Addin |
- Panas!! Restoran Mamak Bakal Senasib Restoran Sekinchan Ikan Bakar..
- Kerana Takut Kalah, Najib Tak Jadi Bubar Parlimen 22 Februari
- Ini Penjelasan Dr. Fadhilah Kamsah Berkenaan Isu Video Kritik PAS Doa KO BN
- Najib Pasti Menggelupur Baca Berita Panas Ni..
- Anwar Kecam Pencacai Najib
- Kejutan!! Ribuan Naikkan Plakad 'Anwar PM Ke 7'
- Panas!! Presiden CUEPACS Jadi Calon Umno BN PRU13?
Panas!! Restoran Mamak Bakal Senasib Restoran Sekinchan Ikan Bakar.. Posted: 22 Feb 2013 03:00 PM PST Jom Boikot Restoran Mamak!!! Berita 18,000 restoran mamak bantu jentera BN dalam PRU 13 nanti telah mengundang tindak balas sepantas kilat dari rakyat. Jika berita ini benar maka bersedialah untuk restoran maka seluruh Malaysia kena boikot. Bila sudah tunjuk kepartian dalam berniaga maka sudah pasti hanya mengharapkan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO saja menjadi pelanggannya. Sekiranya benar, Restoran Mamak bakal menerima nasib yang sama sepertimana Restoran Sekincan Ikan Bakar. |
Kerana Takut Kalah, Najib Tak Jadi Bubar Parlimen 22 Februari Posted: 22 Feb 2013 08:43 AM PST LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013. LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini. Astro Awani online memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini. Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau. Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu. "Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi. Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013. Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan. Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013. |
Ini Penjelasan Dr. Fadhilah Kamsah Berkenaan Isu Video Kritik PAS Doa KO BN Posted: 22 Feb 2013 05:40 AM PST KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH Bismillah hirrahman nir rahim As salamu'alaikum shbt yg di muliakan A Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak. Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu. Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya. Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.. -Dr. Fadzilah Kamsah- |
Najib Pasti Menggelupur Baca Berita Panas Ni.. Posted: 22 Feb 2013 02:10 AM PST KUALA LUMPUR 22 FEB: Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala), menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini. Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. "Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan. "Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini," katanya, menerusi emel kepada Malaysikini. Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata, orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad. Americk berkata, beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas PI itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen. Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap. Semasa berada di tanahair Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini dan beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ~keadilandaily |
Posted: 21 Feb 2013 09:40 PM PST KUALA LUMPUR 22 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras serangan samseng Umno ke atas kumpulan Gerakan Mahasiswa (GM13) ketika mengedar risalah sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak."Saya kecam serangan kasar dan biadab terhadap mahasiswa di Pekan," katanya pada twitter. Gambar samseng Umno Pekan yang terlibat dalam serangan dan ugutan terhadap mahasiswa yang tersebar di internet turut dimuat naik di twitter beliau. Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukhari menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu. Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Pekan. Antaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat. Semalam, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, serangan tempohari tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.Beliau berkata, pihaknya juga tidak serik dan akan kembali ke Parlimen Pekan, selepas pembubaran parlimen. Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon," katanya pada sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman semalam. Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada polis.Memorandum itu diserahkan kepada Urus Setia Ketua Polis Negara, Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman, ASP N Kavetha. Bersama memorandum itu, kumpulan pelajar itu turut menyerahkan beberapa keping gambar termasuk wajah 16 individu yang didakwa menyerang mereka.Syis yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) itu berkata, beliau meminta polis menjalankan siasatan segera. "Kita dah buat satu serahan memorandum pada PDRM untuk meminta siasatan dijalankan dengan segera terhadap keganasan yang dibuat pada mahasiswa tempohari."Kalau kita nak kata penduduk tempatan, waktu kita pergi rumah ke rumah, penduduk tempatan tak ada masalah. Tapi ketika di bandar Pekan, beberapa individu itu keluar daripada bangunan Umno Bahagian," katanya lagi. ~keadilandaily |
Kejutan!! Ribuan Naikkan Plakad 'Anwar PM Ke 7' Posted: 21 Feb 2013 07:39 PM PST Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang disambut meriah dengan plakad 'Anwar PM ke-7′. Ketua Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan ketibaan Anwar. Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan dan memulakan ucapan. Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari lebih 5,000 hadirin. Turut berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai mengubahsuaikannya kepada 'I Love (New) PM'. Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan. ~keadilandaily |
Panas!! Presiden CUEPACS Jadi Calon Umno BN PRU13? Posted: 21 Feb 2013 05:55 PM PST Presiden Cuepacs bakal jadi calon BN pada PRU13? Sebab apa Addin cakap macam tu.. ko orang baca kenyataan membodek dari Omar Osman ni. Sebijik macam calon BN.. apa komen ko orang pulak?..
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan