WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
JIKA TIDAK TERCALON, MAHU TUTUP BILIK GERAKAN YANG TIDAK PERNAH PUN WUJUD Posted: 10 Feb 2013 12:21 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS SEMAKIN dekat mahu pilihanraya, nampaknya semakin panas di beberapa kawasan. Kini, telah ada beberapa kawasan yang telah menampakkan siapa calon yang bakal terpilih untuk bertanding. Ada calon yang perasan mereka terpilih, terus bekerja tetapi apabila ada khabar-khabar angin menyebut namanya mungkin tidak terpilih, mulalah buat karenah. Ertinya, dia bekerja selama ini untuk menjadi calon. Memang layak pun dicantas awal-awal lagi kerana orang seperti ini tidak ikhlas berjuang di dalam parti. Sehinggakan sanggup memberi amaran jika tidak terpilih, beliau akan menutup bilik gerakan. Lucunya, bilik gerakan tidak pernah dibuka pun malahan tiada bilik gerakan pun lagi yang diwujudkan, jadi bagaimana mahu 'tutup' bilik gerakan jika bilik gerakan tidak wujud? Ada pula bakal calon yang baru disebut-sebut untuk jadi calon awal-awal lagi tunjuk ego. Semua kerja diserah kepada petugas-petugas beliau dan beliau langsung tidak menunjukkan minat untuk bekerja. Minatnya hanya untuk menjadi calon sahaja. Bayangkan kalau sudah bilik gerakan yang para petugas buka untuk beliau, beliau sendiri jarang tunjukkan muka ke situ, adakah itu tandanya berminat untuk jadi calon? Usahkan mahu bersama-sama tampal poster atau pacak bendera, mahu raikan petugas-petugas beliau sendiri di bilik gerakan pun segan. Kadangkala kesihan tengok para petugasnya. Ke hulu ke hilir menjaja nama calon tersebut, sedangkan calon jarang sekali mahu bersama. Sibuk? Cubalah buat sibuk selepas Parlimen dibubarkan nanti, jika berani. Jika untuk bertemu dengan para petugas pun tiada masa, adakah beliau punyai masa untuk bertemu dengan rakyat di bawah? Ada tu pula, gila mahu jadi calon tetapi mengharapkan sokongan penyokong dari parti lain untuk naikkan namanya sebagai calon. Parti mana yang akan calonkan wakil mereka hanya mengikut telunjuk para penyokong parti yang lain? Ertinya, jika berminat untuk menjadi calon mestilah tunjuk kebolehan dan mendapat sokongan dari pimpinan dan ahli-ahli parti sendiri terlebih dahulu. Jangan menjual nama penyokong-penyokong kuatnya dari parti lain, kononnya beliau mendapat sokongan padu di akar umbi. Cara itu tidak boleh diterima samasekali. Parti PAS tidak akan letakkan calon semata-mata mengikut telunjuk penyokong-penyokong dari parti PKR. Begitulah sebaliknya. Meskipun kesemua penyokong samada dari PAS, PKR atau DAP amat diperlukan di dalam pilihanraya, tetapi untuk menentukan calon itu mestilah datangnya dari parti itu sendiri. Oleh itu, jangan perasan hebat jika sokongan kepada kita hanya datang dari parti lain. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan