Telok Bakong Online |
- Majlis Sumbangan Dan Gotong Royong Ustaz Zulkifly Berlangsung Dengan Jayanya
- Ha..ha..ha..Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat
- TAWARAN PAKATAN RAKYAT...
Majlis Sumbangan Dan Gotong Royong Ustaz Zulkifly Berlangsung Dengan Jayanya Posted: 12 Feb 2013 11:23 PM PST Pada 10 hb Feb 2013 yang lalu telah berlangsung program sumbangan kepada penduduk penduduk Kg Telok Bakong oleh Bakal Calun DUN Bota iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim.Turut diadakan juga ialah program memeriksa kesihatan penduduk.Disamping itu turut dijalankan juga gotong royong membaiki atap rumah Puan Halimah yang telah uzur itu.Penerima sumbangan adalah dari penduduk penduduk Telok Bakong dan 10 orang penduduk kaum asal dari Gedung Batu dan Suak Padi. Seawal pagi lagi halaman rumah Puan Halimah telah di penuhi oleh penduduk setempat.Mereka begitu tetarik sekali dengan program memeriksa kesihatan yang telah dijalankan oleh dua orang sukarelawan iaitu Puan Khadijah dan Encik Azmi.Setelah pemeriksaan kesihatan,Puan Khadijah turut juga memberi ceramah tentang kesihatan Dalam ucapannya beliau turut memberi beberapa tip tip kesihatan kepada penduduk.Diakhir ceramah penduduk dibenarkan membuat beberapa soalan mengenai kesihatan. Setelah tamatnya pemeriksaan kesihatan,Ustaz Zul telah memberikan sepatah dua kata.Dalam ucapannya beliau menyeru penduduk penduduk supaya rajin bersenam dan menjaga kesihatan mereka.Menurut beliau lagi program sumbangan ini adalah lanjutan daripada program sumbangan yang terdahulu dimana dalam lawatan beliau,banyak lagi penduduk yang masih didalam kesusahan dan diharapkan dengan adanya program ini dapat membantu meringankan beban penduduk.
| ||||
Ha..ha..ha..Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat Posted: 12 Feb 2013 05:43 PM PST Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat. Katanya maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. "Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di Georgetown hari ini. Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu. "Setakat ini skuad media kita terdiri daripada 20 orang 'cybertroopers' dan mereka akan mengumpul bahan mengenai kegiatan salah laku masyarakat untuk disiarkan dalam laman web rasmi dan facebook Pertiga," katanya. Beliau berkata Pertiga memiliki lebih 60,000 ahli di seluruh negara dan pihaknya telah melancarkan skuad media seumpama itu di beberapa negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak. - Bernama | ||||
Posted: 12 Feb 2013 02:48 PM PST |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan