RAKYAT MARHAEN |
- Saifuddin Nasution: Kalau BN Boleh Bayar Hutang Perwaja, Kenapa Tak Boleh Bayar Hutang PTPTN
- GM13 : 'Yang serang kami keluar dari bangunan Umno Pekan'
- PRU13 : Adnan yakin BN menang semua kerusi di Pahang..Sama seperti Khir Toyo 2008 Pembangkang Sifar...!!!!
- Journalists stopped, standoff continues
- PRU13 : Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna
- Dua lagi personaliti BN Sabah masuk PKR
- Mahkamah halang MPS lupuskan kamera AES
- Hatta Ramli: We Have No Choice! Kita Di Malaysia Dah Sampai Ke Peringkat "Breaking Point"
- Anwar Ibrahim: Nak Tolong Melayu, Jgn Tekan Orang Lain, Mahu Angkat Islam, Jgn Ugut Mahu Bakar Bible
- Sulu Minta AS Campurtangan Sengketa Dg M'sia ...??
- Melayu umno dan Champagne tower pouring!!
- PRU13 : Tamin taja Umi Felda kempen untuk UMNO@BN
- Rafizi, Tee Keat SHOWDOWN shapes up: All eyes on ex-MCA chief's next move
- PRU13 : Perbezaan pendapat tidak patut didedah – Wan Azizah
- Kelantan isytihar China Town di Jalan Kebun Sultan
- Sebab utama Senator Australia di usir Umno@BN...
- MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DIPAKSA MENYOKONG UMNO/BN ?????
- Untungnya Raja Ropiaah, lihat cara dia buat duit
- Bahang demam PRU-13 sudah terasa
- Nasib Rakyat Marhaen - Short Film
- Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek
- PRU13: Calon ulama hanya jadi pak turut Umno
- 13 Sebab Mengapa Undi Dacing..!!!
- Fatwa dari Mursyidul Am UMNO- Dr Mahathir Mohamad
- Rupanya Ini Punca Stadium Sultan Mizan, T'ganu Roboh..
Saifuddin Nasution: Kalau BN Boleh Bayar Hutang Perwaja, Kenapa Tak Boleh Bayar Hutang PTPTN Posted: 20 Feb 2013 09:11 PM PST | ||
GM13 : 'Yang serang kami keluar dari bangunan Umno Pekan' Posted: 20 Feb 2013 09:05 PM PST KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) hari ini menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng Umno terhadap mahasiswa di Parlimen Pekan. Read More / Baca Lagi >>Memorandum tersebut turut disertakan dengan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan bagi membantu siasatan polis. Gambar-gambar samseng yang mereka ambil dari rakaman video juga diedarkan kepada wartawan hari ini. (gambar) Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata, GM13 menggesa pihak polis mengadakan siasatan segera berhubung insiden yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi itu. "GM13 mahu siasatan dijalankan dengan adil terhadap mereka yang melakukan keganasan ini kerana kami telah membuat laporan polis pada hari insiden serangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil polis Bukit Aman, Kavetha. | ||
Posted: 20 Feb 2013 08:59 PM PST KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kemahuan rakyat negeri ini yang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang. Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun. "Kami akan tunaikan kemahuan rakyat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, semalam. Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Pahang berkata persiapan jentera BN negeri kini berada pada tahap 100 peratus dan sedia digerakkan pada bila-bila masa. | ||
Journalists stopped, standoff continues Posted: 20 Feb 2013 08:56 PM PST Weariness is creeping in as the standoff between Malaysian security froces and the Sulu armed group drags on well into the second week. LAHAD DATU: Three Al-Jazeera journalists covering the standoff with the Sulu armed group were detained by police for nearly seven-hours and then released.They were detained at about 8am yesterday as they were in a boat near the Tanjung Labian not far from the seaside village of Kg Tanduo and taken to the Cenderawasih police station for questioning. Detained together with them was a boatman and three Sabah Progressive Party (SAPP) youth wing members. Sabah Police Commissioner Hamza Taib said all were released except for the boatman who did not have a proper identity document on him. Hamza said that they were detained as they were trying to enter a security area and it was for their own safety. Hamza urged local and foreign journalists to avoid trying to enter the area as it might create untoward incidents. SAPP assistant secretary Suaib Mutalib said the three SAPP youth members were accompanying the Al Jazeera journalists who wanted to cover the stand-off between the Malaysian security and the Sulu gunmen. He said that the General Operation Force (PGA) which detained them handed them to the police who recorded their statements and released them at about 3.30pm. Weariness is creeping in as the standoff between Malaysian security forces and the Sulu armed group holed up at the seaside village of Tanduo in the east coast of Sabah drags on well into the second week. Negotiations, according to the authorities, are continuing at various levels though several deadlines have passed with no clear indications as to when the armed foreigners will be deported. Farmers, fishermen face losses Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna Posted: 20 Feb 2013 08:54 PM PST Semalam Najib Razak bersama para pemimpin parti-parti komponen BN telah menanda tangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency Internationl yang merupakan satu kontrek sosial di antara beliau dan BN dengan rakyat untuk mendokong ketelusan didalam proses pilihan raya dengan menentang amalan rasuah.
Ikrar itu akan turut ditandatangi oleh semua calon-calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Najib berharap apabila semua calon menanda tangani ia akan dapat melahirkan satu barisan kepimpinan yang bersih. Kontrek itu juga sebagai jaminan kepada rakyat bahawa BN akan menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan berwibawa. Dari satu sudut ikrar itu menandakan kesungguhan Najib untuk melakukan transformasi dalam kepimpinan kerajaan UBN yang berusia lebih 50 tahun itu. Perlukah ikrar berkenaan yang lebih merupakan gimik politik? Tidakkah dengan ada ikrar berkenaan secara automatik orang beranggapan bahawa kerajaan UBN selama ini kotor dan penuh dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan kepada rakyat? Sehubungan itu Najib menerusi blognya 1Malaysia berharap rakyat memberi peluang kepada BN untuk meneruskan pentadbiran mereka yang berasaskan kepada semangat baru itu. Barang kali permintaan Najib itu sudah pun terlewat. UBN bukan saja patut sedar mengenai masalah mereka dan kelemahan dalam kerajaan mulai hari ini tetapi sejak lama dulu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Dua lagi personaliti BN Sabah masuk PKR Posted: 20 Feb 2013 08:46 PM PST Dua lagi personaliti BN Sabah - bekas menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas timbalan menteri pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah menyertai PKR. Kedua-duanya - bekas ahli Berjaya - secara rasmi menyertai PKR sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari. Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah. "Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya. Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008. Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi parlimen Keningau. | ||
Mahkamah halang MPS lupuskan kamera AES Posted: 20 Feb 2013 08:44 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kontraktor kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd menang permohonan semakan kehakiman terhadap Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Syarikat swasta itu mencabar notis MPS tahun lalu untuk melupuskan kamera mereka di lebuhraya PLUS dan SKVE dengan berhujah sebelum ini jalan tersebut merupakan jalan persekutuan yang tidak tertakluk di bawah kuasa Selangor. Keputusan Hakim Datuk Zaleha Yusof hari ini menyatakan kerajaan pusat adalah penguatkuasa sebenar untuk meluluskan pemasangan kamera AES dan bukannya kerajaan tempatan. "Berdasarkan hujah di atas, saya berpendapat tempat dimana struktur AES dibangunkan adalah terletak di jalan persekutuan dan tidak jatuh di bawah bidang kuasa responden. "Permohonan dibenarkan," kata hakim sambil menambah tiada arahan untuk membayar kos oleh kerana ini adalah kes berkait dengan kepentingan awam. Pada 12 Disember tahun lalu, Beta Tegap memohon penangguhan keputusan MPS dan kemudian mendapat penangguhan dari Mahkamah Tinggi pada 19 Disember. | ||
Hatta Ramli: We Have No Choice! Kita Di Malaysia Dah Sampai Ke Peringkat "Breaking Point" Posted: 20 Feb 2013 08:43 PM PST | ||
Anwar Ibrahim: Nak Tolong Melayu, Jgn Tekan Orang Lain, Mahu Angkat Islam, Jgn Ugut Mahu Bakar Bible Posted: 20 Feb 2013 07:58 PM PST | ||
Sulu Minta AS Campurtangan Sengketa Dg M'sia ...?? Posted: 20 Feb 2013 07:57 PM PST Jakarta: Kesultanan Sulu tengah menjajaki kemungkinan adanya pihak ketiga untuk memediasi sengketa wilayah dengan pemerintah Malaysia. Untuk peran ini, Sulu memilih Amerika Serikat, negara yang mereka anggap mampu melindungi hak-hak warganya. Demikian ungkap mantan senator Filipina yang juga salah satu pewaris Kesultanan Sulu, Santanina Rasul, seperti dilansir Inquirer, Rabu 20 Februari 2013. Dia mengatakan, saat ini salah satu putranya di AS tengah menjajaki kemungkinan untuk meminta bantuan dari pemerintahan Barack Obama. "Pemerintah Amerika terkenal selalu melindungi hak-hak warga negaranya, tidak seperti pemerintahan kami di sini (Filipina). Putra saya tengah mencari cara untuk meminta bantuan Amerika," kata Santanina. Read More / Baca Lagi >> | ||
Melayu umno dan Champagne tower pouring!! Posted: 20 Feb 2013 07:45 PM PST Apa itu Champagne tower pouring? Lihat gambar...
Korang dah nampak? dah faham? bagus! Next.. isunya.. ini amalan mulia ker amalan orang orang kafir? Ok... umat umat Melayu yang menyokong umno.. lihat gambar ini pula.. Apabila gua postkan gambar ini di pages gua.. bertalu talu melayu umno ini maki hamun gua kata gua edit gambar nih.. Sengaja gua pilih gambar ni untuk provok puak puak ni dan tengok apakah mereka terima atau meragui gambar ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Tamin taja Umi Felda kempen untuk UMNO@BN Posted: 20 Feb 2013 07:39 PM PST Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini. Pemilik Syarikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin (gambar kanan) adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos. Anggapan umum mengatakan bahawa pihak Umno/BN menaja produk keluaran Syarikat Tamin adalah merupakan satu kesilapan kerana yang sebenarnya, syarikat inilah yang menyumbangkan dana untuk kempen-kempen Umno / BN termasuklah Roadshow Ummi Hafilda yang boleh dianggap sebagai Duta Kicap Tamin! Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat serta ahli-ahli Umno yang menentang Umno, khususnya di Perak dan bahagian Utara, eloklah mengelak diri daripada membeli produk keluaran Syarikat Tamin penaja Ummi Hafilda dan Umno ini. | ||
Rafizi, Tee Keat SHOWDOWN shapes up: All eyes on ex-MCA chief's next move Posted: 20 Feb 2013 07:29 PM PST Speculation is heating up over the future plans of Pandan MP Ong Tee Keat - whether he will continue to stay in Prime Minister Najib Razak's BN coalition, or become an independent Member of Parliament, or join the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >>Tee Keat, 56, was dropped from his MCA party's lineup of candidates for the coming general election. He is due to hold a press conference this morning, saying in a text message to Malaysia Chronicle that "among other issues, I might comment on this." While Tee Keat has to put on a brave face on his current situation, he is in a quandary and his political future at a final crossroad. With the general election expected to be called in weeks, the doors are starting to close down on him. Critics say he has no one to blame but himself for refusing to make a clear-cut decision sooner. Nonetheless, Tee Keat is not yet political history by any means. His next move is closely watched as it will also "seal the fate" of the MCA in the coming general elections. Can Tee Keat burn his bridges? Political watchers say there are several steps Tee Keat can take including appealing to Najib to step in and overturn Soi Lek's decision, which was announced on Wednesday. However, even if Najib agreed, such a move would have major implications for the MCA, which has long been accused of being tied to the apron-strings of the PM's Umno party. If Tee Keat were to insist on contesting as an Independent, his chances of success would be reduced as he would have to face the full might of BN's election machinery as well as the Pakatan Rakyat's. It also means that Tee Keat would have to be sacked from the MCA and BN for flouting party decisions, bridges that he may not wish to burn after having been with the MCA since 1986. Doors start to close | ||
PRU13 : Perbezaan pendapat tidak patut didedah – Wan Azizah Posted: 20 Feb 2013 07:26 PM PST PETALING JAYA: Perbezaan pendapat yang wujud antara parti-parti Pakatan sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain tidak patut didedahkan kepada umum begitu sahaja, apatah lagi dengan menjelang pilihan raya. Read More / Baca Lagi >>Demikian penegasan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Katanya, sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. "PAS, DAP dan PKR telah membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok. | ||
Kelantan isytihar China Town di Jalan Kebun Sultan Posted: 20 Feb 2013 07:25 PM PST KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di sini diisytiharkan sebagai 'China Town' dan majlis pelancarannya akan diadakan pada 8 Mac ini. Read More / Baca Lagi >>Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat Exco semalam. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini petang semalam. Takiyuddin memberitahu, nama Jalan Kebun Sultan bagaimanapun dikekalkan, 'gelaran' kepada kawasan tersebut sahaja telah ditukar, memandangkan ianya menjadi pusat pasaran ekonomi, santai warga itu sejak sekian lama. Menurutnya, bangunan, jenis perniagaan, masyarakat yang terdapat di sekitar itu begitu bersesuaian dengan gelaran China Town di kawasan terbabit. | ||
Sebab utama Senator Australia di usir Umno@BN... Posted: 20 Feb 2013 07:20 PM PST Senator Australia yang ditahan di KLIA tempoh hari atas kesalahan memburukan imej negara pernah berkata undang-undang negara seperti kangaroo dan tidak demokratik. Apa yang dimaksudkan tidak demokratik dan kangaroo? 1 - Perasuah hanya didakwa jika dia pegawai kerajaan dan penjawat awam biasa. Kalau kena pada pemimpin pemerintah, tiada tindakan dan siasatan dibuat. Dan badan bebas seperti SPRM dan POLIS pejam mata tanpa melakukan siasatan yang adil sepertimana dikenakan terhadap pemimpin parti politik pembangkang dan rakyat biasa. 2 - Demontrasi yang dimonopoli parti politik pembangkang susah mendapat permit dan kelulusan sehingga dataran kemerdekaan negara ditutup tidak membenarkan warganegara berhimpun secara aman untuk meluahkan perkara yang rakyat tuntut seperti pilihanraya bersih dan adil demi memastikan setiap perjalanan pilihanraya dinegara ini bersih tanpa ada sebarang penipuan. Biarpun perhimpunan aman dijamin undang2 tertinggi negara (perlembagaan persekutuan) pemerintah telah menafikan perkara yang dulu mereka persetujui. Read More / Baca Lagi >> | ||
MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DIPAKSA MENYOKONG UMNO/BN ????? Posted: 20 Feb 2013 07:14 PM PST Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar yang dimuat naik. Budak-budak sekolah rendah dikerah beratur panjang sambil dipaksa memegang placard lambang dacing serta kata-kata I love PM serta slogan UMNO/BN kini Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan dalam premis sekolah mereka sendiri untuk menyambut kehadiran pemimpin tinggi UMNO. Kini bukan saja premis sekolah menjadi tempat UMNO/BN berkempen lebih teruk diheret sama murid-murid sekolah yang tidak berdosa dan sifar maklumat politik demi batuan politik UMNO. Tidakkah ini zalim dan berhati perut dan berperikemanusiaan namanya? Nampak sangat UMNO sudah amat terdesak kini.UMNO JELAS PARTI HAPRAK. Sebab itu apabila Najib Razak berjanji dengan aku janji kononnya UMNO/BN akan bertempur dengan Pakatan Rakyat pimpinan DSAI secara Bersih lagi Adil dalam PRU 13 ini, rata-rata rakyat tersenyum sini sambil mencibir Najib Razak. | ||
Untungnya Raja Ropiaah, lihat cara dia buat duit Posted: 20 Feb 2013 07:11 PM PST KUALA LUMPUR: Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, yang memiliki Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) mendapat durian runtuh daripada perjanjian yang ditandatanganinya dengan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Read More / Baca Lagi >>Perjanjian itu ditandatangani antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang menjadi seorang pemegang saham minoriti Boustead Holding Bhd untuk meneliti dokumen perjanjian, Raja Ropiaah telah "dianugerahkan" lebihan RM130 juta dalam keuntungan hasil daripada perjanjian tersebut. "Saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia. | ||
Bahang demam PRU-13 sudah terasa Posted: 20 Feb 2013 07:10 PM PST Walaubagaimanapun perlu difahami mood dan sambutan ceramah anjuran Pakatan Rakyat ketika pilihan raya dan ketika bukan pilihan raya amatlah berbeza. Perang bendera masih belum begitu meriah lagi, senario mengantung bendera setiap masa oleh parti politik di atas pokok, di tiang lampu dan tempat awam merupakan perkara biasa. Setakat hari ini perang bendera belum lagi 'all out', mungkin takut bendera cepat lusuh, maka parti politik menyimpan dulu sebelum parlimen dibubarkan. Lebih-lebih lagi melihat bendera Barisan Nasional (BN) yang lusuh, koyak dan lunyai tergantung di tiang lampu merupakan pemandangan biasa di sekitar taman perumahan tertentu di Senawang, Ampangan dan Nilai. Ini semua gara-gara kepimpinan BN setempat menjangkakan PRU-13 diadakan pada tahun 2011 dan telah mengantung bendera BN seawal tahun itu lagi. Tidak pula dapat melihat bendera PAS, PKR atau DAP dalam sedemikian rupa bukan kerana ketiga-tiga parti dari Pakatan Rakyat ini rajin menggantikan bendera yang lusuh tetapi Pakatan Rakyat tidak mempunyai keistimewaan untuk mengantung bendera di tiang lampu atau tempat awam melainkan di atas pokok atau di tempat persendirian. Kalau gantung juga, dalam sehari dua, pihak berkuasa tempatan akan menurunkan bendera PAS, PKR atau DAP tetapi akan membiarkan bendera BN tergantung sehingga menjadi lunyai. Perkara ini diketahui umum di Negeri Sembilan. Belum nampak keghairahan Read More / Baca Lagi >> | ||
Nasib Rakyat Marhaen - Short Film Posted: 20 Feb 2013 07:02 PM PST | ||
Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek Posted: 20 Feb 2013 07:00 PM PST (Gambar yang disebarkan dalam internet) KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel. Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu. ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13: Calon ulama hanya jadi pak turut Umno Posted: 20 Feb 2013 06:59 PM PST KOTA BHARU: Hasrat Umno untuk meletakkan calon ulama pada PRU13 bertujuan menagih sokongan rakyat dan bukannya sebagai rujukan bagi kepentingan masyarakat Islam. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah ketika ditemui berkata malah golongan itu tetap akan menjadi alat kepentingan politik mereka sebagaimana sebelum ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ura-ura Umno ingin meletakkan calon di kalangan ulama dalam pilihan raya umum nanti. Rosli seterusnya memberitahu, bukannya Umno tidak pernah mengambil golongan beragama sebagai calon dan pemimpin mereka, sebaliknya golongan itu hanya akan menjadi pak turut sahaja. Katanya, Umno bukan sahaja tidak menjadikan ulama sebagai panduan, bahkan kenyataan mufti juga tidak diendahkan sekiranya pihak berkenaan mengkritik tindakan kerajaan yang tidak betul. Jadi, jelas golongan ulama atau beragama digembar-gemburkan untuk dipilih sebagai calon nanti hanya untuk menarik sokongan rakyat. | ||
13 Sebab Mengapa Undi Dacing..!!! Posted: 20 Feb 2013 06:53 PM PST | ||
Fatwa dari Mursyidul Am UMNO- Dr Mahathir Mohamad Posted: 20 Feb 2013 05:18 PM PST Ketika saya berada di Rembau N9, sebelum ke tempat ceramah kami singgah disebuah restoren. Waktu itu, berita TV3, lidah propaganda UMNO baru hendak bermula. Berita yang mengawali penceritaan ialah kenyataan2 dari mursyidul am UMNO- Dr Mahathir Mohamad. Dia kata- "saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah- kerana mereka tidak ada –pengalaman". Dan kepada solan dari seorang pembaca yang bertanya adakah Rembau selamat untuk KJ- saya mendahului memohon maaf untuk menyatakan masa depan KJ di Rembau gelap dan muram. Tangan2 ajaib dan halimunan dalam UMNO sendiri yang akan membunuh KJ terlebih dahulu. Berbalik kepada kenyataan Dr Mahathir. Pengalaman apa yang dimaksudkan oleh Mahathir? Ini kenyataan tipikal pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak. Seolah olah nya hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. UMNO sahaja yang mempunyai kelayakan membawa kemajuan dan pembangunan. Pembohongan dan penipuan Mahathir mudah dipatahkan- lapuran odit negara menyebut perihal rekod baik pimpinan kerajaan yang dikuasai oleh PR. Adakah Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketua odit negara berbohong? Read More / Baca Lagi >> | ||
Rupanya Ini Punca Stadium Sultan Mizan, T'ganu Roboh.. Posted: 20 Feb 2013 05:16 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan