MIMPI SENJA |
- KRISIS LAHAD DATU : Terkini 2pm - 21/2
- Isu Fizz Fairuz bertunang dgn Bini Orang - Penjelasan 'Bini Orang'
- TERKINI DARI LAHAD DATU - Penceroboh minta campurtangan Amerika
- Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri
- PERHATIAN - Untuk ibu-ibu dan bapa-bapa .....
- TERKINI - Lahad Datu tegang
- Mai tengok - Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS dilancar esok
- TERKINI - Penceroboh Lahad Datu Akan Tetap Diusir - IGP
KRISIS LAHAD DATU : Terkini 2pm - 21/2 Posted: 20 Feb 2013 10:08 PM PST KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin mengenai pencerobohan lelaki bersenjata Kesultanan Sulu di Lahad Datuk kerana pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan proses rundingan. Beliau berkata, khabar angin itu hanya akan membawa kepada perasaan kurang senang dan menimbulkan kekacauan. "Setiap orang dan saya maksudkan kita semua harus lebih bertanggungjawab," katanya selepas sesi taklimat mengenai situasi di Kampung Tanduo oleh Pesuruhjaya Polis Sabah pada Khamis. Seramai 150 lelaki bersenjata diketuai oleh Raja Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamallul Kiram III, menceroboh masuk ke perkampungan yang terletak kira-kira 160km dari Lahad Datu sejak 9 Februari lalu. Kumpulan tersebut menuntut supaya mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan komuniti Suluk di Sabah tidak dihantar pulang ke Selatan Filipina. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V K Liew berkata tuntutan kumpulan itu tiada asas. "Berdasarkan fakta sejarah, Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sejak 1930 apabila Filipina menjadi republik. "Dalam hal ini, soal tuntutan tidak timbul sama sekali kerana dinasti tersebut sudah jelas dibubarkan," kata Liew yang juga seorang peguam dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP). Di Manila, media Filipina melaporkan beberapa pegawai Presiden Benigno Aquino telah dihantar untuk memujuk Jamallul Kiram supaya memanggil pulang pengikutnya dari Sabah. | ||
Isu Fizz Fairuz bertunang dgn Bini Orang - Penjelasan 'Bini Orang' Posted: 20 Feb 2013 09:14 PM PST KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Industri hiburan tempatan terus kecoh dengan berita putus tunang pelakon Fizz Fairuz dengan wanita yang didakwa isteri orang. Menerusi laporan akhbar Berita Harian ini , bekas tunang Fizz Fairuz yang bernama Azlyn Massiela telah tampil ke depan untuk membalas kenyataan yang dibuat oleh Fizz. Dalam kenyataan tersebut, Azlyn yang berasal dari Kuantan, Pahang telah menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam mengenai dia isteri orang dengan menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga. "Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. "Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya," katanya. Meneruskan penjelasan, wanita ini terus menyangkal bahawa dia sudah berkahwin dengan usahawan usia 4o tahun di Thailand. "Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. "Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. "Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukan Fizz," jelas. Wanita tersebut pula tampil membuat kenyataan di akhbar Berita Harian, hari ini, dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah berkahwin dan Fizz boleh memeriksa di mana-mana pejabat agama. Menurutnya lagi, tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu telah menjatuhkan maruah keluarga kerana Azlyn Massiela mendakwa ibu bapanya tahu mengenai perihal dirinya. Akhbar Harian Metro hari ini pula menyiarkan kenyataan daripada 'suami' kepada bekas tunang Fizz Fairuz dengan mendakwa bahawa isteri keduanya itu hilang ingatan. "Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan," petikan kenyataan lelaki yang mahu dikenali sebagai Ramli di Harian Metro, hari ini. Perbuataan yang dilihat sebagai satu usaha untuk membersihkan nama Fizz Fairuz yang dicemuh umum selepas tersebarnya status sebenar Azlyn Massiela setelah empat hari mereka bertunang iaitu pada 10 Februari di Kuantan Pahang. Ramli juga mendakwa punca isteri keduanya itu berbuat demikian kerana kesunyian apabila kurang diberi perhatian oleh Ramli setelah beberapa tahun mereka bernikah di selatan Thailand. "Wanita itu isteri kedua dana diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga Azlyn sendiri. Tidak disangka perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz sekaligus memmburukkan namanya,"jelas Ramli yang turut meberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan Fizz sendiri pada Sabtu lalu. Ramli turut memberitahu bahawa dia jarang bertemu isteri keduanya itu kerana bimbang diketahui isteri pertamanya. "Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,"tambahnya lagi. Sekali lagi Ramli memohon agar pihak umum tidak meletakkan kesalahan kepada Fizz yang didakwa telah ditipu oleh isteri keduanya itu sehinggalah majlis pertunangan itu diatur. "Saya tidak meletakkan kesalah itu kepada Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin,"kata usahawan yang berumur sekitar 40-an. Dia juga menjelaskan bahawa wanita itu kini masih isterinya yang sah walaupun mereka tidak pernah mendaftarkan perkahwinan yang berlaku di selatan Thailand di mana-mana pejabat agama di Malaysia. | ||
TERKINI DARI LAHAD DATU - Penceroboh minta campurtangan Amerika Posted: 20 Feb 2013 08:07 PM PST Jakarta: Kesultanan Sulu tengah menjajaki kemungkinan adanya pihak ketiga untuk memediasi sengketa wilayah dengan pemerintah Malaysia. Untuk peran ini, Sulu memilih Amerika Serikat, negara yang mereka anggap mampu melindungi hak-hak warganya. Demikian ungkap mantan senator Filipina yang juga salah satu pewaris Kesultanan Sulu, Santanina Rasul, seperti dilansir Inquirer, Rabu 20 Februari 2013. Dia mengatakan, saat ini salah satu putranya di AS tengah menjajaki kemungkinan untuk meminta bantuan dari pemerintahan Barack Obama. "Pemerintah Amerika terkenal selalu melindungi hak-hak warga negaranya, tidak seperti pemerintahan kami di sini (Filipina). Putra saya tengah mencari cara untuk meminta bantuan Amerika," kata Santanina. Santanina mengatakan, putranya dan enam orang keturunan Kesultanan Sulu lainnya telah menjadi warga negara Amerika dan akan menuntut hak mereka di Sabah dari negara itu. Sementara itu, desa Tanduao, wilayah Lahad Datu, negara bagian Sabah, masih dikepung tentara Malaysia. Sedikitnya 300 pasukan Sulu telah menguasai desa itu sejak seminggu lalu. Mereka menuntut dikembalikannya wilayah Sabah yang menjadi tanah leluhur mereka pada Sultan Jamalul Kiram III. Masalah ini tidak hanya memusingkan Malaysia, tapi juga Filipina. Pasalnya, persahabatan kedua negara terancam terganggu dengan masalah ini. Filipina utang budi pada Malaysia yang sukses memediasi konflik dengan separatis di Mindanao. Menteri Kehakiman Filipina, Leila de Lima, kemarin mengatakan bahwa kabinet juga tengah merundingkan masalah ini. "Tapi kami tidak bisa memberitahukan hasil diskusi dan langkah yang akan diambil pemerintah," kata Lima. Pemerintah Malaysia, melalui Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, mengatakan bahwa mereka memilih opsi damai dan menahan diri. Itu sebabnya, memasuki minggu kedua, masih belum ada agresi pada kedua kubu. Namun dia mengatakan, tentara akan melakukan apapun jika mereka terpaksa. (Vivanews) | ||
Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri Posted: 20 Feb 2013 07:16 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan. Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem. "Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya. Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu. Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun. Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian. Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu. "Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya. "Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan," katanya. Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu. "Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau. Dalam perkembangan lain, Hattan yang dijemput menyaksikan rakaman konsert Led Zeppelin berkata, ia mengimbau semula kenangan di mana dia dan beberapa artis Warner Music pernah mengadakan persembahan tribute untuk kumpulan itu pada 1995. "Ketika itu saya, Amy (Search), Ramli Sarip dan Maman (Teacher's Pet) pernah terlibat dalam pertunjukan tribute untuk Led Zeppelin di Hard Rock Cafe. "Mungkin Led Zeppelin tidak begitu dekat dengan generasi sekarang tetapi mereka sepertigodfather kepada penyanyi dan peminat muzik rock lama," katanya. Album Celebration Day yang dirakam ketika konsert "reunion" kumpulan itu pada 10 Disember 2007 di Arena O2, England kini berada di pasaran. Ia ditawarkan dalam empat set iaitu edisi standard - 1 DVD/2 CD, edisi deluxe (2 DVD/2 CD atau 1 Disk Blu Ray/1 DVD/2 CD), edisi audio versi Blu Ray dan edisi vinyl (3 piring hitam). | ||
PERHATIAN - Untuk ibu-ibu dan bapa-bapa ..... Posted: 20 Feb 2013 09:48 AM PST | ||
Posted: 20 Feb 2013 08:06 AM PST Wartawan Al-Jazeera ditahan di perairan Lahad Datu Tiga orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah (SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina. Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu. Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat. Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut. Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang. Suaib yang juga penolong setiausaha agung SAPP berkata keadaan di Lahad Datu kini dilihat tegang. Katanya, ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah dan kebanyakan kedai juga ditutup lebih awal. - mkini | ||
Mai tengok - Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS dilancar esok Posted: 20 Feb 2013 12:30 AM PST
KUALA LUMPUR: PAS akan memulakan Program Jelajah Negara Berkebajikan mulai esok apabila treler yang digunakan bagi program tersebut telah siap sepenuhnya. Penyerahan jentera Jelajah Negara Berkebajikan itu akan dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, jam 1 petang esok sebelum memulakan perjalanan ke Kedah. PAS melalui progam Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan program sulung, hi-tea di Kubur Panjang, Pendang, Kedah pada 22 Februari, bermula jam 4 petang bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas pelakon Abby Abadi. Selepas itu treler tersebut meneruskan perjalanan ke Alor Setar bagi program Sambutan Tahun Baru Cina bersama Presiden PAS, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan barisan Exco Kerajaan Kedah pada jam 9 hingga 12 malam. Manakala pada 23 Februari treler berkenaan akan menjelajah kesemua Dun yang berada dalam kawasan Alor Setar, Kuala Kedah, Jerai dan Sik sebelum program ceramah perdana di pekan Pendang jam 9 hingga 12 malam bersama Timbalan Presiden PAS, aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan artis jemputan, Ito dan Nik Jidan. Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas ceramah akan kembali ke Kuala Lumpur pada 24 Februari (Ahad) dan diserahkan kepada Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP) untuk program jelajah seterusnya. | ||
TERKINI - Penceroboh Lahad Datu Akan Tetap Diusir - IGP Posted: 20 Feb 2013 12:00 AM PST Pihak polis mahu melihat satu kesudahan yang baik dlam episod kumpulan penceroboh di Lahad Datu dan akan mengusir mereka pulang ke Filipina mengikut saluran undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Beliau menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan berita dan maklumat menerusi media sosial yang kurang tepat kerana pihak polis sudah mengambil langkah yang perlu untuk membendung insiden itu. "Saya ada baca berita dan media sosial yang memberikan gambaran yang tidak tepat dan saya menyangkal semua itu. "Janganlah mudah sangat percaya dengan kata-kata itu kerana kita nak cari solusi terbaik untuk mengusir mereka ini ikut perundangan negara kita," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi. Menurutnya lagi, polis sedang mengusahakan agar kumpulan itu pulang ke negara mereka secepat mungkin. "Kita harapkan satu episod penyudah yang baik. "Kita hendak (ia berakhir) secepat mungkin," katanya lagi selepas majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dalam Op Selamat 2 sempena tahun baru Cina. Menjawab soalan tentang persepsi orang ramai yang menganggap polis tidak tegas terhadap kumpulan itu, Ismail berkata polis berbuat demikian kerana "mereka tahu apa yang mereka buat". "Anda boleh buat andaian, tapi saya nak mengesahkan kita tahu apa kita buat, banyak pertimbangan kita ambil kira untuk kepentingan semua," katanya. Beliau mengulas mengenai tindakan polis ke atas kumpulan dari Filipina yang kini dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Akhbar Daily Express dari Sabah melaporkan kumpulan itu tiba pada jam 2 pagi Selasa lalu dengan membawa panji berlambang harimau dan mempunyai lima anggota wanita tanpa senjata. Kumpulan itu juga dilaporkan meyakinkan penduduk Kampung Tanduo yang diduduki mereka bahawa mereka datang dengan aman dan mahu memuktamadkan satu perjanjian. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan