Anak Sungai Derhaka |
- Video versi 'Yes to BN' kini tersebar.. setelah dua hari berlalu.. Saksikan!!
- Ini adalah kenyataan nak 'Cover Malu' oleh Pengerusi BN Pulau Pinang
- Ketua Penerangan UMNO Pandan kata orang PKR tak tahu halal haram.. tapi tengok nih!..
Video versi 'Yes to BN' kini tersebar.. setelah dua hari berlalu.. Saksikan!! Posted: 13 Feb 2013 03:41 AM PST Setelah dua hari tersebarnya video 'Yes for Psy.. No for BN' yang memalukan Najib selaku Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia, hari ini video 'Yes for BN' mula disiarkan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro UMNO. Yakin bahawa semua rakyat Malaysia mudah diperbodohkan seperti mereka, mereka menyebarkan video yang cuba memperbodohkan rakyat Malaysia ini.. Jelas kelihatan ianya telah diedit kerana lokasi rakaman menunjukkan ianya dari dua tempat yang berbeza. Diakhir video anda akan mendengar jeritan 'YES' dari individu yang berada di sekeliling rakaman tersebut dijalankan.. Ianya bertepatan dengan apa yang telah ditulis oleh Pembaca Berita RTM iaitu "puak2 bengong yang jerit kat videocam sendiri NO bila PM tanya R U READY FOR BN.".. sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Dalam video ini puak-puak bengong telah menjerit kearah videocam sendiri 'YES' bila Najib bertanya 'Are You ready for BN?'.. Dua hari punya edit macam tu saja hasilnya??.. kah..kah..kah... Cuba tengok video yang tidak diedit... Berapa kali 'NO for BN'??.. video paling awal dimuat naik kedalam FaceBook sila lihat di ( SINI ) |
Ini adalah kenyataan nak 'Cover Malu' oleh Pengerusi BN Pulau Pinang Posted: 13 Feb 2013 12:12 AM PST Ini adalah kenyataan untuk 'cover malu' oleh Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang berikutan insiden 'Yes for Psy, No for BN' yang memalukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Dalam insiden memalukan yang telah berlaku terhadap Najib itu, Rakyat Pulau Pinang telah memberikan jawapan 'NO' apabila Najib bertanya 'Are you ready for BN??" sebanyak tiga kali.. (lihat di SINI ) Video awal kejadian telah dipertikaikan oleh kebanyakkan macai-macai UMNO termasuk seorang pembaca Berita dari RTM yang mengatakan penyokong Pakatan Rakyat adalah bengong kerana mempercayai video tersebut. Bagaimanapun mereka sudah tidak mampu lagi untuk mempertikaikan video tersebut bila mana semakin banyak video rakaman dari pelbagai sudut di hadapan pentas dimuat naik ke dalam YouTube. Lebih malang dan membuatkan macai-macai UMNO terkedu bila Chanel New Asia dari Singapura turut menyiarkan rakaman insiden memalukan itu.. (sila lihat video tersebut di SINI ) Berikutan insiden yang memalukan Najib itu, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow cuba meletakkan kegagalannya dalam memberikan nasihat hingga menyebabkan Najib dimalukan oleh rakyat Pulau Pinang terhadap pihak lain.. Katanya beliau percaya kumpulan melaungkan perkataan 'No' ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan kepada orang ramai 'Are you ready for BN' adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis… Buat masa sekarang mungkin kerana skripnya masih belum siap beliau belum membuat sebarang ulasan tentang kejadian yang lebih memalukan Najib. Dimana Najib telah dibiarkan melopong di atas pentas bersama lain-lain pemimpin BN menunggu kemunculan Psy untuk bersama mereka.. Dalam kejadian meskipun namanya dipanggil oleh pengacara majlis berulang kali namun Psy tetap enggan muncul di pentas untuk mengaul 'Yee Sang' bersama Najib dan lain-lain pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang… ( Video di SINI ) |
Ketua Penerangan UMNO Pandan kata orang PKR tak tahu halal haram.. tapi tengok nih!.. Posted: 12 Feb 2013 08:22 PM PST Kat atas itu ialah image dari status FB Syed Saifuddin Syed Harman, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan dan salah seorang panel pemikir JASA. Beliau menulis begitu berikutan satu insiden yang akupun tak tahu.. katanya "Masyaallah!! Kita bagitahu penyokong tegar PKR ini.. jangan lebih lebih, sampai tak dapat bezakan antara haram dan halal. Dengan tersebarnya gambar beliau sedang menjalani rawayan KUKU istimewa dari tiga wanita di sebuah spa yang didedah facebooker membuktikan beliau adalah seorang yang hipokrit. Ataupu dalam lain ayat.. cakap tak serupa bikin sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin UMNO/BN.. Lihat bagaimana beliau membezakan antara halal dan haram dalam gambar di bawah ini. Bagaimanapun katanya itu bukanlah satu isu kerana pintu SPA tersebut terbuka dan terdedah kepada orang ramai.. Jika diperhatikan antara tiga orang pekerja wanita yang sedang membersihkan kuku Ketua Penerangan UMNO Pandan itu, dua yang sedang beroperasi di sekitar kaki beliau memakai sarung tangan tetapi tidak pula seorang lagi yang sedang membersihkan kuku tangannya.. Jadi adakah bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan itu halal hanya kerana ianya terdedah kepada orang ramai? Mungkin ini fatwa anutan pemimpin-pemimpin UMNO.. maka sebab itulah kita telah menyaksikan Mashitah telah mencium tangan Pak Lah.. lihat di ( SINI ) Sumber info - Van Vandetta ..menurutnya beliau terbaca di ( Bloglist ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan