Isnin, 4 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Yang baik itu Najib, Yang jahat itu Anwar

Posted: 04 Mar 2013 12:31 AM PST


Askar Sulu bangkit.... Anwar salah
Lahad Datu kena serang.... salah Anwar
Semporna diserang hendap..... Anwar salah
Polis Malaysa terkorban..... salah Anwar

Jahat betoi ler Anwar Ibrahim ni. Ini semua Anwar punya salah, Semua ini salah Anwar. Najib pulak??

Uisshh... Najib baik. Najib kan ke Perdana Menteri?? Najib tak salah... Perdana Menteri mana boleh salah. Betoi sokmo. Yang salah ialah pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Jahat.... Jahat betoi Anwar Ibrahim ni!!

PETALING JAYA, 4 Mac – Arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menyiasat penglibatan pembangkang dalam insiden keganasan di Lahad Datu adalah cubaan untuk menutup kelemahan pentadbiran Najib menangani isu pencerobohan yang menyaksikan lapan anggota polis Malaysia terkorban, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menegaskan, keganasan di Sabah telah berlarutan selama 23 hari, namun Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih lagi gagal untuk mencari jalan penyelesaian terhadap situasi tersebut.

"Sebaliknya, perdana menteri itu dengan tidak bertanggungjawab cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan pentadbirannya," kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. [Setersnya di sini]

Kerana Anwar bersalah dan mungkin rasa bersalah maka.... dia telah menyaman pihakyang kata dia dalang peristiwa yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna.

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertindak menyaman RM 200 juta kepada media TV3 dan Utusan Malaysia berikutan dakwaan terhadap beliau yang dikatakan sebagai dalang dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

Anwar yang diwakili firma guaman Daim & Gamany memberi tempoh selama 24 jam bermula hari ini bagi kedua-dua media itu untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan  "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.

TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.
 
[Lagi di sini.]

Hahahahahaha.... Malaysia Boleh!!

Janji dicapati...

Posted: 03 Mar 2013 10:02 PM PST

  
Hahahahaha.....

Ini kes janji dicapati. kot... Sebab tu, tentera Sulu mari dan akibatnyer polis kita banyak yang pergi...

MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. 

Tersukan membaca di sini.

Tiada ulasan: