Jumaat, 22 Februari 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Dato Seri Anwar Ibrahim Lakukan Lawatan Ke Bota,Lawatan Terakhir Ke Perak Sebelum PRU 13.

Posted: 21 Feb 2013 07:59 PM PST


Tarikh:09 Mac 2013

Jadual Dan Aturcara:-

4.00pm-6.00pm       - Perjumpaan Rakyat di Padang Tenggala
                                     Minum Teh Tarik Sambil Berderma
                                     Anjuran PKR Ranting Padang Tenggala
                                     Dan Pas Padang Tenggala.

6.30pm-6.45pm-        Lawatan Ke Bilik Gerakan Telok Bakong

7.00pm-8.00pm-         Solat Maghrib dan Tazkirah Dato Seri Anwar
                                      Di Bilik Gerakan Kg Tua
                                      Kg Batu 16 Lambor Kanan
                                      Pengerusi Majlis Oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim ,
                                      Calun Dun Bota.
                                      Anjuran Jentera Pilihanraya DUN Bota
                                      AMK Cabang Parit,AMK Ranting Telok Bakong/Batu 16                                                                               
                                      Sistem Suara Tajaan Oleh Encik Mokhtar Mohamad /TBO
  

    8.00pm-8.30pm-        Jamuan Makan Malam Rumah Encik Basharuddin
                                          Kg Batu 16

    8.30                    -Dato Seri Anwar berlepas ke Kg Gajah.dan kemudiannya hadiri
                                  majlis di Lumut.

                                                   HIJRAH BOTA

    4 bekas jeneral akan pastikan tiada kacau bilau ketika peralihan kuasa

    Posted: 21 Feb 2013 04:13 PM PST

    (Ruqayya Rahman)
    KUALA LUMPUR 21 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peralihan kuasa pada peringkat persekutuan akan berlangsung secara aman dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 berikutan jaminan yang diberi empat bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
    "Mereka (bekas Jeneral) umum dua perkara. Pertama, polisi pertahanan negara tidak akan bertolak ansur dengan korupsi dan campur tangan politik termasuk berkaitan penggunaan senjata.
    "Kedua, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjamin perubahan kuasa secara aman," katanya ketika ditemu bual Matt Winkler dan Peter Hirschberg dari media antarabangsa, Bloomberg, New York, semalam.
    blomBeliau berkata demikian dalam temu bual di ibu pejabat KEADILAN ketika menjawab soalan berkaitan kemungkinan berlaku kacau bilau jika Umno kalah PRU 13.
    Anwar optimis dengan janji bekas jeneral berdasarkan khidmat cemerlang mereka sepanjang menerajui angkatan pertahanan negara sebelum ini.
    Selain tentera, beliau turut mendapat sokongan bekas pegawai tertinggi polis yang bertemu untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
    Ditanya kedudukan sultan jika berlaku perubahan kerajaan, Anwar berkata, pemimpin Pakatan sudah menandatangani perjanjian bagi menjamin perlembagaan dan kuasa sultan.
    Untuk tonton temu bual, KLIK INI.
    Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45640

    Tiada ulasan: