Rabu, 27 Februari 2013

Addin

Addin


LIVE!! Pendedahan "Siapa Arah Bunuh Altantuya" Oleh PI Bala Dari KLSCAH..

Posted: 27 Feb 2013 08:22 AM PST


LIVE!! Saksikanalah pendedahan penyiasat persendirian Balasubramaniam di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur anjuran SAMM.. Selamat menonton..





Video streaming by Ustream



Iklan C (ii)




PRU13 : Dr. Asri, Dr. Juanda Dan Dr. Mazli Sah Tempah Tiket Pakatan Rakyat

Posted: 27 Feb 2013 06:23 AM PST


KUALA LUMPUR: Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai 'pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara.

Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.

Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya."Wakili parti mana belum pasti, kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan."Belum tahu mereka akan tanding atas tikat parti mana, sama ada PAS atau PKR. Cuma yang pasti wakili Pakatan Rakyat," kata sumber itu kepada Antarapos.

Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon 'boleh menang' kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.Antarapos difahamkan pertemuan dengan parti politik akan diadakan dalam tempoh terdekat dipercayai membincangkan tentang pendirian dan kerusi yang akan ditandingi mereka.

Juanda, 41, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Asri pula kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun. ~antarapos



Iklan C (ii)




Sah!! Saifuddin Nasution Bertanding di Kerusi Zulkifli Noordin

Posted: 27 Feb 2013 03:07 AM PST

MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar-Kulim Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.

"Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas. ~sinar harian



Iklan C (ii)



Mahkamah Bebaskan Mat Sabu Dan Tian Chua Tuduhan Sertai BERSIH 1.0

Posted: 27 Feb 2013 12:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara.

Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah.

"Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari tersebut," kata Jagjit. ~free malaysia today



Iklan C (ii)



'Siapa Kirim Orang Sulu Ke Lahad Datu' - Presiden Filipina

Posted: 27 Feb 2013 12:00 AM PST

MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.

Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.

"Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?" katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.

Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.

Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut "sultan bantilan". Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.

"Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan," kata Esmail.

Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.

Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.

"Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?" kata Aquino.

Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an. ~free malaysia today



Iklan C (ii)



Projek Jurassic Park.. Satu Lagi Projek Tambah Hutang Di Melaka

Posted: 26 Feb 2013 10:32 PM PST

KUALA LUMPUR 27 FEB: Rancangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam membina Taman Jurassic Park akan menambah bebanan hutang kerajaan negeri sedia ada berjumlah RM900 juta, kata Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Ini satu lagi projek yang tidak melalui proses kajian mendalam dan bakal menyaksikan Melaka menambah bebanan hutang kepada kerajaan Persekutuan yang kini berjumlah RM900 juta," katanay ketika dihubungi.

Ahad lalu, Ali mengumumkan pembinaan taman binatang purba ala Jurassic Park itu bermula Mac ini dan dijangka siap dua tahun lagi dengan melibatkan kos RM200 juta.

Taman berkeluasan 12 hektar itu adalah hasil pemeteraian perjanjian antara kerajaan negeri melalui Yayasan Melaka dengan Eden Incorporation Berhad dan akan dibina di atas Dataran 1Malaysia.

"Ali Rustam terkenal dengan ideanya yang 'buat dahulu kemudian baru tengok kewajarannya'. Disebabkan itu banyak projek-projek dibangunkan beliau sebelum ini gagal," kata Shamsul mengulas perkara itu.

"Lihat saja Eye on Malaysia yang menemui kegagalan dan terpaksa dipulangkan balik. Muzium Kereta (Muzium Pengangkutan Melaka) yang kini hanya tinggal empat kereta saja. Begitu juga bas bertingkat yang mahu tiru kota London, sekarang tak tahu di mana, malah monorel yang beliau sendiri akui sudah 27 kali rosak," jelas Shamsul.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu lagi, pembinaan taman itu bukanlah cadangan yang tepat untuk meningkatkan kadar pelancongan di Melaka.

"Ketua Menteri sepatutnya fokus kepada nilai-nilai sejarah yang sinonim dengan Melaka. Bukan menghapuskan kesan-kesan sedia ada seperti yang beliau lakukan terhadap Dataran Pahlawan yang kini dibina pusat beli-belah," bidasnya.

"Justeru kita desak Ali Rustam kaji semula pembinaan taman membazir itu, sebaliknya bina semula identiti Melaka yang tiada seumpama itu di mana-mana negara lain," katanya.

Tugu 1Malaysia dibina di tapak Dataran 1Malaysia, lokasi Taman Jurassic Park
Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang akan turut menempatkan Melaka Sea World di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar, selain membina projek-projek lain termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Leman Raja Lawak Bidas Nabil Dan Salleh Yaakob

Posted: 26 Feb 2013 10:32 PM PST


Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga. Saya minta sahabat saya saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sebelum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tapi biar berfakta kerana anda berdua pelawak yang hebat di Malaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang..

Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.

Yang benar

Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS



Iklan C (ii)



Songkok MB Terengganu Bakal Tertanggal Lepas Ni..

Posted: 26 Feb 2013 09:04 PM PST

Umno-Barisan Nasional menumpukan sepenuh serangan terhadap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat (terutamanya Kedah) dengan tuduhan pelbagai kelemahan pengurusan balak. Namun, sehingga kini masih belum ada satu pendakwaan pun yang dibuat berhubung pelbagai tuduhan ini yang menunjukkan ia hanya satu serangan politik yang tidak berasas.

Pada masa yang sama, YB Dr Syed Azman dan saya telah sama-sama mengumpul bukti dan maklumat yang secara jelas menunjukkan modus operandi bagaimana rasuah dan penyelewengan berlaku di dalam pengurusan balak di Terengganu, di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Hari ini, kami tampilkan bukti-bukti awal perkara ini sementara menunggu reaksi dan jawapan dari Dato' Seri Ahmad Said dan pimpinan Umno/Barisan Nasional di peringkat pusat.

Kajian kami menunjukkan modus operandi pengutipan wang rasuah bersabit balak di Terengganu adalah seperti berikut:
Syarikat yang ditawarkan kawasan pembalakan dikehendaki memeterai satu perjanjian pembelian saham (Share Sale Agreement) dengan seorang penama/proksi untuk membeli saham sebuah syarikat
Syarikat yang dipunyai penama/proksi yang dijual ini selalunya hanyalah berharga RM2 sahaja
Syarikat ini dijual pada harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat tersebut yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan
Secara kebetulan, syarikat-syarikat yang terpaksa membeli saham syarikat dormant pada harga yang tinggi ini dianugerahkan hak membalak di kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu
Wang dari jualan tersebut disyaki disalurkan kembali kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak.
Pada 17 Julai 2012, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu. Keputusan itu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan yang dipercayai dipengerusikan sendiri oleh Dato' Seri Ahmad Said.

Pihak kami juga telah berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit di dalam satu urusniaga pembelian saham (Share Sale Agreement) seperti mana yang digambarkan di atas. Satu perjanjian telah ditandatangani pada 28 Disember 2011 (iaitu 6 bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu) agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat dormant bernama Berkat Seribumi Sdn Bhd, yang hanya mempunyai saham berbayar RM2 sahaja.

Kami mempunyai bukti-bukti lain yang jelas bahawa perjanjian ini ada kena mengena dengan kelulusan membalak yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pengurusan Dato' Seri Ahmad Said.

Bukti-bukti ini akan terus dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu ini menjelang pilihanraya umum ke-13 sementara menunggu jawapan rasmi dari beliau dan keseluruhan kepimpinan Umno/Barisan Nasional.

Buat masa sekarang, kami menasihati supaya media-media milik Umno/Barisan Nasional tidak terlalu ghairah mereka-reka cerita mengenai penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana kes rasuah balak di negeri Terengganu adalah lebih besar dan lengkap dengan bukti-buktinya.

Dr Syed Azman Syed Nawawi
Adun Batu Buruk/ Timbalan Setiausaha Agung PAS

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN



Iklan C (ii)



Warga Emas Seluruh Negara Dapat Bonus RM1,000 Di Bawah Pakatan Rakyat

Posted: 26 Feb 2013 07:41 PM PST

KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.

Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka.

Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.

Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.

Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

"Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia," dokumen manifesto itu dipetik.

Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran. ~keadilandaily


Iklan C (ii)



Panas!! Di Ugut Bunuh Kerana Sertai Pakatan Rakyat?

Posted: 26 Feb 2013 06:50 PM PST

MARANG - Empat lelaki ditahan kerana bertindak mencekik leher dan mengugut bunuh seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi 'Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain'.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, semasa di rumah itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum seorang daripada mereka yang berusia 34 tahun bertindak menarik dan mencekik leher mangsa.

Manoharan berkata isteri dan anak mangsa menyaksikan tindakan suspek yang juga mengugut mahu membunuh serta membakar rumah mangsa kerana keluar parti dan menaikkan kain rentang itu.

"Insiden keluar parti ini berlaku dua bulan lepas apabila mangsa yang juga ketua kepada 81 orang dari kampung itu keluar parti dan menyertai parti politik lain serta mahu menubuhkan cawangan baharu di kampung itu," katanya.

Manoharan berkata ekoran kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai pada jam 9.30 malam hari sama kerana bimbang keselamatannya sekeluarga.

Katanya keempat-empat suspek berusia 34 hingga 38 tahun yang masing-masing bekerja sebagai tukang rumah dan bekerja sendiri ditahan di rumah masing-masing hari yang sama selepas laporan dibuat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

Justeru beliau menasihati orang ramai yang tidak berpuas hati berhubung parti politik supaya tidak bertindak sesuka hati, sebaliknya meminta pendapat ketua parti politik masing-masing, atau membuat laporan polis. ~bernama

Addin :

Bukan prejudis.. tapi Addin rasa yang ugut bunuh ni mungkin dari parti pemerintah. Kalau tak dah lama mention nama parti dalam berita ni. Apa komen anda semua?



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: