Ahad, 10 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


hahahaha .... padan muka hang Najib ooiiiii ....Peminat PSY kenakan Najib di Rumah Terbuka CNY di Tanjung

Posted: 10 Feb 2013 10:35 PM PST

Awat hampa jawab macam tu, KESIAN kat Najib ooo.  Dia dah bawa mai PSY bukan sikit belanja. Hampa jawab la YES ... bagi dia syok sikit .. hehe.

Dan lagi, ramai juga yang pi sana pagi  tadi pakai baju Kuning BERSIH... hahaha ... 
Najib mesti Ketaq Perut hehe





Nong Chik tak dak Teloq ... ???

Posted: 10 Feb 2013 09:46 PM PST


Nong Chik tolak debat dengan Nurul, takut skandal anak terbongkar

Oleh Aisha Geoffrey)
debatKUALA LUMPUR 11 Feb: Penolakan debat bersama Nurul Izzah Anwar oleh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu takut skandal penyelewengan anaknya terbongkar.
"Inilah kerisauan Nong Chik, takut skandal RM30 juta anaknya terbongkar dan dibahas di hadapan penduduk Lembah Pantai. Sekaligus menjejaskan harapannnya untuk menang, sedangkan debat peluang rakyat untuk tahu cerita sebenar dan menilai," kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty ketika dihubungi.
Sabtu lalu, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai menolak cabaran untuk berdebat dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Nurul Izzah Jumaat lalu yang juga Naib Presiden KEADILAN mencabar Nong Chik untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
"Apa salahnya berdebat jika pilihan raya makin hampir? Di Kenya contohnya, mereka adakan debat antara presiden dengan pembangkang menjelang pilihan raya. Tak ada masalah kalau Nong Chik sahut cabaran itu," kata Mohd Nor.
"Ketakutan Nong Chik juga berpunca sikap Perdana Menteri. Hasilnya, semua pemimpin Umno takut untuk berdebat dan tidak menyuburkan budaya demokrasi sebenar," sambung beliau.
Nurul Izzah sebelum ini berkali-kali mengajak Nong Chik berdebat isu penduduk Lembah Pantai.
Begitu juga Datuk Seri Najib Razak yang takut menyahut cabaran debat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua pemimpin Umno itu lebih senang mengambil sikap berdiam diri.
Dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerah kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.
Salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44772

Ini bukan Fitnah .. bukan Super impose .. tapi inilah perangai kebanyakan pemimpin UMporNO

Posted: 10 Feb 2013 07:52 PM PST


Ketua Penerangan Umno Pandan 



Inilah dia perangai sebenar seorang pemimpin UMNO bertaraf Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan merangkap Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin b Syed Harman.

Kalau bercakap tak kering air liur kutuk, caci, maki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGNA.TGHA, LKS,LGE, Karpal Singh, DSWA, Nurul Izzah sebagai pemimpin yang memiliki moral yang amat rendah kononnya.

Sedangkan realitinya, moral sendiri jauh lebih rendah!!!!!







Sebab itu para pemimpin UMNO tidak layak berbicara pasal moral!!!!!

Ketua Bahagian UMNO Pandan kena penjara 8 tahun dan denda hampir RM1juta kerana melakukan jenayah rasuah semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Penerangannya pula asyik pergi saloon kecantikan.

http://omakkau.blogspot.com/2013/02/edisi-kantoi-meletupmisi-tawan-selangor.html

Beduyun orang Ipoh ke Majlis Sarapan Pagi bersama YB Midah... lingkup dah Pakatan kalau macam ni

Posted: 10 Feb 2013 08:16 AM PST


Majlis Sarapan Pagi YB Midah bersama rakyat setempat di P Pegoh pagi tadi 
[kata YB Midah dalam tweeternya] 
Tak kan banyak ni jer orang P Pegoh? Hahahahahaha ........................
YB ... tak kan bawa rakyat makan kat warong macam ni jer?
Bawa la pegi Syuen  ker, Casuarina ker  ... 
kalau setakat warung macam ni, tak payah YB la,
orang biasa pun boleh buat ........hehe

Shila Amzah hilang -

Posted: 10 Feb 2013 07:07 AM PST


Sejurus selepas ND Lala membuat laporan polis tentang kehilangan Shila Amzah sejak 6 hari yang lalu, dia telah disahkan sendiri oleh bapanya telah ditemui beberapa jam selepas laporan polis itu dibuat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila semalam.
"Shila dah ditemui oleh bapanya (ND Lala) sekitar jam 4 petang semalam, perkara ini dimaklumkan sendiri oleh ND Lala"
Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.
ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Si tua ni tau ka apa yang dia cakap?

Posted: 10 Feb 2013 03:20 AM PST


Tarik kerakyatan 'bercanggah dengan Perlembagaan', kata peguam


February 10, 2013


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga majoriti Parlimen bagi menarik kerakyatan rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, kata peguam.
Pakar-pakar perundangan yang dihubungi The Malaysian Insider turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa kerakyatan adalah perkara pokok bagi hak asasi manusia buat rakyat negara ini.
Jelas mereka, hak itu tidak seharusnya ditarik demi menjaga Perlembagaan Persekutuan.
"Cadangan Dr Mahathir itu akan meruntuhkan semangat dan struktur Perlembagaan," kata Pakar Perlembagaan Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider.
Jelas Syahredzan, terdapat beberapa peruntukan dalam dokumen yang membentuk "struktur utama" Perlembagaan yang tidak boleh dipinda, dan jika dipinda, pindaan itu sendiri melanggar semangat Perlembagaan.
"Apa peruntukan itu, tidak dijelaskan. Namun secara amnya, peruntukan itu memberikan hak kepada individu untuk kerakyatannya tidak ditarik," kata peguam itu, dan menambah kerakyatan itu adalah salah satu daripada hak tersebut.
Walaupun ianya boleh dipinda, Syahredzan menegaskan struktur Perlembagaan telah menetapkan untuk memastikan ianya tidak diganggu.
Meminda Perkara Tiga Perlembagaan berkenaan kerakyatan memerlukan dua pertiga majoriti Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja, tegas Syahredzan.
"Jika ia dipinda, ia akan dicabar di mahkamah," tambahnya.
Sementara itu, N. Surendran bersetuju dengan Syahredzan, sekaligus turut melabel cadangan tersebut sebagai "tidak masuk akal" yang akan memberikan kesan bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, tetapi juga rakyat Malaysia.
"Kerakyatan adalah perkara utama dalam hak asasi manusia di Malaysia. Cadangan Dr Mahathir akan memudahkan untuk menarik kerakyatan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PKR itu lagi.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin pula menambah telah ada peruntukan dalam Perlembagaan berhubung kerakyatan Malaysia.
"Untuk menarik kerakyatan bukan perkara mudah ... Saya tidak pasti peruntukan mana yang dimaksudkannya (Dr Mahathir)," kata Hanipa.
Syahredzan bagaimanapun menjelaskan Peruntukan Artikel 24 hanya merujuk kepada mereka yang memperoleh kerakyatan, dan Artikel 25, ianya merujuk kepada rakyat yang "tidak setia" melalui naturalisasi.
Peguam itu berkata adalah hipoktitikal untuk menghalang rakyat daripada mempersoalkan Perkara 153 berkenaan hak Melayu dan Bumiputera, dan mencadangkan penarikan kerakyatan.
"Kamu tidak boleh memilih apa yang disukai kerana politik," tegasnya.
Semalam dalam program yang dianjurkan Human Development Club di Bandar Tun Razak, seorang pengunjung bertanya kepada Dr Mahathir apa tindakan yang boleh diambil terhadap peguam seperti Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
Dr Mahathir, berkata kerakyatan hanya boleh ditarik apabila Perlembagaan dipinda. Menjelaskan perkara itu, majoriti dua pertiga Parlimen diperlukan untuk meminda Perlembagaan.
"Jadi saya harap kemenangan akan diberikan kepada Barisan Nasional (BN)," tambahnya.
Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerajaan boleh menarik kerakyatan mereka yang menerima kerakyatan negara lain, atau mengamalkan hak eksklusif rakyat negara lain.
Perkara 25 pula menetapkan kerajaan hanya boleh melucutkan kewarganegaraan sesiapa yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.

Kerajaan Najib kini bagaikan 'Ular Sawa' yang hanya mampu menyusur akar kerana hilang bisa

Posted: 10 Feb 2013 12:18 AM PST


Oleh : MUTALIB M.D
ANACONDA, mungkin spesis ular yang sukar dijumpa di Malaysia, namun cerita mengenainya di layar perak sudah menjadi igauan ngeri sehingga sering menjadi Box-Office; sekalipun ramai yang meremang bulu tengkuk, membayangkan kesengsaraan dan maut.

Namun ramai yang tidak menyedari bahawa ular, dari spesis apa sekalipun, adalah haiwan cacat atau Haiwan Kurang Upaya (HKU) kerana tidak mempunyai tangan dan kaki sebagaimana haiwan dan homosapien yang lain.
Sambutan Tahun Baru Cina pada 2013 ini adalah tahun ular air. Salah satu spesis ular air ialah Anaconda dan Ular Sawa. Anaconda menetap di hutan tebal, terutama di habitat semulajadinya Sungai Amazon di Brazil; manakala ular sawa batik mudah dijumpai di sawah padi dan sungai di seluruh Malaysia.

Tahun Baru Cina 2013 menjadi titik tolak masa hadapan sebuah negara bernama Malaysia; sekalipun Sabah dan Sarawak berada di luar Malaysia kerana sering disebut 'Sabah dan Sarawak' selepas menyebut 'Malaysia'; ketika Kerajaan Malaysia memerlukan mandat baru daripada lebih 12 juta rakyat 'Malaysia'; termasuk yang mendapat MyKad daripada 'Operasi Durian Buruk' di era Mahathir.

Dengan terhapusnya ISA dan pelbagai Akta Drakonian yang selama ini digunakan untuk menjinakkan lawan dan menumpaskan musuh di luar gelanggang telah menyebabkan Najib dan Kerajaannya bakal menjadi kerajaan 'Demokrasi' pertama di Malaysia setelah tamatnya era 'Authoritarian' menjelang PRU-13 kelak.

Kerajaan Najib kini bagaikan 'Ular Sawa' yang hanya mampu menyusur akar kerana hilang bisa dan lebih bersifat 'defensif' ketika diserang daripada segenap arah; termasuk campurtangan luar bagi menentukan haja tuju kepimpinan negara melalui 'Bersih'; apatah lagi di tengah keghairahan Pakatan Rakyat untuk menawan 'Putrajaya'.

Agak malang kerana hampir semua sisik ular (Adun dan Ahli Parlimen) sudah reput dan tidak mampu menampan ular daripada sebarang pukulan atau serangan, sekalipun gigitan kerengga tua seperti Ambiga dan A Samad Said; melainkan mencari lubang untuk menyembunyikan diri buat sementara waktu.

Dalam keadaan yang amat payah, ular ini sepatutnya menukarkan sisik atau menyalin kulit agar bersedia menghadapi PRU-13 yang amat mencabar kerana musuh sebenarnya berada dalam diri ular itu sendiri; setelah sisiknya mereput dan berbau busuk.

Mungkin amat memalukan, ramai Ahli Parlimen dan Adun BN kini tidak mahu lagi bekerja dan berada di 'Comfort Zone' sebelum senarai calon disah atau diumumkan Perdana Menteri.
Mereka hanya melakukan kerja-kerja yang mampu dilakukan kanak-kanak tadika; terutama berebut mahu menyampaikan 'BR1M 2.0' dan segala bantuan kerajaan yang sememangnya menjadi hak rakyat.

Beginilah lemahnya Ahli Parlimen dan Adun BN di ambang PRU-13 yang membuatkan Pakatan Rakyat tersenyum simpul berangan-angan mahu merampas 60 kerusi DUN dan 25 kerusi parlimen di Sabah pada PRU-13 bagi memeriahkan Pesta di Putrajaya selepas ayam berkokok!

Ahli Parlimen dan ADUN di Sabah sewajarnya dijenamakan semula sebagai Wakil Rakyat BR1M dan bukannya Wakil Rakyat BN. Bilakah mereka akan tersedar dari lamunan dan malu kerana hanya mampu menjadi penyibuk di Majlis BR1M ketika rakyat merintih mengenai isu prasarana, NCR dan RCI?

Gong Xi Fa Cai!

Tiada ulasan: