Addin |
- Inilah Dapur Ketua Menteri Pulau Pinang
- Memalukan!! Najib Berjanji, Pakatan Rakyat Tunaikan..
- KEBODOHAN TV3 Sudah Sampai Tahap Melampau.. Saksikanlah!!
- Pegawai Kerajaan Ni Bangang.. Ini Buktinya
- Ceramah PAS Hambar Di Parit Buntar.. Saksikanlah!!
- Ustaz Nasha Puji Najib Dan Rosmah Di TV3
- Biadap!! Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 Rampas Mikrofon Ketika Ustaz Tuan Ibrahim Berceramah
Inilah Dapur Ketua Menteri Pulau Pinang Posted: 07 Feb 2013 08:00 AM PST Bagaimanakah caranya untuk Barisan Nasional (BN) menang di Pulau Pinang? Soalan ini susah. Banyak jawapan sudah diberikan, tidak kurang juga cadangan yang dilaksanakan untuk mengambil semula Pulau Pinang yang bagi kebanyakan penganalisis politik adalah kawasan putih bagi Pakatan Rakyat, terutamanya DAP. BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengakui bahawa adalah tidak mustahil untuk parti pemerintah itu mentadbir semula negeri berkenaan. Cuma yang tinggal ialah apa strategi yang perlu dan patut untuk memenangi kembali hati pengundi Pulau Pinang yang menolak parti komponen BN dalam tsunami politik Mac 2008 lalu? Sebagai sebuah koalisi politik yang sudah lama memerintah negara dan mendapat manfaat banyak daripada hasil negara sepanjang pemerintahan, BN adalah sebuah koalisi politik yang kaya. Bukan setakat kaya yang boleh beli kereta mahal dan rumah besar, tetapi kaya yang boleh beli jiwa raga dan maruah manusia. Politik wang Barisan Nasional Baru sahaja beberapa hari sudah Perdana Menteri, Najib Razak turun ke Ampang dan melancarkan kempen politik wangnya yang popular diberi nama BR1M 2.0. Berbanding yang sebelumnya, kali ini bantuan kewangan RM500 itu dipohon oleh lebih ramai orang. Sekaligus membuatkan Najib Razak kembang dan bangga sambil merasakan pendekatan dan kempennya mendapat sambutan ramai. Konon rakyat sudah semakin sayang dan menyokongnya kembali. Ada beberapa pertimbangan yang dapat kita buat daripada perihal BR1M 2.0 ini. Pertamanya ialah mengapa mesti Najib Razak melalui kerajaan dan jentera politiknya mengeluarkan wang tunai sebanyak itu untuk diagihkan kepada rakyat? Adakah rakyat sedang berada dalam kesempitan wang dan menjadi mangsa ekonomi? Adakah rakyat begitu susah sampai tidak ada duit untuk hantar anak ke sekolah dan memastikan tempayan beras sentiasa berisi? Apa sebabnya bagi duit kepada rakyat? Ya, mungkin sebab rakyat tak ada duit. Tapi sebab apa rakyat tak ada duit? Adakah rakyat malas bekerja? Adakah sebab gaji tak naik? Adakah sebab harga barang melambung tinggi? Pertimbangan seterusnya ialah mengenai naik turun sokongan rakyat terhadap Najib Razak dengan pemberian wang tunai. Ini jelas nyata adalah politik wang. Tidak semestinya disebut rasuah, tetapi lebih kurang begitulah keadaannya. Politik wang yang dilakukan oleh Najib ini adalah langkah paling mudah untuk meraih sokongan. Hanya kerana bangsa ini begitu mudah termakan dan rasa terhutang budi. Makcik, pakcik; saya nak bagi tahu. Duit yang makcik dapat itu ialah sebahagian daripada duit makcik sendiri yang kerajaan kutip selama ini. Itu bukan duit daripada poket Najib Razak, makcik. Najib Razak tidak berhempas pulas jual pisang goreng dan cucur kodok untuk kaut untung dan beri zakat kepada kita semua, tidak. Najib Razak dan Rosmah Mansor tidak juga turun ke bendang membanting padi untuk kumpul duit dan berikan kepada pakcik. Tidak sama sekali. Itu duit makcik lah yang mereka ambil. Sekarang dia bagi balik. Nanti bila makcik guna duit itu untuk beli barang dapur, dapat ke dia balik duit tu makcik. Inilah dia politik wang. Rakyat tidak harus tertipu dengan politik wang yang menjadi kekuatan pemerintah yang telah gemuk menelan hasil kekayaan negara setelah puluhan tahun memerintah. Sudah berapa juta dia makan, hampas dan sisanya yang dibagi ke kita. Orang Pulau Pinang tahu ini. Sebab itu orang Pulau Pinang dengan manis muka boleh selamba ambil duit BR1M, tetapi hatinya tetap tekad akan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang. Disebabkan kekayaan BN ini, mereka juga mampu membawa artis antarabangsa untuk menghiburkan kita semua. Pakatan Rakyat tidak begitu kaya. Yalah, tiada pengalaman makan rasuah atau rompak harta negara. Tidak macam BN. Mereka kaya. Apalah sangat DAP ini sekadar mampu buat parodi Gangnam Style. BN mahu bawa penyanyinya datang sendiri untuk menyanyi dan menari sambil menghibur hati rakyat demi memujuk sokongan terhadap mereka. Pakatan Rakyat tidak mampu buat begini. Kami tidak kaya macam mereka. Kami tidak rompak harta negara. Gong-xi-fa-PSY Semenjak artis Korea, PSY yang popular dengan tarian Gangnam Style-nya diumum akan mencemar duli membuat persembahan di Pulau Pinang, meloncatlah sekalian yang patut meloncat. Paling kuat meloncat pasti lah pendokong BN Pulau Pinang yang begitu gembira dengan kedatangan artis berkenaan. PSY sebenarnya telah dijadualkan untuk membuat persembahan di Future Music Festival Asia pertengahan Mac nanti; pastinya dengan dukungan Tourism Malaysia memandangkan (entah bagaimana) festival itu adalah sebahagian daripada program transformasi ekonomi. Kehadiran beliau untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini pastinya tidak termasuk dalam program, dan bayarannya juga pasti berbeza. Apa yang kita tahu ialah sebagai artis bertaraf antarabangsa, PSY tidak akan melayan jemputan yang menjanjikan bayaran kurang daripada sejuta Dolar Amerika. Ya lah, artis popular. Takkan nak bayar guna Ringgit Malaysia. Satu juta Dolar Amerika (ini minimum ya) samalah dengan 3.098 juta Ringgit Malaysia; untuk satu lagu, daripada seorang penyanyi demi memikat hati pengundi Cina (katanya). Hatta ada yang mencemuh kononnya DAP hanya mampu membuat parodi, dan BN juga yang hebat sehingga mampu membawa penyanyi asalnya ke mari. Inilah dia kesan pembodohan terancang oleh media yang dikawal pihak pemerintah pimpinan United Malays National Organisation sehingga tidak dapat meletakkan nilai kepada wang dan kemampuan sehingga boleh mengukur kebolehan memimpin dengan membandingkan artis mana yang dibawa masuk. Ya benar, Pakatan Rakyat adalah koalisi yang sederhana gayanya. Ia tidak mampu berbelanja besar dan menabur wang untuk membeli undi orang ramai. Tidak ada bayaran untuk datang berhimpun dan merelakan diri disepak terajang oleh pihak polis. Tidak ada bayaran untuk bawa sepanduk dan angkat bendera. Tiada bayaran untuk letakkan pelekat kempen pada kereta. Tidak macam UMNO. Selagi tak ada yang 'masyuk' tidak jalan lah kerja. Dapur Guan Eng Cuba kita perhati sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Puan Betty Chew, isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperlihatkan Lim Guan Eng sedang memasak di dapur. Mungkin apa yang orang hanya pandang ialah perbuatan Guan Eng memasak di rumah. Santai di dapur dengan rambutnya juga yang tidak diminyak. Tetapi cuba pandang sedikit ke belakang dan lihat ruang dapurnya yang serba sederhana itu. Rak plastik yang bersepah dijual di pasar borong. Kain lap yang selalunya dijual lima helai sepuluh ringgit di pasar malam. Siap ada lesung batu yang terceruk. Pemimpin yang rendah hati dan baik budi inilah yang ditohmah siang malam dengan fitnah yang akhirnya dibuktikan tidak benar di mahkamah. Bayangkan pula dapur pemimpin BN. Bayangkan Najib Razak menumbuk sambal belacan. Bayangkan isterinya sedang potong bawang. Mampu? Benar, perjuangan ini adalah perjuangan kelas. Yang kaya semakin kaya, yang miskin dibaginya RM500 sudah mahu tunduk sujud menggadai masa depan. Yang kaya rompak harta negara, yang miskin dapat tengok PSY menari sudah melompat-lompat sayang ke Perdana Menteri. Pembodohan dan kebuntuan begini yang mesti kita lawan. Tidak BN, undi kami orang Pulau Pinang tidak boleh dibeli dengan ang pau dan tarian Korea. Harga diri kami lebih tinggi daripada itu. Teruskanlah merancang bagaimana caranya untuk menawan kembali Pulau Pinang. Pergilah tidur dan bermimpi. Mudah-mudahan kalian mendapat ilham. ~roketkini.com |
Memalukan!! Najib Berjanji, Pakatan Rakyat Tunaikan.. Posted: 07 Feb 2013 05:19 AM PST Nampaknya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksalah turun ke Pulau Pinang untuk menabur janji yang baru pula... Ini kerana janjinya yang dibuat pada awal Disember 2012 yang lalu iaitu akan membina sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula pulau tersebut pada pilihan raya nanti telah dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.. "Kita akan laksanakan tidak kurang daripada 20,000 unit rumah mampu milik," kata Najib semasa ucapan perasmian Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia. Beliau berkata janji perumahan itu tidak bersyarat dan membuktikan BN sebuah kerajaan yang mengambil berat tentang Pulau Pinang. Dia kata janji itu tak bersyarat tapi perlu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang.. apa tah dia cakap ni.. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hari ini telah mengumumkan akan membina 19,172 Unit Perumahan Mampu Milik diseluruh negeri Pulau Pinang.. Sekaligus mencipta sejarah sebagai negeri paling banyak membina rumah Mampu Milik berbanding dengan mana-mana Kerajaan Negeri terutamanya yang ditadbir oleh UMNO/BN.. Berikut adalah teks ucapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa pelancaran pendaftaran Perumahan Mampu Milik di Komtar..
Kesimpulannya ialah rakyat Pulau Pinang tidak perlu menukar Kerajaan yang ada kerana projek yang dijanjikan oleh Najib itu kini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.. Dan Najib terpaksalah menjanjikan sebuah janji yang baru pula. ~anak sungai derhaka |
KEBODOHAN TV3 Sudah Sampai Tahap Melampau.. Saksikanlah!! Posted: 07 Feb 2013 03:32 AM PST Lagi berita bodoh di TV3 Al-Musyrikin untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam. Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah... Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di bawah ini.Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting. Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu. Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting". Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting". ~milosuam Addin: Mamat ni pun bodoh tahap melampau.. |
Pegawai Kerajaan Ni Bangang.. Ini Buktinya Posted: 06 Feb 2013 11:19 PM PST Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin. Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini. Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan. "Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini hari ini. Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan," katanya. ~the malaysian insider Addin : Janganlah beri statement berat sebelah.. dah tu negeri yang di perintah Pakatan Rakyat apa pulak citernya? Seorang penjawat awam perlulah neutral semasa bertugas, undi adalah hak masing-masing. Tolong jangan jadi bangang!! |
Ceramah PAS Hambar Di Parit Buntar.. Saksikanlah!! Posted: 06 Feb 2013 09:05 PM PST Jika pemimpin mereka masih mahu memperbodohkan orang-orang Melayu kononnya hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu... Blogger-blogger upahan mereka juga membawa agenda yang sama iaitu juga memperbodohkan Melayu namun skop mereka lebih kecil iaitu memperbodohkan Melayu yang membaca Blog mereka sahaja.. Biarpun mereka menyedari bahawa bukan Blog mereka sahaja yang ujud di alam cyber ini, Blogger Pro UMNO masih cuba memperbodohkan pembaca mereka.. Seperti biasa yang mereka lakukan dari dulu hingga sekarang, berbekalkan beberapa keping gambar di awal program ceramah Pakatan Rakyat (gambar di atas), mereka menyebarkan cerita kononnya 'Ceramah PAS hambar di Parit Buntar'.. Berikut adalah sedikit laporan dan gambar suasana sebenar di ceramah PAS yang diadakan di Parit Buntar itu.. Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar. Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau. Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, lebih menarik ceramah ini diadakan di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno Parit Buntar. " Kehadiran Dato' Zambry Kadir ke Parit Buntar baru-baru ini tidak sedikit pun mengurangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. " Buktinya, kehadiran orang ramai mendengar ceramah Dato' Ariff pada malam ini walaupun tiada t-shirt dan makanan percuma diberi" katanya. Sementara itu, Dato' Ariff yang merupakan bekas orang kuat Umno Pekan telah membongkar banyak isu berkaitan ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. " Kita sudah memberi Umno 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau Umno tidak ada Melayu akan hancur, kalau Umno tidak ada, raja-raja Melayu akan musnah dan jika Umno tidak ada, maka Islam akan tergugat. " Maka pencapaian terbesar Umno ialah menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Di mana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjara? " katanya. Beliau meminta rakyat menolak dakyah Umno yang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi. "Tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh Umno jika UMNO tewas, Melayu akan rugi. " Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu. Sedangkan Umno di depan orang Melayu, laung hidup Melayu tapi belakang orang Melayu mereka rompak dan samun harta benda orang Melayu" katanya.. ~ PASPB |
Ustaz Nasha Puji Najib Dan Rosmah Di TV3 Posted: 06 Feb 2013 06:31 PM PST Temubual TV3 bersama YB Ust Nasaruddin, mantan Timbalan Presiden PAS. Konklusi nya mudah je secara politik: (1) Kalau dah sampai tahap memuji serta mengangkat Najib & Kak Mah ke tahap yg lebih hebat drp pimpinan parti sendiri....Apa maknanya tu? (2) Kalau dah sampai tahap menyebut & memuji berkali-kali NGO yg berkaitan dgn UMNO didalam membantu Palestin tanpa menyebut walaupun sepatah apa yg PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR ni lakukan... Apa lagi maknanya tu? Justeru itu, dgn bahasa mudah...Ustaz Nasharuddin eloklah skrg masuk UMNO, mudah2an lekat jadi calon BN plak pd PRU13 nanti!!" Kopiah pun sudah tak lekat di kepala nie. letak sebelah dah.. ~FB Orang kampung |
Biadap!! Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 Rampas Mikrofon Ketika Ustaz Tuan Ibrahim Berceramah Posted: 06 Feb 2013 05:57 PM PST Alhamdulillah selesai ceramah umum sebentar tadi. Tetapi kecewa dengan sikap pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang naik ke pentas untuk merampas microfon bagi mengganggu majlis. Pengurus Felda tersebut telah merampas mikrofon ketika Ustaz Tuan Ibrahim berucap di pentas ceramah. Adakah sebagai negara demokrasi perlu berkelakuan begini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap. Pengurus Felda Kota Gelanggi ini benar-benar memalukan masyarakat Felda dan ianya sungguh biadap. ~mutaligat |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan