Ahad, 24 Februari 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


MB Selangor nanti bukan dari BN tapi PR (24/2/13)

Posted: 24 Feb 2013 01:58 AM PST


Dalam akhbar The Sunday Star hari ini, penulisnya Joceline Tan memberi tumpuan kepada PRU 13 dengan memberi fokus pada Selangor. Sekurang-kurangnya begitulah "Khalid's fate in the balance", banyak mencocok dalam jawatan MB Selangor pasca PRU 13, iaitu antara MB sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, tetapi ada juga mengulas tentang harapan di Selangor.
Menurut beliau PR yakin mempertahankan Selangor malah menurut Speaker Selangor Dato Teng (yang saudara kandungnya mengetuai jentera BN Pulau Pinang) mereka mensasarkan memperolehi majoriti dua pertiga!

Masalahnya BN Selangor juga yakin menang! Menurut Panglima Bilik Perang BN, Datuk Seri Mohd Zin, BN yakin menang di 22 kerusi (pasca PRU 12 BN cuma menang 20 kerusi, Umno 18 MCA 2), 16 kerusi kelabu dan 18 kerusi panas. Bermakna 22 putih boleh menang, 16 kelabu ada harapan menang dan baki 18 lima puluh-lima puluh. Hebat!
Selangor merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai jumlah pengundi baru yang tertinggi iaitu 455,000 orang. Jumlah ini punya dua pilihan PR atau BN. Dan Selangor punya 53% pengundi Melayu paling ramai di Sabak Bernam, Sg Besar, Tg Karang, Gombak dan 46% pengundi bukan Melayu.

Sudah pasti diperingkat ini kedua-dua pihak PR dan BN tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang negatif, takkanlah BN Mohd Zin nak kata BN bernasib baik jika boleh pertahankan 20 kerusinya yang ada, atau tak kanlah Teng nak berkata saya sedia serahkan jawatan Spekaer ini kepada BN dan kami menjadi pembangkang yang kuat.
Masing-masing perlu "think positive" dan keluarkan kenyataan yang positif belaka, asal jangan terlalu "over confident".

Bagi saya siapa bakal jadi MB sebagaimana Joceline cuba tonjolkan tidak penting. Jika BN menang, Umno lah MB nya jika PR menang maka tunggu dan lihatlah. Tetapi yang penting sekarang adalah siapakah antara dua BN dan PR yang mampu menang kali ini setelah PR merobohkan dominasi BN pada PRU ke 12 lalu.

Bagi saya PR insyallah akan menang lagi di Selangor. Banyak fakotornya dan mungkin posting saya selepas ini akan memberi fokus kepadanya. Salah satunya adalah rakyat Selangor kini telah mulai merasa perubahan, lain selama 50 tahun sebelum 2008, dan lain selepas 2008 sehingga kini. Lain ini serba serbi rasanya. Pilihanraya menentukan kepimpinan  negeri dan bagi rakyat Selangor kepimpinan yang masuk pada tahun 2008 berjaya mencetuskan satu perubahan dari segi kepimpinan yang selama ini tidak pernah mereka rasai.
Joceline menulis bahawa Panglima BN menyatakan mereka perlu 35% pengundi Cina di kerusi-kerusi campuran bagi meraih kemenangan setelah pengundi Melayu dan India kembali sepenuhnya kepada mereka. Boleh dapatkah 35% itu?

Tanyalah mana-mana pengundi Cina di Selangor samada di Sekinchan, di Kuala Kubu Bharu, di Teluk Datuk, apalagi di Bukit Gasing atau Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya adakah mereka bersedia undi BN PRU 13 ini, saya yakin dari 10 sekurang-kurangnya 9 akan kata TIDAK.
 Saya bukan keterlaluan, tetapi ini pengalaman peribadi saya, kecualilah saya tersalah dengar.

Pengundi Melayu di Selangor pula bukanlah sama dengan pengundi Melayu di Johor contohnya. Di Selangor, kemajuan pesatnya sejak menjadi negeri termaju dari zaman penjajah lagi menjadi bumi subur buat orang Melayu dari negeri lain untuk datang bermastautin. Selain itu kemajuan pesatnya membuka maklumat dan ilmu yang meluas buat penduduknya termasuklah pengundi Melayu.
Anak asal Selangor kini berganding dengan ramai anak-anak luar Selangor khasnya dari Pantai Timur dan Utara untuk menjadikan bilangan pengundi Melayu seramai 53% itu. ADUN PAS sahaja kini ada dari Terengganu, Kedah malah anak Sarwak pun ada!

Malah sesama pengundi Melayu dalam negeri pun tidak boleh dilonggokkan dalam bakul yang sama. Pengundi di Sg Air Tawar, di Jeram tidak sama dengan pengundi Melayu di Gombak Setia, di Bukit Antarabangsa.

Maksudnya untuk BN mempercayai yang mereka telah kuasai majoriti pengundi Melayu di Selangor bagi saya adalah tidak tepat. Mungkin (entahkan benar entahkan tidak) blok pengundi Melayu hasil asakkan pelbagai "durian runtuh" kembali sejuk dan lentuk ke arah BN Umno, boleh diterima tetapi untuk mengandaikan "MAJORITI" Melayu Selangor condong ke Umno, saya rasa tidak.
Demikian juga pengundi India, yang telah memberikan undi besar pada PR dalam PRU ke 12 lalu, tidak pernah dalam sejarah Selangor begitu. Pada tahun 1990 ketika mendiang MG Pandithan membentuk IPF dan IPF bersama barisan pembangkang pun kecenderungan pengundi India menolak BN walaupun telah ada tetapi tak lah sekuat PRU 13.

Kali ini mungkin BN berjaya menambat hati mereka kembali, tetapi untuk mengatakan "MAJORITI" pengundi India sudah bersama BN semata-mata kerana kerjayaan Kamalanathan di Hulu Selangor bagi saya juga terlalu tinggi angan-angannya. Mungkin ada yang telah kembali ke BN tetapi tidaklah mutlak.
Kesimpulannya "kelainan" yang mampu dilahirkan kepimpinan PR di Selangor telah menarik perhatian pengundi Selangor. "Kelainan" inilah akan membawa kemenangan kepada PR sepenggal lagi. BN akan kalah lagi, dan MB Selangor sudah pasti dari PR bukan BN.

 

PRU13: Bekerjalah kerana Allah swt (24/2/13)

Posted: 24 Feb 2013 01:12 AM PST


Tarikh pilihanraya umum ke 13 semakin dekat, itu sudah pasti. Diperingkat ini sudah tiada lagi teka-teki kerana usia Parlimen pun sudah sampai ke maghribnya.
Jelasnya mana-mana pihak yang belum bersedia, tidak kemas jenteranya atau baru mahu mengenal-pasti pekerja untuk membina jenteranya, ialah akan ketnggalan corot dan berkemungkinan gagal.

Diperingkat ini semua pihak sudah semestinya telah hampir selesai mengenal-pasti calon, selesai menyediakan ongkos untuk bertempur dan yang paling penting selesai dalam kerja mengkaji, mencula daftar pengundi diperingkat masing-masing. Agar apabila sahaja diumumkan tarikh pembubaran parlimen, semua peringkat jentera telah "full speed".
Satu malapetaka pilihanraya, dipihak mana pun, adalah apabila calon dirahsiakan pada jentera sehinggalah keperingkat aklhir, terkadang di "parachute" kan disaat-saat akhir, dalam keadaan jentera di bawah tidak tahu menahu, sedar-sedar "berdepak" jatuh di atas bumi mereka! Bayangkanlah kegawatannya. Ada kalanya jentera sneak perut, tak senang mahu menerima, ringkasnya calon yang diturunkan tidak senang "dijual". Tambahan jentera bawah sebenarnya telah pun ada calon mereka.

Ketika itu demamlah pihak berkenaan. Sabotaj, ya jentera sendiri akan ditebuk dan digodam angkara tak berpuas hati. Ini pernah berlaku bukan hanya  pada Umno, malah parti lain pun termasuk PAS.
Moralnya di sini, sepatutnya belajarlah dari kelemahan yang dulu, kini sudah masuk 13 kali dah berpilihanraya. Kalau kira pilihanraya Persekutuan tahun 199 bagi PAS dan Umno dah 14 kali berpilihanraya!

Lazimnya apabila keputusan pilihanraya telah diketahui, pihak yang tidak berpuas hati, biasanya yang kalah (yang memang pun ada juga tapi taklah seghairah) akan melakukan "post mortem" sendiri. Dibedahnya pilihanraya yang telah "mayat" itu, diteropong, dikaji , diselidik segala kelemahan dan punca yang ada untuk mencari sebab musabab dan terbit dengan cadangan dan ketetapan pembaikian.
Umno dan PAS sudah pasti telah banyak penemuan "post mortem" nya.

Jangan "post mortem" tinggal "post mortem", campak sahaja ketepi atau dilupakan, lalu berulanglah kesilapan yang lampau kesalahan dan kelemahan 1955, 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008….
PAS dalam hal ini perlu telah gelidah semua post mortem ini dan jadikan pengajaran dan iktibar dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.

Petugas pilihanraya tidak "friendly", bengis, PACA tidak terlatih, tak datang kerja, poster turun lambat…..dari sekecil-kecilnya sehinggalah calon tidak "sellable" dan malah pemimpin tertinggi keluar "statement" bercelaru, terkadang bertelagah antara kawan….."dinosaur", "ubat lupus tarikh"…..ini semua tak silap saya semuanya pernah menjadi penemuan "post mortem", kalau tak dijadikan iktibar kali ini pasti kita akan mengulangi kekecewaan yang lalu.
Diperingkat ini jangan sekali-kali putus hubungan dan talian dengan Allah swt. Allah hanya akan menolong mereka yang ikhlas menolong Allah swt. Jangan bongkak, jangan sombong, banyakkan amal, pelihara akhlak.

Kalau ditahap ini masih berbalah tentang calon, tentang jentera, tentang siapa mahu jadi Menteri, MB, EXCO…..awas kita berkemungkinan kecewa nanti.
PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam. Adden inilah yang ditegakkan oleh mereka yang mendahului kita pada tahun 50an, 60an, 70an sehinggalah sekarang ini. Jangan lari darinya. Kalau ikhlas terus ertindak atas landasan ini tidak ada sebab Allah tidak memberikan kemenangan. Bekerjalah kerana Allah swt.

Tiada ulasan: