SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 20 Feb 2013 04:19 AM PST Geng UG terus hidup dalam Pas. Malah berkuasa dalam Majlis Syura Ulama. Idea tidak menerima Anwar sebagai PM dan sebaliknya mencadangkan Ku Li, bukan sahaja bodoh dan tersasar dari realiti politik tetapi sekaligus merupakan cadangan Umno. Idea tidak bersetuju Anwar jadi PM dan mencadangkan Ku Li sebagai PM, hanya alasan sahaja. Sebenarnya cadangan ini merupakan perangkap Umno untuk Pas keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Keputusan Pakatan Rakyat kena dibuat dan dipersetujui oleh semua anggota kompenan PR secara bersama. Ianya tidak boleh dipaksa oleh satu parti sahaja. Jika Pas sanggup bercerai dan berkahwin dengan parti lain, jika tidak menerima cadangan itu, itulah matlamat utama Umno. Dengan perpecahan PR sahaja, BN akan terus menang dalam PRU 13. Walaupun Nasharudin Mat Isa tiada dalam barisan kepimpinan Pas, tetapi mesej Umno berjaya disampaikan melalui tali barut Umno. Dan amat malang sekali jika tudohan tersebut ditujukan kepada Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Harun Din. Hujah Umno terhadap Anwar misalnya kes liwat dan agen Amerika/Yahudi sudah "termakan' dek pimpinan Pas. Jika Anwar tak layak, mencadangkan nama Ku Li adalah satu yang bangang. Ku Li itu Umno, akan bertanding atas tiket Umno, dan tidak pernah bersama PR menentang BN, bagaimana boleh dicadangkan walaupun jadi PM sementara!!!! Malang sekali jika pimpinan Pas tidak dapat merasakan kebangkitan rakyat menolak Umno/BN dengan hasrat Anwar sebagai PM. Jika Pas bersedia berjuang seorang diri, buatlah dari awal. Tetapi kini sudah digerbang Putrajaya, apakah Pas sanggup mengkhianat kebangkitan rakyat. Hasan Ali dan Nasharudin dikatakan kerap berjumpa dengan Dr Harun Din. Nasharudin sentiasa berhubung dengan Najb dan Mahyuddin. Jangan hairan agenda Umno disampaikan oleh Nasharudin kepada Harun Din. Harun Din pula bercakap kepada Majlis Syura. Usul Dewan Ulama mencadangkan Hj Hadi sebagai PM ketika muktamar Pas yang lalu juga merupakan idea UG untuk merosakkan pandangan umum bahwa PR bersetuju denngan Anwar sebagai PM. UG didokong oleh Majlis Syura Ulama dan geng Terengganu. Pelik jika Mustafa Ali tak boleh baca agenda Umno dalam Pas!!!!! Kalau PR dapat kerajaan, saya cadangkan beliau diberi jawatan Menteri. Pelik jika Hj Hadi ditipu oleh Harun Din. Terlalu "menghormati' seseorang, memang mudah ditipu. Pas - janganlah dikau jadi perosak Pakatan Rakyat dan bangang politik di saat akhir menjelang PRU 13. Pas - janganlah dikau ditudoh memanjangkan usia Umno/BN!!!!! Mohamad Sabu: jangan setakat kuat lawan Umno di luar sahaja. Kena jahanamkan Umno dalam parti anda!!!! |
Posted: 19 Feb 2013 08:54 PM PST Jika BN kalah pada PRU 13, Najib bungkus sebagai PM. Jika BN menang tetapi kerusi kurang dari era Pak Lah, Najib tetap kena berhenti juga. Lantaran itu, Najib akan memerintah sehingga habis penggal tanpa berbaki walaupun sehari. Woooo. Entah-entah Sabah didharuratkan atas alasan serangan puak Sulu. So, Sabah akan mengadakan pilihan raya berasingan dari pusat. Tak pernah dalam sejarah Malaysia, kerajaan memerintah sehingga genap penggalnya kecuali zaman Najib. Najib Boleh!!!! Orang Umno sepatutnya malu dapat PM macam ini..... |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan