Khamis, 7 Februari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Hidup Melayu...hidup melayu..hidup melayu

Posted: 06 Feb 2013 09:04 PM PST


Foto Ihsan:http://batuvskayu.blogspot.com

Kawan aku para  mamak dan mamu di Penang mesti syiok ni sebab bakal dapat Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru..he he ok nana jangan marah nooo..ada mamu yang kata DAP kafir harbi...MCA kafir zimmi..ni nak dapat Ketua Menteri orang melayu..terima kasih pak din

Dijaja merata hanya UMNO yang memperjuangkan melayu..PAS dan PKR menjual melayu.. Encik Mohd Nor Deris, bekas Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam(UM) , Nilam Puri, Kelantan bangga betul dia memakai kopiah putih berlogo UMNO ( dia kata PEKEMBAR)..dalam suatu forum anjuran Pejabat Mufti Kelantan dan DBP. Encik Mohd Noor Deris berkata hanya UMNO merupakan pejuang melayu dan pejuang Islam. Sebab tu lah John Ambrose jadi Ketua UMNO Bahagian Penampang (bukan PEKEMBAR) macam Encik Mohd Noor Deris katakan. Agaknya tu sebablah Pak Din anak Yassin akan memilih Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dari UMNO jika BN menang PRU 13 di Pulau Pinang .Selama beberapa dekad Kerajaan Pulau Pinang sebelum diambil oleh DAP dan PKR, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah dari ADUN UMNO ..cuba lihat kat wikipedia .

Pendokong dan pemuka UMNO dikampung-kampung ,opss PEKEMBAR kata Encik Mohd Noor Deris terus melaungkan hidup melayu..hidup melayu..tahniah UMNO kerana akan mendapat Ketua Menteri Pulau Pinang dari orang Melayu..hidup melayu

Jelaskan monopoli syarikat disyaki milik Menteri – Badrul Hisham

Posted: 06 Feb 2013 04:18 PM PST

picture5

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 4 Feb: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan, syarikat pengangkutan, Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) memonopoli 'trip' pengangkutan dari Petronas Dagang Berhad (PDB).

         STSB yang disyaki milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain kerugian.
"Contohnya di Melaka, ada sebuah syarikat sebelum ini memiliki 12 lori, tetapi selepas STSB memonopoli 'trip', syarikat itu rugi dan memiliki tiga lori sahaja kerana bakinya dijual dan ditarik bank berikutan masalah kewangan. Malah ada syarikat menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 pada Disember lalu untuk membayar gaji dan kos operasi.

          "Di Johor pula, STSB memonopoli hampir 90 peratus 'trip' dan menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar.
"SAMM juga mendapat maklumat STSB sedang mengembangkan monopoli ke Pulau Pinang dan Terengganu," dakwa Badrul Hisham pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pagi tadi.

          Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.
"Malangnya bila SAMM hubungi PDB minta penjelasan, panggilan kita dipindahkan oleh seorang pegawai kepada pegawai lain dan ini sangat mencurigakan," tambah Badrul Hisham.
Beliau berpendapat, kesan monopoli ini menjejaskan ratusan pekerja bumiputera yang terlibat dalam industri hiliran kerana bercanggah dengan polisi PDB sebelum ini yang mengagihkan kontrak kepada syarikat pengangkutan berasaskan negeri. Contohnya di Pantai Timur hanya syarikat di Pantai Timur diberi keutamaan.

         "Monopoli ini ada risiko keselamatan kepada negara. Jika berterusan, syarikat lain mati dan urusan pengangkutan bergantung kepada STSB sahaja. Jika STSB dilanda krisis seperti 'mogok', berapa banyak stesen minyak tidak mendapat bekalan minyak dan menyebabkan sektor perusahaan lumpuh?" soalnya.

           "Sebab itu SAMM mendesak PDB segera jelaskan perkara ini atau satu demonstrasi diadakan di hadapan bangunan PDB," jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44391

Tiada ulasan: