Isnin, 4 Mac 2013

Addin

Addin


Dokumen Bayaran Pajakan Sabah Kepada Kesultanan Sulu Oleh Kerajaan Malaysia?

Posted: 04 Mar 2013 03:00 PM PST


Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.

Jika kita bandingkan Brunei, Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya.

Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei?

Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah dan Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia. Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?

Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.

Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia?
Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-

Jika dokumen bayaran diatas dan dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah. Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah?

Atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan. Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.

Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkan oleh British bagi membangunkan negara mereka.

Jika benar kedutaan masih terus membayar "fees" kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.

Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.


Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar 'fees' yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.


Siapa Arah Media Filipina Padam Berita Panas Najib?

Posted: 04 Mar 2013 06:46 AM PST

Akhbar Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyebut tentang nama PM Malaysia, Najib Razak dalam berita bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia" pada 21 Febuari lalu.

Berita panas tersebut menyebut tentang janji Najib Razak. Ia disebut oleh Nur Misuari yang beliau mendengar adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah sehingga beliau merentas lautan menuntut janji. 
Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar terhadap tuntutan mereka dan beliau meminta perkara ini diselesaikan dengan lebih tenang.
Berita panas Najib tersebut telah dipadam oleh mb.com.ph dan apabila kita mengakses berita tersebut hanya ini yang dipaparkan. Namun ada yang telah 'copy screen' berita tersebut seperti di atas.

Tak pasal-pasal Anwar telah diburukkan Utusan Malaysia, TV3 dan macai UMno akibat pencerobohan tersebut. Namun begitu Najib juga tak terlepas. 
Najib bersama anak beranak Kiram (Kesultanan Sulu), Esmail Kiram II
Jadi kini, siapa yang telah mengarahkan atau meminta akhbar Filipina memadam berita tersebut. Adakah ianya arahan juga dari Malaysia?


Iklan C (ii)


Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna

Posted: 04 Mar 2013 06:03 AM PST


Gambar ini di katakan diperolehi dari telefon bimbit penceroboh yang mati di tembak di Semporna.

Penceroboh mengambil gambar kenangan mereka sebelum melancarkan serang hendap di Simunul dan sekitar daerah Semporna.



Iklan C (ii)


Gempar!! Media Filipina Dedahkan Najib Telah Janjikan Penempatan Untuk tentera Sulu Di Sabah

Posted: 03 Mar 2013 07:05 PM PST


Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar..

Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan.
Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..

Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..




Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya..

Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu..


ini gambarnya..



Mungkin Anwar yang arahkan Najib supaya menjanjikan penempatan untuk Tentera Sulu tu kot???


~anak sungai derhaka



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: