang ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI. "Perlembagaan Rakyat pada masa itu adalah Buku Jingga sekarang!" Selain itu, Lee Ban Chen (gambar bawah) turut mengisahkan sejarah bagaimana golongan agamawan, nasionalis dan sayap kiri boleh mencapai muafakat untuk merangka Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947, dan bersetuju dalam 10 perkara, termasuk "Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa yang sebenar, bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat". "Ini sesuatu yang cukup istimewa pada masa itu. Sesuatu yang mendapat kerjasama semua bangsa dan berlatarbelakangkan ideologi yang berlainan. Ini suatu contoh bagaimana kita hendak merangka satu politik atau perlembagaan yang menyeluruh, kita harus berkompromi antara kaum... Dan mencapai sesuatu yang dapat diterima semua pihak. Ini sesuatu kejayaan yang besar gerakan rakyat masa itu. Tapi malangnya kerajaan British tidak terima..." Malah Lee Ban Chen menganggap "Perlembagaan Rakyat" oleh AMCJA-Putera pada ketika itu, boleh diibaratkan bagai "Buku Jingga" oleh Pakatan Rakyat sekarang, memperlihatkan kematangan parti politik untuk bersepakat dengan kerangka tertentu pada peringkat itu untuk menentang penjajahan, katanya. Ketika mengulas "Perlembagaan Rakyat" pada tahun 1947, Arumugam (gambar kanan) berkata wujudnya dua golongan gandingan politik ketika itu, iaitu golongan progresif dari bawah, yang menjaga "kepentingan rakyat"; sementera satu lagi kombinasi politik dari atas, yang berasaskan perkauman, misalnya UMNO, MCA dan MIC. British memilih untuk berunding dengan golongan UMNO, MCA dan MIC, untuk mengetepikan golongan progresif yang menjaga kepentingan rakyat. Baca: A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan *Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
Revolusi Amerika : Polis Mula Menyerang Posted: 20 Sep 2011 09:37 PM PDT |
Kecewa PM tak sudi jumpa blogger Umno ugut potong kaki Nawemee Posted: 18 Sep 2011 11:33 PM PDT Kecewa PM tak sudi jumpa blogger Umno ugut potong kaki NawemeeDengan tajuk "Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia", sebuah blog penyokong kerajaan telah bertindak liar di atas ketidak-puas-hatian kepada Perdana Menteri, iaitu orang yang selama ini dipertahankan habis-habisan. dalam blog tersebut jelas menyatakan;
Kekecewaan RBF dilihat tidak dapat lagi disorok apabila secara terbuka menempelak pimpinan sendiri beserta dengan satu ancaman bunuh terhadap Nawemee yang akan berjumpa dengan PM. Ia seolah-olah mencabar kewibawaan PM sekiranya mengambil tindakkan kepada RBF akan dilihat sebagai tidak prihatin ke atas bangsa sendiri tetapi membela Nawemee. Mari kita lihat sejauh mana pihak berwajib berani mengambil tindakan dalam ugutan yang memang terang dan jelas ini. Namun kemarahan blogger ini ada asasnya. Masih ingat kita bagaimana Nawemee yang dikenali sejak video klipnya mengolah semula lagu negaraku menjadi "Negarakuku" disiarkan di youtube. Beliau bukan saja berdepan dengan tindakan undang - undang tetapi media mengolah kebencian yang melampau dengan mengaitkan Nawemee dengan Pakatan Rakyat dan kebencian melampau diwujudkan dengan api perkauman sebagai asas bahan bakar. Maka Najib (baca: pimpinan UBN) meraih sepenuhnya keuntungan dengan menunggang sentimen yang dibakar blogger dan 'ngo-ngo' ciptaan mereka tampil ke depan menyemarak kemarahan. Ingat lagi bagaimana Arman ketika itu dia ketua pemuda PERKASA mengamuk dan membakar barang di depan pagar dewan himpunan china dimana Nawemee berada didalam dewan untuk satu program. Akhirnya setelah melihat semuanya gagal meraih sentimen majoriti rakyat malah di kelas pertengahan imej UBN menjadi lebih negatif kerana tindakan tersebut maka Najib telah tukar strategi. Nawemee diberi ruang membuat filem pula dan semalam bertemu secara peribadi dengan Najib sendiri. Jika difikirkan kesian dengan kawan - kawan 'bawah' yang begitu emosi pada satu ketika dahulu dalam isu Nawemee ini dan akhirnya dia sendiri mendapat ruang istimewa. Walaupun memahami kekecewaan kawan-kawan ini tetapi che'GuBard nasihat janganlah sampai ugut-ugut bunuh...itu kurang tamadunnya. Jadikan ini sebagai pengajaran berpada dalam tindakan. Itu belum lagi mereka respon dalam isu 'agihan tak sama rata'. klik sini untuk baca lanjut. |
Revolusi Amerika : Perhimpunan Rakyat Amerika Hari ke-2 di hadapan wallstreet Posted: 18 Sep 2011 11:10 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan