Ahad, 24 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Video Papa Gomo "Rampas Anak" Tersebar !!

Posted: 24 Feb 2013 01:18 AM PST


[Hanya kerana terlampau mengikut perasaan dendam dan panas baran seorang bapa yang dipercayai blogger terkenal "Papa Gomo" sanggup melakukan kekejaman dan kekerasan terhadap anak-anak dan bekas isteri. Anak-anak tersebut telah dipisahkan dari penjagaan ibunya dan dia sanggup mengunakan tipu helah untuk merampas anak-anak yang masih kecil dari bawah jagaan ibu mereka.Bukan setakat itu saja, dia juga telah menaburkan pelbagai fitnah terhadap bekas isterinya untuk mendapat hak jagaan anak. Ini adalah bukti kekejaman dan kekerasan seorang lelaki terhadap wanita hanya kerana dendam. Sila stop pada durasi 0:04  (jersi malaysia) untuk melihat wajah beliau dalam video ini.  Video ini sedang tersebar dengan meluasnya di laman sembang sosial Facebook sekarang ini. Maklumat lanjut berkaitan insiden panas  ini boleh diperolehi di SINI. Rujukan juga boleh dibuat dalam blog bekas isterinya di SINI. Apapun, ambillah ikhtibar atas apa yang terjadi demi kebaikan bersama. Tidak perlu bergaduh atau merampas dikhalayak ramai kerana ia boleh menyebabkan satu dunia kini melihat adengan tersebut sebenarnya. Klik SINI untuk melihat gambar].

Ust Nazmi: Pakatan Rakyat, Jaga Adab Dengan Allah

Posted: 24 Feb 2013 01:07 AM PST

Panas: Video Raja Muda Perak Sokong PAS Tersebar !

Posted: 24 Feb 2013 12:27 AM PST

CCTV Kes Samun Motosikal Di Pam Minyak Tersebar !

Posted: 23 Feb 2013 11:41 AM PST

Panas: Ustaz Azhar Perjelas Isu Bersumpah & BR1M

Posted: 23 Feb 2013 10:39 AM PST

Video: Aljazeera Bongkar Isu Sebenar Di Lahad Datu

Posted: 23 Feb 2013 10:24 AM PST

Video: Panas, Hafiz Kamal Cemar Imej Bola Pahang !

Posted: 23 Feb 2013 10:08 AM PST


[Walau pun kelibatnya berjaya membolehkan Pahang menyamakan kedudukan 1-1 dengan Kelantan di separuh masa pertama bolasepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi namun Hafiz Kamal kini menjadi bahan cacian di laman-laman sembang sosial facebook. Ia berikutan tindakan beliau yang "memijak" pemain lawan selepas dijatuhkan dalam satu pergelutan biasa ketika perlawanan separuh masa kedua sedang rancak. Tindakan Hafiz itu jelas sekali mencemarkan imej bolasepak Pahang kerana tidak wajar dia berbuat begitu sebenarnya. Tambahan pula ketika itu kedua-dua pasukan sedang berusaha untuk mendapatkan gol kemenangan. Gara-gara tindakan tidak profersional Hafiz menyebabkan dia dilayangkan kad merah dan seterusnya terpaksa keluar padang selepas itu. Hafiz sebagai pemain muda tidak wajar menunjukkan aksi sedemikian, apatah lagi ketika bermain di gelanggang sendiri. Perlawanan yang berkesudahan 2-2 itu bagaimana pun berakhir dengan selamat tanpa insiden seperti itu lagi. Walau pun dengan 10 pemain, Pahang akhirnya berjaya mengikat Kelantan membawa pulang tiga mata apabila ayam tambatan Tok Gajah, Fauzi Roslan berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan begitu hampir dengan kotak penalti Kelantan. Apapun, syabas kepada kedua-dua pasukan kerana berjaya menghiburkan penonton dengan permainan yang sungguh berkualiti. Kepada Hafiz Kamal, kini satu dunia menyaksikan kelibat anda itu maka berhati-hatilah dalam setiap tindakan agar tidak menjatuhkan imej bolasepak Pahang lagi].

Tiada ulasan: