Rabu, 20 Februari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Bubar DUN - Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor Hari Ini

Posted: 19 Feb 2013 04:38 PM PST

SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
"Memang setiap Rabu, Menteri Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala 'ribut spekulasi' yang melanda Selangor belakangan ini.

"Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

"Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok," katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

"Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini)," katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Pengkaji UM: Pembangkang sedia hadapi p'raya

Posted: 19 Feb 2013 04:36 PM PST

NONEBN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. -M'kini

Menifesto Rakyat : PR Lancar Perang Terhadap Umno-BN

Posted: 19 Feb 2013 04:34 PM PST



Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan menifesto kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekaligus mendahului Umno-BN yang sehingga kini masih gagal mengumumkan tarikh pilihan raya.

Dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat', menifesto ini dinamakan 'Menifesto Rakyat' menunjukkan PR sudah bersiap sedia melancarkan 'perang' terhadap Umno-BN dalam usaha merubah tampuk pemerintahan negara ke arah yang lebih baik.

Menifesto ini diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat merupakan menifesto bersama ketiga-tiga parti yang mengandungi empat teras utama iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media berkata Menifesto Rakyat ini menggabungkan kesemua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.

"Jawatankuasa Dasar dan Menifesto PR yang dipertanggungjawabkan membangunkan Menifesto Rakyat juga meniliti dan mengambil pandangan dari memorandum dan cadangan yang disampaikan terus kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk digarab di dalam menifesto.

"Selain itu pelbagai rundingan diadakan dengan banyak pihak untuk memastikan kepentingan dan kebajikan setiap rakyat dititikberatkan di dalam Menifesto Rakyat.

"Pelancaran awal menifesto ini membuktikan komitmen PR untuk memastikan kempen PRU-13 bertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa Umno-BN," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat PKR.

Pelancaran ini akan dibuat pada Isnin, 25 Februari bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula jam 9 pagi.

Jelas Rafizi lagi, proses rundingan dan kajian berlangsung selama 18 bulan bermula September 2011 dan dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Turut hadir sama dalam sidang media ini Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad selaku wakil PAS dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mewakili DAP.

Sebelum itu, PKR melancarkan 'Institut Rakyat' yang bakal bertindak selaku kumpulan pemikir kajian dasar yang bebas – secara kewangan dan pengurusan – yang akan melengkap dan memyediakan sudut pandang yang seimbang kepada sayap pengurusan parti.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan, institut ini akan menawarkan nasihat bebas dan saranan dasar kepada parti, seiring wawasan Malaysia yang makmur dibawah perkembangan ekonomi yang mapan dan pembangunan yang selaras dengan keharmonian sosial, alam sekitar, etnik dan keagamaan.

Pelancaran kumpulan pemikir akan diadakan Khamis, 21 Februari ini, pada jam 3 petang di Hotel Empire Subang Jaya.

Bertemakan 'Menuju Malaysia Baru', pelancaran ini akan menampilkan ucapan dasar dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta akan membentangkan kertas kerja pertamanya berjudul 'Mengangkat Pendapatan Boleh Guna' pada hari tersebut.

Isu gondol bukit hanya sensasi menjelang PRU13

Posted: 19 Feb 2013 04:33 PM PST




KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihak tertentu memainkan isu penggondolan bukit di Tanah Tinggi Lojing untuk disensasikan khususnya dalam media kerana kepentingan politik.

Menurutnya, menjelang PRU13 pelbagai fitnah 'menjerut' Kelantan mainan pihak lawan untuk kepentingan politik mereka, termasuk mencipta isu penggondolan bukit sama ada di Lojing atau di tempat penempatan Orang Asli.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung perkara itu sejak beberapa hari ini dalam media.

Beliau turut menjelaskan projek perhutanan di Lojing telah lama dibekukan.

"Malah lesen untuk membenarkan pengeluaran kayu di kawasan itu juga telah lama tidak dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

"Yang digambarkan oleh media hanyalah lereng bukit untuk projek pertanian," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan masyarakat Orang Asli dari tiga daerah di JKR 10 yang diketuai Lui Siam, semalam. (Gambar atas)

Ahmad seterusnya berkata, walaupun ia isu lama yang telah selesai, namun pihak tidak bertanggungjawab menghidupkan semula isu itu menjelang PRU13.

Terdahulu ketika berucap pada pertemuan itu, beliau berkata kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 24,000 ekar tanah milik kerajaan untuk dirizabkan kepada Orang Asli di beberapa tempat khususnya dalam kawasan Parlimen Gua Musang.

Jelasnya, 606 ekar daripadanya telah berjaya dilaksanakan sejak tahun lalu di Pos Jedip.

"Seterusnya ia akan diteruskan di pos lain seperti Kuala Betis dan kita anggarkan di sini seluas 4,626 ekar," ujarnya. -Hrkh

Tiada ulasan: