Telok Bakong Online |
Zambri Abd Kadir Lari Ke Pasir Salak Sebab Takut Jadi Ketua Pembangkang??? Posted: 26 Feb 2013 04:12 PM PST Timbul persoalan siapakah yang bakal mengantikan tempat Tajuddin Rahman di Pasir Salak.Perbagai spekulasi telah dibuat.Jangan merasa terkejut kalau anda dapati Zambry Abd Kadir akan bertanding disana sebagai Ahli Parlimen.Sebenarnya kawasan Kg Gajah,Pasir Salak,Bota dan Belanja adalah kawasan yang ahli ahli UMNO merasa cukup selamat untuk bertanding walaupun kawasan Parit telah membuat perubahan pada tahun 1969 dan 1999.Namun secara pukulratanya BN menganggap kawasan kawasan ini adalah kubu kuat dan kawasan selamat mereka. Peralihan Zambry ke Parlimen Pasir Salak ini dilihat sebagai "misi menyelamat pemimpin BN " kerana sememangnya BN sudah melihat bahawa di Negeri Perak sudah tiada harapan untuk BN kembali berkuasa.Sekiranya Zambry dikekalkan di peringkat DUN,beliau akan jadi ketua pembangkang yang tiada kuasa pemerintahan.Ini dilihat sebagai suatu kerugian bagi pemimpin pemimpin UMNO/BN.Untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi maka pemimpin pemimpin terpilih ini terpaksa dialehkan ke Parlimen,kena BN merasakan mereka mampu lagi mengekalkan kuasa di peringkat Persekutuaan. Tambahan lagi kawasan yang bakal ditandingi oleh Zambry adalah kawasan "selamat".Namun dari gerakkerja yang ditunjjukan oleh Pas Kawasan Kg Gajah,Parlimen Pasir Salak bukanlah suatu kawasan yang mudah kepada BN lagi.Didalam PRU segala kemungkinan boleh terjadi.Dengan kuasa Allah,apa apa pun boleh berlaku. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan