A Mum Of Three Mohd |
Soalan cepu mas. MengapaUMNO tak der TELOR?? Posted: 12 Mar 2013 07:00 AM PDT Mengapa hypernymns kepada UMNO, baik dari hok di atas sampai ler ke pencacai-pencacainyer tak der TELOR?? Sebab... habis depa punyer telor, dilemparkan kepada ibu pejabat PKR. Jadi... orang PKR ada telor, depa pulak tak berTELOR!! Kah kah kah kah Dulu, kini dan selama... bodoh dan tak ber-TELOR!!! Citernyer di sini. |
Peluang untuk Najib buktikan dia ada telor Posted: 12 Mar 2013 05:40 AM PDT PRU13: PKR cabar Najib gugur pemimpin tercemar PKR mencabar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan daripada senarai calon BN, pemimpin parti itu yang sedang disiasat atas dakwaan rasuah. Parti itu mendakwa lapan pemimpin berkenaan ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata dengan menggugurkan individu-individu berkenaan, ia akan membuktikan keikhlasan Najib untuk mementingkan kalangan pemimpin yang "bersih". "Calon perlu dilihat 'lebih putih daripada putih', dan tidak tercemar, kerana semua mereka yang dinamakan itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. Tambahnya, jika Umno tidak bersedia untuk menggugurkan mereka, maka ia membuktikan Umno tidak serius dalam meletakkan calon-calon yang bersih dan mampu menang seperti yang diwar-warkan oleh Najib. Apabila ditanya bahawa lapan pemimpin berkenaan didapati tidak bersalah (tidak pernah dituduh) di mahkamah dan mereka hanya sedang disiasat dan beberapa daripadanya telah dibebaskan daripada dakwaan, Rafizi berkata, akauntabiliti politik tidak semata-mata sama ada mereka didakwa ataupun mereka didapati bersalah. Menurutnya, standard yang perlukan dikenakan ialah mereka mesti dilihat "lebih putih daripada putih." Rafizi mendakwa, walaupun mereka masih belum didakwa, tetapi bukti yang diketengahkan oleh media, di Internet dan juga disimpulkan (terhadap mereka) adalah banyak. Dakwanya lagi, terdapat persepsi bahawa mereka tidak didakwa kerana pendakwaan dan penyiasatan tidak bebas, katanya. Jika ia bebas, kata Rafizi, mereka telah pun didakwa.-Mkini |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan