. |
Teori Khawarikul Ahdah Malaysia Kedua Posted: 23 Feb 2013 10:30 PM PST RENCAN KHAS Bagi mereka yang pernah mengenali jemaah Darul Arqam (1969 - 1994) yang telah diharamkan, atau bekas anggotanya sangat faham dengan apa dinamakan teori "khawariul ahdah" yang satu masa dulu menjadi momokkan bekas kumpulan berkenan dan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran orang ramai.
Apakah teori khawariul ahdah itu? Bagi generasi baru atau mereka yang kurang jinak dengan istilah tasauf Islam agak asing dengan perkataan ini. Mungkin inilah pertama kali didengarinya. Namun bagi guru-guru tasauf dan ulamak tradisi - ahli kitab, arif mengenai perkataan ini. Saya sendiri yang mulanya sangsi atau pun pertama kali mendengar perkataan ini pernah bertanya kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perkataan ini satu masa. Apa yang saya tanya beliau, apakah ada perkataan khawarikul ahdah ini. Apa jawab tokguru, memang perkataan ini ada dalam kamus pengajian Islam lalu beliau memberi sedikit maksud dan difinasinya. Menurut tokguru, khawarikul ahdah ialah sesuatu kejadian yang berlaku atau menimpa kepada seseorang yang di luar pengetahuannya. Biasanya mengenai nasibnya dan juga kejadian-kejadian menggembirakan yang tidak pernah dimimpi atau difikir apa lagi direncanakan. Biasanya dia tidak dapat meramalkan apakah yang berlaku itu. Bagaimana pun kata tokguru, kalau seseorang sudah dapat mengagak apa-apa yang akan berlaku itu, dirancang waima diusahakan ia bukan lagi khawarikul ahdah. Tegasnya teori khawarikul ahdah atau kejadian di luar dugaan dan di luar pengetahuan manusia ini memang benar dan berlaku dalam kehidupan seseorang manuisa atas kehendak Allah. Mungkinkah menjawat jawatan MB itu salah satu khawarikul ahdah bagi Tokguru Nik Aziz?
Orang Arqam mempercayai dan menyakini ke peringkat 'kul haq kul yakin' perkara ini dan mereka memuja dan memuji Sanusi Junid. Sanusi Junid seorang yang praktikal juga mempercayai kerana ia sedikit sebanyak menyeronokkan dirinya. Sanusi mungkin menjadi harapan dan impian anggota Arqam itu sebagai doa untuknya. Maka Arqam mengarahkan orang-orangnya memberi sokongan dan berkempen untuk Sanusi Junid dalam berdepan dengan musuh atau lawannya di dalam Umno. Mungkin keseronokan Sanusi ketika itu samalah dengan ucapan gurauan Abdul Hadi Awang dalam muktamar PAS di Kota Bharu lalu yang mengatakan 'seronok juga kalau jadi PM'. Untuk itu maka Sanusi dipuja. Kerja sanusi memburukan musuh politiknya ketika itu mendapat sokongan dan kerjasama anggota Arqam. Anwar yang dimusuhi Sanusi di dalam Umno turut sama dimushi oleh Arqam. Anggota tertentu Darul Arqam menjalankan dakwah dan dakyah memburuk-buruk dan menyebar fitnah ke atas Anwar Ibrahim di mana setengah idea dan tektiknya diterima dari Sanusi Junid. Alhamdulilah hari sudah ada anggota Arqam yang datang menemui anwar dan memohon maaf. Ashaari apa lagi, bergedik tangan dan kaki dengan teori itu. Semua orang Arqam juga naik tocang dan membuka dada kerana pemimpin mereka akan menjadi perdana menteri. Sehubungan itu juga satu kabinet bayangan Arqam dibentuk sebaik saja Ashaari mengambil alih. Untuk mengetahui kabinet ini sila rujuk buku saya: Hitam Putih Daruk Arqam. Kerana syok dan mempercayai kepada teori itu Ashaari menjadi mabuk air sejuk dan tidak waras lagi. Apa-apa nasihat dan pandangan diberikan tidak dihiraukan. Saya sendiri yang akrab dengan beliau cuba meletakkan beliau ke atas pentas realiti tetapi tidak dihiraukan dan saya pula dianggap dan difitnah oleh orang rapatnya cuba merosakkan reputasi Arqam. Setengah orang yang anti dan menolak pandangan saya, termasuklah mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang hari ini sudah melarikan diri dari jemaah itu dan mencemuh Ashaari kerana merosakkan mereka. Padan muka... padan muka ... padan muka. Akhir, apakah jadi dengan teori berkenaan? Apakah Ashaari menjadi PM? Apakah Sanusi Junid diberi ruang menjadi PM untuk merealisasikan kemuncak teori berkenaan dengan menaikkan Ashaari menjadi PM? Al hasilnya Ashaari dan beberapa orang pemimpin kanannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa membawa ajaran memesongkan akidah, dan pertubuhan Darul Arqam yang satu masa gah hingga ke tujuh benua hancur berkecai lumat menjadi puing-puing bertebangan. Ruuuuuuuuuu.... (ru ni gak angin keringlah..) Sanusi entah ke mana, Ashaari entah ke mana. Teori khawarikul ahdah tidak menjadi kenyataan sebalik membenarkan mimpi buruk saya terhadap jemaah itu yang meramalkan Arqam akan mati beragam kerana berpegang kepada teori berkenaan. Saya hendak hubungkaitkan dengan apa menimpa Ashaari, Arqam dan Sanusi itu dengan apa berlaku sekarang ini, di kalangan beberapa pemimpin tertentu PAS yang menajakan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri. Kerana tajaan itu dianggap sebagai pelik dan ganjil maka saya teringat kepada teori berkenaan. Apakah mereka juga terpesona dengan teori berkenaan dan memberi harapan yang entah-entah kepada anak raja Kelantan itu. Saya namakan perkembangan ini sebagai "Teori Khawarikul Ahdah Kedua Malaysia". Tengku Razaleigh bukan tidak layak untuk menjadi perdana menteri. Bahkan beliau lebih layak dan perlu menjadi PM sebelum Hussein Onn lagi. Tetapi kerana nasib dan kurang berjaya dalam strategi politiknya maka peluang dan ketepatan itu terlepas. Kerana terlalu jujur dan mengutamakan integriti dan terus membawa imej feaudalisme, maka Tengku Razaleigg banyak kecewa kerana dipermainkan oleh rakan-rakannya sendiri. Beliau mungkin faham bahawa didalam dunia politik; janji, kejujuran dan keikhlasan tidak ada, manakala perjanjian pula bukan untuk disetiai tetapi untuk dimungkiri. Kawan dalam politik tidak kekal selama-lamanya begitu juga musuh tidak abadi sepanjang masa dan adakala lawan akan menjadi pembela kita yang utama. Saya yakin beliau tahu falsfah atau madah ini, tetapi yang nyatanya beliau sering terjerlus disebabkan kerana tulus dan teguh dengan prinsip diri. Saya tidak fikir kalau Tengku Razaleigh tergila-gila untuk menjadi PM dengan usia dan kapastiti yang beliau ada kini. Sebagai seorang ahli politik berpengalaman dia tahu kekuatan dan kelemahannya serta senario dan saraf dalam Umno kini. Pernah beliau menyatakan sejujur hati kepada saya; amo tak pelahap sangat untuk jadi PM, tetapi kalau rakyat yang mahukan amo boleh fikir. Begitulah corak dan cara Tengku Razaleigh berfikir sangat berwaspada dan insaf.
Orang yang menaja beliau juga tahu akan hakikat itu bahawa Tengku RAzaleigh bukan berada digaris masa yang sepantasnya untuk menjadi PM. Dia sudah melewati garis waktu untuk menjadi PM yang tepat pada musimnya. Namun kerana apa yang didendangkan itu indah dan menyegarkan hatinya maka beliau membiarkan saja, menyerah pihak-pihak yang inginkan beliau jadi PM melakukan kerjanya, dengan angan-harap manalah tahu takut-takut menjadi akan dapat untung besar. Lantas mereka memikirkan cara bagaimana Tengku Razaleig akan muncul sebagai perdana menteri. Lalu teori apa disebut khawarikul ahdah itu digunapakai. Ia bertolak atas keyakinan selepas pilihan raya akan datang tidak ada parti yang akan dapat membentuk kerajaan. Maka parlimen akan digantung. Yang di-Pertuan Agong akan mengarahkan parlimen bersidang untuk memilih seorang anggotanya menjadi perdana menteri. Disebabkan tiada parti yang mendapat mandat besar, nah ketika inilah nama Tengku Razaleigh akan ditunjuk atas kapasiti dan statusnya sebagai seorang negarawan yang diterima oleh semua. Inilah teori khawarikul ahdahnya. Apakah segampang itu? Apakah anggota parlimen akan sepakat memberi mandat agar Tengku Razalegih menjadi perdana menteri. Mungkin ia boleh berlaku sekiranya ada 'konsensus' awal dengan parti-parti politik khasnya dalam Pakatan Rakyat. Namun bagaimana pula dengan pihak Umno? Apakah Umno akan menerima dengan tanpa bahas kepada Tengku Razaleigh. Ataupun cukupkah anggota dari kalangan Umnp menyokong Tengku Razaleigh untuk menjadi sokongan teras? Bukan mudah sebenarnya. Saya yakin perkara ini diteliti dan disedari oleh orang yang menaja Tengku Razaleigh untuk menjadi perdana menteri itu. Mereka tidak pandir sangat mengenai hal ini dan tidak akan melakukan sesuatu kerja rumit di luar pemikiran umum. Lantaran itu, bagi saya sponsor Tengku Razaleigh untuk jadi PM dari ranggas PAS ini ada maksud lain. Mereka memasang lukah yang ada dua muka (pintu) dipergentingan. Sebenarnya mereka tidak begitu mengharapkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri. Mereka tahu keupayaan dan pengaruh Tengku Razaleigh dalam Umno. Tengku hanya 'keladi colek' untuk dijadikan umpan jerat. Yang mereka hendak perangkapkan burung yang akan memakan 'keladi colek' itu? Suka tidak suka dari realiti politiknya, mereka - para sponsor Tengku Razaleigh ini, sedar bahawa Najib Razak masih mendapat sokongan lebih berbanding dengan Tengku Razaleigh. Tengku tidak mungkin akan mengatasi sokongan Najib. Masalahnya (inilah ruang kesempatan diambil) Najib ketika itu nanti tidak popular apabila gagal untuk meraihkan lebih 140 kerusi untuk UBN. Najib waktu itu sudah perlu dinyahkan kerana dia gagal. Kalau Abdullah Ahmad Badawi dihambat keluar begitu sajah kerana gagal mendapat 2/3 (hanya 140) kerusi dalam pilihan raya lalu, apakah hebat dan istimewannya Najib untuk tidak dihambat keluar seperti Pak Lah? Sebenarnya ada perhitungan lain di persimpangan ini yang ada dalam kepala sponser Tengku Razaleigh ini. Apa yang mereka harap dan sedang fokus sekarang ini ialah kepada orang nombor di dalam Umno iaini Muhyiddin Mohd Yassin. Muhyiddinlah yang menjadi ayam tambahan indivu-individu yang menjadi sponser Tengku Razaleigh kini. Bagi mereka menggunakan Muhyiddin sebagai alat penyatuan PAS dengan Umno lebih mudah berbanding dengan Najib. Muhyiddin dari kaca mata mereka tidak cabut dan kotor berbanding Najib. Muhyiddin tidak ada skandal besar yang dikaitkan seperti mana Najib yang dipolot dan dilumuri dengan skandal-skandal bertaraf dunia seperti pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Muhyuddin juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang berjalan mendahuli isteri, dan isterinya sedia menanti berbanding Najib yang sering menanti isteri untuk berlepas dan isteri sering kali mendahuluinya. Apakah Tengku Razaleigh dapat membaca tektik dan strategi ini? Apakah sedar bahawa sponsernya juga sedang melingkarkan jerat ketat untuknya? Kenalkah beliau dengan hati budi individu berkenaan yang menjadi Jibrail itu. Seperti disebutkan tadi, apabila dalam politik susah untuk ditelahkan dan kalau orang menghulur bantal lembut itu bukan bermakna mereka mengharap kita tidur bersama mimpi indah melainkan mengharap kita nyenyak tidur bagi memudahkan mereka mencuri harapan kita. Saya rasa artikel istimemwa ini sudah difahami dan setelah difahami maka rombak dan mansuhkan teori khawarikul ahdah itu kerana ia ternyata hanya ilusi orang berputus harap di dunia nyata saja. Baik buruknya gagal atau berjaya baiklah kita kembali ke alam nyata kerana menang atau kalah di buana nyata ini kita akan berpuas hati. [wm.kl.1:33 t/hari 24/02/13] | ||||||
Husam Minta Rakyat Jangan Was-Was Demi Kemenangan PR Posted: 23 Feb 2013 05:31 PM PST BERITA MALAM Naib Presiden PAS, Husam Musa mengingatkan orang ramai supaya tidak bersikap was-was dalam membuat pilihan dan hendaklah teguhkan hati dengan apa yang sudah dikonsensuskan sebelum imi.
Berucap pada majlis ceramah di Taman Permata Hulu Kelang, Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf dan artis Abby Abadi sekejap tadi, Husam juga berharap rakyat dapat menahankan sabar kerana pilihan raya sudah pun hampir tiba. "Kita hendaklah bersabar, kerana tidak berapa lama lagi pilihan raya dan insya-Allah kita akan menumbangkan kerajaan BN, kita hendak uji dengan menukar kerajaan BN yang ada sekarang ini" katanya disambut dengan sorakan dan takbir. Semasa mengahkhiri ceramahnya Husam sekali lagi memberi ingatan itu, ini menyebabkan dirasakan ada mesej tersembunyi yang ingin disampaikannya. Adalah penting kalau para penyokong Pakatan Rakyat khasnya merenungi apakah mesej yang disampaikan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu. Jika ia tidak mustahak tidak mungkin beliau memulakan ceramah dengan memberi peringatan itu dan mengakhirnya dengan memberi ingatan yang sama. Apakah ianya ada sangkut paut dengan lantonan idea di luar logik di dalam Pakatan Rakyat ke belakangan ini berhubung calon perdana menteri? Ada cadangan dari pihak tertentu di dalam PAS untuk untuk memberi laluan kepada tokoh di luar komponen itu menjadi PM dan membelakangkan Anwar Ibrahim. Dalam pada itu Husam menjangkakan pilihan raya akan diadakan pada 6 April dan yakin Pakatan Rakyat akan menang besar dan kerajaan BN akan dapat ditumbangkan. "Inysa-Allah pada 6 April nanti atau pada malamnya kita akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menubuh kerajaan," katanya disambut sorakan dan takbir. Beliau menolak tohmohan dan ugutan kononnya pilihan raya kali ini sebagai kotor sebaliknya pilihan raya kali ini adalah paling bersih dan selamat. Alasannya kerana dalam pilihan raya kali ini lima jeneral akan bersama kita (Pakatan) di mana keadaan ini belum ada sebelum ini. "Apabila jeneral bersama kita sudah tentu selamat kerana setiap jeneral ada jaringan dengan tentera di mana mereka akan mematuhi apa yang jeneral mereka arahkan," katanya lagi. Beliau juga membuat gambaran siapa lagi yang hendak melakukan kekacauan kalau Pakatan menang kerana ketika itu semua pemimpin negara termasuk Najib Razak dan Mahathir Mohamad sudah terbang melarikan diri di luar negara. "Mereka tidak akan berada dalam negara lagi kerana mereka banyak masalah," sinisnya. Selainh itu keyakinan Husam dengan kemenangan Pakatan Rakyat juga kerana kali ini Pakatan Rakyat berjaya menampilkan pemimpin yang jauh berwibawa berbanding dengan pemimpin Umno. "Kita mempunyai pemimpin yang baik, bersih dan hebat dengan Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang", katanya yang menyifatkan gabungan mereka adalah umpama tiga tuku menjerang. "Saya tidak nampak di mana kehebatan pemimpin Umno, Muhyuddin Yassin kita hendak kata dia perjuang Melayu tidak terserlah, beliau tidak ada wawasan. Apa yang beliau perjuangkan untuk Melayu?" soal Husam. Abdul Hadi dan Anwar katanya mewakili Melayu manakala Kit Sing mewakili kaum bukan Melayu khasnya Cina dan India. Pemimpin ini telah membina kekuatan menggabungkan sokongan semua pihak kaum dan bangsa di negara ini.[wm.kl.9:18 am 24/02/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan