Blog-list Malaysia |
- Najib dan ribuan hadir ke persembahan Psy di P Pinang
- This is KL, Not Dhaka - Video yang Rakyat Malaysia mesti tonton.
- Foto Panas - Ketua Penerangan Umno Diulit Gadis Thai
- Polarisasi kaum makin ketara menjelang PRU13
- Kenyataan Dr Mahathir Tidak Gambarkan Ciri Seorang Negarawan
- Video Perancangan jahat umno untuk serang ceramah ANAK di Felda Sungai Tengi
Najib dan ribuan hadir ke persembahan Psy di P Pinang Posted: 10 Feb 2013 10:18 PM PST Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy. Persembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay. Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen. Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka. Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH. Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat. |
This is KL, Not Dhaka - Video yang Rakyat Malaysia mesti tonton. Posted: 10 Feb 2013 08:50 PM PST 1. Bayangkan jika kita pergi ke luar malaysia yang mana ada rakyat malaysia dan rakyat malaysia mendapat layanan yang bias disebabkan warganya tak suka kewujudan orang asing..? 2. Jadi sudah semestinya perkara yang sama dirasai oleh warga2 asing jika kita bersikap bias dan double standard dengan mereka hanya kerana mereka warga asing. 3. Inila yang difikirkan oleh mereka2 yang pro warga asing di malaysia. Mereka fikir kita bias dan double standard. Sebenarnya kita bukan begitu. Mungkin penjelasan kita tak menyeluruh. Maka ada yang salah faham. Jadi kita jelaskan semua sekali disini. Sekali harung. 4. Isunya disini ialah bukan bersikap bias. Rakyat malaysia tidak bersikap bias kepada mereka. Kita faham bahkan kita kagum. Sanggup mereka merantau jauh2 untuk mencari rezeki. 5. Tetapi ada beberapa sektor yang mereka tak sepatutnya boleh jejak dan masuk tetapi mereka ada. Contohnya di kfc. Sejak bila KFC boleh upah warga asing? Kita cakap tak boleh masuk bukan sebab kita dengki. Tetapi undang2 di malaysia menyatakan hal tersebut. Ini bermaksud ia adalah perkara yang menyalahi undang2. Jadi kita highlightkan perkara tersebut. Bahkan di kilang2 juga. Mana boleh sampai 100% warga asing. Kilang2 ini ada perjanjian dengan kerajaan. Mereka buat pelaburan dan mereka ada had kakitangan warga asing yang boleh di ambil bekerja. Jika semua ambil warga asing maka apa lagi yang ada untuk warga tempatan. 6. ALAH MELAYU MALAS. Yelah. Melayu2 geng2 ko je la malas. Melayu2 geng2 aku rajin jek. Aku banyak kenal melayu yang rajin. Jangan kerana member ko PEMALAS nak MAMPOS ko cop semua melayu PEMALAS nak mampos. Ko berkawan dengan orang PEMALAS sebab ko sendiri pun PEMALAS kot. Jangan sibuk nak cop2 ASAL MELAYU tue PEMALAS la weh. Bahkan istilah seperti neh tak boleh diungkapkan selalu. Seolah2 kita mendoakan MELAYU PEMALAS. Hari2 dok cakap melayu pemalas. Seolah2 minta dari Allah swt marilah MALASKAN melayu2 di malaysia. Agak bullshit disitu. Cuba cakap melayu rajin melayu rajin.. kata2 kan merupakan satu doa. Tak boleh ke? 7. Kehadiran warga asing tanpa sekatan juga merisaukan orang ramai. Lebih2 lagi yang berstatus PATI. Mereka masuk sini ramai2. Jadi konflik sebab bukan semua yang masuk reti nak menghormati penduduk asal di malaysia. Ada juga bawa perangai gampang dia ke sini. Tunjuk pailang. Bullshit betul. 8. Bergaduh, berebut perempuan sampai saling berbunuhan. Tak rasa risau ke? 9. Adakah orang malaysia tak terlibat dengan masalah? Terlibat juga. Tapi itu bukan bermaksud kita sepatutnya butakan mata kalau ada sesiapa diluar sana menambahkan lagi jumlah masalah yang sedia bermasalah sejak lama. 10. Maksudnya kat sini ialah kita tahu gelas air tue dah dipenuhi air. Jadi cukupla. Kenapa nak tambahkan air sampai dia tumpah2 pula? Jadi, masalah yang kita ada dah cukup banyak. Kita harap masalah yang ada ini dikurangkan. Bukan bermaksud lantak p la dia bertambah2 masalah pun macam tak pernah bermasalah pun malaysia neh. Ada juga yang berfikiran gampang macam neh. MELAYU plak tue. Apa la nak jadi. 11. Lepas tue isu pemberian IC. Isu yang kita risau. Kalau dah duduk sini, layak mendapat ic biru, benar2 mahu menjadi penduduk tetap, patuhi protokol, cari rezeki cara halal, reti berbahasa melayu, kita faham juga. Dia layak beb. 15 tahun disini. Wang pun lebih banyak dibelanjakan dalam negara. Tapi kalau baru datang setahun dua bahkan ada yang datang cara HARAM tiba2 diberikan IC, sapa tak bengkek macam tue? 12. Ini ada juga bersaing kerja dengan warga tempatan. Bahkan lebih bullshit bila warga tempatan dianaktirikan oleh majikan sebab dia orang melayu. Tak boleh la cop melayu generally malas. Ada juga majikan yang tak suka melayu sebab solat dan dia islam. BANGANG gak tue. Cuba jadi racist dengan menolak pekerja2 MUSLIM. 13. Tak dinafikan ada warga asing yang tertindas dengan majikan zalim. Jangan tatau pengakuan dari pekerja di station shell. Mereka tak boleh claim mereka islam sebab majikan cina anti gila kat orang islam. Bahkan tak boleh sebut nama betul [nama islam] depan orang kalau ditanya nama. Tapi aku tengok bangla tue satusen pun tak heran nak berterus terang. Seolah2 dia seronok kalau orang tahu masalah yang dorang hadapi. Aku suspect nak solat pun tak boleh kot. Terlupa plak kita orang nak tanya masa tue. Kisah lama neh. 14. Jadi ada prons dan cons disini. Jika warga asing hadir disini untuk memenuhi keperluan rakyat malaysia, kita amat alu2kan kehadiran mereka. Datang la ke sini, berkerja la kamu dengan dedikasi, kerana kamu bukan musuh kami. Seperti itula kami harap warga2 malaysia yang berada di luar negara di layan. 15. Namun kehadiran kamu perlu disekat. Jumlah kemasukkan warga asing perlu dikawal. Bahkan kami juga tidak bersetuju dengan pemberian IC kepada kamu atas nama undi. Maaf, jika itu cara kamu datang ke sini kami terpaksa menentang kemasukkan kamu sekeras-kerasnya. Walaupun kamu mungkin orang yang baik. Jika kamu baik, itu tak bermaksud kamu layak menjadi pengundi untuk membantu mereka2 yang zalim terus menindas kami. Tolong la faham... terutamanya bagi mereka2 yang bekap isu kebanjiran warga asing.. Dipetik dari sini |
Foto Panas - Ketua Penerangan Umno Diulit Gadis Thai Posted: 10 Feb 2013 04:58 PM PST Inilah dia perangai sebenar seorang pemimpin UMNO bertaraf Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan merangkap Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin b Syed Harman. Kalau bercakap tak kering air liur kutuk, caci, maki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGNA.TGHA, LKS,LGE, Karpal Singh, DSWA, Nurul Izzah sebagai pemimpin yang memiliki moral yang amat rendah kononnya. Sedangkan realitinya, moral sendiri jauh lebih rendah!!!!! Sebab itu para pemimpin UMNO tidak layak berbicara pasal moral!!!!! Ketua Bahagian UMNO Pandan kena penjara 8 tahun dan denda hampir RM1juta kerana melakukan jenayah rasuah semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Penerangannya pula asyik pergi saloon kecantikan. http://omakkau.blogspot.com/2013/02/edisi-kantoi-meletupmisi-tawan-selangor.html |
Polarisasi kaum makin ketara menjelang PRU13 Posted: 10 Feb 2013 04:29 PM PST SHAH ALAM – Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menyaksikan polarisasi kaum yang paling ketara sejak negara merdeka, berikutan beberapa isu seperti hudud, pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, dan terbaru isu sensitif seperti kalimah ALLAH. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sentimen menyokong kaum sendiri sentiasa wujud dalam pilihan raya umum sebelum ini, namun ia tidak begitu menyerlah. Bagaimanapun katanya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu sensitif terutamanya isu kalimah ALLAH benar-benar memberi kesan kepada pengundi khususnya kepada pengundi Melayu. "Senario ini sebenarnya amat tidak sihat, kerana ia akan menyebabkan ketegangan kaum yang semakin ketara. Namun beberapa pemimpin politik berterusan mainkan isu sensitif dan tidak hormati kaum lain. "Oleh itu pada PRU13 ini, pengundi atas pagar dilihat akan menilai semula berdasarkan isu-isu ini, jadi kita akan melihat polarisasi kaum yang ketara kali ini. Kepada penyokong tegar, ianya tiada masalah," katanya. Katanya lagi, pada PRU13, parti yang paling terkesan adalah Pas kerana isu kalimah ALLAH, di mana pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) bercanggah pendapat. "Adakah ahli-ahli Pas ikut pemimpin mereka atau tidak? Adakah ahli Pas akan menyokong DAP dan PKR? Persoalan ini akan dijawab pada PRU13. Di dalam Pas sudah berpecah dua kerana isu ini," katanya. Selain itu, Mustafa turut menegaskan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA, MIC dan Gerakan masih belum cukup kuat untuk mengembalikan semula sokongan kaum bukan Melayu. "Kaum Cina majoritinya akan pergi kepada PR kerana DAP. Mereka tidak melihat BN boleh menjaga kepentingan mereka lagi. Ia menambahkan lagi polarisasi undi. "Kita akan lihat sekali lagi undi kaum Cina pergi ke DAP, seperti PRU12 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu calon BN disokong pada PRU13 tidak kira calon itu bukan Melayu. Sementara itu, Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali turut berpandangan PRU13 nanti sebagai 'unik'. Katanya, pengundi terutamanya majoriti kaum Cina secara jelas menyokong parti DAP dan tidak menyokong parti lain walaupun dari MCA dan Gerakan. "Sama juga halnya kepada orang Melayu. Orang Melayu sudah tidak percayakan DAP lagi kerana isu kalimah ALLAH dan beberapa isu lain yang menyakiti hati dan perasaan orang Melayu. "Namun undi kaum Melayu berpecah tiga, Umno, Pas dan PKR. Jadi terpulang kepada orang Melayu. Apa yang saya lihat, majoriti orang Melayu akan pergi kepada Umno,"katanya. Ditanya pihak mana yang paling untung kerana polarisasi undi ini, Fuad menegaskan ianya mengikut kawasan dan berbeza antara satu sama lain. - SinarHarian |
Kenyataan Dr Mahathir Tidak Gambarkan Ciri Seorang Negarawan Posted: 10 Feb 2013 04:40 AM PST KUALA LUMPUR, 10 FEB: Kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kuasa melucutkan kerakyatan seseorang yang lantang mengkritik pentadbiran Umno-BN tidak mengambarkan seorang negarawan. Seorang pemimpin yang pernah dianggap tokoh dunia ketiga, Sepatutnya bersikap lebih terbuka dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap orang yang berlainan pendapat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Abdul Khalid, Dr Mahathir wajar membuat sedikit kajian sebelum beliau mengeluarkan sesuatu kenyataan. MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 04"Saya pernah kerja di bawah beliau, saya fikir Tun boleh keluar kenyataan yang lebih baik dari itu," kata beliau apabila ditemui di majlis ramah mesra Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. Dalam ceramahnya tentang keselamatan dan perlembagaan semalam, Dr Mahathir berkata kerakayatan pengkritik Kerajaan Umno-BN seperti Pengerusi Bersama Pergerakan BERSIH, Datuk S Ambiga wajar dilucutkan. Dr Mahathir menggesa orang ramai agar memberikan kemenangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang supaya perlembagaan negara berkaitan perlucutan kerakyatan seseorang dapat dipinda. Dilaporkan bahawa pada masa ini, dalam Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan, kerakyatan hanya boleh dilucutkan apabila seseorang itu mendapat kerakyatan dari negara lain. MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 02Atau seseorang itu melaksanakan hak eksklusif warganegara negara lain selain Malaysia, seperti mengundi atau menggunakan dokumen perjalanan negara lain. Dalam isu lain, Abdul Khalid memberitahu Kerajaan Selangor hari ini mendahului kerajaan negeri lain dalam memberikan sumbangan kepada sekolah Persendirian Cina, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil. "Kepada sekolah Cina sahaja, Kerajaan Negeri memberi sumbangan sebanyak RM 6 juta setiap tahun. "Kerajaan Selangor berpendapat negara kita perlu mengamalkan kebebasan untuk rakyat belajar sebab itu di Selangor kami terima kelulusan ijazah dari Taiwan, China, Indonesia dan Timur Tengah," kata Abdul Khalid. Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina yang diadakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran beberapa pemimpin politik dari Pakatan Rakyat dan BN. MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 03Selain Abdul Khalid, pemimpin PR lain termasuk, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng dan Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan Teresa Kok. Turut kelihatan dalam anjuran majlis anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor itu, Senator Tan Sri Koh Tsu Koon dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Turut hadir Timbalan Menteri Keewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie. http://www.selangorku.com/?p=22848 |
Video Perancangan jahat umno untuk serang ceramah ANAK di Felda Sungai Tengi Posted: 10 Feb 2013 03:33 AM PST |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan