Selasa, 12 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jurutera Buat Laporan Polis Berhubung Bendera PKR? Betulke Jurutera ni?... nampak bodoh sangat la..

Posted: 12 Mar 2013 07:39 AM PDT


Tentu terpinga-pinga pegawai Polis yang menerima laporan dari Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah yang mendakwa dirinya seorang Jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat ini..

Nak siasat atas tuduhan apa dan nak dakwa kerana kesalahan apa entahlah.. laporan Polis dibuat hanya kerana bendera Parti Keadilan Rakyat mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Kata Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah dia dah tanya Anwar Ibrahim tentang makna makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan sejak empat tahun lalu, tapi anwar tak layan..

Sebab itu dia buat laporan Polis..

Apalah punya bangang dia ni.. kata Jurutera tapi jalan cerita tu nampak bodoh macam macai-macai UMNO yang lain saja..

Takkanlah Jurutera tak tahu nak guna Google kot??

Jurutera Buat Laporan Polis Berhubung Bendera PKR

IPOH, 11 Mac (Bernama) -- Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Saya minta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan (Rakyat) ini," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR di sebalik penciptaan logo dan warna di dalam bendera parti terbabit sejak empat tahun lalu, namun gagal.

Mohamad Ridhwan Batumalai yang mempunyai pengalaman dalam bidang minyak, gas dan pentadbiran korporat berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat sekiranya Anwar enggan menjelaskan perkara berkenaan.

"Sekiranya Anwar tidak dapat memberi penjelasan, rakyat tidak seharusnya mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya mengenai keputusannya membuat laporan polis demi kepentingan negara dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang saudara baru, saya tidak boleh melihat umat Nabi Muhammad S.A.W. berpecah belah kerana Nabi Muhammad tidak suka umatnya berpecah belah," katanya.

Samseng UMNO mengaku diupah RM20 untuk baling telur..

Posted: 12 Mar 2013 02:10 AM PDT

Di Pulau Pinang, upah yang dibayar kepada sekumpulan remaja yang kebanyakkannya masih belum boleh mengundi bagi memasang bendera 1Malaysia adalah RM250.

RM100 dibayar sebelum kerja-kerja memasang bendera tersebut, manakala bakinya setelah selesai majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah memalukan Najib itu.

Bagaimanapun Barisan Nasional Pulau Pinang enggan mengaku bendera 1Malaysia kebanggan Najib itu ada kaitan dengan Barisan Nasional setelah pihak MPPP mengeluarkan saman terhadap mereka kerana telah memasang bendera 1Malaysia hingga menyemak Pulau Pinang.

Sila baca di ( SINI ) laporan tersebut..

Manakala upah bagi remaja-remaja untuk hadir bagi meramaikan majlis yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri di Kelantan pula ialah RM15.

Jumlah upah tersebut telah diakui oleh beberapa orang remaja yang telah hadir dalam majlis Muhyiddin itu.. videonya sila lihat di ( SINI ).

Semalam pula satu demonstrasi telah diadakan di hadapan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, lebih kurang 30 orang telah hadir mencetuskan huru-hara di hadapan pejabat itu.

Mereka telah membaling kayu dan juga telur ke bangunan Ibu Pejabat itu malah ada juga yang telah mengeluarkan ugutan untuk membakar bangunan tersebut.

Meskipun kerja-kerja yang mereka lakukan itu merisikokan mereka ke penjara, namun upah yang diterima adalah sangat sedikit sekali, tidak memadai dengan keganasan yang mereka lakukan..

Malah jika upah tersebut ditawarkan kepada Mat Bangla sekalipun, kemungkinan mereka tidak mahu mengambil upah melakukan kerja-kerja tersebut adalah tinggi..

Menurut seorang individu yang mendakwa telah bersama melakukan keganasan itu, upah yang dijanjikan kepadanya hanyalah RM20 sahaja..

Lebih malang lagi.. kerja dah dibuat..upah tak dapat-dapat...


Berapa agaknya orang tengah dah sapu??

Kesiannn.. RM20 saja yang dapat..

Macai dibayar RM20.. tapi Blogger Mat Salleh, Najib bayar USD389,724,70.. baca di ( SINI )

Terdesak nak kekal berkuasa, UMNO berkempen hingga ke dalam jamban..

Posted: 11 Mar 2013 11:32 PM PDT

Kebelakangan ini kita sering melihat berbagai-bagai kaedah digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan juga macai-macai UMNO untuk mempengaruhi undi dari rakyat..

Pemimpin-pemimpin UMNO berkempen dengan menabur janji dan melaksanakan projek-projek yang melibatkan wang pembayar cukai yang telah dianggap sebagai wang milik UMNO.

Macai-macai UMNO juga turut bersama membantu kempen tersebut dengan kaedah yang ditentukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bagi mereka jalankan.

Selaras dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan hanya manusia bodoh yang kini bersama UMNO, macai-macai UMNO jarang dilihat berkempen untuk menerangkan apa manifesto UMNO/BN untuk rakyat jika UMNO/BN diberikan undi untuk berkuasa kembali pada PRU13 ini..

Macai-macai ini digalakkan berkempen melalui keganasan.. contoh keganasan yang terbaru sila lihat di ( SINI ).

Berikut adalah pendedahan kempen yang dijalankan oleh macai UMNO selain dari kempen keganasan yang dinyatakan di atas itu..

PROPAGANDA parti perkauman, Umno/BN sangat mudah untuk dikenal pasti. Ia menggunakan sentimen 3R iaitu Race, Royal, and Religion (Bangsa, Raja dan Agama) untuk menarik sokongan orang Melayu kepadanya.

Lihat sahajalah, isu-isu 3R yang diulang siar berulang kali dalam media-media kongkongan Umno/BN. Menarik kali ini, salah seorang sahabat pembaca mengirimkan beberapa keping gambar menunjukkan taktik terbaru Umno/BN berkempen dan memainkan sentimen bangsa Melayu di dalam jamban kah kah kah...

Menurut pengirim, gambar ini diambil di dalam sebuah jamban Masjid Parit Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang terletak hanya beberapa meter dari rumah YB Dato Aziz Kaprawi (ADUN BN Parit Raja).

Kita faham, mesej propaganda ini ditujukan khas buat orang-orang Melayu Islam yang menggunakan jamban masjid. Tentu sekali jarang orang bukan Islam akan menggunakan jamban masjid.



Untuk melihat apa yang diconteng di dinding jamban itu dengan lebih jelas sila lihat di ( SINI )

Najib bayar Blogger Amerika USD389,724,70 .. disiarkan oleh The Wall Street Journal pula..

Posted: 11 Mar 2013 07:55 PM PDT


Awal bulan lalu pada 2 Mac 2013, aku telah menyiarkan satu artikel mengenai pendedahan oleh sebuah Media antarabangsa mengenai bayaran yang dibuat oleh Najib kepada seorang Blogger dari US.

Dalam artikel tersebut Najib telah didakwa membuat bayaran sebanyak USD389,724,70 kepada Blogger tersebut.

Ini petikan dari artikel tersebut..
Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.

"Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.

"Trevino menerima bayaran USD389,724,70," tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik ~ laporan penuh sila baca di ( SINI )

Oleh kerana BuzzFeed bukanlah sebuah portal yang ternama dan berpengaruh, maka macai-macai UMNO mempertikaikan kredibiliti portal tersebut..

Pada 7 Mac yang lalu The Wall Street Journal pula menyiarkan kisah mengenai pembayaran oleh Najib kepada Blogger dari US itu di bawah tajuk 'Malaysia's U.S. Propaganda'.

Ini laporannya…

A general election is expected next month in the Southeast Asian nation of Malaysia, and that usually means political shenanigans—abuse of national security laws, media manipulation and character assassination. After the last election in 2008, when the ruling coalition barely held on to power, public anger at such practices prompted Prime Minister Najib Razak to redraft laws and reform the electoral system. However, new revelations that his government paid American journalists to attack opposition leader Anwar Ibrahim raise questions whether those changes went far enough.

In January, conservative American blogger Joshua Treviño belatedly registered under the Foreign Agents Registration Act, revealing that from 2008-2011 he was paid $389,724.70, as well as a free trip to Malaysia, to provide "public relations and media consultancy" services to the Malaysian government.

These consisted of writing for a website called Malaysia Matters, now defunct, as well as channeling $130,950 to other conservative writers who wrote pro-government pieces for other newspapers and websites. When questioned in 2011 by the Politico website about whether Malaysian interests funded his activities, Mr. Treviño flatly denied it: "I was never on any 'Malaysian entity's payroll,' and I resent your assumption that I was."

The campaign was more targeted than the Malaysian ruling coalition's domestic attacks on Mr. Anwar. Mr. Treviño's site mainly went after the opposition leader for anti-Semitic remarks and his alliance with the Islamist party PAS, and even accused him of links to terrorists through the International Institute of Islamic Thought. Mr. Anwar has made anti-Semitic comments—though that's in part to fend off domestic accusations that he's too cozy with Zionists. He also has ties to organizations that have taken Saudi money, but the suggestion that he somehow has "ties to terrorism" is preposterous.

The site also defended an outrageous charge of sodomy brought against Mr. Anwar from 2008-2012, and it criticized the U.S. State Department and The Wall Street Journal for taking Mr. Anwar's side. These postings were clearly aimed at sowing doubt among other would-be Anwar defenders in the U.S., especially on the right of the U.S. political spectrum.

Mr. Treviño paid other writers who know almost nothing about Malaysia but mimicked his propaganda. The New Ledger, edited by Ben Domenech, was even more vociferous, calling Mr. Anwar a "vile anti-Semite and cowardly woman-abuser." One posting was entitled, "Muslim Brotherhood's terrorist money flowing to Anwar Ibrahim." According to Mr. Treviño's filing, he paid Mr. Domenech $36,000 for "opinion writing." Three contributors of anti-Anwar items to the New Ledger—Rachel Motte, Christopher Badeaux and Brad Jackson—were paid $9,500, $11,000 and $24,700 respectively.

Read more HERE

Video samseng UMNO ugut nak bakar Ibu Pejabat PKR, tersebar!!.. Saksikan betapa ganasnya mereka..

Posted: 11 Mar 2013 10:06 AM PDT


Dalam insiden yang menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak petang semalam di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hampir 30 samseng UMNO telah terlibat.

Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.

"Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya," katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.

"Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur.


 Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah," katanya.

Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.

Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu.






Part 4 sila lihat di SINI

Buat yang tertanya-tanya mengapa kebelakangan ini sering kita lihat samseng-samseng UMNO bermaharajalela mengganas.. ini adalah apa yang telah diarahkan buat mereka.. seluruh aktiviti Pakatan Rakyat terutamanya siri-siri ceramah akan diganggu!

Tiada ulasan: