Addin |
- Rasuah Pilihanraya.. 80 Elaun Penjawat Awam Bakal Naik?
- Mahasiswa Di Belasah Pencacai Najib
- Rupanya Ini Kerja Jahat Kroni Najib Di Johor..
- Rupanya Ini Penaja PSY - Gangnam Style..
Rasuah Pilihanraya.. 80 Elaun Penjawat Awam Bakal Naik? Posted: 13 Feb 2013 08:27 AM PST Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam. Antaranya…. 80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula? Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini. Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri. "Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan : Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan. Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian. Persoalan dan permintaan mengenai status gred Status perjawatan kontrak Elaun perumahan Tuntutan perjalanan Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup pentin, tertinggal? Ada lagi mahu anda tambah? Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan. Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula. ETP RM180 sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu dikaji kami tidak pasti. ~beritasemasa |
Mahasiswa Di Belasah Pencacai Najib Posted: 13 Feb 2013 03:30 AM PST Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan merupakan kejadian yang sangat memalukan arena politik negara. "Saya syaki kejadian ini didalangi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding tempoh hari terutamanya Umno BN," kata Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abd Kadir dalam satu kenyataanKatanya, politik samseng membayangkan Umno BN kian terdesak dalam menyambung hayat sebagai kerajaan di Malaysia. Neliau berkata, jika dengan mahasiswa pun Umno BN terdesak menggunakan samseng, ini memberi gambaran pentas demokrasi Malaysia kian parah.Katanya, kumpulan mahasiswa yang turun bertemu rakyat dengan membawa idea dan agenda dibalas dengan dibelasah adalah politik tidak sihat. Seharusnya, kata beliau politik hujah dibalas hujah, ini bukan ketikanya lawan tumbuk dan berkelahiJusteru, ujar beliau sepatutnya tempat Perdana Menteri Malaysia adalah paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk berkempen, namun sebaliknya yang berlakuMenurutnya lagi, hari pertama mahasiswa di Pekan sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat". Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara jika kawasan Perdana Menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang," ujarnyaSebelum ini, kata beliau kerajaan pimpinan Najib mengumumkan mahasiswa boleh berpatisipasi dalam politik sehingga dibenarkan untuk bertanding tetapi hari ini kenapa terpaksa menggunakan samseng untuk berhadapan dengan mahasiswa. Beliau kira Parlimen Pekan bukan lagi kawasan selamat untuk Najib memenangi pilihanraya sehingga terdesak menggunakan politik kotor untuk berhadapan mahasiswa"Saya harap arena politik negara perlu dilatari dengan politik matang". Oleh itu, saya menjemput DS Najib untuk berdebat dengan mahasiswa berkenaan idea dan agenda yang kami bawakan, bukannya halang kami dengan cara yang tidak matang"Maaf Datuk Seri, kami tolak politik samseng!" katanya. ~harakahdaily |
Rupanya Ini Kerja Jahat Kroni Najib Di Johor.. Posted: 13 Feb 2013 12:35 AM PST SKUDAI 13 FEB: Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang dilelong kepada pelabur asing oleh kroni Perdana Menteri untuk pembangunan bersepadu Iskandar Malaysia, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim.Dedah beliau, semua tanah berkenaan dilelong kepada pelabur Eropah, China, Hong Kong dan Singapura.Akibatnya, penduduk yang memiliki plot tanah kecil menjadi mangsa rampasan secara sistematik selepas disatukan atas nama pembangunan tersebut. "Dari Sungai Danga, Sungai Perling sampai ke Tanjung Pelepas, kebanyakan tanah diberi pada KPRJ (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor)."Tapi bukan KPRJ yang bangun dan uruskan. Tanah ini digadai kepada Danga Bay yang dipunyai Lim Kang Hoo, kroni Najib Razak dan Ghani Othman," kata Hasan. "Dulu DPMJ (Dewan Perniagaan Melayu Johor) nak majukan, tapi ditolak. Sekarang di Lido Boulevard, dari depan Masjid Abu Bakar sampai Marin Shahbandar dimiliki tauke judi, Vincent Tan," katanya lagi pada Ceramah Umum KEADILAN di Taman Skudai Indah, di sini semalam. "Rumah di Iskandar ini pun bukan untuk rakyat biasa, tetapi untuk orang-orang kaya. Harga jutaan ringgit. Adakah rakyat biasa mampu beli?" soal Hasan."Yang ada sekarang ini pun, ramai tak mampu beli rumah," sambungnya disahut sorakan 'betul' hadirin. Hasan sebelum itu bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ke Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden, Pasir Gudang. Menurut Hasan, berbanding Johor, Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat lebih proaktif menyelesaikan masalah pemilikan tanah."Kalau duduk 10 tahun, kerajaan (Selangor) beri geran. Di Johor, ada yang duduk 40 tahun masih tak dapat hak milik."Di Selangor, Menteri Besar dan pegawai pejabat tanah turun padang. Di Johor, dah buat temujanji dengan D.O (pegawai daerah) pun, susah nak jumpa," kata Hasan. Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan Rakyat menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan kes termasuk Iskandar Malaysia.Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai Kiri dan puluhan lagi. ~keadilandaily |
Rupanya Ini Penaja PSY - Gangnam Style.. Posted: 12 Feb 2013 07:45 PM PST Persoalan siapa yang menaja $500 ribu itu masih menjadi tanda tanya.Kalau bukan duit rakyat, kalau bukan duit penaja yang memberi, habis duit kalau bukan duit Najib, atau duit rakyat, Duit HANTU JEMBALANG agaknya. Hantu jembalang yang suka menghirup darah rakyat. Najib kata;"Sekadar untuk mengulangi, persembahan PSY langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menonton" kata beliau menerusi mesej twitter. - bernama Memang tak habis cerita tu, siapa penaja $500 ribu itu? Apa kaitan penaja itu dengan BN? Sudah tentu ada udang di sebalik batu. Agaknya apa balasan kontrak atau anugerah yang akan diberikan Najib kepada penaja misteri tersebut. Hairan bin ajaib "Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan," kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini.Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu."Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?" - keadilandailyHELLO NAJIB .. kalau hang tak bagitau siapa yang taja sekalipun, hang pasti akan meratapi kejatuhan UMNO/BN tak lama lagi. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan