Anak Sungai Derhaka |
- Tengok nih!! UMNO Permatang Pauh ni nak tolak fitnah atau nak sebar fitnah ni?
- Banyak ni saja yang datangpun Mukhriz dah berangan nak jadi MB Kedah..
- PANAS!! Kerajaan Filipina temui bukti Tokoh Pembangkang terlibat ceroboh Lahad Datu..
Tengok nih!! UMNO Permatang Pauh ni nak tolak fitnah atau nak sebar fitnah ni? Posted: 17 Mar 2013 07:00 AM PDT Mula-mula korang baca dulu laporan dari Bernama mengenai risalah yang akan diedarkan di Permatang Pauh ni.. BUKIT MERTAJAM, 16 Mac - Pergerakan Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh hari ini mengedar kira-kira 100,000 risalah penerangan berhubung kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada orang ramai di kawasan parlimen berkenaan. Ketua Pemudanya Mohd Zaidi Mohd Said berkata usaha itu adalah sebahagian daripada gerak gempur pihaknya bagi memberi penjelasan kepada penduduk tentang apa yang telah dilakukan kerajaan dan kelebihan BN berbanding pembangkang. "Hari ini seramai 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada Pemuda dan Wanita Umno Permatang Pauh hadir bagi mengedar 100,000 risalah kepada penduduk. "Pelbagai maklumat antaranya berkaitan usaha kerajaan BN membantu rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), apa yang telah dan akan dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan isu-isu semasa disebarkan agar penduduk faham perkara sebenar," katanya kepada pemberita. Program '100,000 Gempur Permatang Pauh' itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir. Turut hadir Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Mohd Zaidi berkata program itu juga merupakan isyarat kepada Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang bahawa Umno akan memberikan tentangan hebat kepadanya. Katanya pihaknya juga telah memasuki kubu kuat Anwar di kawasan parlimen itu dan mendapat maklum balas positif daripada pengundi. "Saya nak beritahu Anwar, Umno terutama Pemuda akan menggempur habis-habisan dan memberikan tentangan kepadanya pada pilihan raya umum nanti. Kami juga akan pastikan dia tidak memperoleh keputusan yang mudah untuk menang kerana jentera BN telah bekerja keras sejak beberapa tahun lepas bagi merampas kembali kerusi parlimen ini," katanya ~ Bernama OK... kata Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang kerugian lebih dari RM100,000 apabila rumahnya dipecah masuk baru-baru ini.. ( baca di SINI ) 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada Pemuda dan Wanita Umno Permatang Pauh hadir bagi mengedar 100,000 risalah kepada penduduk. 1,000 sukarelawan??.. kah.. kah.. kah.. tapi orang kata ciput sangat yang datang gerak gempur UMNO tu.. Tak apa.. mungkin mereka dari pasukan elit.. err.. macam Komando lah.. Sebab tu tak ramai yang turun gerak gempur tu... Kononnya.. Pelbagai maklumat antaranya berkaitan usaha kerajaan BN membantu rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), apa yang telah dan akan dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan isu-isu semasa disebarkan agar penduduk faham perkara sebenar.. Cuba korang lihat risalah-risalah yang sudah mula diedarkan dalam kawasan Permatang Pauh ini.. ada tak risalah penerangan mengenai usaha BN selain dari risalah menyerang Anwar Ibrahim.. Yang paling aku tak faham ialah TG Nik Aziz yang tak bertanding di Permatang Pauh pun menjadi mangsa.. Pasal apa agaknya kali ini risalah hanya di fotokopi.. tak di cetak dalam bentuk warna agaknya?? Untuk besar nampaknya yang mengelolakan program ini.. | ||
Banyak ni saja yang datangpun Mukhriz dah berangan nak jadi MB Kedah.. Posted: 17 Mar 2013 12:31 AM PDT Cubaan Datuk Mukhriz Mahathir untuk merampas kedudukan sebagai Bakal MB Kedah jika BN menang dari Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah nampaknya semakin menjolok mata. Banyak program besar yang dianjurkan Mukhriz tanpa kehadiran Ahmad Bashah. MCA Kedah baru-baru ini menganjurkan program penyerahan sumbangan untuk persatuan-persatuan Cina Kedah tetapi menjadikan Datuk Mukhriz sebagai tetamu utama (nama dan foto diletakkan di backdrop) sedangkan Ahmad Bashah selaku Pengerusi BN Kedah hadir sama. Pada 16 Mac, kumpulan Mukhriz telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan mengundang Tun Mahathir serta ramai pemimpin UMNO Kedah, malangnya Ahmad Bashah tidak hadir. Adakah beliau sengaja tidak dijemput? Program yang menghimpunkan anak-anak Kedah di perantauan itu turut mengadakan cabutan bertuah sebuah kereta Peugeot 207 dan pelbagai hadiah lagi untuk menarik kehadiran orang ramai namun ia gagal menarik penyertaan anak Kedah di perantauan. Mujur crew pihak pernganjur dari Kedah yang hadir meramaikan, jika tidak Muhhriz mendapat malu besar. Tun Mahathir memberi ucapan yang agak mengejutkan hadirin apabila berkata, tiada gunanya BN menang di Kedah jika mereka kalah di Pusat. Kenyataannya itu jelas membayangkan bahawa beliau sudah tidak menaruh harapan lagi bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya. Sumber info datangnya dari Kedah La Sumber gambar pula dari Lidah Rasmi UMNO | ||
PANAS!! Kerajaan Filipina temui bukti Tokoh Pembangkang terlibat ceroboh Lahad Datu.. Posted: 16 Mar 2013 09:00 PM PDT Macai-macai UMNO terutama sekali NGO-NGOk yang telah mengadakan demo di hadapan Masjid Negara jumaat lalu tentu melompat-lompat kegembiraan bila membaca tajuk yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO di atas.. Antara NGO terbabit dalam demonstrasi itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM). NGOk terbabit juga dilaporkan akan mengadakan siri jelajah 'Anwar Dalang Lahad Datu' bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan 'Sultan Sulu' di Lahad Datu. Laporan penuh dan gambar-gambar semasa demo tersebut sila lihat di ( SINI ) Lidah rasmi UMNO semalam telah melaporkan.. Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III.. Malangnya ia bukannya tokoh pembangkang dari negara ini... tapi tokoh pembangkang dari negara itu.. kah.. kah.. kah.. kecewa lagi macai UMNO.. Tengok kat bawah ni..
Maka dengan laporan Lidah Rasmi UMNO itu maka terputuslah punca rezeki NGO-NGOk di atas untuk menjaja fitnah ke seluruh Malaysia bagi mengaikan Anwar sebagai dalang insiden Lahad Datu... Tapi.. mungkin mereka akan meneruskan juga jelajah mereka itu kerana macai-macai UMNO ini kebanyakkannya bodoh dan mudah untuk diperbodohkan... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan