Kerabu Bersuara ® |
- Panas! Video DEBAT Fathul Bari Debat Bersama Ustaz PAS Di Taman Equine
- PANAS! Merasmikan Sesuatu Majlis Dengan Menuangkan Arak. Melayu Islam Terbabit!
- Bukti Terkini Kelantan Dianak Tirikan Kerajaan Pusat. Negara Berpesekutuan?
- Terkini! gambar Stadium Gong Badak Runtuh Sekali Lagi. Allahuakhbar!
- Nabila Bosan Hidup 'Berlandaskan' Agama Islam?
- Debat Fatwa Haram Undi PAS Halal Undi Umno. Jom Realisasikan!
- Fizz Fairus Putus Tunang Dengan ‘Bini’ Orang
- Rogol Kekasih: Mohd (Mentor) Kesal Dianiaya Rakan Artis
- Walaupun Digelar Dengan Pelbagai Tuduhan, Umno Masih Tergilakan PAS. Kenapa?
Panas! Video DEBAT Fathul Bari Debat Bersama Ustaz PAS Di Taman Equine Posted: 20 Feb 2013 05:00 AM PST GILA SUCi MUKA PENAJA PAS TAMAN EQUINE! |
PANAS! Merasmikan Sesuatu Majlis Dengan Menuangkan Arak. Melayu Islam Terbabit! Posted: 20 Feb 2013 03:11 AM PST Air Asia X Shanghai launch in Shanghai city .... Ibn Mas'ud berkata : " Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu : Yang memerah. Yang minta diperah. Yang minum. Yang memberi minum. Yang membawa. Yang menghantar. Yang membekal. Yang menjual. Yang membeli. Yang menyimpan. Sedutan dari kitab Tanbihul Ghafilin. |
Bukti Terkini Kelantan Dianak Tirikan Kerajaan Pusat. Negara Berpesekutuan? Posted: 19 Feb 2013 09:15 PM PST Dianaktirikan Oleh Kerajaan Pusat . Kerajaan Pusat yg 'suka' membantu melayu . 90% rakyat kelantan adalah melayu Islam ... Najib nak bohong rakyat Kelantan? ingat rakyat kelantan bodoh? |
Terkini! gambar Stadium Gong Badak Runtuh Sekali Lagi. Allahuakhbar! Posted: 19 Feb 2013 08:50 PM PST apa komen sahabat? |
Nabila Bosan Hidup 'Berlandaskan' Agama Islam? Posted: 19 Feb 2013 06:44 PM PST Pelakon yang selalu mencetuskan kontroversi itu sempat memuat naik status Twitternya yang berbunyi, "diving salah, swimming salah, tengok live band salah, pergi club jahat, pakai seluar pendek jahat, merokok jahat. Terlalu banyak peraturan. Saya bosan". Nabila, 29,yang juga seorang ibu tunggal sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia tampil seksi pada Anugerah Blockbuster sehinggakan bapanya, Amy Search turut terpanggil untuk membuat kenyataan berhubung perkara tersebut. Hmmm, mungkin orang tegur tu kerana sayang kat awak, Nabila. Memang tak salah untuk berseronok tetapi berpada-padalah kerana awak tu merupakan seorang public figure, sudah tentu segala perlakuan anda sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim). |
Debat Fatwa Haram Undi PAS Halal Undi Umno. Jom Realisasikan! Posted: 19 Feb 2013 05:56 PM PST ada berani? |
Fizz Fairus Putus Tunang Dengan ‘Bini’ Orang Posted: 19 Feb 2013 04:26 PM PST Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami. "Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang," kata Fizz, 34, semalam. Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu. "Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang. Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu. |
Rogol Kekasih: Mohd (Mentor) Kesal Dianiaya Rakan Artis Posted: 19 Feb 2013 04:22 PM PST Oleh NIEZAM ABDULLAH (Twitter @NiezamAbdullah) Mohd, juara Mentor musim keempat. Gambar dipetik dari Facebook miliknya. PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol. Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu. "Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan. "Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini. Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya. Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet. "Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku," jelasnya. Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya. Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai. "Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau. "Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai," jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan. Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu. |
Walaupun Digelar Dengan Pelbagai Tuduhan, Umno Masih Tergilakan PAS. Kenapa? Posted: 19 Feb 2013 03:55 PM PST Tidak nampak ruang Umno, Pas bersatu Wartawan Sinar Harian KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, tidak nampak ruang untuk dua parti dominan iaitu Umno dan Pas untuk bersatu bagi menyelamatkan perpaduan ummah. Baginda bertitah, perkara itu mustahil berlaku memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai pengaruh yang besar khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di negara ini. "Umno dan Pas masing-masing bersaing untuk berada di atas di mana kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik mempertahan kuasa, begitu juga untuk mendapatkan kuasa. "Terdapat andaian bahawa jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh ini kembali bercantum seperti mana pernah berlaku di era Pas sertai Barisan Nasional (BN) dulu, akan tercapailah perpaduan ummah," titah baginda pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, semalam. Baginda bertitah, dengan keanggotaan pelbagai individu yang setiap seorang memiliki kerenah, agenda, hasrat dan niat, ditambah dengan kuasa digunakan sebagai konduit untuk membina kekayaan diri, famili dan kroni. "Andaian itu sebenarnya terlalu simplistik (mudah) dijadikan preskripsi bagi tangani isu sarat dengan kompleksiti; kerana kalau padi tidaknya padi, lelahlah ummah menampi-nampi. "Secara zahir dan jika didalami terdapat jurang antara yang tersurat dan tersirat, akal dan nafsu, antara kata dan kota, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan sokong membawa rebah," titah baginda. Titah baginda lagi, Pas mempunyai pengalaman pahit bersama BN pada era 70-an yang menyaksikan perpecahan berlaku dalam kalangan ahli parti itu sendiri. "Pada waktu itu, tercetusnya perpecahan di kalangan mereka, skandal pemimpin parti mula didedahkan hingga ditubuhkan parti baru iaitu Berjasa. "Pada ketika itu juga wujud Persatuan Ulama Malaysia dan Darul Arqam yang menawarkan alternatif kepada mereka tidak sefahaman pendirian Pas ketika itu," titah baginda. Tambah Raja Dr Nazrin, baginda berkenan berangkat menzahirkan titah pada majlis itu sebagai memberi ruang untuk bersama rakyat. "Beta perlu teliti memilih ungkap kata, demi memastikan takhta kekal bersifat berkecuali, berada di atas politik kepartian, terlindung daripada di salah tafsir, hingga Raja dianggap turut terlibat secara langsung dalam politik kepartian," titah baginda. Baginda turut menjelaskan, keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik berlainan, tetapi bimbangkan arah tuju kegiatan politik terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk peroleh |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan